Baru aku tahu, bahawa kalau ada DSLR ni, rupanya macam wartawan, dan baru orang akan pandang kita. Kenapalah aku tak terfikir ye. Uish uish uish....

Haa tengok, rakan kalau banyak, dia jadi rakans. Kira macam plural la.

Dikala kita dihujani bermacam masalah, perselisihan faham, ada baiknya kita berhenti berfikir dan rehatkan minda. Sedangkan lidah lagi tergigit, sedangkan suami isteri yang berkongsi katil boleh bergaduh, apatah lagi kita, yang hanya berkongsi satu bumbung menara, iaitu menara gading. Kita dah lama berkongsi segala perit getir, dan tinggal lagi setahun lebih, more or less untuk bergraduasi, insyaAllah.

So, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Tapi aku nak bercerita mengenai rakan perjuangan dalam dunia fotografi. Iaitu Naim, Jo, dan anak buah aku, azmi. Dulu sebelum ada kamera sendiri, aku godek-godek guna yang azmi punya. Tapi bila Azmi dah fly pergi UK, tinggallah aku terkontang-kanting, haha. Tapi serius, main kamera ni best kalau ada teman, rather than alone.Sebab tu gear aku banyak terperap dalam beg je, nantilah bila dah angkat lens Tammy 17-50mm ganti kit lens, aku pergi outing. Ye lah, lens baru, semangat pun baru, heheh.

Jadi, aku, Naim dan Joe berkesempatan mengatur satu outing di Pantai Tujuh, nak mencuba off-flash fotografi katanya, guna teknik CLS (Creative Lighting System)

Inilah hasil daripada outing tersebut.

Naim and Joe

Naim

Joe and Naim

Naim and Joe


Sori Azmi, tahun depan kita outims sama-sama, haha.

Kahwin, sekarang ni musim orang kahwin ke? Baru hari tu kakak aku kawin, ni abang aku pulak.
Adoi kirenya aku the only one yang tak kahwin lagi dalam family aku ni.
Wuwuwuwuwuuuuuu makkkkkkk nak kahwin jugopppppppppppp.....
Errr tapi persedian batin  zahir belum cukup lagi, tak boleh.
hehe

Ada kuasa sebagai polis dunia, anda boleh buat apa sahaja. Yang terbaru, agenda KONY 2012, yang diwar-warkan sebagai misi menyelamatkan rakyat Uganda daripada diktator yang digelar Kony. Misi yang mendapat perhatian ramai, termasuk Barack Obama dan pertubuhan-pertubuhan hak asasi yang lain.
Okay, fine, misi menyelamat, mahu selamatkan kanak-kanak daripada dibunuh, wanita daripada dirogol, jadi hamba abdi and whatnot, ok fine again. Tapi, tapi dan tapi.....

Macam mana dengan nasib mereka di Palestin. Kita bukan tak tahu, berapa ramai yang mati dibunuh, dirogol, tiada tempat tinggal. Di sini, kita boleh lihat, double standard oleh polis dunia, iaitu si Amerika.

Kenapa tiada pihak berani menganjurkan PALESTINE 2012? Kenapa, kenapa, dan kenapa?

Aku tidak mengatakan misi KONY 2012 itu salah, namun apa yang aku ingin tegaskan ialah, jika KONY 2012 boleh dianjurkan, kenapa PALESTINE 2012 tidak boleh dianjurkan, dan tiada pihak pun yang ambil kisah.

Dan jika ada pun misi berkaitan dengan Palestin, pastinya mereka seakan bersendirian, dan semua pihak seakan berpeluk tubuh, melihat terkebil-kebil.

Apa yang aku perhatikan, kita tak perlukan ihsan si polis dunia untuk membebaskan Palestin. Kita mempunyai komuniti kita yang tersendiri, komuniti yang cukup besar. Jika warga Eropah boleh bersatu untuk KONY 2012, mengapa kita warga yang beragama Islam, at least, tidak bersatu untuk Palestin?

