Okay, fine, misi menyelamat, mahu selamatkan kanak-kanak daripada dibunuh, wanita daripada dirogol, jadi hamba abdi and whatnot, ok fine again. Tapi, tapi dan tapi.....
Macam mana dengan nasib mereka di Palestin. Kita bukan tak tahu, berapa ramai yang mati dibunuh, dirogol, tiada tempat tinggal. Di sini, kita boleh lihat, double standard oleh polis dunia, iaitu si Amerika.
Kenapa tiada pihak berani menganjurkan PALESTINE 2012? Kenapa, kenapa, dan kenapa?
Aku tidak mengatakan misi KONY 2012 itu salah, namun apa yang aku ingin tegaskan ialah, jika KONY 2012 boleh dianjurkan, kenapa PALESTINE 2012 tidak boleh dianjurkan, dan tiada pihak pun yang ambil kisah.
Dan jika ada pun misi berkaitan dengan Palestin, pastinya mereka seakan bersendirian, dan semua pihak seakan berpeluk tubuh, melihat terkebil-kebil.
Apa yang aku perhatikan, kita tak perlukan ihsan si polis dunia untuk membebaskan Palestin. Kita mempunyai komuniti kita yang tersendiri, komuniti yang cukup besar. Jika warga Eropah boleh bersatu untuk KONY 2012, mengapa kita warga yang beragama Islam, at least, tidak bersatu untuk Palestin?
Bersatu, itu yang kita kurang sebanarnya. Kita leka dalam dunia kita. Kita masih lagi berada dalam so-called comfort zone. Oh iPad3 baru keluar, oh Galaxy S3 keluar, oh Nikon D5 keluar, oh bla bla bla. Itu main concern kita. Sebab terlalu biasa hidup selesa. Ini contoh biasa, sesuai dengan sosioekonomi negara kita.
Kalau negara Dubai pula, pak-pak arab di sana pula, oh Lamborghini Aventador LP-700 baru keluar, oh Bugati Veyron keluar, oh jet peribadi baru, oh itu oh ini. Semua dalam dunia sendiri. Tiada satu connection antara sesama islam. Ya, ada, jika ia islam, dan juga sama bangsa, baru ada connection, itu mindset kita, semua. Semua islam besaudara itu hampir lupus dalam ingatan, yang ada, semua islam itu bersaudara, jika sama bangsa. Ini bukan pasal bersatu dalam dewan kuliah, tapi for a bigger scale. Nak harapkan Liga Arab take action, crap, semua crap. Semua jadi macam lembu yang ditambat oleh Amerika, lembu kenyang.
Sebab itulah kita tak mampu bersatu, in my honest opinion. Mat saleh boleh berbangga dengan usaha KONY 2012 nya, kita, apa yang kita telah buat. Nak sokong misi KONY jugak, boleh, atas dasar kemanusiaan, tapi jangan lupa, kita juga ada Palestin, that we need to take care of. At least, in our deepest heart.
Post a Comment