Archive for March 2011

Baru baru ini aku tergerak nak edit gambar guna Adobe Lightroom, saje boring boring bajet takde keje nak buat. Dan bagi aku agak best juga la, sebab selama ini aku edit lighting gambar guna Photoshop je, tapi baru aku tahu guna Lightroom lagi best.

Err bagi sape sape tak tahu Adobe lightroom tu ape, dia sebenarnya untuk edit gambar secara pro lah kononnya, specifically untuk photographer. Memang suma function dia ade @ sama dengan Photoshop, tapi bagi aku dia lebih user friendly, tapi just untuk edit lighting je la, jangan expect nak design logo ke hape guna Lightroom memang takleh la. Sebab function dia untuk image treatment atau finishing.

Dan dia tak semestinya kena gambar DSLR baru leh pakai lightroom ni, pengguna kamera kompak seperti Olympus, Samsung pun leh sebab kamera kompak pon ada yang berbelas-belas megapixel kan sekarang, ok lah tu. Cuma tu lah, sebelum edit, pastikan sumber asal dia tu besar resolution dia, kalau sekadar amik ngn kamera henpon, aku takut hasilnya tak memuaskan.

ni aku tunjuk perbezaan gambar yang aku edit sebelum dan selepas guna Lightroom, haha.
*klik gambar untuk lebih jelas


Sebelum treatment
Selepas treatment


By the way, gambar ni aku amik masa aku pg kuching tahun lepas, view from belakang library Kuching, haha

p/s: kalau nak tengok gambar edit aku yang len yang xseberapa, klik je Gallery kat atas tu, haha =.=''.


Kahwin, satu perkataan yang agak taboo untuk dipertuturkan oleh pelajar. Yelah, belajar pun tak habis lagi dah nak pikir kawin kawin, wat da fort?

Web yang guna domain sendiri, biasanya perlu membeli dan membayar domain secara tahunan. Memang stailo guna domain sendiri, lagi-lagi ko boleh guna wordpress, customize gila-gila ko punya web tapi bagi aku, ia masih belum cukup untuk menambat hatiku. Sebabnya?

Kena bayar setiap tahun
Emm ni yang malas. Aku tak kisah bayar tu,average RM30-40 je pun, tapi bab tiap tahun tu yang leceh. Macam ubat dia ada single daily dosing, multiple daily dosing dan yang lebih baik ialah single daily dosing lah, sebab patient akan lebih comply\patuh, tak payah pening2 pk makan banyak kali. Gitu gak web, kalo bayar sekali seumur hidup, mesti aku comply.

I'm not full time blogger
Yes, aku bukan penulis blog sepenuh masa. Blog pun update 4 taun sekali watpe gak. Jadi aku rasa amat tak berbaloi menghabiskan duit untuk benda yang tak guna sangat kan?

Blog aku takde advertisement
Memang dari awal aku tak buh ads, sebab utama aku tau traffic blog aku bukan tinggi pun, jadi buat ape buh ads kan, buat slow loading page je kan? hahaha. Jadi ape kaitan ads+traffic+wordpress? Okay, orang biasa letak ads dengan harapan kalau traffic tinggi, income tinggi dan at least dapat lah cover rege renew domain tu kan. Hahaha

Jadi kesimpulannya, pada masa terdekat, aku tak akan guna domain sendiri tapi tak tahu la kot nanti keje, fulus da masyuk, teringin nak pakai wordpress, kot2 la pada mase tu follower aku da banyak macam blog Fatin Liyana, kahkahkha

Heboh sehari dua ni pasal result SPM. Memang suma duduk post pasal SPM je kan. Ada yang cemerlang, ada yang hampeh. Normal la tu, kalau cemerlang mesti hepi, kalau hampeh pun hepi gak, sebab dapat kawin awal, haha!



