Showing posts with label Ulasan. Show all posts

Salam, hello gugurlzs shomeyl dan boboyzs kiutz semua *uwekkk*

Sudah lama aku tak membebel dalam blog EA ni, bukan hapa, tapi sebab malas menaip. Yelah, taip punya panjang  tapi bukan ada orang baca pun, boboi sedeyh larrr *uwekkk*

Semenjak dua menjak ni, aku tengok benda yang paling popular selain buang bayi ialah kes simbah asid. Dah macam rutin bulanan pun ada, ade je nak simbah sana sini. Si isteri tak bagi ehem-ehem kat suami pun simbah asid, dengki pun simbah asid, tak bayar hutang pun simbah asid, yang tak ada motif (hobi barangkali) pun ada, kesian budak baru balik mengaji tuh. Yang paling sadis, ada satu kes ni, dah la pecah masuk rumah, pastu perkosa, lepas tu simbah asid lak, gila trauma kot perempuan tu, memang kesian gila a, agak-agak la nak buat jahat pun, err, kalau aku ada kuasa jatuhkan hukuman kat penjenayah gila tu, nak aje aku bagi sula pastu simbah asid secara berjemaah sama dia, baru dia tahu kan!

Lately, aku tengok, pisau, parang, sabit dah tak jadi senjata pilihan dah, outdated mungkin. Yang depa pilih, CUKA GETAH, pasaipa aku pun tak tahu habaq hang. Mungkin yang ada belajar ilmu bela diri macam silat ke *ter'promote lah pulak*, mereka mungkin diajar cara-cara counter senjata tajam macam itu, namun jika senjatanya cuka getah, macam mana nak counter? Tahan dengan tangan dan tutup muka? Lari? Ok mungkinlah kan, tapi macam mana dengan kes yang kita tak jangka, datang je terus simbah, uhhh mintak jauh bhai!

Aku sendiri sudah berasa tidak aman di negara sendiri. Pernah sekali aku tunggu mak aku dalam kereta, dengan tingkap terbuka, tetiba teringat tentang pasal cuka getah ni, terus aku tutup tingkap, cuak bhai!

So macam mana nak atasi? Bagi aku penjualan cuka getah secara terbuka mungkin salah satu faktor. Frankly speaking, aku tak tahu proses pembuatan getah dan kenapa ia harus dicairkan oleh peladang itu sendiri. Bukankah ia lebih selamat jika ia dicairkan menggunakan cuka getah di kilang dengan seliaan yang rapi, lantas menghalang penjualan cuka getah secara berleluasa. Mungkin, jika cara ini boleh dipraktikkan, maka trend simbah menyimbah ini mungkin dapat dibendung.

Mungkin gegurlz dan boboyzs bertanya, kenapa nak kecoh sangat pasal ni, alah cuka getah je pun. Ok tak kecoh, tapi kalau benda ni jadi kat mak bapak korang, adik beradik korang, atau KORANG sendiri, haa baru tahu nak hargai muka comel hensem yang tuhan dah bagi kat korang tu ye, hukhuk.







Nauzubillahimin zalik...

Peh tajuk gua, dah macam slogan Akademi Fantasia pun ada. Tapi begitulah, tajuk kena sesuatu yang terawang-awangan, ibarat sang penunggu di celah-celahan kabus, nampak tapi samar-samar. Begitu juga halnya Misteri Nusantara, yang sentiasa menyelubung diri pengacara Zainal Ariffin Ismail dengan kabus, namun dia masih menasihati orang supaya jangan diselubngi misteri... Woi! Ape aku merepek nih. Hoop sori la, aku dah lama tak membebel kat blog sendiri, rindu blog i ketat-ketat. Weh dah-dah, sebelum aku melalut lebih panjang, apakata kita terus ke tajuk gua hari ini.

Sehari dua ni aku terbaca mengenai sebuah pusat penjagaan bayi terbiar, atau lebih dikenali sebagai OrphanCare yang menawarkan perkhidmatan Baby Hatch. Walaupun ia sudah agak lama, namun aku pasti, masih ramai yang tidak tahu tentangnya. OrphanCare aialah sebuah pertubuhan NGO yang diasaskan pada 2008, dengan kerjasama HRH Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom dan juga Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan. MOtif penubuhannya adalah untuk memberi perlindungan kepada anak-anak yatim dan juga kanak-kanak terbiar dengan motonya “Every child needs a family”.

Jadi, apa itu Baby Hatch? 

Secara ringkas, BH ini merupakan tempat untuk mereka meninggalkan anak mereka atau lebih lazim sebagai anak luar nikah. Niatnya cukup murni, untuk mengelakkan bayi-bayi yang baru lahir ini menjadi santapan anjing liar, digilis kereta, dan ditinggalkan di hadapan surau (masa ini baru dorang ingat surau).

Bagaimana ia berfungsi?

Untuk memudahkan pemahaman, ia berfungsi tak lebih daripada sebuah book drop di perpustakaan berfungsi. Anda hanya perlu membuka pintu kecil di bangunan yang menyediakan fasiliti itu, dan sejurus sahaja bayi itu diletakkan, maka berat bayi itu akan mengaktifkan sistem siren bagi mengejutkan penjaga mengenai kehadiran bayi, juga akan mengaktifkan sistem pendingin hawa bagi keselesaan bayi. Bilik seperti inkubator itu juga mempunyai sistem autolock selepas bayi diletakkan ditambah pula dengan kamera litar tertutup. Memang canggih habis la dia punya teknologi. Manakala identiti si pemberi tidak akan diketahui, melainkan dia ingin mengambil semula bayi tersebut, maka dia perlu berjumpa dengan penjaga itu kembali.




Setakat ini, OrphanCare telah menerima tiga bayi yang ditinggalkan di situ. Bayi pertama diterima disitu adalah pada tahun 2010, dengan ibu bapanya menyerahkan sendiri bayi tersebut setelah si gadis melahirkannya tanpa pengetahuan ibu bapa dan rakan-rakan.

Ini merupakan bayi pertama ditinggalkan di situ...Amat comel sekali, poor him :'(






Berikut merupakan pandangan  bijak pandai agama mengenai program Baby Hatch ini..

