Cabaran: Sila Baca Sampai Abis Kalau Berani..

Posted by Azman - -

P/s: sila baca tengah malam dan tutup lampu ya=)




Baru-baru ini, aku terbaca artikel pasal pengebumian beberapa etnik atau bangsa yang agak tak masuk akal. Macam tak logik macam mana dorang leh terima adat itu kan. Tapi nak buat macam mana kan, dah jadi adat nenek moyang, tak nak ikut takut dipandang serong oleh masyarakat lak kan, hurm. Ok jom kita jengok pe yang aku nak cerita ni.

1) Etnik Murut Tagol

Etnik Murut Tagol yang tinggal di tening sungai Tagol, Pensiangan 150 KM dari Keningau, Sabah ini terkenal dengan keunikan sistem menguruskan mayat, iaitu dengan cara memerap. Ya, perap. Mayat biasanya diletakkan dalam satu tempayan yang dipanggil 'bangkalan' dalam keadaan lulut rapat ke muka atau bertinggung. Biasanya mayat diletakkkan sejurus selepas kematian bagi memudahkan proses kemasukan ke dalam bangkalan. Bangkalan akan dibawa ke rumah mayat atau dipanggil 'sirap'.

Namun, kos untuk menurunkan mayat dari rumah ke sirap memerlukan kos yang tinggi, lantas menyebabkan mereka yang kurang berkemampuan menyimpan mayat di dalam rumah sehingga duit mencukupi untuk menurunkan mayat tersebut.

Bayangkan ketika itu, ahli keluarga terpaksa tidur dan makan dengan mayat di rumah. Peh, lagi seram dari cite Hantu Kak Limah beb. Lagi lama kumpul duit, lagi lamalah mayat berada di rumah mereka. Ada ketika mereka terdengar tulang temulang yang sudah mereput jatuh ke lantai, dan yang paling kuat ialah ketika tengkorak kepala jatuh ke lantai, uii seram kott. Jika dan hanya jika duit sudah mencukupi, maka barulah mayat tersebut diturunkan.

Tapi sekarang amalan tersebut sudah tidak diamalkan kerana kebanyakan mereka telah memeluk agama lain (sebelum ini mengamalkan paganism).
Bangkalan
Diolah daripada bmdua bharian

2) Tower of Silence

Tower of Silence atau Dakhma merupakan tempat pelupusan mayat oleh pengamal ajaran zoroastrians.
Mengapa saya guna perkataan lupus? Ya, lupus sebab mayat itu akan dikeringkan atau dibiarkan dimakan oleh burung-burung pemakan bangkai, biasanya burung hering.Namun, apabila kadar kematian ialah tinggi, maka mayat tidak sempat dilupuskan kerana kekurangan burung hering sehingga memaksa penduduk memelihara sendiri burung tersebut. FYI, TIADA ORANG PELIHARA BURUNG HERING KAT DUNIA INI TAHU, dah lah huduh, makan bangkai lak, ish tak sanggup lah.



Mayat dijemur di atas dakhma yang mempunyai struktur bulat, dan dibiarkan begitu sahaja sehingga yang tinggal hanya tulang. Tulang tersebut akan dimasukkan ke dalam lubang di tengah-tengah dakhma tersebut.
Dakhma


Mengikut kepercayaan pengamal ajaran ini, mereka percaya mayat mempunyai roh jahat, dan tidak boleh disentuh kerana ditakuti membawa penyakit, peh. Sekarang saya tidak tahu sama ada upacara ini masih diteruskan atau tidak, mungkin sudah tiada, huks pelis a, bertamadun la sikit okay. FYI, amalan ini diamalkan di Iran, India dan mane ntah lagi.

3) Sky Burial

Okay, ini lebih kurang sama dengan konsep di atas, cuma ia diamalkan di atas puncak bukit. Yang menariknya, mayat diletakkan diatas bukit, dan bergantung sepenuhnya kepada burung hering. Maksudnya mereka akan tunggu burung hering makan sehingga tinggal tulang, dan tulang tersebut dikisar, dan dimasukkan ke dalam air susu untuk diberikan kepada binatang ternakan.