Bersatu, itu yang kita kurang sebanarnya. Kita leka dalam dunia kita. Kita masih lagi berada dalam so-called comfort zone. Oh iPad3 baru keluar, oh Galaxy S3 keluar, oh Nikon D5 keluar, oh bla bla bla. Itu main concern kita. Sebab terlalu biasa hidup selesa. Ini contoh biasa, sesuai dengan sosioekonomi negara kita.
Kalau negara Dubai pula, pak-pak arab di sana pula, oh Lamborghini Aventador LP-700 baru keluar, oh Bugati Veyron keluar, oh jet peribadi baru, oh itu oh ini. Semua dalam dunia sendiri. Tiada satu connection antara sesama islam. Ya, ada, jika ia islam, dan juga sama bangsa, baru ada connection, itu mindset kita, semua. Semua islam besaudara itu hampir lupus dalam ingatan, yang ada, semua islam itu bersaudara, jika sama bangsa. Ini bukan pasal bersatu dalam dewan kuliah, tapi for a bigger scale. Nak harapkan Liga Arab take action, crap, semua crap. Semua jadi macam lembu yang ditambat oleh Amerika, lembu kenyang.

Sebab itulah kita tak mampu bersatu, in my honest opinion. Mat saleh boleh berbangga dengan usaha KONY 2012 nya, kita, apa yang kita telah buat. Nak sokong misi KONY jugak, boleh, atas dasar kemanusiaan, tapi jangan lupa, kita juga ada Palestin, that we need to take care of. At least, in our deepest heart.

''Cintaku terhadapmu tak akan pudar, dan dakwat diatas belahan kayu ini akan menjadi saksi''

Aicehhh, jiwang plop, tak adalah, saja buat caption untuk gambar dibawah, yang aku capture masa pergi ke Bukit Bendera semester lepas. Gambar dah lama, saja cuba editing style lomo + instagram, yang budak-budak remaja selalu buat, tapi tak tahu ler jadi ke tak aku edit ni. Guna Adobe Photoshop CS5 + Topaz Lab + Adobe Lightroom 3.0.


''I Love You'' 


Before:

Twitter, tak perlu nak perkenalkan lagi. Satu benda yang aku rasa semua orang hampir ada, tak kisah la aktif ke tak kan. Alkisahnya Twitter ni tempat orang pot pet pot pet, tempat orang follow artis dan memacam lagi.

Dahulunya, akaun TommyCaira juga dibuat atas sebab yang sama. Namun lama-kelamaan, aku seakan obses dekat Twitter. Semua nak cakap, lapar, sakit perut, marah, geram, kiranya semua emosi aku ada dalam Twitter.

Sampai lah aku terfikir, apa yang aku buat ni, kegilaan apakah ini? Semua benda tak betul, semua benda nak merungut, sampailah aku terfikir untuk deactivate akaun, dan terus deactivate.

Nak dijadikan cerita, tak lama selepas itu, beg aku hilang. Entah macam mana, tercicir atau dicuri orang aku pun tak tahu, sedar-sedar masa nak pergi kuliah keseokan harinya. Kalau kira, panas juga la hati, sebab terpaksa beli beg baru dikala JPA bermain tarik tali. Namun, 2 hari selepas itu, aku terjumpa beg aku kembali, di tempat yang tidak disangka dan tersimpan dengan baik.

Selepas kejadian itu, aku terfikir, kalaulah aku masih menggunakan Twitter, mungkin dah berjuta rungutan dan sumpah seranah aku tweet, dan mungkinkah juga kehilangan itu untuk mengajar aku supaya bersabar dalam hidup dan tidak mudah merungut e.g dalam twitter atau dalam real life, kerana masih ada berjuta insan yang lebih teruk daripada kita, namun lebih tabah daripada kita.

Dalam Islam pun aku tak rasa merungut itu sesuatu yang baik, seoah - olah kita mempertikaikan takdir dan qada'-qadar. Pada hemat aku, lagi banyak kita merungut, lagi kurang kita bersyukur dengan apa yang ada.

