Archive for 2011

FUCK THE POLICE ye?
Nanti mak kau kena ragut, adik kena rogol, ko nak cakap apa lak kat polis, 'HELP ME PLISS'  keww?

Heh?

Aku tak respek pemimpin kau.
Aku tak respek cikgu kau.

Tetapi, balas api dengan api.

Engkau jahat, engkau teruk.
Aku nak ludah engkau.
Aku nak tampar engkau.
Aku kutuk kau, kecam kau.

Bukankah itu tak mengubah apa-apa.
Tidak adakah cara aman.
Sebelum menjadi laksamana.
Laksamana YOUTUBE, laksamana FACEBOOK.
Itu tidak mengubah apa-apa.
Selain dari menambah KEBENCIAN.
Yang mana akan dibalas dengan, DENDAM.
Ego, semakin meninggi.
Pintu kemaafan, entah dimana kuncinya.
Mungkin terjatuh.
Di dalam lubuk.
Lubuk KEBENCIAN...

Kalau PMS tu hal orang popuan, PMR pulak hal budak-budak sekolah.

Gua teringat.
Time gua amik result PMR dulu.
Punya lah cuak.
Pastu postpone pulak, hampas betul.
Tup tup rupanya tak postpone.
Jadi petang itu gua dan kawan-kawan gua pergi sekolah.
Lepas itu, punyalah terkejut gua.
Bila gua ta.......

(bersambung pada tahun hadapan)

p/s: PMR senang je rasanya. Semua objektif ape cer, tembak sudayyyyy. Ekekekekeke.

Betoi ka? Yang aku paham, dia mahal sebab dia punya proses pembuatan yang rumit, dan memerlukan precision yang tinggi. Bukan macam alat eletronik lain, lagi banyak buat lagi murah kos, sebab pembuatan yang pemilihan kaca yang terpilih. Tu baru kamera biasa, bukan kira Leica, Hasselblad, Mamiya pe benda lagi ntah yang sebijik tak silap aku 20K dolar.  Cer tengok macam mana dia buat lens Leica nih.


Memang betul, overpriced. Mahal macam gampang. Baik guna kamera henpon, dah ade yang berbelas megapixel jugak, pastu boleh wat kol orang lagik, meseg sayang-sayang pun boleh, ye tak?

Tapi, pikir punya pikir, kenapa ada yang beli Merc BMW Jaguar bagai, kenapa bukan Honda, Toyota, Nissan? Sebabnya jenama itu menawarkan sesuatu yang jenama lain tak boleh buat, atau susah nak buat, dari segi keselesaan etc.


Tapi betolla, main natang ni memang mahal. Bagi aku, bukan sebab mahal body, tapi mahal dia punya aksesori.

Yelah, let say beli:
Body D7000 + kitlens = RM 4K,
Pastu dengar member cakap kilens, better super kilens macam Tamron 17-50 f2.8, beli lak
Tamron 17-50 f2.8 = +- RM1200

Pastu dengar nak main lanskap sedap ultra wide angle, beli lak Tokina
Tokina 11-16 = RM 2000

Owh nak main potret lak, beli lak prime lens
Nikkor 35mm f1.4 : RM2000

Eh nak main skodeng lak,
Nikkor 70-200 f2.8 = RM 5000

Emm makro lah pulak,
Nikkor 105mm micro AF-S = RM2500

Speedlite lagi,
SB800 = RM 1000

ND Filter, CPL Filter sana sini
Hoya + B+W = RM 1000

Tripod lagi,
Manfrotto = RM 500

Drybox beg etc =RM1000


Tup tap pung pang pung pang dah 15K habis, padahal body 3K je. Tu tak main fullframe lagi. Bagi aku, untuk elakkan daripada termakan racun = terbeli semua, kita setkan nak minat ke arah mana.

Macam aku, makrografi, so nanti mungkin beli equipment untuk makro je, tu pun mau abis tiga pat riban gak, dan kalau tengok orang duk layan bokeh 70-200 f2.8 pejam je la mata tu kan.

So, in short, aku tak setuju macam gambar di atas, kita bukan memiliki overpriced camera, tapi overpriced hobby. Ohhh sh***t, macam mana aku boleh terjebak niiii....Facepalmmm k study bai.

Jadi, moralnya jangan jadi DSLRFags.

