''Mengikut kajian aku selama tiga purnama, dan juga menggunakan program janaan komputer seperti SPSS, aku dengan tipunya mengisytiharkan blogging lebih berbahaya daripada facebooking''
Dahulu, Facebook telah memberikan kesan kepada umat manusia, tak kira makcik sampailah budak umur 5 tahun dah ada FB, ape tujuan golongan ini buat akaun FB pun aku tak pasti. Walaupun jauh sudut hati aku, FB lebih praktikal untuk mereka yang bergelar pelajar universiti, namun kita tak mampu mengekang gelombang teknologi dalam kalangan mereka yang bawah umur dan lebih umur. Kalau suh Si Mark tu tutup FB, aku rasa ada je yang meracau, sawan dan terpeliot urat saraf sebab tak tahu nak buat ape xde FB, hahaha. Padahal 3 4 tahun dulu, takde FB ok ja pun aku rasa, huh! Eh panjang bebenor aku merepek ni, post ni bukan pasal FB lah!
Ok, ini pasal blog, yes, berblogging. Aku jujurnya tak sedar macam mana aku boleh terjebak dalam arena perblogan. Mungkin aku sekadar buat untuk suka suka sebab dulu, aku rasa blog memang tak sesuai untuk jiwa aku. Ye lah, aku tak pandai menulis, tak pandai menyusun kata, pendek kata tak pandai menanam tebu di bibir keyboard orang kata, hakhaks.
Persoalannya, blog boleh buat kita ketagih ke? Bagi aku, tepuk keyboard tengok jumlah post la kan. Kalau jumlah post yang ditulis melebihi jumlah lecture note yang dah study dalam seminggu, err kira ketagih lah kan, haha! Lagi lagi malam sebelum kuiz pun duk tulis entry lagi, macam aku sekarang ni, lagi lah hampeh!
Sejak aku ada blog, aku dah kurang merapu kat FB, biar je lah mereka yang nak perhatian saja merapu kat FB, yang penting aku ada blog yang aku leh merapu dan aku tak perlukan perhatian dan simpati orang baca blog aku. Post kat blog tak seperti post kat FB, pastu duk tunggu orang like atau komen. Kat blog tak kisah pun ada orang baca ke, ada orang like ke, yang penting aku dapat luahkan perasaan, tol dok?
Tapi, kita boleh terdedah kepada ketagihan berblogging sekiranya kita terdedah terlalu lama kepadanya. Dan aku akan senaraikan beberapa sebab ketagihan blog lebih bahaya daripada ketagihan FB.
1) Masa yang lebih untuk satu entri atau post
Berdasarkan pengalaman, purata masa yang perlu diluangkan untuk menghasilkan satu entri, adalah 15 minit sehingga 1 jam bergantung kepada isi. Bagi bahan yang lebih komplikated, maka lebih banyak masa diperlukan. Namun, bagi FB, sangat sedikit masa diperlukan, mungkin 2 minit maksimum. Jadi nampak? Kebocoran masa berlaku secara berleluasa.
2) Masa yang lebih untuk mendesign
Design ni takde lah hari-hari, tapi bila nak tukar template, cukup leceh. Abis suma gajet ilang dan kena retrieve satu-satu, lame beb. Walaupun ada tutorial kat tenet untuk bekap gajet, tapi cam susah jek. Tapi fesbuuk. korang xde dah nak design2, memang tu je design yang ade dan kalau ada yang tukar background fb pun, itu hanya memberatkan loading page dan jarang orang buat. Jadi nampak, FB menjimatkan masa.
3) Masa untuk blogwalking
Blogwalking ni memang time consuming, lagi-lagi kalau ada blog best-best selalu update. Nak baca post masa blogwalking ni bukan kejap, lama. Tu kalau jalan2 1 blog, kalau 10 blog? hahaha. Tapi, kalau FB, jap je kan, post pun pendek-pendek. Agak-agak boring, tutup a, malam-malam baru bukak balik kan? Jadi nampak sekali lagi, kebocoran masa yang berlaku dengan berblogging? Hahahhaa
Jadi tu je lah kajian aku mengenai masa yang aku luangkan kat blog pada sem ini, memang melalaikan. Hmm. Akhir kata, tepuk keyboard tanya hati, sama ada FB, BLOGGER atau STUDY, kahkahkah!!
likee... :)
hekhek,tenkiu =p
aku pn like sgt2.....
keh3 =]