Showing posts with label Itu Aku. Show all posts

Seminggu aku offline internet, sebab harus berkunjung ke Negeri Sembilan dan juga Selangor. Bukan boleh dikategorikan sebagai percutian,ia lebih kepada perjalanan sebenarnya. Namun, dalam perjalanan itu, aku, anak sedara gua dan juga abang gua sempat singgah ke tempat-tempat yang bukannya ohsem sangat pun, tapi ohsem la jika dibandingkan duduk melangut depan laptop main fesbuk 24 jam ye dop.

Tak nak lah sembang gampang,baik gua share gambor je ye dop.

Location: Tanjung Malim,Perak









Azmi,aku dan angah


Kredit gambar: encik azmi



Jikalau Fesbuk itu sudah wujud sejak dari aku mula-mula lahir, mungkin ini status yang aku akan post dalam Fesbuk:

Masa baru  dilahirkan:
Mana mak bidan ni, penat dah aku tunggu ='(

Masa 1 tahun:
Mak,nak susu, nak susu.. alaa, tak nak susu botol, nak susu cap gantung...

Masa 3 tahun:
Peh, hari ini hari pertama aku tak pakai pampers

Masa 5 tahun:
Bajet otai la budak sebelah aku ni, padahal ABC pon tak ingat lagi

Masa umur 12 tahun:
Hari ini aku ingat nak study math la, dapat 5A UPSR  nanti dapat nek pentas, glemer bhai

Masa umur 16 tahun:
Uish comel gak minah baru masuk tuu, esok add fesbuk la,kot-kot melekat,ngee =)

Masa umur 19 tahun:
Hari pertama kat uni, target mesti study macam hantu

Masa umur 24:
Wahh sudah grad,esok boleh kawin lah.ngeng =p

Masa umur 30:
adoi keje overtime lak,dah la nak ambil anak lagi, hmmmph

Masa umur 39:
Peh gaji naik dah hari ni. Esok boleh pegi Naza Bikes, angkut Honda CBR 1000 sebijik =)

Masa umur 48:
Comel jugak nurse baru masuk tu. Buat no. 2 chantek jugak. Opss miang keladi lah pulak=p

Masa umur 55:
Esok dah pencen, rindunya kat member sekerja sumer, terutamanya kat nurse-nurse sini, ops tergatal lagi.*sambil kena tarik telinga dengan bini

Masa umur 60:
Alah tomeinye cucu atuk ni, mmuah mmuah ngeng


Jadi, begitulah agaknya timeline status gua kat fesbuk sepanjang hayat. Walauppun begitu, ia hanyalah imaginasi sahaja, tidak berkaitan dengan yang hidup atau yang mati, ngeng.

Hai, ape kabre semua, harap sihat-sihat belake. Yang buncit kuatkan bersenam, yang kurus macam aku dah ok, ideal =p. Almaklumlah, sekarang cuti sem, 4 bulan pulak tuh. Aku harap bila jumpa nanti, takdelah sampai aku tak cam, dan takdelah sampai sudah beranak-pinak kan, ek ala, 4 bulan je pun.

Dah lama aku tak post entri baru, mungkin agak sibuk dengan kehidupan dan masalah. Kesibukan utama aku adalah untuk menukarkan oksigen kepada karbon dioksida dan menghembuskannya keluar. Tak paham? Maksudnya lepak lah,buek.

Err sebenarnya takde ape nak diceritakan, takde isu kan. Nak cakap pasal pehimpunan BERSIH kan, tak pasal-pasal aku masuk ISA, aku  nak graduate dan kawin dulu wei.

Cumanya hari ini abang aku baru lapor diri sebagai pendidik, atau guru. Melengkapkan hierarki keluarga guru dalam  salasilah keluarga aku. Sudahlah ayahku juga guru, diikuti oleh abang sulung, kakak dan seterusnya. Untuk pengetahuan korang, adik-beradik aku, 6 daripadanya ialah guru, itu tak kira abang dengan kakak ipar, dan juga anak sedara sekali.  Dan yang abang atas aku juga guru, kiranya guru terakhir dalam adik-beradik aku. Nasib baik aku ditakdirkan bukan untuk jadi guru. Bukan memandang rendah profesyen guru, namun aku juga inginkan kelainan dalam keluarga. Tambah pula aku tak pandai mengajar orang, memang hampeh.