Bulan doblas bulan banjir, bulan wedding dan bulan Ombak Rindu. Err Dan juga bulan besday gua. Walaupun terpaksa mengharungi perkahwinan dalam hujan, namun terpaksa ku gagahi. Dan ini adalah gambar penyibuk perkahwinan, dan gambar pengantin xdak pon (sebab ada pro photographer masa itu, jadi aku terpaksa sorok kamera gua, segan...)






Najlah

Azra

Lutfi


Ibad




Some of anak-anak sedara gua, miss all of them, hahak

Kena sangat. Apa yang kena? Tajuk. Ye tajuk movie, Ombak Rindu, time-time musim bah macam ni. Tapi aku cadangkan elok tukar nama jadi Banjir Rindu, sebab aku dengar ramai yang pergi tengok cite ni menangis teresak-esak dalam pawagam, sikit lagi nak banjir.

Aku? Ombak Rindu? Hmm mungkin tengok kat laptop je laa, walaupun rating orang bagi 11/10, masih tak menambat hatiku.

Sebab? Hmmm sebab tajuk. Ye, tajuk jiwang sangat. Bagi la tajuk yang boleh buat aku tertipu ke, macam Adamaya ke, tak de la dengar jambu-ish atau jiwang-ish sangat. Macam Adamaya, cite dia bagus, jiwang jugak, syahdu jugak, tapi aku tengok, sebab tajuk dia berjaya tipu aku, aku ingat bukan cite jiwang, cesss!

Tapi, tapi dan tapi, setelah mendapat penjelasan daripada googlyizzah*harap nama twitter beliau betul*, Ombak Rindu ni sebenarnya daripada novel tahun 90-an sebenarnya. Oooooh ok, aku boleh terima dah kenapa tajuk dia jambu-ish gegurl sesangat you.

So, novel, emmm menarik. Ehem, masa sekolah rendah dulu aku jugak kaki novel, jiwang, seram semua aku pulun. Sebab itu stail penulisan aku bagus sucks, ehem. Aku ingat lagi tajuk novel macam Ratu(isu moral), Cincin Permata Biru(seram), Jibam (santai) dan ape ntah lagi, memang layan, masyuk. Tapi, itu zaman aku budak-budak. Yelah, zaman dulu mana ada internet astro apa ke benda ini semua, jadi nak bunuh masa lapang (kill the spare time) ialah dengan membaca novel. Budak-budak sekarang? Bagi novel boleh dia buat lapik duduk. Huh, well, time changes.

Tapi sekarang, aku nak baca novel, tapi masa sentiasa dengki akan aku. Novel Tortora, Lexicomp, MIMS, BNF dan yang sekapal dengannya pun tak habis-habis lagi, inikan pula novel sastera. Ehhhh? Dah lari tajuk =|

So, sekarang memang Ombak Rindu tengah trending, ok fine tak minat just butakan telinga pekakkan mata, seminggu dua lagi habis lah tu. Dan idea aku, Banjir Rindu, mungkin ada yang boleh buat movie guna tajuk ni, ok cita dia pasal sepasang kekasih yang merindui banjir. Mungkin boleh capai RM40 JUTA dalam masa sebulan. Errrrr... Bye.

Ya, kenapa begitu, kenapa begini. At first aku nak ucap tahniah kat Harimau Muda kerana berjaya mempertahankan pingat emas bola sepak sukan sea. Aku tahu, Malaysia menang bukan sebab nasib walupun setiap perlawanan kita tempuhi dengan berhempas pulas, dan dengan kemenangan tipis, mungkin atas faktor kecederaan dan kecergasan pemain.

Namun, terdapat sesuatu fenomena yang dapat kita cungkil selepas perlawanan itu, iaitu pemain muda Si Nazmi Faiz yang berumur 17 tahun, dengan permainan yang mantap dan bermutu, dan juga persembahan yang expected from Apex dan juga Baddrol Bakthiar. Tetapi, bukan itu yang aku ingin tekankan di sini, namun satu watak baru(sebenarnya baru bagi sapa yang baru nak stat tengok bola Malaysia) iaitu si F****. Ok, kenapa?

Kenapa? Kenapa ramai yang tak puas hati sangat. Sebelum itu aku juga beri komen di twitter, namun ramai sangat yang butthurt, back up dia, macam dia baru first cap. Heh? Ok fine.

Aku dah lama perhatikan player ni, sejak Malaysia main di Singapura masa pra-piala dunia lagi. At first, ok lah, walaupun terkejut, dengan status perlawanan yang besar macam tu, Datuk RG berani mempertaruhkan F ni, dengan alasan ingin bagi pendedahan player baru. Heh? Pendedahan player baru untuk match yang sangat besar macam itu? Ok fine sok sek sok sek benda dah lama.