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria:
“Saya menyokong langkah Kementerian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Baby Hatch dalam isu ini kerana bayi berkenaan tidak berdosa.
“Dulu kita tidak bersetuju dengan idea seperti ini kerana takut menghantar mesej yang salah kepada orang ramai terutama remaja, tapi pada masa sekarang kita sangat perlukan tempat sebegini untuk bayi yang tidak berdosa,”
Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz:

“Kalau kita pandang dari segi satu sudut memang menggalakkan zina tapi kita tak boleh biarkan bayi yang dilahirkan dibuang dan meninggal begitu saja.
Malahan bayi berkenaan boleh diberikan kepada pasangan suami isteri yang mahukan anak dan Islam menganjurkannya,”
 Datuk Noh Gadut:
''Anak-anak kecil ini tidak berdosa dan wajib kita sediakan perlindungan kepada mereka, mana tahu mereka ini membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi pejuang negara pada masa depan.

“Yang bersalah adalah ibu bapa anak kecil itu. Masyarakat harus bersama mencegah penyakit sosial ini termasuk melaksanakan undang-undang cegah zina yang ketat,”

Pada pendapat aku pula, sistem ini dibentuk dengan tujuan yang murni, untuk menyelamatkan nyawa bayi-bayi yang tidak berdosa. Memang, jika dinilai dari sudut negatif, ia memberi tanggapan seolah-olah kita menggalakkan dan membenarkan penzinaan itu berlaku, namun sedarkah kita, tanpa pusat sebegini pun, zina terus berlaku sepanjang masa, bayi-bayi pula terus dibuang merata-rata umpama sampah sarap. Memang, mencegah lebih baik daripada mengubati, dan umtuk mencegah, kita perlu mekanisma yang mantap dan berkesan serta sokongan daripada segenap masyarakat. Namun apa salahnya ketika kita sedang membina mekanisma untuk mencegah itu, kita juga mengambil inisiatif untuk membela bayi-bayi yang tak berdosa ini dengan adanya pusat-pusat sebegini. Setidak-tidaknya, sebanyak tiga nyawa yang tidak berdosa telah dapat diselamatkan dari gonggongan anjing liar.

Bagi aku, pusat-pusat sebegini harus diperbanyakkan dengan syarat:

1) Pasangan-pasangan yang telah meninggalkan bayinya mestilah dipantau secara berterusan dengan bimbingan agama dan sebagainya

2) Mekanisma pencegahan penzinaan yang baik, tak guna banyak Baby Hatch jika orang yang berzina pun lagi banyak

3) Kanak-kanak muslim hanya diberikan kepada ibu bapa angkat muslim, untuk menjaga agamanya (well aku tak tahu macam mana prosedur dia, sama ada seperti di atas atau vice versa)

Lastly aku rasa budak-budak sekarang patut kena hantar melawat pusat-pusat mcam ni, bagi dorang tahu betapa kesiannya kat budak yang bakal dorang hasilkan tu duduk tanpa ibu bapa.

Filem Indonesia, memang sesuatu yang biasa kita lihat dalam kehidupan masyarakat kita. Lihat sahaja mak,kakak, adik, err bapak pun, semuanya sanggup ternganga depan TV seawal jam 2.30 petang untuk menonton filem Indon ini. Hah, ape bende dah tu, megatron, err ke sinetron ke pe benda ntah, aku pun tak tahu sangat. Yelah, aku layan stok Imam Muda je, keh keh keh.

Kali terakhir aku mengikuti secara harfiah dan maknawiyyah filem Indon adalah pada tahun 2007 tak silap aku. Cerita pulak Bawang Putih Bawang Merah. Memang aku tak pernah miss lah cerita tuh. Cakap lah, Oma Bertha, Pak Toin, Benji, Alya, Ferdi, semua tuh aku admire habis. Tak lupa juga Peri-peri,lol.

Namun apa yang aku kecewa, aku tak dapat menonton ending cerita itu, atas sebab yang tak dapat di elakkan. Tetapi dari apa yang aku tahu, cerita itu berakhir dengan semuanya adalah mimpi belaka. Ptfff!!! Nasib baik aku tak tengok last dia, kalo tak, mau aku tetak TV dengan parang, haha.

Selepas itu, aku masih tidak serik, aku mengikuti siri drama Dara Manisku pulak, lakonan Alya Si Bawang Putih dan juga Si Galang, hero Indon yang hensemg. Aku terjerat dengan cerita ini kerana heroin dia cun dan hero dia hensem, kalo tak aku tak minat tengok, tapi nasib baik cerita dia kelakar juga, boleh tahan lah.

Selepas eh, dualepas itu, aku dah tak follow dah cerita Indon. Bagi aku, cerita Indon mempunyai tema dan plot yang hampir sama. Berbekalkan pengalaman zaman muda-muda itulah, aku dapat perhatikan terdapat beberapa perkara dalam cerita Indon seperti:

1) Hero dan heroin dia mesti hensem dan cun

Ini agak berlawanan dengan fakta sebenar. Bukan aku nak memperlekehkan orang Indon, tapi jika dilihat secara majoriti, mereka bukanlah sebegitu rupa. Mereka mempunyai rupa paras yang agak tipikal, sehingga kita dapat mengecam warga indon di celahan orang melayu, this is fact. Jadi yang hensem,cun,kiut miut tu bukanlah yang asli, mereka adalah indon celup, hasil penyatuaan gamet belanda dan indon.

2) Setting tempat yang melampau-lampau

Sinonim bagi cerita indon, latar belakang mesti bandar, rumah besar-besar (hero/heroin), kereta mewah padahal mereka terkenal dengan kepadatan penduduk yang tinggi. Memang ada yang kaya-raya, namun kebanyakannya kurang berada. Kalau adapun scene rumah buruk, itu hanyalah rumah pembantu rumah, dan pencuci tandas.

3) Lagu temanya biasanya meletup

Siyes, aku pun tak paham kenapa. Memang lagu tu sedap ataupun kita memang duk layang feeling sampai lagu pun jadi minat sama. Bukti terbaru, lagu aisheteru, cite Melody (ejaan tak sure, sebab gua tak follow cita ni okayh)

4) Tema yang sama

Biasalah, mula-mula jumpa heroin yang cun, pastu ade masalah, pastu ex-gf dia jeles, sekali dengan mak nenek dia masuk campur lepas tu dan bla bla bla sampailah hero dengan heroin bahagia bersama balik, huk aloh lapuk ni boh!!