Boring
Tapi siyes, result SPM sekarang dah boring. Kalau dulu kita selalu dengar ada yang dapat 20 A, 21 A, tapi sekarang? Paling tinggi pun 12A kot, tu pun tambah bahasa arab ape semua. Bagi aku sebab utama dorang hadkan pengambilan subjek ni adalah untuk bagi adil budak2 SBP atau MRSM sebab subjek dorang limit 10 subjek je kan. Tapi memang a, bagi aku perlu juga buat seragam, sebab buat apa kau amik banyak-banyak tapi suma subjek overlap. Contohnya dah amik biologi, pastu pergi tambah sains lak, sah sah dapat skor sains tu kan?

Cuba bayangkan situasi ini, ada sorang pelajar ambil 20 subjek, dapat 15 A, tapi lagi 5 dapat C, dan yang dapat C semua subjek bio, fizik, add math, kimia, math mode. Jadi nampak tak, ketirisan standard di situ.Bunyi hebat, tapi yang penting semua hampeh. BTW, itu hanya contoh sahaja tapi tak mustahil berlaku kan?

Cuma kontranya sistem ini adalah persaingan. Ye lah, dah semua amik 10 subjek, pastu 10 000 dapat 10A, boleh kita bayangkan kerumitan proses penyaringan kelak? Tak mustahil ada yang tak dapat tempat disebabkan perbezaan 1 markah sahaja. Huh!

Aku
Aku dulu tak lah hebat, biasa biasa je, tapi takde lah teruk sangat. Hurmmmm

Jenis-jenis Pelajar
Setakat ini, aku dapat simpulkan terdapat 5 jenis pelajar.

  1. Genius dan rajin
  2. Genius dan malas
  3. Tak genius tapi rajin
  4. Tak genius dan tak rajin
  5. Tak genius, tak rajin tapi berjaya
- Okay, yang paling beruntung ialah golongan 1. Biasanya golongan ini amat berjaya, dekan je kerja. Ambil la kos ape pun, mesti perform punya.
 
- Golongan kedua pula amat rugi, kerana tak menggunakan kecerdikan yang ada sebaiknya. Mereka lebih gemar lepak, main game tapi orang bagi soalan, dapat jawab. Ada kawan aku, bernama X, belajar sekali dengan aku masa matrik. Genius tak yah cakap la, tapi sayang dia tak berusaha bersungguh-sungguh dan akhirnya kena repeat. Ini membuktikan jika anda genius pun, tak semestinya anda tak perlu berusaha kan? Sebab macam mana nak dapat ilmu tu kalau tak berusaha untuk study kan.

- Golongan ketiga, merupakan golongan dominan. Kebanyakan mereka yang berjaya sekarang bukan genius gila-gila, cuma mereka rajin kan. Mungkin mereka memerlukan usaha 10X ganda lebih daripada usaha mereka yang genius, tapi akhirnya mereka dapat surpass orang yang genius juga. Dan aku pun berharap, aku termasuk dalam golongan ini, kerana aku tidak genius.

- Golongan keempat, juga dominan. Golongan ini hanya tunggu masa untuk meyesal sahaja. Mungkin masa belajar, tak nampak sangat kesannya, tapi bila sudah kerja baru terasa kesannya. Kawan balik kampung dengan Evo, tapi kita yang kerja tukang rumah pakai Honda kapcai je. Mungkin mereka lambat sedar akan implikasi MALAS BELAJAR kepada taraf hidup mereka.

- Golongan kelima. Bagi aku mereka mempunyai kebolehan yang belum tercungkil. Mungkin keputusan akademik tidak cemerlang, dan mereka tidak rajin, result biasa-biasa orang kata dan mungkin gagal. Tapi bila sudah ke dewasa, bakat mereka terserlah, mungkin dalam bidang rekaan, lukisan dan sebagainya dan akhirnya berjaya. Ini kerana mereka mempunyai bakat yang tak dapat dicungkil melalui peperiksaan.