Lepas tu, dalam SEA Games ni, nama SI F naik balik. Dulu dengan skuad senior, ni dengan skuad junior pulak. Ok, ramai yang dok komen cara dia main, termasuk aku. Kalau aku sorang komen, fine, maybe aku ni tak pandai tengok bola, tapi bila dah ramai sangat komen, there is something fishy there, kenapa la orang duk panaih sangat dengan dia.

Aku tak nak cakap banyak, cuma ada satu website ni dia main tarik tali dengan pembaca, dengan buat status di bawah dalam facebook:

Okay, macam biasa la, mesti ada yang komen macam ni pula, biasa lah:

So, kesimpulannya, kepada si F, aku bukan nak defame ke ape ke, cuma please la, for the sake of Bola Sepak Malaysia, please la main betul-betul kalau anda terpilih, kalo rasa diri tak cukup skil, belatih betul-betul, tapi kalo rasa dah cukup aku tak tahu lah, selagi tu lah anda di takuk tu, walaupun selalu terpilih. Nak kata tak cukup pengalaman, caps dah banyak. So, pikir-pikirkan lah.

Aku bukan jenis tak update pasal bola, then nak kutuk kaw-kaw. Nope, aku kalau ada masa memang susah nak miss match Malaysia. Then aku bukan jenis tengok bola je, player main macam hampas kepala pun rilek je, nope, im too emotional when it is related to football. Bukan jenis time menang sorak time kalah kutuk. But yes, kutuk bagi kalah pun bersebab, bukan semberono.

Ok, majulah sukan untuk negara, bola didahulukan, gol diutamakan. Peace yo!

Hai, buat pew tewww.  Seperti yang kita tahu, kamera gabak sekarang semua orang boleh beli. Sampai anak sedara aku dapat 9A PMR pun nak claim DSLR dengan bapak dia, bapak ahh. Nasib baik bapak dia tak nak belikan. Namun, tak rugi sebenarnya guna DSLR, sini aku catat 10 kelebihan DSLR dan 1 keburukan DSLR.

This is kewl, so kewl




Kelebihan DSLR

  1. Boleh buat profile picture kat fesbuk pegang DSLR.
  2. Kelihatan lebih hensem.
  3. Boleh upload gambar masa outing dengan kamera tergantung di leher kat fesbuk  *tapi tak upload 1 pun gambar yang diambil guna kamera ko*
  4. Boleh ajak awek jadi model.
  5. Boleh sangkut kamera kat leher bawa ke mana sahaja tanpa rasa malu.
  6. Nampak ala-ala photographer pro semasa reunion dengan kawan.
  7. Orang tak berani kutuk walaupun gambar tak cantik.
  8. Boleh kutuk orang, cakap ala kau pakai kamera kompak patut tak lawa, tengok aku ni.
  9. Boleh buat job wedding, pastu cas mahal-mahal walaupun gambar tak lawa.
  10. Lagi sekali, kelihatan lebih hensem.
Keburukan DSLR

  1. Susah lah nak guna. Err ape? Exposure? Shutter speed? ISO? White balance? Kelvin? DOF? Kejadah semua tu? Nak google pun malas, tanya orang jangan sekali.  Ala guna mode auto je lah senang, janji nampak KEWLL.
Haa tengok, banyak kebaikan dan sedikit keburukan. Jadi, tunggu apa lagi, kan kan kan. Har har har.

P/s: Cuma pujian kepada pihak-pihak tertentu sahaja.

Salam, pekabar perempuan yang biasa-biasa dan lelaki yang hensem tahap gaban (ya, memang stail Mr K) Uhh lama benor tak mengupdate blog, biasalah , bizi jual ketupat nasi.