5)Teknik kamera yang sama

Biasa kalau korang perasan, teknik kamera cite indon memang sama, terutamanya ketika scene terkejut, maka kamera akan di zoomkan kepada muka pelakon sambil buat muka kekwat, diiringi dengan dentuman muzik yang bajet-bajet mencemaskan, huk aloh, lapuk jugak tuh boh!



Cuma yang aku respek pasal cerita indon ialah, pelakon watak jahat dia mampu membuatkan kita naik darah, sampai ada penonton yang akan cakap 'jahat ngat natang nih,cian dia hok comel tuh'. Manakala watak heroin pula sangat baik, mak tiri bakar dengan petrol pun tak cakap hape, sampai kita kata 'bakper la awok baik sangat, xyah la wat sampai gitu seme'...

Jadi, bagi aku, tak payah lah kita nak follow sangat cerita Indon nih, duduk main putar plot sama je, agak buang karan di situ, nak kelainan sikit pun tukar pelakon, tu je la, baik layan Iman Muda ye dop? Haha. Tapi pilihan di tangan anda, jadi terpulang kepada anda, peace no war =))

Sekarang sibuk orang duduk cakap pasal BERSIH, tak kurang juga siap buat profile badge dekat gambar fesbuk tanda sokongan. Ya aku tahu, ada yang bersetuju, ada yang tak bersetuju, mengikut perspektif pemikiran masing-masing.

Frankly speaking, aku bukan pro mana-mana parti di Malaysia. Aku lihat, dan aku nilai. Yang di atas tidak semestinya betul, yang membagkang juga tidak semestinya betul.

Bagi aku, bersih ini sangat berisiko tinggi untuk mencetuskan kekacauan di negara kita. Memang orang claim mahu buat perhimpunan aman, tapi bagaimana bila tercetus provokasi dari kedua-dua pihak bertentangan. Mampukah kedua-dua belah penyokong menahan diri apabila dicabar, dikutuk, diprovokasi yang akhirnya mungkin mencetuskan  pergaduhan dan kecederaan. Mungkin ada bagi alasan, kami nak secara aman. Ya, tu mungkin anda seorang, tapi baki beribu-ribu lagi,boleh ke anda pastikan mempunyai pendirian macam itu. Tak payah tengok jauh, tengok je masa lawan bola kat stadium, dalam ramai-ramai orang yang tak mahu baling mercun, mesti ade juga seorang dua yang baling, walaupun diingatkan berkali-kali sebelum perlawanan. Begitu juga masa perhimpunan yang ada kedua-dua penyokong berlainan parti, a little sparks may trigger chaos.

Itu belum kira kalau ade pihak ketiga yang mahu menyebabkan chaos di negara kita. Bila-bila masa sahaja musuh negara boleh mengarahkan ejen mereka menyusup dalam perhimpunan dan mencetuskan huru-hara. Negara yang huru-hara sangat berisiko untuk memberi lesen kepada polis dunia untuk datang sebagai penyelamat dan mengawal serta mentadbir negara kita.

Jadi, walaupun ada perkara berbangkit mengenai transparency masa election, perkara itu masih boleh diselesaikan menerusi meja bulat tanpa menggadaikan atau meletakkan negara dalam risiko. Masih ade banyak jalan penyelesaian yang boleh difikirkan oleh pakar-pakar politik negara bagi win-win situation.

Aku bukannya nak berfikir negatiif mengenai bersih, tapi bagi aku, perkara-perkara di atas juga dipandang serius dan take into account. Bagi aku juga, perhimpunan ini bersifat risks outweigh benefits dan sesungguhnya aku tak mahu negara kita menjadi seperti Thailand.

Sekali lagi, gua mintak maaf jika pandangan gua menyebabkan ada yang tidak puas hati, ini hannya pendapat gua yang tidak matang, peace,

Ok, first of all, aku takde DSLR, dan aku sebenarnya tak layak post pasal natang nih. Tapi semenjak dua menjak ni, aku tengok trend DSLR semakin menggila. Semua orang dah mampu beli benda nih. Tapi bukan tu yang aku nak cerita kat sini.

Tapi trend yang terbaru, iaitu ambil gmabar sendiri, pastu buat profile picture. Gambar yang macam mana? Mestilah dengan DSLR tergantung kat leher, nak best lagi siap ade tripod bubuh dalam profile picture dalam fesbuk.

Salah ke? Tak, obviously tak salah. Suka hati korang lah fesbuk korang kan. Tapi kalau sorang takpe lagi, bila dah ramai timbul pertanyaan di hati, ''adakah anda membuat profile picture dengan DSLR tergantung kat leher itu bertujuan untuk memberitahu seluruh alam, anda mampu memiliki sebuah DSLR? Banyak lagi benda mahal anda boleh gantung, seperti iPhone 4 pun aku rasa lagi mahal dari DSLR entry-level macam Nikon D3100, tapi kenapa DSLR juga pilihan ramai orang untuk digantung di leher?

Rasa cool, macho, hensem bila gantung DSLR kat leher? Kalau inilah jawapan anda, you are so 2006. Yes, sebab tahun 2006 memang macho kalau gantung benda tuh buat prof pic, dah la mahal,tak ramai orang pakai. Tapi sekarang? Oh my, please. Itu tak akan membuatkan anda kool sekarang, but more into poser dan juga mahu show off.


Ni lagi satu pesen stail ambil gambar sendiri untuk letak kat facebook. Ambil shot kat cermin tandas, bagi nampak anda dan juga DLSR mahal anda, memang belambak kan.


Mungkin itu salah satu DSLR dicipta, untuk gantung kat leher dan juga ambil gambar sendiri kat tandas. Kalau tak, tak berbaloi la beli mahal-mahal, tapi orang tak tahu kita ada DSLR, lols!

By the way, hari itu aku ada post status kat facebook berbunyi macam ini

''having DSLR does not mean you're a photographer, you just happen to own an overpriced camera''

Aku post dalam 5 minit, dan ada orang yang butthurt. Dan aku terus delete, tak nak aku cari gaduh dalam fesbuk, tak berbaloi, lol.