Jadi, berdasarkan pengalaman aku sebagai newbie dalam bidang pengtwitteran, aku lebih banyak gunakan untuk
  • merungut
  • merungut
  • merungut
  • bercakap kosong
  • meluahkan perasaan
Lain orang lain cara penggunaannya, mungkin ada yang gunakan untuk benda baik seperti mengeratkan silaturrahim dan sebagainya, dan mungkin ada yang gunakan untuk benda yang kurang baik, seperti mengumpat, defame orang lain dan sebagainya.  Terpulang lah kan, rambut sama hitam, cerebral cortex lain-lain.

Namun, apa yang dapat aku perhatikan, selepas deactivate twitter, aku lebih mempunyai masa untuk diri aku. Maksud aku, aku mempunyai banyak masa untuk study main game, tidur, 9GAG dan sebagainya, errr....

p/s: Bukan semua yang guna twitter tu macam aku, dan entri ini hanya merujuk kepada pengalaman aku sahaja, sekian, harap Mak Long.

Oh sudah bulan tiga, aku rasa macam tiga minggu je lepas sambut tahun baru. Pejam celik pejam celik dah tiga tahun juga aku kat USM, macam fresher lagi, tapi bila tengok cermin, ada kedut, eh dah tua rupanya. Tiga tahun memang macam lama, kalau kawin anak dah tiga, kalau keje dah tiga kali tukar kereta.

Tiga tahun dekat USM, macam macam memori aku ada. Tak macam matrik, setahun je, tak banyak memori walaupun best jugak masa kat matrik tu.

Tiga tahun ni juga, banyak ragam manusia yang aku jumpa. Okaylah, banyak yang okay dari yang tak okay. Ada yang mementingkan kebersihan luaran dari dalaman, macam macam. Dua-dua penting sebenarnya, tapi jika nak cari modal, macam-macam boleh cakap. Ye lah, tak ada benda nak cakap kan, baik mengata orang, seronok juga.

Tiga tahun ni juga, sem lepas baru aku dapat pointer yang sedikit baik, ye lah, baik dengan aku yang tak seberapa rajin ni. Tapi kalau tanya orang yang dapat dean list setiap tahun, pointer macam aku ni mungkin sangat teruk.

Tiga tahun ini juga, aku akhirnya dapat apa yang aku idamkan iaitu kamera. Walaupun bakat seni itu kurang, tapi aku puas hati la juga dengan air tangan aku, walaupun sekadar menjadi desktop background laptop sendiri, cukuplah, tak perlu berbakul-bakul pujian dari orang.

Come to think of it, aku berada dalam zon selesa sebenarnya. Adakah itu istidraj, ujian tuhan untuk melihat aku lalai atau tidak, aku bangga diri atau tidak, aku bersyukur atau tidak. Jadi, aku harap aku tidak tenggelam dengan keseronokan duniawi *cewah wuhuhu*

Tapi, eh, hidup aku ttidak seindah itu, JPA masih belum masukkkkk!! Alahai, nak buat macam mana, nak marah, nak meraung pun tak guna, sapa suruh boros dulu, itu ini semua nak beli,sekarang, hah, padan muka.

Okay babai.

Fotografi, mempunyai banyak cabang atau pecahan seperti sport/wildlife, street candid/still life, potret, landscape, wedding/job, macrophotography dan banyak lagi. Namun begitu, berposing depan cermin tandas beramai-ramai dengan buat mulut itik, tak termasuk dalam mana-mana cabang fotografi.

Fotografi = DSLR ? Nope! Fotografi bukan bermaksud sehebat mana peralatan yang kita miliki. Cuma kita terlalu stereotaip, jika usung kamera besar-besar itu maksudnya hendak berfotografi, dan tukang usung itu ialah fotografer. Sebenarnya, fotografi atau photography, bermaksud melukis cahaya, kerana dalam bahasa Greek, photos bermaksud cahaya, graphien pula bermaksud melukis. Jadi, hatta menggunakan kamera henfon sekalipun, maka individu tersebut secara harfiahnya ialah photographer. Ya, pelukis cahaya, cuma kadang kala limitation pada sesetengah alatan, menyebabkan ia memerlukan peralatan yang lebih baik daripada kamera henfon untuk menghasilkan hasil yang memuaskan, mungkin kamera kompak atau DSLR, terpulang.