Ok, berbalik kepada tajuk, kenapa ia berbunyi demikian? Kerana ketika detik ini, baru aku perasan, perempuan ibarat Lamborghini... Kenapa? Well, simple, sebab lamborghini cantik, tak cukup dengan tu lagi, ia sedap dipandang. Tak kira la dari bumper depan, bumper belakang, side skirt, spoiler, bumbung, tengok dari atas bangunan, pergggh memang cantik, walau dari sudut mana pun. Yes, that is perempuan, makhluk yang dicipta oleh tuhan dengan ciri-ciri yang cukup sempurna, err untuk dilihat, walau dari sudut mana pun. Dan ia jugalah mampu menggoyahkan iman mana-mana lelaki. Kerna sebab itu jika kita memesan lamborghini, biasanya ia dibungkus sebelum sampai kepada pemilik, sebab ianya begitu berharga, istimewa, dan hanya layak dipandang oleh pemiliknya yang sah sahaja. That's the analogi, simple analogi. That why sesuatu yang begitu sempurna, perlu ditutup, bukan dibuka, ditayang. Jika dibuka, apa akan jadi? Well, mungkin Lamborghini tadi akan dicuri. di hijack, disentuh-sentuh, dicalar-calar oleh mereka yang tak bertanggungjawab. Well, again, that's also an analogy. So, jika Lamborghini orang protect begitu sekali, mengapa perempuan yang lebih hebat dari Bugati Veyron, Saleen, Koenigsegg, boleh didedahkan sewenang-wenangnya?



Ok, jika perempuan Lamborghini, lelaki apa? Well, lelaki ni lori. Orang takde mengerumuni lori model terbaru, dan orang pun tak mau tengok pon, apatah lagi nak curi, nak calarkan ia. Tiada yang spesel pasal lori, kecuali lori jenis Justin beber (aku pun tak tahu kenapa lori ni femes sangat) Analogi lagi. Err aku pun lori gak, tapi lori jenis Optimus Prime punye, hehe.





*google image
Moral: Jagalah Lamborghini anda, hanya untuk pemilik yang sudi menghabiskan duit berjuta-juta sahaja mampu buat apa saja kepada anda. Ermm well, analogi lagi....

Credit to:



K bye =)

Salam, lama sudah tak update blog, malas ja, campur dengan buat-buat bizi. Simple je, aku hari ini telah discover kelemahan diri aku, yang mungkin aku anggap remeh tapi ia akan memberi impak kepada kehidupan aku selepas itu. Menyusahkan aku, dan juga orang lain. Mungkin betul, everybody has a gift, something they'regood at, and i just good at nothing. 


Mungkin bunyinya macam aku telah dimotivated, namun sebenarnya tidak, aku belum berputus asa, namun aku memerlukan masa untuk recover. Ibarat aku nak pergi KFC, mungkin mula-mula aku tak pandai stat kete, pastu tak pandai tengok peta, tapi last-last sampai. So, semua salah aku, tapi last-last aku sampai. So just think positively dan selamat maju jaya...


Hmmmm pelik je, aku depressed tapi aku yang pujuk aku sendiri, huh!

Hai sumer, Duk watper, duk stalk owang kew.. Ye lah, sekarang musim stalk2 nih sejak FB bertukar wajah. Orang lain sibuk duk stalk status orang, err maksud aku stalk secara tak sengaja, ye la dah kuar benda-benda update kat tepi tu kan. Tapi aku tidak. Dah seminggu orang lain dapat layout baru, aku still sama gak.  Maybe aku dilindungi daripada stalk-setalk orang ni. Keh3
Frankly speking, aku sampai phobia atau trauma untuk komen atau post dekat group ka hapa, sebab risau orang baca post atau komen yang tak penting daripada aku. Huh?!

Salam guys, buat pe teww, tak study keww. Eh, macam mesej awek plop. Errr... Nebermind, ekceli aku nak introduce sekuel blog forever alone selepas dokter chenta iaitu gua punya photoblog. Sesuai dengan nama photoblog, so ia akan mempunyai edisi gambar yang mungkin tak lawa, namun mungkin mempunyai maksud kepada gua.

Ok, kenapa tiba-tiba photoblog? Ok, sebabnya mudah, kerana aku suka menghayati keindahan alam semulajadi sebagaimana aku suka menghayati keindahan wanita, oppsss tu gurau je, aku bukan pervert ok.

Ok lagi, jadi gear ape aku guna? Ekceli. For surelah digital kamera. Mungkin kamera henpon, mungkin kamera kompak, err webcam pon bole. Ekceli lagi, gear tu tak penting, yang penting tahu guna, tahu keupayaan, dan tahu memaksimakannya. Kalau beli Leica atau Hasselblad pon pastu wat gantung kat leher je tak guna kan, tapi kalau guna kamera kompak pun tapi tahu eksploit fungsi dia, haa kamera fullframe pon kalah, ceewah.

Jadi sesiapa yang kelapangan tu,  boleh la berguling-guling di photoblog aku (click HERE) atau kat sidebar kat tepi sebelah kanan tu pon ade linknya. So that all lah. Babai.