Kesimpulannya, mungkin aku lebih cenderung mengatakan bahawa pelajaran adalah segalanya. Mungkin ada yang berkata, alah ada je yang fail SPM tapi berjaya. Yes, ada, tapi cuba bilang berapa kerat dan kes itu ialah kes terpencil. Mereka itulah yang aku maksudkan sebagai golongan kelima, Yang berjaya tanpa pelajaran yang tinggi.

p/s: tahniah kepada anak sedara gua, dapat 9A, okay lah tu, Ayah Man nak bagi hadiah pun xdak duit, hakhak!

''Mengikut kajian aku selama tiga purnama, dan juga menggunakan program janaan komputer seperti SPSS, aku dengan tipunya mengisytiharkan blogging lebih berbahaya daripada facebooking''

Dahulu, Facebook telah memberikan kesan kepada umat manusia, tak kira makcik sampailah budak umur 5 tahun dah ada FB, ape tujuan golongan ini buat akaun FB pun aku tak pasti. Walaupun jauh sudut hati aku, FB lebih praktikal untuk mereka yang bergelar pelajar universiti, namun kita tak mampu mengekang gelombang teknologi dalam kalangan mereka yang bawah umur dan lebih umur. Kalau suh Si Mark tu tutup FB, aku rasa ada je yang meracau, sawan dan terpeliot urat saraf sebab tak tahu nak buat ape xde FB, hahaha. Padahal 3 4 tahun dulu, takde FB ok ja pun aku rasa, huh! Eh panjang bebenor aku merepek ni, post ni bukan pasal FB lah!

Ok, ini pasal blog, yes, berblogging. Aku jujurnya tak sedar macam mana aku boleh terjebak dalam arena perblogan. Mungkin aku sekadar buat untuk suka suka sebab dulu, aku rasa blog memang tak sesuai untuk jiwa aku. Ye lah, aku tak pandai menulis, tak pandai menyusun kata, pendek kata tak pandai menanam tebu di bibir keyboard orang kata, hakhaks.

Persoalannya, blog boleh buat kita ketagih ke? Bagi aku, tepuk keyboard tengok jumlah post la kan. Kalau jumlah post yang ditulis melebihi jumlah lecture note yang dah study dalam seminggu, err kira ketagih lah kan, haha! Lagi lagi malam sebelum kuiz pun duk tulis entry lagi, macam aku sekarang ni, lagi lah hampeh!

Sejak aku ada blog, aku dah kurang merapu kat FB, biar je lah mereka yang nak perhatian saja merapu kat FB, yang penting aku ada blog yang aku leh merapu dan aku tak perlukan perhatian dan simpati orang baca blog aku. Post kat blog tak seperti post kat FB, pastu duk tunggu orang like atau komen. Kat blog tak kisah pun ada orang baca ke, ada orang like ke, yang penting aku dapat luahkan perasaan, tol dok?

Tapi, kita boleh terdedah kepada ketagihan berblogging sekiranya kita terdedah terlalu lama kepadanya. Dan aku akan senaraikan beberapa sebab ketagihan blog lebih bahaya daripada ketagihan FB.

1) Masa yang lebih untuk satu entri atau post
Berdasarkan pengalaman,  purata masa yang perlu diluangkan untuk menghasilkan satu entri,  adalah 15 minit sehingga 1 jam bergantung kepada isi. Bagi bahan yang lebih komplikated, maka lebih banyak masa diperlukan. Namun, bagi FB, sangat sedikit masa diperlukan, mungkin 2 minit maksimum. Jadi nampak? Kebocoran masa berlaku secara berleluasa.

2) Masa yang lebih untuk mendesign
Design ni takde lah hari-hari, tapi bila nak tukar template, cukup leceh. Abis suma gajet ilang dan kena retrieve satu-satu, lame beb. Walaupun ada tutorial kat tenet untuk bekap gajet, tapi cam susah jek. Tapi  fesbuuk. korang xde dah nak design2, memang tu je design yang ade dan kalau ada yang tukar background fb pun, itu hanya memberatkan loading page dan jarang orang buat. Jadi nampak, FB menjimatkan masa.