Tapi betul lah, by the time kau beli DSLR, kamu baru memiliki kamera yang terlebih mahal dan bukannya photographer lagi. Tapi bila kau dah belajar semua teknik all the stuff dan sudah mahir, barulah kamu itu photograher, but still with overprized camera =p  

Yes personally DSLR itu seronok, kamu boleh buat macam-macam teknik, seperti bokeh, HDR, light trail, miniature, panorama, dan semua itu memerlukan masa untuk belajar, dan juga duit nak upgrade lens, filters ape semua. Tapi jika korang macam aku, jarang keluar melancong, duduk terperap kat rumah je, DSLR bukan benda yang patut kamu beli, baik beli ipong ye tak, ok peace no war =)

Peh gila kontroversi tajuk entri gua, tapi begitulah yang gua nak cite. Gua tahu sudah banyak blog-blog yang sudah memberi penekanan kepada isu ini, tapi gua nak membebel jugak, peduli ape kan?

Legging, mengikut sejarah, pada awalnya ia  telah dipakai oleh golongan Amerika natif, ahh buat ape gua cite pasal sejarah legging kan. Yang gua tak puas hati ialah pasal trend pemakaian legging pada hari ini, especially untuk popuan melayu yang kebanyakannya Islam. Tapi kenapa?

Sebabnya legging itu sangat ketat kamu tahu. Disebabkan tektur kain seluar legging yang fleksibel dan mengikut bentuk si pemakai, maka ia ialah seluar yang ideal untuk mereka menyerlahkan bentuk badan mereka dengan lebih jelas. Ya, jelas, dan sangat jelas. Maka lelaki tidak perlu imaginasi liar ketika melihat terlihat popuan terbabit. Jika kamu nak tahu, mata lelaki sangat spesel. Ia mempunyai sinar X-RAY untuk melihat tubuh popuan. Yes, benar, kebanyakan lelaki kat dunia boleh dikatakan ade mata macam itu kecuali beberapa orang yang xda, termasuk aku, ehem3.

mata lelaki kecuali aku =)


Ok, lupakan pasal mata, berbalik kepada legging, aku sangat tak setuju okay, sebab si pemakai seolah-olah fully naked in public, nak nak lagi kalau baju pon sendat, pehhh. Tapi, yang legging biasanya comes in a package iaitu legging+baju sendat. Sangat huduh kalau pakai legging, tapi baju longgar kan? So? bagi laki, mereka boleh tengok show free je, x payah jadi laki dia pon untuk nak usha body dia, tengok je. Bumper, side skirt, spoiler, suma boleh tengok. Kon keselamatan pulak orang boleh usha dan compare, siap bagi rating. Ada saiz nasi lemak 50sen, singgit, dua ringgit setengah, flat skrin pun ade, haaa kan, err xkan baru tahu kan. Eh tu tak kira yang mak cik gemuk nak pakai legging jugak, haaa tu orang panggil anak gajah. Haha, pedas kan orang gelar kat kita, tu la, kalau pakai sopan tutup aurat xde la orang kutuk bagai kan?

But, wait, pakai legging kan dah tutup aurat, bukan dedah paha pun kan? Kalau ada yang bersetuju, gua tak tahu nak cakap ape, kurang dedahan agama lebih dedahan tubuh mungkin, oppss telebih sudah. Okay, jika anda pernah terjebak, dan ilmu dan didikan agama yang anda kurang, carilah mereka yang boleh membimbing, anda masih belum terlambat. Semua orang melakukan kesalahan, yang penting kita sedar dan bertaubat.

Rasulullah pernah bersabda:

"Akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (Sohih Bukhari)

Yes, konfirm kita sudah berada di akhir zaman. Bacalah hadis di atas betul-betul dan ambillah iktibar.

Uhh, susahnya jadi orang popuan zaman sekarang, banyak cabaran dan dugaan. Pengaruh  fesyen paling ketara. Ye lah, popuan dan fesyen bukan boleh dipisahkan. Bagi gua, berfesyenlah, tak salah, memang popuan suka benda yang cantik, dan gua pula suka tengok popuan cantik, ehem3 gurau. Pakailah, shawl yang terlilit sana terbelit sini pun, its still okay as long as tutup aurat. When it comes into legging, uhh pedih mate kalau tengok, tapi tak tengok rugi, kata orang lain, aku x, ehem3 =p.

So, bagi aku, legging, baju ketat sampai tersembul buah betik dan yang sekapal dengannya adalah sexual harassment terhadap kaum lelaki. Ye lah, lelaki [kecuali gua] dipaksa dan terpaksa melihat sesuatu yang mereka tak nak tengok (ye ke?) dan jika tak nak tengok, rugi kata kebanyakan lelaki (gua tak). Jadi, bila perempuan cakap 'yang laki gatal tengok tu kenape, miang! I tak suke laki miang!' WTH(what the heaven)!!! 'Ko tunjuk tu kenapa, kan tak baik membazir nikmat' laki jawab, huhu boleh tahan gatal laki ni.

Bagi pandangan gua, popuan yang pakai legging seksi-seksi ini, tak lebih daripada mereka yang jadi boneka, boneka setan. Mereka sebenarnya telah diekploitasi secara suka dan rela, untuk membiarkan tubuh mereka menjadi santapan nafsu kuda lelaki. Mereka tidak malu atau terasa dieksploitasi, namun terasa bangga, bangga dapat menunjukkan kebesaran aset mereka untuk tontonan umum, bangga mengikut telunjuk kaum kafir, huh! Tak payah nak bangga sangat la, ko ingat ko trendy sangat? Tapi kenapa mati pakai kapan gak, pakai a legging ye dop mase tanam kat kubur tu. Haa tahu takut, buekk!

Okah, gua tau, kalo ade kes rogol, ramai salahkan laki. Yes, betul, laki salah, tapi perempuan juga salah secara harfiahnya. Analogi ringkasnya ialah, bayangkan ada dua kes rogol
#kes 1: lelaki ini merogol seorang popuan yang pakai legging, ketat, tak tutup aurat.
#kes 2: lelaki ini merogol seorang popuan yang pakai jubah, purdah dan tutup aurat.