Amateurs worry about the equipments, semi-professionals worry about money, professionals worry about lighting, but i just shoot 

Sebenarnya, ia merupakan kepada Cabang-cabang Rahsia #1, dan ini merupakan realitinya, ehehehehek

Malang tidak berbau...
Lokasi: di traffic light berdekatan dengan Desasiswa RST
Sebab gambar diambil: Sedang menunggu giliran lampu isyarat, masa tu tengah red light, so snap je la.
Moral: Berhati-hati di jalan raya, dan jangan ingat orang tersayang ketika memandu kerana ia akan menyebabkan fikiran anda terawang-awang dok teringatkan orang tersayang a.k.a pakwe atau makwe ketika sedang memandu.Bahaya.

Ktqbai.


Kadang-kadang aku terpikir camni jugak, KAH KAH KAH
Kredit; 9GAG.com

Irony, kadang-kadang ia ada dalam kehidupan kita.


Sumber: 9gag.com

Salam you ols, buat apew jew teww, haaa mesti tengah stalk owang dekat fesbuk lettew, haaa!
Alah biasa lah tu stalk stalk ni kan, lagi-lagi lelaki, kire cuci mata versi online orang panggil. Ape? Gatal? Pervert? Miang? Ngengada? Huuuu, dah yang you ols letak gambar comel comel sape suruh, kan untuk dibanggakan kan, untuk tatapan semua orang kan,  baru semua orang tahu, you lah orang paling comel dekat seantero fesbuk niew, kan kan kan? Mata luas, mulut muncung, pipi kembung, suma ade, hehe guraw jangan marah you.

Kadang kadang aku tergelak juga, macam macam ada dekat fesbuk ni. Macam-macam jenis oranglah senang cerita. Ada yang sembang lebat, ada yang nak perhatian kaw kaw, ada yang suka feeling feeling syahdu mahdu, errr tu bukan orang lain pun, aku jugak sebenarnya.

Tapi yang paling menarik perhatian ialah orang pepuan. Wai? Kerana mereka merupakan pemain utama atau watak utama lah dalam fesbuk ni. Sebab apa? Sebab mereka mempunyai power of attraction. Ceh, omputih plops. Yes, mereka mampu menarik perhatian orang, terutamanya si kumbang teruna yang gatal nak kawin. Pantang tengok profile picture comel comel sikit, terus add. Tip tup tip tup beribu fren. Aku bukan jeles, tapi nak juga merasa popuan beribu add aku, heh ::lol::.....Namun gejala ini dengan mudah dimanipulasi oleh pepuan terbabit, lantas menjadi femes bak artis AF yang baru 2 3 bulan naik.

Kita tahu limit fren dekat fesbuk 5 ribu, sebab zukerbek ni pandai, dia tahu seseorang itu tak mempunyai kawan lebih dari 5 ribu. Kalau lebih jugak tu bukan kawan, tu fans, jadi sila buat fan page wahai artis wannabe. Jadi apa kaitan nya? Ok, jika anda lihat profile popuan ni tertulis 'FULL', maksudnya dia telah melebihi limit fren yang menge'add'nya. Contoh, Syasya Isabella FULL. Namun, ia tidak terhenti di situ sahaja. Yelah, 'artis' kan, mestilah laki-laki pervert sentiasa dok add kan, jadi terpaksa buat akaun baru, iaitu Syasya Isabella II, jika full juga akan ditambah full dekat belakang dia, dan buka akaun ketiga, dan begitulah seterusnya kitar hidup si artis fesbuk ni.
Contoh 'artis' fesbuk

'artis' ni siap ada 2 akaun full dan satu lagi akaun ketiga
Haa, tu dia contoh aku bagi menunjukkan wujudnya artis fesbuk ini. Aku bukan apa, saja nak bagitahu kat laki, jangan nak pervert sangat la add popuan cun sana sini, gatal nak kawin tapi takda orang nak takpa, suh mak bapak cari. Popuan pun satu, tak payah nak ber'artis artis' sangat la, awak femes dekat fesbuk bukan ada orang jemput pergi show pon, thehehehehe.....