3) Masa untuk blogwalking
Blogwalking ni memang time consuming, lagi-lagi kalau ada blog best-best selalu update. Nak baca post masa blogwalking ni bukan kejap, lama. Tu kalau jalan2 1 blog, kalau 10 blog? hahaha. Tapi, kalau FB, jap je kan, post pun pendek-pendek. Agak-agak boring, tutup a, malam-malam baru bukak balik kan? Jadi nampak sekali lagi, kebocoran masa yang berlaku dengan berblogging? Hahahhaa

Jadi tu je lah kajian aku mengenai masa yang aku luangkan kat blog pada sem ini, memang melalaikan. Hmm. Akhir kata, tepuk keyboard tanya hati, sama ada FB, BLOGGER atau STUDY, kahkahkah!!

P/s: sila baca tengah malam dan tutup lampu ya=)




Baru-baru ini, aku terbaca artikel pasal pengebumian beberapa etnik atau bangsa yang agak tak masuk akal. Macam tak logik macam mana dorang leh terima adat itu kan. Tapi nak buat macam mana kan, dah jadi adat nenek moyang, tak nak ikut takut dipandang serong oleh masyarakat lak kan, hurm. Ok jom kita jengok pe yang aku nak cerita ni.

1) Etnik Murut Tagol

Etnik Murut Tagol yang tinggal di tening sungai Tagol, Pensiangan 150 KM dari Keningau, Sabah ini terkenal dengan keunikan sistem menguruskan mayat, iaitu dengan cara memerap. Ya, perap. Mayat biasanya diletakkan dalam satu tempayan yang dipanggil 'bangkalan' dalam keadaan lulut rapat ke muka atau bertinggung. Biasanya mayat diletakkkan sejurus selepas kematian bagi memudahkan proses kemasukan ke dalam bangkalan. Bangkalan akan dibawa ke rumah mayat atau dipanggil 'sirap'.

Namun, kos untuk menurunkan mayat dari rumah ke sirap memerlukan kos yang tinggi, lantas menyebabkan mereka yang kurang berkemampuan menyimpan mayat di dalam rumah sehingga duit mencukupi untuk menurunkan mayat tersebut.

Bayangkan ketika itu, ahli keluarga terpaksa tidur dan makan dengan mayat di rumah. Peh, lagi seram dari cite Hantu Kak Limah beb. Lagi lama kumpul duit, lagi lamalah mayat berada di rumah mereka. Ada ketika mereka terdengar tulang temulang yang sudah mereput jatuh ke lantai, dan yang paling kuat ialah ketika tengkorak kepala jatuh ke lantai, uii seram kott. Jika dan hanya jika duit sudah mencukupi, maka barulah mayat tersebut diturunkan.

Tapi sekarang amalan tersebut sudah tidak diamalkan kerana kebanyakan mereka telah memeluk agama lain (sebelum ini mengamalkan paganism).
Bangkalan
Diolah daripada bmdua bharian

2) Tower of Silence

Tower of Silence atau Dakhma merupakan tempat pelupusan mayat oleh pengamal ajaran zoroastrians.
Mengapa saya guna perkataan lupus? Ya, lupus sebab mayat itu akan dikeringkan atau dibiarkan dimakan oleh burung-burung pemakan bangkai, biasanya burung hering.Namun, apabila kadar kematian ialah tinggi, maka mayat tidak sempat dilupuskan kerana kekurangan burung hering sehingga memaksa penduduk memelihara sendiri burung tersebut. FYI, TIADA ORANG PELIHARA BURUNG HERING KAT DUNIA INI TAHU, dah lah huduh, makan bangkai lak, ish tak sanggup lah.



