Boring
Tapi siyes, result SPM sekarang dah boring. Kalau dulu kita selalu dengar ada yang dapat 20 A, 21 A, tapi sekarang? Paling tinggi pun 12A kot, tu pun tambah bahasa arab ape semua. Bagi aku sebab utama dorang hadkan pengambilan subjek ni adalah untuk bagi adil budak2 SBP atau MRSM sebab subjek dorang limit 10 subjek je kan. Tapi memang a, bagi aku perlu juga buat seragam, sebab buat apa kau amik banyak-banyak tapi suma subjek overlap. Contohnya dah amik biologi, pastu pergi tambah sains lak, sah sah dapat skor sains tu kan?Cuba bayangkan situasi ini, ada sorang pelajar ambil 20 subjek, dapat 15 A, tapi lagi 5 dapat C, dan yang dapat C semua subjek bio, fizik, add math, kimia, math mode. Jadi nampak tak, ketirisan standard di situ.Bunyi hebat, tapi yang penting semua hampeh. BTW, itu hanya contoh sahaja tapi tak mustahil berlaku kan?
Cuma kontranya sistem ini adalah persaingan. Ye lah, dah semua amik 10 subjek, pastu 10 000 dapat 10A, boleh kita bayangkan kerumitan proses penyaringan kelak? Tak mustahil ada yang tak dapat tempat disebabkan perbezaan 1 markah sahaja. Huh!
Aku
Aku dulu tak lah hebat, biasa biasa je, tapi takde lah teruk sangat. HurmmmmJenis-jenis Pelajar
Setakat ini, aku dapat simpulkan terdapat 5 jenis pelajar.- Genius dan rajin
- Genius dan malas
- Tak genius tapi rajin
- Tak genius dan tak rajin
- Tak genius, tak rajin tapi berjaya
- Golongan kedua pula amat rugi, kerana tak menggunakan kecerdikan yang ada sebaiknya. Mereka lebih gemar lepak, main game tapi orang bagi soalan, dapat jawab. Ada kawan aku, bernama X, belajar sekali dengan aku masa matrik. Genius tak yah cakap la, tapi sayang dia tak berusaha bersungguh-sungguh dan akhirnya kena repeat. Ini membuktikan jika anda genius pun, tak semestinya anda tak perlu berusaha kan? Sebab macam mana nak dapat ilmu tu kalau tak berusaha untuk study kan.
- Golongan ketiga, merupakan golongan dominan. Kebanyakan mereka yang berjaya sekarang bukan genius gila-gila, cuma mereka rajin kan. Mungkin mereka memerlukan usaha 10X ganda lebih daripada usaha mereka yang genius, tapi akhirnya mereka dapat surpass orang yang genius juga. Dan aku pun berharap, aku termasuk dalam golongan ini, kerana aku tidak genius.
- Golongan keempat, juga dominan. Golongan ini hanya tunggu masa untuk meyesal sahaja. Mungkin masa belajar, tak nampak sangat kesannya, tapi bila sudah kerja baru terasa kesannya. Kawan balik kampung dengan Evo, tapi kita yang kerja tukang rumah pakai Honda kapcai je. Mungkin mereka lambat sedar akan implikasi MALAS BELAJAR kepada taraf hidup mereka.
- Golongan kelima. Bagi aku mereka mempunyai kebolehan yang belum tercungkil. Mungkin keputusan akademik tidak cemerlang, dan mereka tidak rajin, result biasa-biasa orang kata dan mungkin gagal. Tapi bila sudah ke dewasa, bakat mereka terserlah, mungkin dalam bidang rekaan, lukisan dan sebagainya dan akhirnya berjaya. Ini kerana mereka mempunyai bakat yang tak dapat dicungkil melalui peperiksaan.
Kesimpulannya, mungkin aku lebih cenderung mengatakan bahawa pelajaran adalah segalanya. Mungkin ada yang berkata, alah ada je yang fail SPM tapi berjaya. Yes, ada, tapi cuba bilang berapa kerat dan kes itu ialah kes terpencil. Mereka itulah yang aku maksudkan sebagai golongan kelima, Yang berjaya tanpa pelajaran yang tinggi.
p/s: tahniah kepada anak sedara gua, dapat 9A, okay lah tu, Ayah Man nak bagi hadiah pun xdak duit, hakhak!
aku tentu2 golongan ke-4 ennn
hehehe!
anyway, terel anak sedara kau...
tahniah untuk beliau! :D
ko glongan 1 kot, haha
okay thx , haha
memang palinng mengancam r...
ecam: harhar xde mengancam pon,haha adik ko bile spm ecam, ke da lepas? haha