Bagi aku,  kerja apapun tak apa, asalkan halal. Namun kehalalan itu bukan seratus peratus bergantung kepada jenis kerja. Ye memang antara kerja polis dengan kerja mencuri, kerja polis lagi halal. Namun di sebalik kehalalan ketoyyiban ia pun, masih boleh bertukar menjadi haram. Contoh mudah pabila polis itu ambil rasuah, jual maklumat negara dan sebagainya. Haram juga kerjanya walaupun kerja bapak polisi.

Tapi ada juga yang terbalik kuang, seperti mencuri duit orang, pastu bagi kat orang miskin, ala-ala robin hood. Jadi macam halal kan? Kerja baik ape, tolong orang miskin. Yes, memang baik niat tu, cuma cara melaksanakan itu yang salah. Begitu juga dengan si penggodam yang menggodam laman web kerajaan baru-baru ini. Godam dengan alasan membantu menyampaikan bantahan orang awam kepada kerajaan. Yes, niat tu baik, tapi pelaksanaan itu yang salah. Itupun aku tengok ramai orang awam yang sokong si penggodams ini.

Dan akhir sekali, aku harap jika aku dizinkan oleh-Nya untuk menjadi ahli farmasi 2 tahun lagi aku berharap aku dapat melaksanakan tugas dengan baik, dan dijauhkan dari berbuat perkara yang merosakkan masyarakat. By the way, aku tak sabar nak keje sebenarnya. Jeles tengok orang dah keje, boleh beli kete dengan duit sendiri, pastu kawin, err yang kawin tu tak tahulah, mungkin nak cari orang yang betul-betul memahami aku, dan juga aku boleh fahami dia, sebab aku tak nak nanti kawin gaduh memanjang je, macam haram, awak tak hepi, saya pun tak hepi. Eh terjiwang plops =p.

Oklah, selamat bercuti lagi peeps =)

  First and foremost, trimas lah kat cik cinthe(syakira) sebab sudi tag gua, kah kah kah...
Eerr soalannya berbaur dan berbau begini:
"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random things, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 peoples to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If i tag you, it's because i want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated. "



Err sebenarnya aku pun tak tahu sangat pasal diri aku ni, ape yang bestnye ntah, hakhak tapi aku masih menghargai diri aku seadanya, wooot!
Okay ni 25 benda pasal aku yep.
  1. Kecik kecik dulu suka gigit kuku, tapi benti selepas abang aku sound, nape tak gigit kuku kaki skali, sungguh hampeh beliau.
  2. Kecik kecik dulu penah ade kete kontrol, gua beli guna duit raya. Tapi bila boring sumbat mercun kat dalam, dan BOOOM!! Hancur gitu je... 
  3. Minat kaler hitam, nampak macam penjahat yang duduk dalam kegelapan.
  4. Suka benda yang cantik.
  5. Suka benda yang comel.
  6. Suka kucing.
  7. Suka benda seni.
  8. Tak pandai melukis.
  9. Suka edit gambar.
  10. Tak suka susahkan orang lain.
  11. Susah marah, tapi bila marah, boom! macam macam benda keluar.
  12. Terlalu ingin menjaga hati orang sampai kadang kadang hati aku yang terluka.
  13. Saya tidak peramah.
  14. Suka tengok gambar yang menarik, dan suka tengok keindahan alam.
  15. Anak last.
  16. Ramai kata muka gua garang, hah padan muka.
  17. Ramai jugak kata aku sombong, tapi biarlah, ada aku kesah? Kah kah kah.
  18. Aku sukar membuat keputusan, biasa nya aku pikir sedalam-dalamnya sebelum pape, tu kelemahan aku yang paling ketara.
  19. Aku suka kereta, kereta itu seni.
  20. Aku agak tak setia, tapi aku berusaha untuk setia.
  21. Aku bukan playboy, tak suka permainkan perasaan orang, dan orang permainkan perasaan aku.
  22. Rambut aku mudah gugur, mungkin aku akan botak, petanda nak jadi prof kot.
  23. Minat superbike, admire Kawasaki Z1000, Yamaha R1 a lot.
  24. Aku tak pandai buat lawak, tak pandai pujuk orang, tak pandai ambil hati orang.
  25. Aku tak pandai berterus terang, biasa aku pendam, tapi aku tunjukkan yang aku tak suka ape dia buat melalui perbuatan. 
  26. Aku, ehh dah abis, peh tak cukup lah 25, len kali buat lah 40 ke, 100 ke, kah kah kah.
Okay, sekarang aku nak tag semua follower aku yang tak kena tag lagi, hakhak ta pelu mention name kan, sebab follower aku pon sikit ja, ye a blogger tak femes katakan, sob sob, kah kah ada aku kesah, k babai.