Mayat dijemur di atas dakhma yang mempunyai struktur bulat, dan dibiarkan begitu sahaja sehingga yang tinggal hanya tulang. Tulang tersebut akan dimasukkan ke dalam lubang di tengah-tengah dakhma tersebut.
Dakhma


Mengikut kepercayaan pengamal ajaran ini, mereka percaya mayat mempunyai roh jahat, dan tidak boleh disentuh kerana ditakuti membawa penyakit, peh. Sekarang saya tidak tahu sama ada upacara ini masih diteruskan atau tidak, mungkin sudah tiada, huks pelis a, bertamadun la sikit okay. FYI, amalan ini diamalkan di Iran, India dan mane ntah lagi.

3) Sky Burial

Okay, ini lebih kurang sama dengan konsep di atas, cuma ia diamalkan di atas puncak bukit. Yang menariknya, mayat diletakkan diatas bukit, dan bergantung sepenuhnya kepada burung hering. Maksudnya mereka akan tunggu burung hering makan sehingga tinggal tulang, dan tulang tersebut dikisar, dan dimasukkan ke dalam air susu untuk diberikan kepada binatang ternakan.







Alasan mereka tidak menanam mayat tersebit ialah kerana di puncak gunung, tanah di situ keras dan kekurangan bahan api sekiranya mahu dibakar.

Bagi saya, amalan ini sungguh kejam. Bayangkan seseorang yang kita sayang seperti ibu bapa, adik beradik, awek, diberi makan kepada burung. Sangat menyedihkan dan tak bertamadun. Seolah-olah taraf manusia tidak lebih daripada makanan haiwan sedangkan kita adalah khalifah di muka bumi ini. Sebab itu jugalah Allah mengutuskan rasul-rasulnya, tidak lain untuk mentamadunkan mereka yang tidak bertamadun dan tahu tanggungjawab sebagai hambaNya.

Uish aku pun dah loya ni, buwekkk...haha
Sekali lagi saya ucapkan syabas kepada mereka yang berjaya baca sampai abis post ini, dan juga mereka yang baca tengah malam sorang-sorang tutup lampu. haha

Pada saat ini, seharusnya aku buat esaimen pharmacoinfo, tapi aku mencuri tulang dengan berblogging, memang hampeh.

Bukan ape, amik mood jap, kalo lepak atas katil mesti tertido kan, uhum.
Aku rasa masih tak terlambat lagi aku post pasal Ujian Sijil Rendah Silat Cekak baru-baru ini. Memang pada mulanya aku pikirkan kebizian minggu ini, jadi aku rasa aku mungkin tak ambik ujian tu. Tapi pikir punya pikir, masuk la jugak, sebab kalo duk kat bilik pun ngadap laptop je jugak.

Susah ke? Bagi aku banyak faktor sebelum aku boleh cakap susah ke senang. Antaranya dapat tester yang jenis camne, kalo tester yang nakal, susah a kena buah pelik-pelik jap lagi. Pastu bergantung kepada emosi individu, cuak ke, gabra ke, tu jugak mempengaruhi sama ada boleh buat ke tak. Ye a, kalo dah cuak tahap gaban, yang senang pun jadi susah kan.
Aku? Err bagi aku okay la, lulus tu mungkin kot, sebab takde kena ulang pun, cuma nak dapat kepujian tu susah a kan.

Banyak versi yang aku dengar sebelum ini pasal ujian ini, ada yang cakap patah-patah la, kena tetak muka la (sebab ada ujian menangkis senjata) , kalo lebam tu biasa la. Tapi nasib baik, hari tu aku kena siku kat bibir je, tu pun sebab lambat bagi respon, tapi sikit je, xsakit sangat pun, hahaha.
Jadi mengapa silat?  Bagi aku sebab ni warisan melayu, nape cari warisan bangsa lain, dan bukan aku nak kondem orang yang amik seni bela diri bangsa lain, sebab aku bercakap dari konteks aku, kenapa aku ambik silat.

Dan bagi aku okay la Silat Cekak ni, dia punya prinsip tu kita boleh guna dalam kehidupan seharian, kalo nak  tahu ape kena join ah, hahaha.