-Ok, jika orang ramai nak menghukum kes #1, dia akan cakap, ''patut lah kena rogol, sape suruh pakai ketat macam harem, haa kan dah kena. Lain kali pakai lah lagi''
-Namun jika kes#2, orang akan cakap, ''kesiannya, pakai jubah purdah pon kena rogol lagi, tak berhati perut punya jantan, bodoh la, kecik2 xnak mati, besar2 susahkan orang pulak dan bla3(mencarut)

Well. dalam kedua-dua kes, laki memang absolutely bersalah, namun jika dilihat dalam kes 1, perempuan dipersalahkan tapi kes 2, popuan dipertahankan. Begitulah Islam menjaga kesucian wanita, sampai kena rogol pun, orang masih pertahan wanita baik berbanding minah seksi yang tak ikut lunas Islam tadi. Jika gua di tempat perogol, dan gua diberi dua popuan kat depan, seorang seksi gila, seorang pakai purdah, for sure lah aku pergi kat yang seksi, easy stock and easy access, kalo ade yang rogol purdah juga, mungkin dah takde stok seksi masa itu. 

Di sini aku simpulkan, laki memang bersalah, tapi pakaian wanita itu sendiri mendorong berlakunya perlakuan tersebut.


In the nut shell, aku simpulkan, udah-udah la pakai seksi-meksi kepsi(opps makanan suda), pakai la pakaian yang sesuai. Popuans know better pakaian yang sopan untuk dipakai, gua laki, mana gua tahu. Yang gua tahu, pakai seksi ni tak best pon, dah la ketat, xde pengudaraan yang bagus, nak jalan pon susah, bila time cirit-birit lagi lah kan, buka suar je dah setengah jam. Lagipun, ape yang gua perasan, yang pakai seksi ni juga malu, selalu tarik baju bila duduk, takut tersingkap. Aiks, dah pakai singkat, for sure lah tersingkap, buat ape nak tarik turun baju tu tutup lurah, biar je lah orang tengok, kan? Eh mungkin baru berkecimpung, tak biasa lagi kan? LOL 

Last, gua nak minTak maap kalo terkasar bahasa, lucah dan sebagainya, sesungguhnya gua tak suka menyebut atau menulis perkataan-perkataan sedemikian,LOL. Gua juga tak sempurna, tapi jadi manusia sempurna bukan lah syarat untuk kita menegur seseorang. Bak kata Ustaz Azhar Idrus, kalau nak tunggu kita sempurna baru boleh tegur orang, nescaya kita tak akan dapat menegur dan mengajak berbuat baik, sebab kita tidak lari daripada dosa, tak kira aku, kau, tok guru sekalipun. Yang penting kita saling mengingati dan bertaubat, okay babai peeps =)

Ok, ni terakhir aku post pasal budak adinda  dara ini. Di bawah ini aku bagi link jawapan dan respon dia terhadap makian + teguran + nasihat orang ramai.

Adinda


So betul yang aku jangka, da budak yang jenis tuttt memang susah nak terima nasihat, kutuk la macam orang gila pon xda effect, yang penting usah dilayan orang macam dia. Yang penting all the JAKIM, JAIS, JAIMKAKAKNSNJD and all the JAI's things ni and kerajaan as well, do your work. Prevention is truly better than cure, dan macam anda nak cure minah ni, memang susah, yang boleh hanya cegah dari awal, dari benih yang elok lagi kalau bole. Masyarakat pun tak payah nak open sangat laa, bagi boyfriend anak tidur sebilik ngn anak kat umah lah hape, ingat ni eropah ke hape, huh wasalam.

Ok, simple post ni, just nak bagi tahu bahawa Malaysia sekarang semakin tenat dari aspek masalah sosial. Memang buat dosa tu biasa sebagai manusia, tak ada orang akan bebas daripada dosa, yang penting bertaubat. Tapi buat dosa dan menyebarkan malah berbangga dengan dosanya satu masalah lain. Paling tak leh blah, budak 14 tahun ataupun tingkatan dua dah berani buat confession begini. Sape kita nak salahkan benda ni? Sistem pendidikan mungkin. Ntah la, nak cakap banyak pun tak guna, korang tengok je la link ni dan nilai sendiri.

http://*************.blogspot.com/2010/12/kesah-ape-aku-bukan-virgin.html

ni aku printscreen blog dia, kot2 dia delete ke, nanti cakap aku tipu lak kn kn..


PRINTSCREEN TELAH DIBUANG

Aku tak kutuk pon dalam komen blog dia, aku tau dah ramai yang tengah bagi tazkirah masa aku bukak tu, aku just berdoa dia akan insaf je, tu je.

p/s: tak yah la nak share link dia dalam fb, aku takut nanti non-muslim tengok, makin kotor nama Islam sebab minah sekor ni.



#Updated : macam yang aku cakap, bila dia delete post dia, maka aku akan delete post aku sebab aku taknak dapat dosa kering sebab minah ni dan sekarang dia dah delete post dia. Tapi xyah delete kot, aku just buang printscreen dan link blog dia, sebab aku assume dia dah sedar, dan malu dan mungkin bertaubat.

Semasa post ini diupdate, #AdindaEvans masih lagi jadi trend kat twitter, menduduki tangga no 2 di Malaysia dan terkeluar daripada trend worldwide semalam lagi.

Yang aku tengok kat twitter semua duk kutuk, keji, hina, sindir bagai walaupun aku tahu tu hanya nak dapat dosa ngumpat je, nak tegur, pegi tegur directly kat blog dia, bukan kat twitter, dia mungkin tak tahu pun.

Mungkin budak adinda kaum kerabat dia dah malu gila babeng masa ni, tipu la kalau sanak saudara tak tahu, sampai Shahrizat kuar MHI cakap pasal benda ni, semuanya pasal otak pendek bajet kewl+otai post benda macam itu kat blog, haha, ye lah, pemikiran budak umur 14 macam mana sangat kan (jangan cakap aku mngaku aku matang lak, aku cakap ni general, secara adat budak umur 14 tak matang sangat), yes kalau bapak adik lecturer, polis, atau ustaz (tak mungkin) mesti malu gila, kalau keluar orang cakap, eh ini bukan yang femes tak de dara kat blog tu ke, eh anak encik ke? Haa kan. Serius macam menconteng arang permanent marker ke muka parent sendiri.

