Tsunami di Jepun...

Posted by Azman - -

Mcam yang korang tahu, baru-baru ini Jepun telah dilanda gempa bumi berskala 8.9 Richter, dan masa aku buat entri ni, sebanyak 1200 orang da terkorban dan jumlah ini mungkin akan meningkat. Dan aku agak bersedih la pasal berita ini, but yet still have some people making fun of this, wat de hal.

Walaupun Jepun penah menjajah negara kita, tapi aku tetap bersimpati. Memang most of them bukan muslim, tapi at least mereka manusia, dan kita perlu berasa simpati, atas nasib mereka. Sama seperti non muslim yang sepatutnya bersimpati kepada rakyat Palestin, mereka sepatutnya tidak harus melihat atas perspektif agama semata-mata, tapi atas dasar kemanusiaan, dan aku tahu, banyak non-muslim dah sedar akan perkara ini. Bagus a kan.

Sini aku letakkan sedikit gambar yang aku curi daripada fesbuk ape ntah, hahaha. Dan gambar-gambar ini sedikit sebanyak mengingatkan aku pasal cerita 2012. Bukan aku nak percaya, tapi aku rasa mungkin ada perkara yang disembunyikan oleh pihak tertentu e.g NASA ke hape. Teori aku, mereka tahu banyak bencana alam akan menyusul cuma tak tahu tarikh sebenar, dan sebab tu tak leh didedahkan, takut efek periuk nasi masing-masing. Tapi sekadar TEORI okay, haha.

Di sini aku berharap anime One Piece tetap dapat diteruskan dan kereta-kereta seperti Evo, Subaru tetap dikeluarkan, dan harapnya tak terjejas pun. haha. Tapi important thing is mereka selamat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa terutamanya pelajar Malaysia di sana. =) Peace
credit to GML Photography for the great pictures

2 Responses so far.

  1. atiqah says:

    ish3...dasat ...huu~~ jom2 insafkan diri memasing...huu bukn hari ni jer..esok luse tulat tubin sekali...huu~~

  2. Azman says:

    yup tu la pasal kan, woot!

USM Bloggerz