Alasan mereka tidak menanam mayat tersebit ialah kerana di puncak gunung, tanah di situ keras dan kekurangan bahan api sekiranya mahu dibakar.

Bagi saya, amalan ini sungguh kejam. Bayangkan seseorang yang kita sayang seperti ibu bapa, adik beradik, awek, diberi makan kepada burung. Sangat menyedihkan dan tak bertamadun. Seolah-olah taraf manusia tidak lebih daripada makanan haiwan sedangkan kita adalah khalifah di muka bumi ini. Sebab itu jugalah Allah mengutuskan rasul-rasulnya, tidak lain untuk mentamadunkan mereka yang tidak bertamadun dan tahu tanggungjawab sebagai hambaNya.

Uish aku pun dah loya ni, buwekkk...haha
Sekali lagi saya ucapkan syabas kepada mereka yang berjaya baca sampai abis post ini, dan juga mereka yang baca tengah malam sorang-sorang tutup lampu. haha

11 Responses so far.

  1. uishh mmg kejam. huhu..

  2. Azman says:

    agak kejam a, macam hampeh dorang ni. xkn nak tunggu burung gagak datang gaduh dan tanam, baru tahu cmne nak tanam mayat, huh

  3. Anonymous says:

    uhuhhu...ntahla..sedangkan binatang ada akal..manusia xleh pikir samalah kita ngan binatang,,

  4. ::ecam:: says:

    xde r seram sgt...tapi kalu g dok sane semalaman mau pengsan ga..

  5. pha is says:

    ni bkn citer seram... tapi citer "nausea and vomitting"... hehehe

  6. atiqah says:

    yerk!~ bluerk....euww
    haha..manusie dahulu yg kurg ilmu kot..sekrg insyaALLAH tkde la kot..tp maslh laen pulak bile tanah tk cukup nk kebumi mayat2 ..huuu serius loya~
    hahah

  7. perghh!!
    macam2 pengebumian yang wujud kat bumi ni...
    macam kejam jeee en

  8. Azman says:

    ecam n pait: mmg tak seram, tapi meloyakan, yark!
    atiqah: agak a kn, haha
    eqa: xtaw leh panggil pengebumian ke x, sebab x nampak 'di ke bumi kan' pun..

  9. ak tergelak dgn komen ko between cerita ko..yg pasal kebumi tu...nsb baik bukn tgh mkn bile bce~

  10. Azman says:

    harharhar, len kali baca time makan, sampai part gambar tu besarkan, tatap puas2, haha gerenti keluar suma yg da makan =)

  11. Saya tertarik dengan kaedah pengebumian mayat masyarakat lain di dunia ini. Memang benar dengan apa yang diutarakan oleh encik azman. Cuma saya ingin menambah sedikit kaedah yang digunakan di India. Mereka akan meletakkan mayat di dalam Sungai Gangga yang merupakan kawasan tempat penyucian diri di India. Mereka hanya membiarkan mayat tersebut terapung di dalam sungai tersebut. Dalam masa yang sama mereka turut mandi sekali dengan mayat tersebut. Mayat yang ada di dalam sungai tersebut dibiarkan sehingga luput atau lupus. Kadang-kadang burung gagak akan makan mayat tersebut. Yang menariknya berkenaan dengan amalan dan kepercayaan ini seolah-olah menjadi pegangan kepada mereka. Selain itu, ada kajian yang telah dibuat bagi mengkaji kualiti air di sungai tersebut. Kajian tersebut menyatakan bahawa air tersebut bersih dan tidak dicemari dengan kuman atau bakteria. Sungguh ajaib kan. Bagaimana sungai yang dipenuhi dengan mayat tidak kotor airnya dan ini menambahkan lagi kepercayaan masyarakat India bahawa Sungai Gangga adalah tempat penyucian diri.

USM Bloggerz