Aku tahu, ramai remaja out there dah tak ada dara, seawal darjah enam pun ade kalau rajin terbaca dalam Metro atau Kosmo tapi orang tak boleh buat isu sebab tak ada subject, tak ada point dan orang tak boleh nak serang + kutuk bagai. Tapi bila dah ade orang mengaku, dah ada subject, apa lagi, terus hentam walaupun orang yang hentam tu pon sudah lama tak ada dara, well, hipokrit kan. Dan aku tak rasa sebab umur 14 tu orang kutuk dia, tapi orang kutuk sebab dia mengaku. Yes, even minah umur 22 pun kalau mengaku still jadi isu, sebab point dia di sini adalah 'mengaku'.

Yes, yang duk kalut-kalut sekarang ialah sebab MENGAKU, ini macam membenarkan kita buat dosa, asalkan tidak mengaku, ya itu pengajaran yang orang akan ambil dalam isu ini. Kenapa selepas timbul isu mengaku ini, baru semua orang ambil kisah, sampai menteri terpaksa keluar MHI, padahal kita semua tahu, masalah sosial yang extreme ini telah lama wujud di Malaysia. Yes, aku bersyukur kalau selepas isu mengaku ini, ada pihak buat siasatan, dan akhirnya tutup premis hiburan, kelab malam, kononnya lah, tapi aku rasa takkan tutup pun.

Dapatlah kita fahami, sikap masyarakat, goberment dan semua isi perut Malaysia mempunyai sikap 'sudah terhantuk baru terngadah'. Tengok je lah kes kemalangan bas sampai 10 orang mati tak silap aku dulu, baru kalut cakap bas dua tingkat haram la, itu ni la, tapi la ni tengokla, senyap je macam tak ade pape, bas stil laju lagi,nanti  ada eksiden ramai mati lagi, baru kalut lagi.

So, back to the topic, semalam aku tengok komen dekat post adinda tu sampai 700 lebih, semua duk kutuk, cakap memalukan nama Melayu la, ape la. Guys, for your information, nama Melayu sudah lama tercemar, dengan kes minum arak, zina, meragut, buang bayi. Cakap pasal buang bayi,tadi, keluar berita campak anak baru lahir dari tingkat lima sampai pecah kepala dan putus tangan. Well, bagi aku, kerajaan masih lagi buntu untuk mengatasi buang bayi ini, juga masalah kedua yang mungkin dihadapi oleh adik adinda kalau boy dia tersilap langkah. masa tengah tuutt. Bagi aku senang je, tutup semua kelab malam, haramkan arak as well, dan letak seorang penguatkuasa agama secara kekal di setiap hotel murah dan mahal, so selain dapat jana peluang pekerjaan, dapatlah juga halang zina as well. Tapi kalau ada yang bodoh nak buat dalam ladang kelapa sawit juga, aku tak tahu lah.

In short, bagi aku isu adinda ini, just sebagai promoter je, untuk trigger kerajaan, masyarakat supaya take action untuk menangani masalah sosial secara menyeluruh, bukan hanya membidas adinda seorang sahaja, pastu seminggu dua isu dah basi, senyap macam tu je. Bukan aku nak back her up, tapi kalau kira, yang campak bayi tu lagi keji daripada budak ini, dah la berzina, bunuh bayi secara kejam lagi, tapi kita ye lah, kita lebih suka mengutuk sorang budak ini je daripada menyelesaikan masalah secara total, biasalah, manusia lebih sukakan GOSIP, MENGUTUK DAN MENGUMPAT  orang, berbanding berbicara punca masalahnya dan penyelesaiannyakan???

Peh panjang gila gua membebel kali ni, dah macam karangan BM STPM aku tengok, ni #AdindaEvans punya keje ni!



Playboy, juga dipanggil player bagi sesetengah demografi, bukanlah merujuk kepada jenama Playboy berkepala Arnab kerana jelas sekali arnab tidak memiliki sifat-sifat playboy lantas apabila diterjemah secara harfiah ke dalam bahasa melayu, maksudnya ialah 'budak main'. Setelah membuat pengenalan yang merapu, aku hari ini nak bercerita mengenai gejala playboy dalam kalangan lelaki.

Lelaki dikaitkan dengan playboy hanya terjadi pabila beliau sering bertukar-tukar pasangan secara berkala,konsisten dan juga kerap. Namun, hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh beberapa kemungkinan iaitu:

  1. Pengaruh rakan sebaya.
  2. Mengisi masa lapang.
  3. Kurang didikan moral.
  4. Kurang jati diri.
  5. Pernah dikecewakan oleh ramai wanita lantas beliau berazam, sebelum dirinya dikecewakan, lebih baik dia terlebih dahulu mengecewakan orang lain.
  6. Hendak menunjuk-nunjuk kepada rakan sahaya bahawa beliau mempunyai 'market' yang tinggi dan mampu mendapatkan mana-mana wanita dengan mudah.
  7. Naluri kegatalan yang wujud secara semula jadi dalam dirinya, menyebabkan beliau mudah jatuh cinta terhadap mana-mana gadis montok berdahi licin.
  8. Beliau masih mencari cinta sejati kerna merasakan wanita yang dimiliki sekarang tak mampu membahagiakannya (huek, tak bersyukur nih!!) 
  9. Kesedaran yang tinggi mengenai kepentingan bahawa semua wanita harus menikmati cinta walaupun palsu.
Namun, kerjaya sebagai seorang player ataupun playboyer memerlukan beberapa kriteria dan komitmen yang tinggi memastikan dirinya tidak mudah kantoi dan sentiasa dipandang sebagai jejaka tipikal yang dahagakan kasih sayang yang suci dari seorang wanita. Antara kriteria-kriterianyanya ialah:

  1. Handsome, comel, kiut - miut, tampan, segak, kacak, kemas dan perkataan yang sekapal dengannya.
  2. Super peramah terhadap wanita terutamanya yang berdahi licin.
  3. Bermulut manis dan pandai mengayat. Sifat ini sangat penting sehingga mampu membatalkan syarat no#1 apabila dapat kita lihat mat rempit yang muka macam puaka mendapat awek yang cun melecun di belakang 125ZR ataupun RXZnya.
Bagaimana anda mahu mengesan boy atau pakwe anda seorang playboy? Di sini terdapat beberapa tanda-tanda yang menunjukkan beliau selaku pakwe anda seorang playboy:

