Welkam to....

Posted by Azman - -

Salam guys, buat pe teww, tak study keww. Eh, macam mesej awek plop. Errr... Nebermind, ekceli aku nak introduce sekuel blog forever alone selepas dokter chenta iaitu gua punya photoblog. Sesuai dengan nama photoblog, so ia akan mempunyai edisi gambar yang mungkin tak lawa, namun mungkin mempunyai maksud kepada gua.

Ok, kenapa tiba-tiba photoblog? Ok, sebabnya mudah, kerana aku suka menghayati keindahan alam semulajadi sebagaimana aku suka menghayati keindahan wanita, oppsss tu gurau je, aku bukan pervert ok.

Ok lagi, jadi gear ape aku guna? Ekceli. For surelah digital kamera. Mungkin kamera henpon, mungkin kamera kompak, err webcam pon bole. Ekceli lagi, gear tu tak penting, yang penting tahu guna, tahu keupayaan, dan tahu memaksimakannya. Kalau beli Leica atau Hasselblad pon pastu wat gantung kat leher je tak guna kan, tapi kalau guna kamera kompak pun tapi tahu eksploit fungsi dia, haa kamera fullframe pon kalah, ceewah.

Jadi sesiapa yang kelapangan tu,  boleh la berguling-guling di photoblog aku (click HERE) atau kat sidebar kat tepi sebelah kanan tu pon ade linknya. So that all lah. Babai.

Amateurs worry about the equipments, semi-professionals worry about money, professionals worry about lighting, but i just shoot 

USM Bloggerz