ektuali ni first time aku kene tag, aku pon xphm camne nak men tag2 ni,hahaha
Ni dia soklan dia jawapan dia, walaupon aku rase ade sebab aku ditag oleh beliau. agak licik di situ,haha

Apa yang penting dlm hidup korang?  -Nyawa kot, pastu laptop, henpon, wifi, moto, duit,huh

Benda terakhir yg korang beli guna duit korang? 
-Nasi kot, kat desa IK
 
Dimanakah tempat korang akan melangsungkan perkahwinan dan apakah temanya?
-Di rumah, tema dia retro

Adakah korang sedang bercinta sekarang?
-Yes, aku bercinta dengan buku, esaimen,lap repot bagai

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?  
-Rasenye sampai bulan 5 kot, pastu putus 4 bulan.

Novel/buku/majalah terakhir dibeli? 
-Majalah KERETA

Namakan orang-orang yg korang nak dalam hidup korang? 
-Parent,kawan2,aweks,anaks

Adakah korang penah basuh baju sendiri  
- Yup, gua jujur ni jujai.

Dimanakah tempat-tempat yg korang betul-betul nak pergi? 
-Syurga..T.T

5 Lagu yang paling korang suka dan selalu dgr?  
-Not alone by linkin park
-Burning in the skies by linkin park
-You and i by secondhand serenade
-Something more by secondhand serenade
-Please dont go by mike posner

5 Blogger yg korang tag?
-pait
-syakira
-azwa
-Raihan
-Izzah

ok aku malas nak btaw kat wall korang, jadi kalo korang bace, taw la korang da kena tag,eh esok ade kuiz,mampuih la noe,babai

 

Entri kali ni just gambar, yang spesel aku letak dalam blog ni menunjukkan peringkat penubesaran aku bersama EnfaGrow...


Pepandai la cari mane aku,peh...........

Impian,satu pekataan yang menggambarkan sesuatu yang ingin dicapai dalam hidup ini. Walaupun hidup ini sesuatu yang bersifat sementara, ibarat tidur yang akan dikejutkan oleh satu kejutan yang dasyat iaitu kematian dan selepas itu kita bangun dan sedar sepenuhnya,itulah hari akhirat yang tiada penghujung. Tapi Nabi kita tidak menyuruh kita mengabaikan dunia, dengan pesanannya ''bekerjalah seperti mana kamu hidup selama-lamanya,dan beribadatlah seperti kamu akan mati esok''. Apa yang saya nak tekankan di sini, tak salah mencari harta bertimbun dengan syarat tidak meninggalkan suruhan-Nya. Begitulah hendaknya ye.(haha terceramah pulak ye)

Berbalik kepada impian tadi, aku cuma nak berkongsi impian aku je,iaitu kereta. Ia bermula dari minat sehinggalah menjadi impian. Aku ni bolehlah digelar peminat kereta,sebab bagi aku kereta tu seni. Mungkin minat aku ni bertitik tolak daripada abang lelaki no. 2 aku, yang mana dulu selalu menyogok aku dengan majalah-majalah kereta, dan sedikit sebanyak minat tersebut mula tumbuh melata. Sejak dari itu aku mula mengenali DOHC,SOHC dan macam2. Dan sebab tu jugaklah aku jadikan kerja yang elok sebagai platform untuk aku mendapatkan kereta2 idaman aku,hampeh kan.