Yang paling penting, silat mengajar aku menjadi berani dan yakin. Jujur aku katakan, kat sekolah aku tak pernah gaduh, kira play safe la, haha. Tapi sekarang kalau ada orang nak serang aku ke, nak tikam ke, mungkin aku sekurang kurangnya aku tak lari macam Husin lari jumpa Hantu Kak Limah. Tapi Silat Cekak tak ajar kita bergaduh, ia hanya ajar kita mempertahankan diri je.

Sem depan akan masuk level 300, level geng demo la biasanya. Aku berminat nak join, tapi mungkin masa 3rd year aku bizi gila, jadi aku mungkin amik, mungkin tak, haha. Ye lah, aku bukan pandai urus masa, sebab tu kena berbini cepat-cepat, biar terurus skit, haha gurau jek.

BTW, siyes aku cakap, kalau masa anak aku dah besau, mungkin aku akan hantar belajar Silat Cekak, tapi kalo da pandai nanti, jangan ajak lawan ngn abah lak, nanti abah pulas telinga, ahaha coooomelllll kan, peh.

K lah, tu je kot, gambo pon xamik nak buh pon, ok papai.

Mcam yang korang tahu, baru-baru ini Jepun telah dilanda gempa bumi berskala 8.9 Richter, dan masa aku buat entri ni, sebanyak 1200 orang da terkorban dan jumlah ini mungkin akan meningkat. Dan aku agak bersedih la pasal berita ini, but yet still have some people making fun of this, wat de hal.

Walaupun Jepun penah menjajah negara kita, tapi aku tetap bersimpati. Memang most of them bukan muslim, tapi at least mereka manusia, dan kita perlu berasa simpati, atas nasib mereka. Sama seperti non muslim yang sepatutnya bersimpati kepada rakyat Palestin, mereka sepatutnya tidak harus melihat atas perspektif agama semata-mata, tapi atas dasar kemanusiaan, dan aku tahu, banyak non-muslim dah sedar akan perkara ini. Bagus a kan.

Sini aku letakkan sedikit gambar yang aku curi daripada fesbuk ape ntah, hahaha. Dan gambar-gambar ini sedikit sebanyak mengingatkan aku pasal cerita 2012. Bukan aku nak percaya, tapi aku rasa mungkin ada perkara yang disembunyikan oleh pihak tertentu e.g NASA ke hape. Teori aku, mereka tahu banyak bencana alam akan menyusul cuma tak tahu tarikh sebenar, dan sebab tu tak leh didedahkan, takut efek periuk nasi masing-masing. Tapi sekadar TEORI okay, haha.

Di sini aku berharap anime One Piece tetap dapat diteruskan dan kereta-kereta seperti Evo, Subaru tetap dikeluarkan, dan harapnya tak terjejas pun. haha. Tapi important thing is mereka selamat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa terutamanya pelajar Malaysia di sana. =) Peace
credit to GML Photography for the great pictures

One of my hobby is mengedit gambar, tak kira la dari tak poyo ke poyo, dari poyo ke lagi poyo, janji edit.Haha. Bukan ape, selepas penat study duk saje, godek2 a jap. Dan softwares tu ranging from photoshop, photoscape, ACDSee, adobe lightroom dan memacam, haha. Tapi kalo kamera 2 mp (kamera hp la kan), xya a nak harapkan hasil yang gempak gak,haha. Tapi bole je nak edit2, biasakan diri sebelum beli DSLR tak gitu.

Aku pun masih berfikir, berbaloi ke kalo beli DSLR, ye a, kalo benda tu seratus dua takpe kan, ni ribu riban. Dan kalo beli pun wat gantung kat bilik atau pakai time nak show off dpn kwn2 bek xya kan. Hahah. Jangan la nanti pakai DSLR, tapi malam2 duk makan megi watpe kan, haha. Tengok poket dan juga keutamaan =)