Namun, itu hanya intro. Apa yang aku nak bebelkan di sini ialah berhubung satu cabang fotografi, iaitu makrofotografi. Kadang-kadang kita terkeliru, makro ke, mikro? Mikro bermaksud kecil, namun makro bermaksud besar. Namun akhirnya, kita mengambil gambar kecil (mikro) dan menjadikan ia nampak besar (makro), jadi term tersebut boleh digunakan interchangeably. Mikro biasanya digunakan oleh lens Nikon, contohnya AF-S VR Micro-Nikkor 105mm f/2.8G IF-ED lens manakala makro digunakan oleh pengeluar lain seperti Canon dan juga secara meluas. Terdapat term lain iaitu close up. Semua makro ialah close-up namun bukan semua close up ialah makro. Keliru? Begini, jika ada satu gambar seekor pepatung dalam satu frame, maka itu ialah close-up. Namun, makro hanya bila ia menunjukkan detail pada muka atau mata pepatung itu.

close-up (google image)

makro (google image)

Untuk mendapatkan gambar makro, jelas, anda perlu menggunakan lens dedicated untuk makro yang mempunyai magnification ratio 1:1 atau lebih. Jika berhajat memilikinya, bersedialah untuk hangus paling kurang RM1.5K, ya, paling kurang. Duit yang besar, untuk sesuatu yang kecil.
Antara lens makro yang popular ialah:
1. Tamron SP90 f/2.8
2. Nikkor Micro 105mm f/2.8
3. Canon EF 100mm f/2.8 macro
4. Sigma 150mm Macro
5. Canon MPE-65 (lens makro yang paling legend, magnification ratio 5:1 )

Untuk close-up atau pseudo makro, terdapat banyak pilihan dan kebanyakannya bersifat budget-wise, sesuai untuk mereka yang  sekadar menjadikan ia sebagai aktiviti sampingan dan juga kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia makro.
Antara pilihan yang ada ialah:
1.Raynox filter
2. Reverse ring
3. Close-up filter
4. Extension tube
5. Bellow (jarang orang guna)

Namun begitu, hasil close up boleh bertukar menjadi makro, dengan CROP. Namun crop akan menyebabkan timbulnya noise atau bintik-bintik halus pada gambar.


Mungkin ramai yang menyangka, mengambil gambar makhluk halus atau makro ini senang, sesenang air di kali, eh tu tenang. Ia bukan seperti mengambil gambar potret, yang hanya fokus dan snap. Bukan. Ia mempunyai sejuta cabaran, ok tipu. Beberapa cabaran.
Antaranya:
1. Fokus.
Cabaran terbesar kerana disebabkan depth of field atau kedalaman ruang yang sempit, menyebabkan sering hilang fokus kepada subjek. Kadang-kadang fokus ekor, kadang-kadang fokus badan, bulu dan macam-macam. Dalam dunia makro, detail pada MATA selalunya menentukan sama ada gambar tersebut berjaya atau tidak. Dalam sepuluh shoot, dapat 2 atau 3 gambar yang elok pun dikira cukup baik.

2. Tak duduk diam.
Ya, binatang bukan macam orang, boleh suruh duduk diam, suruh posing dan sebagainya. Alih-alih, dah terbang, ceit.

