Ombak Rindu?

Posted by Azman - -

Kena sangat. Apa yang kena? Tajuk. Ye tajuk movie, Ombak Rindu, time-time musim bah macam ni. Tapi aku cadangkan elok tukar nama jadi Banjir Rindu, sebab aku dengar ramai yang pergi tengok cite ni menangis teresak-esak dalam pawagam, sikit lagi nak banjir.

Aku? Ombak Rindu? Hmm mungkin tengok kat laptop je laa, walaupun rating orang bagi 11/10, masih tak menambat hatiku.

Sebab? Hmmm sebab tajuk. Ye, tajuk jiwang sangat. Bagi la tajuk yang boleh buat aku tertipu ke, macam Adamaya ke, tak de la dengar jambu-ish atau jiwang-ish sangat. Macam Adamaya, cite dia bagus, jiwang jugak, syahdu jugak, tapi aku tengok, sebab tajuk dia berjaya tipu aku, aku ingat bukan cite jiwang, cesss!

Tapi, tapi dan tapi, setelah mendapat penjelasan daripada googlyizzah*harap nama twitter beliau betul*, Ombak Rindu ni sebenarnya daripada novel tahun 90-an sebenarnya. Oooooh ok, aku boleh terima dah kenapa tajuk dia jambu-ish gegurl sesangat you.

So, novel, emmm menarik. Ehem, masa sekolah rendah dulu aku jugak kaki novel, jiwang, seram semua aku pulun. Sebab itu stail penulisan aku bagus sucks, ehem. Aku ingat lagi tajuk novel macam Ratu(isu moral), Cincin Permata Biru(seram), Jibam (santai) dan ape ntah lagi, memang layan, masyuk. Tapi, itu zaman aku budak-budak. Yelah, zaman dulu mana ada internet astro apa ke benda ini semua, jadi nak bunuh masa lapang (kill the spare time) ialah dengan membaca novel. Budak-budak sekarang? Bagi novel boleh dia buat lapik duduk. Huh, well, time changes.

Tapi sekarang, aku nak baca novel, tapi masa sentiasa dengki akan aku. Novel Tortora, Lexicomp, MIMS, BNF dan yang sekapal dengannya pun tak habis-habis lagi, inikan pula novel sastera. Ehhhh? Dah lari tajuk =|

So, sekarang memang Ombak Rindu tengah trending, ok fine tak minat just butakan telinga pekakkan mata, seminggu dua lagi habis lah tu. Dan idea aku, Banjir Rindu, mungkin ada yang boleh buat movie guna tajuk ni, ok cita dia pasal sepasang kekasih yang merindui banjir. Mungkin boleh capai RM40 JUTA dalam masa sebulan. Errrrr... Bye.

5 Responses so far.

  1. pha is says:

    ceh... awat tak buh "tsunami rindu"...? hehehe.. eh, jiwang2 pon arip morales dah tengok tau..!!! kakakakakaka...

  2. Azman says:

    arip, pencinta wanita kot, tengok blog dia, ekekeke

  3. baik kau g tengok.
    rugi sangat kalau tak tengok.

  4. Azman says:

    tak mau la, nanti basah kuyup baju aku dalam pawagam.hmmmm

  5. aNeEs says:

    kdg2 cite cmni ad byk msj2 yg leh kta ambik yg leh kaitkan gn hidup kta tp kdg2 sbb kromntikan n kjiwangan yg mlebih2 2 yg wat kta x nk tgk.. (sori ayt ntah ap2)

USM Bloggerz