Tapi, memandangkan aku suka amik gambar(bukan amik gambar sendiri okay) dan edit, jadi aku rasa mungkin aku akan beli gak DSLR ni, cuma masa menentukan sama ada cepat atau lambat. Tak dapat sekarang, myb nanti kerja baru aku beli. Lagi pun, cukuplah dengan benda2 dtg dari laptop i.e fesbuk, blogger dan mcm2, tu pun dah cukup buat aku malas study kan, hoho. Okay lah,papai

p/s;aku sangat mengagumi Ustaz Azhar Idrus, di samping jd ustaz, dia juga photographer professional. Gambar yang dia amik memang superb habis, dan perkakas kamera dia bukan murah2, kalo nak tahu dia guna Nikon D3, yang rege RM16k ,dan Canon EOS 5D rege RM6k kalau tak silap aku,peh. Kalo nak usha gambar yang dia amik, pegi website www.digitalmukmin.com

BTW, ni yang aku edit sebelum dan selepas edit (klik tuk besaukan) ,memang newbie+noob habis, tapi dimaafkan la sebab guna kamera henpon, bukan guna DSLR lg, haha T.T


Okay, ni bukan pasal orang, ini pasal kereta. Nape aku suka post pasal kereta? jawapan dia sukati aku a, da blog aku, ade aku kesah? hahaha
Kali ini berkisar pasal kete VIP lak. Sebelum ini pun aku penah mention pasal kereta VIP dalam post2 lame, tu pun kalo korang baca.

Benda kete VIP ni? Mungkin kalau mereka yang tidak ambil pot pasal kereta, mungkin mereka ingat kereta VIP ni kete yang datok2 pakai, yang ade logo kuning kat no. plat kan? kan?
Bukan, La, Nehi. Tidak benar sama sekali! Jadi, kalau ingin tahu, meh baca meh.

Sejarah VIP
Ia bermula di suatu kampung, ketka burung berkicauan, eh ape lak, tu scene dalam hantu kak limah!

Kete VIP lahir secara tidak harfiah, kira-kira 14 tahun dahulu di jepun. Ketika itu, satu geng yang dipanggil Black Cockroach di Wakayama Prefecture. Geng ini mempunyai kereta hitam seperti Crown, Cedric, Cima (ni suma jadi teksi @ prebet kot kat Msia) yang mempunyai design yang unik lantas menarik perhatian penggemar kereta ketika itu sehingga  muncul dalam majalah dan sebagainya.
Ini merupakan titik tolak kereta VIP terdedah kepada umum sebenarnya. Selepas itu, geng2 jahat seperti Yakuza mula menggunakan konsep kereta seperti itu. Tidak hairanlah kalau anda perasan bahawa semua kereta bos penjahat dalam movie kebanyakannya berwarna hitam kan, konon Nampak jahat la kan, aha.
Sebelum dikenali sebagai VIP, ia juga dipanggil kereta Haiso atau Kowamote  (buruk benor namanye yer ). Namun nama VIP muncul selepas mereka mengubah konsep terdahulu kepada konsep yang lebih mewah.

Jenis kereta yang di'VIP'kan

Mengikut VIPian yang tegar, mereka hanya mengiktiraf kereta tertentu sahaja layak diVIPkan. Sebolehnya, kereta tersebut mestilah mempunyai badan yang lebar, bonet depan dan belakang yang panjang, ruang roda yang besar dan banyak ag. Kereta Nissan Cefiro, Toyota Crown, Lexus LS400 merupakan contoh yang baik.


Namun, sekarang dah tak kisah sangat dah kereta kelas ape pun. MPV ok lagi, SUV? Kereta kompak?? Sampai kancil pun orang buat VIP pe cer? Men sebat je dorang nih, haha



Ciri-ciri yang Harus Ada Pada Sebuah VIP
Senang citer, HITAM, RENDAH, LEBAR DAN RIM BESAR.Tu yang paling basic la, walaupun ade yang buat kaler putih, tapi 3 yang lain itu WAJIB ada okeh!
Dan sebab tu juga lah, walau kereta kancil pun, kalau ade ciri tersebut, masih lagi bole dipanggil VIP.