  1. Sering berdalih apabila mahu membuat spotcheck terhadap telefon bimbit beliau.
  2. Melayan anda acuh tak acuh.
  3. Anda hanya dilayan bila masa beliau bosan, jika tidak jangan harap.
  4. Sering memanggil anda dengan nama perempuan lain dalam mesej, namun pabila ditanya, beliau mengatakan tersilap taip.
  5. Sering tertukar hari jadi anda dengan awek-aweknya yang lain.
  6. Tidak berkongsi password FB dengan anda, atas alasan privacy padahal nak menyembunyikan segala rahsia di dalamnya.
  7. Terdengar cakap-cakap di belakang anda mengatakan pakwe anda curang, namun pabila ditanya, hanya 1001 dalih yang diberikan.
  8. Anda pernah terserempak beliau bersama wanita lain, namun pabila disoal, beliau mengatakan itu hanyalah adik angkat beliau.
  9. Melenting apabila berbicara soal kahwin.
  10. Yang terakhir, anda ditinggalkan dengan alasan mahu tumpukan pelajaran, namun sejurus selepas itu, anda melihat beliau berkepit dengan minah cun mana ntah.
Penyelesaiannya,tinggalkan manusia begini jika, jika dan jika anda sudah memberikan beliau peluang kedua namun beliau masih lagi mensia-siakannya.

Sekian nasihat aku sebagai seorang yang bukan playboy kepada wanitas out there, supaya berhati-hati dengan sang buaya, sebelum anda diratah hidup-hidup.

google image


Sepertimana  korang dah tahu, Barcelona muncul juara liga Eropah pada tahun 2011 dengan kemenangan 3-1 terhadap pasukan Red Devil atau Mengyu(Man U) lantas mengulangi detik gembira kemenangan 2-0 juga terhadap Mengyu, juga dalam aksi final liga Juara-juara di Rome pada 2009.

Dalam aksi semalam, dapat aku simpulkan Barca mendominasi permainan dengan penguasaan bola 63% berbanding Mengyu cuma 37%. Pada awal sepak mula, Mengyu bermula garang dengan penguasaan bola namun pada minit 10 ke atas, Mengyu mula mengikut rentak Barca sehinggalah sampai minit ke-27 apabila Pedro meledakkan gol pertama walaupun dibalas Rooney 7 minit kemudian. Namun, ibarat sudah jatuh tertimpa baldi cat, Mengyu terus dihumban nasib malang apabila Barca mendapat gol kedua melalui Messi yang dikawal longgar dan juga melalui David Villa tidak lama selepas itu. Peh dah macam Hasbullah Awang gua ulas.

Dengan kemenangan ini, Barca telah layak dinobatkan kelab terbaik dunia, mengatasi mana-mana kelab di dunia pada masa ini dengan mutu permainan dan skil pemain yang tinggi terutamanya Messi yang ditabalkan Man of the Match semalam. Ternyata Ferguson yang dicanang-canang mempunyai strategi menghadapi corak permainan Barca, juga buntu malah menggeletar dengan muka kemerahan pada akhir permainan. Strateginya untuk bermain hantaran tinggi dan juga serangan balas secara mengejut ternyata gagal untuk mengatasi corak permainan hantaran pendek Barca. Pada pendapat aku, Mengyu sepatutnya mengunci barisan tengah, seperti jurulatih Real Madrid, Maurinho lakukan dalam separuh akhir liga juara-juara, dengan meletakkan Pepe, iaitu pemain pertahanan di bahagian tengah, dan mampu bertahan sehinggalah Pepe dibuang padang lantas Barca mendapat dua gol dalam masa kurang 20 minit. Namun dalam perlawanan semalam, Messi dibiarkan bebas tanpa kawalan ketat, memburukkan lagi keadaan. Bagi aku, inilah perbezaan antara skill+teamwork berbanding skil+teamwork+critical thinking+ability+agility yang ditunjukkan oleh pemain Barca. Ye lah, bermain corak short pass dengan pantas memerlukan critical thinking yang mantap, untuk membuat keputusan pada masa yang amat pendek dan itulah kelebihan mereka.

Aku sebenarnya kurang meminati Barca disebabkan kerap berlakon untuk mendapat simpati pengadil, namun untuk melihat Mengyu kalah, for sure lah aku akan sokong Barca. FYI, aku memang tak suka gila-gila Mengyu, atas beberapa faktor:
  1. Tak suka Ferguson yang kononnya kalau kalah, pengadil yang mula-mula dia salahkan, come on lah weh.
  2. Tak suka pemain Mengyu. Pernah seorang player Mengyu memperlekehkan lawannya dengan mengatakan permainan lawannya itu(Arsenal) main tak ubah seperti sedang training,  huh punyalah bongkak ye.
  3. Fan Mengyu yang fanatik gila-gila macam tak leh terima kekalahan pasukan super feveret dia itu. Memang Mengyu jarang kalah, dan bila jarang kalah, mulalah fans Mengyu kutuk kelab lain, haha bila Mengyu dah kalah, baru tahu KLCC tu tinggi ke rendah. Tapi ini tak semua la, ada segelintir ja =)
  4. Abang dan anak sedara gua minat Mengyu, jadi bila Mengyu kalah, hepi lah gua boleh tengok dorang frust, hahahaha
  5. Masa gua mula-mula main PES 2009 dulu, aku tak pernah menang lawan Mengyu, hape lagi, hangin lah gua satu badan. Tapi sekarang gua main PES dah boleh menang la kalau Mengyu tu, haha.
Jadi setakat ini saja ulasan gua pasal bola, aku bukan kaki bola sangat pon, main bola pun jarang jarang, tapi bila ada match besar-besar macam ini, aku ambil tahu juga lah.
To wrap it up, sori gua cakap kalau ade fan Mengyu yang terasa ke, sebab ini pendapat peribadi gua je, tak suka boleh tekan butang pangkah merah kat sebelah kanan tu, haha orait, no offence then =))

Salam, breaking news yang paling gempak kat Malaysia sekarang mesti a pasal tanah runtuh kat di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat tu kan, angka kematian terbaru semasa post ini ditulis ialah sebanyak 16 orang daripada 25 orang kesemuanya.  Jom la sedekahkan al-fatihah kepada mangsa-mangsa terbabit semoga dicucuri rahmat.