In the tempurung kelapa, aku bukan nak 'bang' sesapa dengan entri ni, malah tiada identiti didedahkan pun, cuma nak cakap berpada-pada lah dengan fesbuknye, jangan sampai memakan diri, HA HA. So kalau ada yang baca dan butthurted terasa, sowie ok, saya tahu awok comel, tapi tunjukkan kecomelan itu kepada mereka yang berhak saja, iaitu suami awok, ngehehehe ok babai :/

Salam guys, hari ini, saat ini, tepat pukul 12 malam pada hari isnin, bermakna aku telah menjadi third year student secara official. Emm aku rasa, kebanyakan kawan sebaya dengan aku juga sama, mungkin yang ambil program ijazah tiga tahun, kini sudah bergelar final year student dah, peh nanti abis degree boleh kawin, best laaa, untung laaa....

Sedar tak sedar, dah dua tahun aku menghabiskan masa di USM, well, bunyi je dua tahun, tapi aku rasa macam ilmu yang aku ada terlampau sedikit, jadi next two years will be crucial la kan orang panggil. Kena lah setadi betul betul, paham aplikasi dia, walaupun untuk dapat dekan itu jauh sekali, namun tak mustahil dengan kuasa tuhan, ngehehe. Ye lah, tak nak lah nanti grad, pastu kerja tapi nak buat tu tak tahu, buat ni tak tahu. Well, tak tahu dengan tak pandai 2 benda yang berbeza. Pandai mungkin perlukan teori, iaitu ilmu dan juga praktikal. Kalu belajar saja tapi praktikal tak ada, still tak pandai. Tapi tak tahu merupakan sesuatu yang absolutely zero, dan kena start belajar both, teori dan praktikal, err apa aku membebel nih, benda simple logik gitu pon nak cakap kan, well sukati aku lah blog aku, bbueek!

Tapi so far, aku bersyukur aku masih lagi mampu melangkah, walaupun aku tahu belajar bukan satu benda yang senang walaupun banyak benda menanti masa tahun 3, tahun 4 dan juga kerja.

Hidup semakin sukar, bertambah bebanan tapi tu lah yang menjadi pelangi hidup kita. Kalau aku imbas la, masa sekolah rendah dulu, bukan best sangat pun. Paling gila, aku hampir dicampak cikgu aku, dari tingkat tiga, darjah tiga. Masa tu, cikgu aku, Sir Jamalus tak silap aku, pegang kolar baju aku, dan acah aku macam nak baling kat bawah, sebab? Sebabnya masa dia mengajar aku tengok kat luar.

Zaman sekolah menengah pun, bukan best sangat, takda benda yang menarik pun, kecuali dapat awek je *ehem dapat awek je la yang best pon*. Tapi bila kita pikir balik, kenang balik, all those memories will become the sweet memories to remember, dan aku percaya, kesusahan di kala pengajian 3 4 tahun di universiti pun, akan menjadi kenangan, ya, walau sepahit mana pun benda yang kita lalui, cewah dah macam karangan sastera pulop.



Jadi, apa yang aku nak stresskan kat sini, dua tahun merupakan tempoh yang singkat. Andai bisa, rakamlah setiap moment *beli lah dslr sapa yang mampu, aku tak mampu TT.TT* dan aku percaya, nanti kerja dan dicampak jauh jauh, kita akan tercari-cari gambar kenangan semasa di uni *ini bukan iklan kamera ya*

Peh panjang juga kali ini, by the way, entri ni aku tulis hari jumaat 9/9/2011 lagi, tapi aku skedul supaya ia dipublish pada hari senin, hahaha stailo jugak dashboard blogger yang baru ni. Ok adios y'olls.. xoxo lol!

Salam, selamat hari RayaDeka (Raya + Merdeka), aku rasa pepuan comel dah penuh kantung dengan duit raya, laki tak hemsem pula dapat penat je buat muka macho. Newey, sepanjang cuti aku, aku sempat main kamera orang *nak beli tak mampu*. So ada lah sempat buat HDR sikit. Err bagi sapa-sapa tak tahu ape itu HDR, sila klik SINI, aku malas nak explain, haha.

Walaupun gambar HDR yang aku buat tak sepower yang Pro buat, tapi aku tetap nak post, sebab ape, sebab ni blog aku, sekati aku lah, HA HA HA!








Software yang aku guna biasanya Adobe Photoshop CS5, ataupun Photomatix dan juga sesekali Topaz Labs.

By the way, aku paling suka gambar di bawah ni. Ia bukan totally HDR, tapi boleh lah dipanggil pseudo-HDR sebab pakai satu keping gambar, bukan tiga keping. Dan ia telah diproses menggunakan Topaz Labs.



Tengok, takde lah lawa pun gambarnye, perasan je lebih. Err skil tak cukup kot.Hahahaha














Ok serius poyo, ktengkyubabai.

USM Bloggerz