Ciri-ciri yang biasa ada ialah 
  • Rim besar + tayar nipis gila (biasanya rim yang jenis bibir tebal ) 
  • Tayar terperosok dalam ruang roda kira2 satu atau duu inci 
  • Rendah melampau, biasanya guna air ride, jenis boleh naikkan balik
  • skirting labuh, wat sapu bonggok dan taik ayam
  • Body lebar melampau, siap ade muncung atau ekor itik kalau boleh
  • Bahagian dalam biasanya wood-look
  • Dashboard berbulu bagai
  • Enjin yang dipertingkatkan (biase tak upgrade pon, tak cukup modal kot)
·    
·       Okeh, tu jela kot, by now kalo da siap baca, korang at least tahu la ape tu kete VIP k, tp kalo xtahu pon xpe, ade aku kesah?haha
Ni  Ni aku tunjuk skit contoh kereta VIP terbaik pernah aku tengok, Toyota Crown Athlete. hahaha papai





n
·       
·         

Percaya atau tidak, hidup ini merupakan mimpi.
Mimpi yang sungguh mendamaikan, mimpi di mana semua impian menjadi nyata, pintu keseronokan terbuka luas menyebabkan kita alpa dengan tujuan kita hidup sebenarnya.
Pemimpin dengan cara pemimpin, rakyat dengan cara rakyat.
Semuanya masing-masing berlumba-lumba memuaskan nafsu dan kehendak yang bukan, keperluan hidup.
Kaya mahu menjadi lebih kaya, sang miskin pula meronta-ronta ditelan arus kemodenan.
Semuanya bagai sudah diatur, dari bangkit tidur sehinggalah kembali tidur.
Menjalani rutin yang sama, mengejar dunia, yang tidak terkejar olehmu.
Usahlah memandang mereka yang berada di atas, namun pandanglah ke bawah.
Mengapa harus cemburu melihat kesenangan orang lain, walhal kesenangan itu belum menjanjikan kedamaian.
Si kaya, terus mengejar harta.
Rasuah, penipuan, ampuan, menjadi cara hidup.
Sebati dalam darah daging.
Tanpa mereka sedari, harta tak mampu membayar sebuah ketenangan.
Yang mungkin dimiliki oleh si miskin, di desa yang indah nan permai.
Desa yang bersih dari kekotoran jiwa.
Lihatlah, dari sudut yang berbeza.
Yang pasti,
Dunia tidak akan meninggalkan kita, namun hanya kita yang akan meninggalkannya.

Dunia, ibarat bayang-bayang, yang semakin dikejar semakin pantas.
Penyelesaiannya, berjalanlah.
Maka bayang-bayang akan turut berjalan bersamamu.
Begitulah, analogi dunia.
Semakin dikejar, semakin menjauh, akhirnya lelah yang kamu dapat.
Lihat saja, pengejar dunia.
Sibuk ke hulu dan ke hilir.
Mengumpul harta yang entah tujuannya.
Natijahnya, anak isteri, dan diri sendiri terabai.
Dari mencari sebekas bekalan.
Untuk menghadapi hari yang tidak terfikir.
Yang selama ini dianggap sebagai dongengan, omongan kosong.
Yang hanya meniti dari bibir ke bibir.
Itulah hari yang tiada kesudahan.
Yang mana bekalan dunia sudah tidak bererti.
Ferrari, Lamborghini?
Buang saja alat permainanmu itu dalam liang lahadmu.
Andai itu akan menggembirakanmu.
Namun, itulah ketika,
Saat bangkit dari tidur, mimpi yang sungguh indah, tak kurang mimpi yang menakutkan.
Nescaya, kamu akan merayu-rayu, meminta pulang.
Untuk mencari sesuap bekal.
Ketika itu, hanya perkataan celaka yang diperoleh.
Bangkitlah.
Sedarlah, wahai penulis tanpa tinta.
Bukan orang lain ia ditujukan,
Kalau tidak untuk menyedarkan diri sendiri.

USM Bloggerz