Artis Fesbuk

Posted by Azman - -

Salam you ols, buat apew jew teww, haaa mesti tengah stalk owang dekat fesbuk lettew, haaa!
Alah biasa lah tu stalk stalk ni kan, lagi-lagi lelaki, kire cuci mata versi online orang panggil. Ape? Gatal? Pervert? Miang? Ngengada? Huuuu, dah yang you ols letak gambar comel comel sape suruh, kan untuk dibanggakan kan, untuk tatapan semua orang kan,  baru semua orang tahu, you lah orang paling comel dekat seantero fesbuk niew, kan kan kan? Mata luas, mulut muncung, pipi kembung, suma ade, hehe guraw jangan marah you.

Kadang kadang aku tergelak juga, macam macam ada dekat fesbuk ni. Macam-macam jenis oranglah senang cerita. Ada yang sembang lebat, ada yang nak perhatian kaw kaw, ada yang suka feeling feeling syahdu mahdu, errr tu bukan orang lain pun, aku jugak sebenarnya.

Tapi yang paling menarik perhatian ialah orang pepuan. Wai? Kerana mereka merupakan pemain utama atau watak utama lah dalam fesbuk ni. Sebab apa? Sebab mereka mempunyai power of attraction. Ceh, omputih plops. Yes, mereka mampu menarik perhatian orang, terutamanya si kumbang teruna yang gatal nak kawin. Pantang tengok profile picture comel comel sikit, terus add. Tip tup tip tup beribu fren. Aku bukan jeles, tapi nak juga merasa popuan beribu add aku, heh ::lol::.....Namun gejala ini dengan mudah dimanipulasi oleh pepuan terbabit, lantas menjadi femes bak artis AF yang baru 2 3 bulan naik.

Kita tahu limit fren dekat fesbuk 5 ribu, sebab zukerbek ni pandai, dia tahu seseorang itu tak mempunyai kawan lebih dari 5 ribu. Kalau lebih jugak tu bukan kawan, tu fans, jadi sila buat fan page wahai artis wannabe. Jadi apa kaitan nya? Ok, jika anda lihat profile popuan ni tertulis 'FULL', maksudnya dia telah melebihi limit fren yang menge'add'nya. Contoh, Syasya Isabella FULL. Namun, ia tidak terhenti di situ sahaja. Yelah, 'artis' kan, mestilah laki-laki pervert sentiasa dok add kan, jadi terpaksa buat akaun baru, iaitu Syasya Isabella II, jika full juga akan ditambah full dekat belakang dia, dan buka akaun ketiga, dan begitulah seterusnya kitar hidup si artis fesbuk ni.
Contoh 'artis' fesbuk

'artis' ni siap ada 2 akaun full dan satu lagi akaun ketiga
Haa, tu dia contoh aku bagi menunjukkan wujudnya artis fesbuk ini. Aku bukan apa, saja nak bagitahu kat laki, jangan nak pervert sangat la add popuan cun sana sini, gatal nak kawin tapi takda orang nak takpa, suh mak bapak cari. Popuan pun satu, tak payah nak ber'artis artis' sangat la, awak femes dekat fesbuk bukan ada orang jemput pergi show pon, thehehehehe.....

In the tempurung kelapa, aku bukan nak 'bang' sesapa dengan entri ni, malah tiada identiti didedahkan pun, cuma nak cakap berpada-pada lah dengan fesbuknye, jangan sampai memakan diri, HA HA. So kalau ada yang baca dan butthurted terasa, sowie ok, saya tahu awok comel, tapi tunjukkan kecomelan itu kepada mereka yang berhak saja, iaitu suami awok, ngehehehe ok babai :/

USM Bloggerz