Mitsubishi Lancer : The Evergreen Machine

Posted by Azman - -

First of all, sori aku ucapkan kepada pait, kerana lambat mempublishkan post ini. Sebelum exam lagi beliau mintak aku post pasal perbezaan lancer dengan evo, hari ini baru aku boleh publish, ye ah, bz kan. Tapi aku nak tegaskan kat sini,  perbezaan hanya dari segi luaran sahaja mampu aku nyatakan, untuk engine pe suma nanti gua kawin dengan pomen keta baru gua cite pasal engine, ye a gua bukan pomen taw pasal engine keta, hua3

Sebagai pembuka kata, gua cita pasal sejarah keta Lancer ni.
Mitsubishi Lancer ini adalah kategori kereta keluarga yang dibina oleh Mitsubishi Motors. Berbeza dengan kembarnya, Mitsubishi Lancer Evolution atau Lan-Evo, ia merupakan kategori kereta sukan (sportcar). Ia juga dikenali sebagai Colt Lancer, Dodge/Plymouth Colt, Chrysler Valiant Lancer, Chrysler Lancer, Eagle Summit, Hindustan Lancer, Soueast Lioncel, Mitsubishi Carisma, dan Mitsubishi Mirage di sesetengah negara. Dalam selang masa 1973 sehingga 2008, sebanyak 6 juta Lancer telah terjual, pheww.

Lancer mempunyai banyak generasi, dan setiap generasi mempunyai major facelift, bukan seperti lancer evolution yang juga mempunyai banyak generasi, namun setiap generasi hanya membabitkan modifikasi sederhana dari segi luaran atau minor facelift sehinggakan kawan aku cakap, tak ada perbezaan pun, well, hanya Johari mengenal  Maniam, hanya kakikereta mengenal kereta, haha =)


Generasi Pertama (1973-1976)
Juga dikenali sebagai Lancer A70, dengan variasi 1.2L, 1.4L dan 1.6L.

Generasi Kedua (1979-1988)
Mitsubishi Lancer EX,
aku rasa sapa duduk kampung-kampung mesti pernah tengok orang tua-tua pakai ye dak

Kemudian model ini telah diturbokan, menggunakan enjin 4g63, enjin yang juga digunakan untuk model Mitsubishi Galant dan Evo 1-4

Generasi ketiga (1982-1985) dan Generasi Keempat (1983-1988)
Mitsubishi Lancer Fiore
Okay, model ini model paling epik kerana ia merupakan model asal kepada so-called Proton Saga yang pertama kali dilancarkan di Malaysia sebagai kereta nasional pertama sebelum digantikan dengan Saga BLM dan yang terbaru Saga FL.
Disebabkan itu jugalah, para penggemar modifikasi yang low-budget mengubahsuai model Saga kepada model Lancer Fiore ini, memang lagi lawa bagi aku.


Generasi Kelima
Model ini mirip kepada model Mitsubishi galant VR4 yang serba femes di kaki kereta. Malangnya, Proton tak berkenan nak jadikan model ini sebagai model mereka. hua3

Generasi Keenam
Okay, yang paling dinanti oleh Si Pait, sebab bermula dari sini baru akan muncul perbezaan model Lancer dan juga Lancer Evo. Sebab? Sebabnya bermula dari model ini, maka muncullah segala serigala Evolution mahupun Evolution jadian. Ia juga menjadi kereta kedua dicelup oleh Proton daripada Mitsubshi sebagai Wira selepas Saga. Kini, Proton Wira digantikan dengan model Persona.
Bagaimana untuk mengenali Lancer atau Evo? Senang sahaja, kalau Evo terkenal dengan sport, maka Lancer mestilah bersifat neutral dan tiada kit badan yang keterlaluan, kerana ia lebih ke arah kereta keluarga.
lancer
Evolution 1
Sekarang anda sudah boleh bezakan perbezaan pada kedua-dua model ini kan terutamanya di bahagian bumber depan yang mempunyai lubang yang besar, penting untuk gaya dan juga menghilangkan haba panas dari enjin yang bekerja kuat.

Namun terdapat juga model Lancer coupe berpintu dua, dikenali sebagai Lancer GLXI, model yang disalin sebijik dan di'rebadged' sebagai Proton Putra. Aku agak terkejut kerana ada kawan-kawan aku tak mengetahui kewujudan Proton Putra, mungkin kerana kurang popular berbanding Wira. Err tu tak tanya Proton Juara lagi, aha =P
Lancer GLXI
Proton Putra
Generasi Ketujuh
Model asas kepada model Evo 4, 5 dan 6. Juga tidak mencuri minat Proton untuk menyalin atau rebadge model ini menjadi model mereka. Mungkin kerana memberi perhatian kepada model Wira yang ketika itu hangat seperti pisang goreng dekat tepi sekolah.

Lancer
Evo 4
Memang aku minat habis model ini. Nampak gagah ibarat kuda judi yang menang setiap minggu. Harga pun masih mahal, around 60K untuk model tahun lama dan untuk model evo 6, tahun 99-01, ada yang mencecah 100K, bayangkan anda membayar 100K untuk kereta berusia lebih 10 tahun sedangkan anda mampu mendapatkan Kia Forte, Toyota Vios, Honda City baru dengan harga kurang daripada itu!

Generasi kelapan
Generasi yang dikenali sebagai Lancer Cedia di Jepun, merupakan asas kepada model Evo 7,8 dan 9.Perbezaan yang ketara ialah wide body(perhatikan atas fender tayar depan dan belakang) pada model Evo dan ciri ini tiada pada model Lancer. Faktor ini mungkin menyebabkan tidak ramai orang menyalin model Lancer ini kepada model Evo, disebabkan ketidakpadanan bodykit, lampu etc. Perbezaan lain ialah pada bumper dan juga lampu dan semestinya enjin.

Lancer Cedia
Lancer
Evo 7

Dan ini model evo juga, atau pon dikenali Wajalution, sejenis Evo jadian di Malaysia, hua3

I'm sorryy bak kata Amir Rajo Lawok....

Generasi Kesembilan
Model Lancer yang terbaru setakat ini, dan juga salinan untuk model Evo 10. Dikenali sebagai Lancer EX di Malaysia.
Macam biasa the biggest difference mestilah badan Evo yang lebih lebar, dan juga penutup tangki Evo yang berbentuk segiempat berbanding bulat pada Lancer.  Juga berbeza pada gril dan bumper, dan juga Evo 10 mempunyai sirip angin di lengkuk fender tayar hadapan. Anda pasti mampu mengesan kesemua perbezaan yang dinyatakan di atas sekiranya anda berhati cerah. Tak nampak juga? Makan kuih pelita, =)))

Lancer EX
Evo 10

NAMUN, jika ingin menukar Lancer anda kepada Evo yang agak asli, ini proses yang harus anda lakukan.


Dan juga keluarga terbaru Lancer, memperkenalkan.....






















PROTON INSPIRA!!! KUANG3

Well, tu sajalah entri aku kali ini, jika otai-otai terbaca post ini, ampun dan maap jika tersalah info kerana entri ini ditulis dari newbie kepada newbie, hahaha

P/S: peh 2 hari gua siapkan entri ini, memang terbaik dan hensem lah gua rasa lepas siapkan entri ini, punyalah lama, hahaha TT.TT

2 Responses so far.

  1. Pha Is says:

    terbaik ah..!!! baru puas...
    tp yg x tahan sampai penutup tangki minyak pon ade beza... kakakakaka..

  2. Azman says:

    haha, kena detail beb mata, haha =)

USM Bloggerz