Dulu,aku sangat meminati Evo, Scooby(Subaru) tapi memikirkan kereta2 lumba macam tu memerlukan penjagaan yang rapi, dan aku pulak jenis malas nak mentenen2 nih(minyak itam motor pon slalu lupa nak tukar pe kes,aha), jadi aku beralih arah kepada kereta jenis MPV, ye a kalo buat stail VIP kan smart. Buh rim sport 19' ke,pastu cat itam, sideskirt labuh, jalan merayap macam hensem, kuar kete ngan rambut pacak tambah kolar tegak, men iPhone cap ayam,peh stailo abis. So far,aku admire sangat Honda Odyssey RB1 , yang latest RB3 xde la lawa sangat. Xpun Toyota Estima ACR50,tp skarang mahal lagi =(.Maybe ade yang anak orang kaye2 yang dah ade bapak die punya tengok,eleh estima,odyssey buat benda, tapi bagi aku 2 kete bapak ko,bukan kete ko,try ko usaha sendiri beli guna duit ko tengok,aha....

Jadi harapan aku, mintak kerajaan hapuskan AP supaya harga kereta import lebih rasional dan sebabnya AP hanya mengkayakan kroni2 yang memegang AP je,cheitt. Konon nak bagi melayu maju,pastu orang melayu jual AP kat non-bumi, jadi yang kayanya sorang tu  je la. FYI, sorang pengimport aka pemegang AP boleh dapat besih rm50k per car, macam Honda Odyssey yang regenya rm145k, sebenarnya dekat luar baru rm 100k. Hampeh kan. Jadi harapan aku lagi,harap2 nanti aku keje sume wishcar aku tu sume da murah2 ye regenye supaya rakyat msia dapat menikmati kereta yang elok kualiti pada harga yang murah,hoho.adios.

Toyota Estima ACR50

Toyota Estima ACR50

Honda Odyssey RB1

Honda Odyssey RB1

         Tentang saya. Satu tajuk yang agak subjektif dan biasanya tajuk ini kerap keluar dalam karangan darjah tiga(ye ke?aha) Saya sebenarnya nak berblog secara low profile, xde publicity atau mencapub, coz saya anggap blog ni adalah untuk saya meluahkan perasaan yang terbuku di hati je. Ye lah,kalau mula2 register fesbook dulu,mcm2 boleh post, xde nak tapis2, tapi sekarang sampai anak sedara saya umur 5taun pon ade fesbook ape kes?uhuuu

        Sebenarnya,saya rase xde sape pon nak tahu pasal diri saya ni tapi disebabkan ini permintaan salah seorang rakan blogger saya(kwn bek gak) jadi saya ceritakan skikt2 ye,aha.

       Okay, first but not last, nama saya Wan Muhamad Azman(ceh,skema lak), tinggal di Tumpat,anak bongsu(wahaha) dari 10 adik beradik. Sape yang gelak saya anak bongsu ni mmg kuang ajar,hahaha. Xde la,mst beliau jeles sebab xdapat jadi bongsu ye dop. Sebenarnya, best jadi bongsu ni,  tapi xde la best sampai ape yang nak semua dapat, tu melampau sangat,gagaga. Macam saye yang dari keluarga sederhana ni,kire agak dapat yang nak je,cthnye abg saya msuk u baru dapat henpon,saya skolah menengah da dpt da.haaa. Pastu dalam study lak, saya jadikan study sbg pendapatan saya. Y e la,asal result elok skit, dpt duit,elok skit, dpt duit lg, bermula dari UPSR sampai la SPM, gagaga,(tu yang jadi mata duitan skang ni,aha). First time abg saya bagi mase UPSR la,dah die janji dpt setiap 1 A die bagi rm 50(uih banyak tu time 2001) dan Alhamdulillah, dapat gak stret A, haa,kan da rm250,mau pokai abang saya time tu,da la die baru abes praktikal je(haa sape suh cabar adikmu ini,hoho). Last2 die bagi gak a rm100,haha kire ok la tu,ngeh3x=).