3. Pencahayaan.
Lagi, kulit binatang bukan macam kulit manusia. Kulit binatang biasanya berkilat, dan memantulkan cahaya, menyebabkan cahaya menjadi kasar dan tidak sekata. Flash diffuser sering digunakan, biasanya buatan sendiri.
Dah nama D.I.Y, bekas megi pun bole jadi diffuser, haha (google image)
Tu tak kira nyamuk datang macam tentera Abraham lagi, pendek kata, memang penuh cabaran lah. Namun, cabaran itulah sebenarnya keseronokan dalam bermakro ni sebenarnya, dan hanya pemakro tegar sahaja mampu mengharungi semua cabaran tersebut, ye lah, pergi redah hutan rimba semata-mata nak ambil gambar labah-labah pun apadahal, minat punya pasal la kan, tapi aku tak sampai tahap itu lagi.

Sebelum aku tutup bebelan kali ini, aku lampirkan beberapa gambar pseudo-makro yang berjaya aku tangkap,  dengan menggunakan Raynox filter.

1.

Fly

2.
DSC_1975

3.
DSC_1984

4.
DSC_1934

5.
DSC_1943

6.
DSC_1589

7.
Jumperz

8.
DSC_1949

Semua gambar mempunyai cerita tersendiri, yang hanya aku tahu jalan ceritanya, :)

Minat M.U, Chelsea, Barcelona, Arsenal, Man City. Okay minat okay. Tapi aku tak paham kenapa kita boleh minat sesuatu yang bukan part of our life. Macam minat pasukan yang terer, tak pe. Tapi kalau pasukan yang selalu kena ayam, main hampeh, manager bongkak, kita minat itu berasakan apa? Kita bukan duduk dekat North London nak minat Arsenal gila-gila, kita bukan duduk dekat Liverpool nak minat Liverpool gila-gila. Em itu contoh sahaja.

Aku bukan apa, cuma pelik dengan peminat EPL ni, pasukan yang kita minat itu, kenapa? Ada apa dengan hidup kita? Atau masa kita kecik-kecik, dorang pernah bagi beg sekolah ke, apa ke, tapi rasa macam tak ada. Apakah, basis kepada keminatan, keghairahan kita, terhadap pasukan-pasukan tersebut. Itu yang selalu bermain difikiran aku.

Minat team Kelate, okay aku boleh terima, sebab memang duduk kelate, tapi kalau minat team yang tak de kaitan dengan mereka pulak, macam mana?

Okay, minat pemain. Tapi jika pemain itu berpindah, kita dah tak minat ke? Tak jugak.

Okay minat performance, tapi jika performance tu semakin kureng, kita minat juga kan?

Okay minat segala-galanya pasal pasukan tersebut. But why????? Sampai sanggup kutuk-mengutuk, cerca mencerca, menangis jika pasukan feveret kalah. Yes again, but why? What is your basis of those interests????

Sungguhpun aku tak faham, dengan manusia.

Suka apa? Suka hati?
Bukan. Maksud aku, suka kepada si dia.
Kita boleh cakap, aku suka sangat kat dia.
Tapi atas sebab apa.
Comel, hensem, badan mantap, sasa.
Itu biasa kita dengar.
Betul.
Suka dan cinta itu sesuatu perkara yang berbeda.
Namun.
Suka juga boleh membawa kepada cinta.
Bak kata aku.
Tak suka maka tak cinta.
Namun.
Setakat mana kita suka.
Setakat mana kita cinta.
Orang yang kita suka.
Belum tentu orang yang kita cinta.
Namun.
Orang yang kita cinta.
Ialah.
Orang yang kita suka.
Apakah.
Asas kepada suka.
Ataupun.
Hanya suka-suka.
Jangan.
Pernah tertukar.
Antara.
Suka juga cinta.
Kerana.
Cinta.
Tak mungkin tumbuh.
Tanpa dibajai.
Perasaan suka.
Cinta.
Tanpa suka.
Ibarat.
Hidup.
Tanpa matlamat.


Karya ini adalah nukilan daripada jiwa penulis tatkala diruntun perasaan keseorangan, di kala sang rembulan, dilitupi, awan yang memeluk rapat.
Err ekceli gua boring. Sori. Tapi karya gua kalau dapat publish kat KOMSAS form 4 okay jugak.

USM Bloggerz