zaman comel2,ahaks

Sekolah Kebangsaan Berangan 1,[sekolah rendah saya,=)]

wah rindu giler,dulu tempat saya men sorok2 nih.
         Okeh, abes suda cite zaman muda2, pastu ape ye??emm ok la,pas2 masuk la sekolah menengah. At first,saya dapat tawaran SBP dekat Kedah, Jitra kot.aha. Kalo ikutkan hati memang nak pergi, tapi ma xbagi nak buat cmne,xkn nak memberontak kot,wahaha. Skul le a kat situ pon, n result saya xde a terok sangat dan saya percaya, pergi la skola mane2 pon,same je, yang penting jangan buat perangai sangat,aha(selalu gak datang lewat ke klas dan slalu gak kena denda sebab lewat,tp jarang ponteng la,aha) Pe yang best sekolah kat situ,mase form 4 ak blaja add math, first exam failed, bapak la, terok gler. Yang lagi best, cg math saya 2 garang, tapi dia ajar cepat paham. Pastu stat dari situ, xnak fail da add math,last2 bole la perform add math skit2 dan saya pon mula rapat dengan cg math tu,aha. Kirenye beliau pencetus minat aku terhadap math la,sampaikan ade cita2 nk amik kos math kat u nanti,huh! Give credit(RM10) to Cikgu Jack, sebab ajar saya.harap beliau sambung Master lak pasni. =)

       Pastu masuk la ambo, eh saya. masuk la saya ke KMJ. Banyak singkatan KMJ yang saya penah dengar stakat ini, termasuklah Kolej Mencari Jodoh(plg femes), Kelantan Maju Jaya(ni pon ade,xde kaitan tol). Kat sini,agak boring la, outing dah la selang seli,pastu kuar outing pon pakai baju kemeja+suar slack+kasut pe cer?? Maka jadilah saya bapak skema dalam kolej tersebut. Di sini juga la aku bertukar cita2,bkn ape,math sem 1 boleh follow ag, msuk sem 2 da ade topik2 yg ak xminat sgt(probability, etc). Maka aku ibarat plastik pasar malam yang ditiup angin, melayang tiada hala tuju. Tambah lak saya bawak laptop sem tu,lagi la hampeh study, movie jer 24jam pe cer. Banyak gak pengalaman pahit dan manis di sini,contohnya saya digelar sombong dan berlagak.Uish,kalo saya kenal xpe a,ni saya xkenal tapi ckap saya sombong,kamonla,xkan la saya nak senyum kat suma orang,saya bukan PM.uhuk. Tp maybe sebab raut wajah saya macam along,payah nak senyum jd dorang pon judge by looking at the outlook ja. Tapi xpa la, asalkan saya xkacau dorang,xmintak duit ngn dorang, saya xkisah. Dan yang penting saya tidak sombong ok. saya cuma pemalu orangnya,auwww.

           Disebabkan study ampeh, result pon ampeh gak, tapi nasib baik saya masih diterima masuk ke USM. Bagi saya,ni merupakan peluang kedua saya. Masih lagi saya ingat, masa interview tu, Dr Abas(interviewer) tnya saya,''betol ke awak nak masuk farmasi ni, sanggupkah awak hadapi cabaran yang ade?''Maka saya cakap,yup.jeng3x, xpasal2 da berjanji dengan Dr Abas lak,huh. Dan bila masuk sini dan skit sebanyak terexpose dengan farmasi ni,baru tau susah sbnarnya keje farmasi ni (ingtkan blaja susah keje senang,rupanaya blaja susah,keje pon susah). Tapi by right, saya masih bersyukur dicampakkan di sini, dan saya berusaha menjadi ahli farmasi yang bermanfaat kepada masyarakat,amin. =)

USM Bloggerz