Mungkin ada yang terfikir, kenapa mereka yang tak berayah atau beribu yang mendapat ujian, kenapa bukan disko yang runtuh, kenapa bukan kelab gay yang runtuh, kenapa, kenapa?? Ironinya kejadian ini terjadi semasa mereka berlatih nasyid, ya nasyid. Bukannya berkaraoke untuk berlatih masuk audition Akademi Fantasia 10, malah bukan terkinja-kinja kat disko sambil menogok arak ataupon duduk menyondol kat parti-parti gay. Well, bagi aku senang je, Allah sentiasa menguji mereka yang beriman untuk mengetahui sama ada mereka betul-betul beriman ke tak. Jadi mereka yang pekena maksiat 24jam tak kena pape? Ya itulah istidraj, kesenangan atau keseronokan yang diberikan kepada mereka yang kufur supaya semakin menjauhi Allah, nauzubillahi min zalik.

Akhir kata, aku doakan mereka yang terkorban agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman, yang terselamat pula harap banyakkan bersabar, segala yang berlaku ada hikmahnya.


Salam, wah lama gila gua tak update blog, tak tahu lah nape malas sangat padahal kat USM rajin lak update, maybe kat rumah gua tenet ciput kot, pastu macam2 nak buat.

Ok entri ni aku nak cerita pasal Projek Jalinan Komuniti(PJK) atau ringkasnya baktisiswa anjuran Pusat Pengajian Sains Farmasi. PJK ini merupakan program keluarga angkat, di samping pelbagai aktiviti seperti health screening, sukaneka dan memacam benda yang best tak larat gua nak cite. Gua terlibat pon secara tak langsung sebenarnya, sebab gua dah diberi tugas sebagai ketua department grafik, dokumentasi, publisiti dan multimedia dan bersama co-partner Zatil Aqmar mengemudi kapal bersama anak-anak buah yang lain. Program ini diadakan di Kg. Setar, Yan Kedah pada 12-15 Mei 2011.

Jadi diringkaskan cerita, sampailah hari yang dijanjikan, yang menyaksikan acara pembahagian keluarga angkat kepada peserta. Seorang demi seorang dipanggil bertemu ibu dan bapa angkat, peh jantungku berdetak lebih kuat, ye lah, aku terbayang-bayang, macam mana lah agaknya parent aku nanti. Akhirnya namaku dipanggil untuk bertemu parent aku, dan aku berjumpa mak angkat aku. Sepatutnya ayah yang hadir, tapi mak datang sebagai wakil. Maka baliklah aku ke rumah bersama abang aku, Mohd Ridhuan Abd Raani, haha.

Di rumah, ayah sudah menunggu di atas bench, lalu aku dan wan (ridhuan)  menyapa dengan senyuman ke telinga dan beramah mesra dengan ayah. Banyak benda yang dibualkan, dari bilangan adik beradik sampailah jenis darah apa (ni gua tambah2 je).


Petang itu, aku 'terpaksa' mengedarkan flyers rumah ke rumah, ye a, da keje aku publisiti kan. Mulanya aku terfikir, macam mana la penerimaan orang2 kampung terhadap program seumpama ini, entah - entah kami akan dihalau dengan penyapu kan, aha. Namun, sampai je kat rumah pertama, mereka cukup ramah dan murah senyuman dan jangkaan kami meleset apabila kebanyakan rumah yang kami lawati memberikan respon yang same, oh aku terfikir, kampung aku boleh layan strangers macam ini ke? Selesai saja mengedarkan flyers, aku dan wan mengambil kesempatan menyenap gambar dengan kamera DSLR kompak 10 mp, dan menikmati keindahan alam. Aku tengok ramai peserta ambil kesempatan untuk keluar bersiar-siar petang itu.

Malam itu, kami perasan, banyak NYAMUK, aiyakk!! Dalam ati aku redha je a, ala 3 malam je, dan malam tu aku kena keluar pergi rehearsal dan balik pukul 12 tengah malam, damn, kesiannya ayah kena tunggu aku dan masuk je kat dalam, famili aku sudah setup kelambu kat luar,  Wan sudah tak sedarkan diri kat dalam, huks aku terasa macam menyusahkan famili lah pulak, err newey thanks.

Keesokannya, mak sudah menyiapkan sarapan seawal 5 pagi, sebab kami ada kuliah subuh pagi tu, mak cakap takut lapar nanti, err thanks lagi mak. Dan masa terus berlalu dengan penuh aktiviti yang padat, menyebabkan kami tak sempat keluar bersiar-siar ke kawasan peranginan sekitar Yan, ouh what a waste.

Kesesokan harinya, kami bertekad mahu pergi program lewat sikit, sebab mahu ke kawasan air terjun Perigi dan melihat Pantai Murni, mak kata, kalau tak curi masa, memang tak sempat nak kenal Yan lah, emm betul juga, getus hatiku. Menurut abang, Yan kaya dengan kawasan menarik, seperti  Gunung Jerai, Titi Hayun, Air terjun Puteri Mandi dan memacam lagi tempat yang aku tak ingat. Tengah hari itu, selesai saja aktiviti gotong royong, semua peserta diberikan peluang mandi di air terjun berdekatan, yaeay sonok. Aku pon ape lagi, terus aja join sekali. Yang bestnya, air terjun tu ada slider untuk gelongsor dari atas macam Bukit Merah Waterpark dan Tambun, dan lagi best bila Dekan School Pharmacy pon join mandi, gelak2 dengan budak2 ni sekali, macam mandi dengan member2 je, salute sama Prof Dr Syed Azhar sebab sangat sporting. Dr Zuraidah, lecturer kami pon tengok dari tepi je, haha.

Hari terus berlalu, sampailah hari terakhir kami di sana, kami sempat pusing satu sawah atau padang masa tu, abang nak bawa pergi titi hayun, tapi aku sakit perut masa tu, jadi aku refuse untuk pergi jauh2, haha. Masa untuk farewell paling sedih, masa tu kami menyerahkan mak frame dan keluarga dan sedikit hadiah yang telah disediakan untuk setiap keluarga, mak cakap tak ade benda nak bagi, kami pon memang tak kisah, tak expect dapat pape pon, sebab dapat stay kat kampung tu pon dah cukup baik, jadi tu lah hadiah bagi kami. Tak lama selepas itu, mak datang, bagi kami hadiah berupa sejadah. Menurutnya, sejadah itu nenek yang beli kat Mekah, siap ada tulis nama nenek lagi kat belakang, kira macam precious gila la. Seraya itu mak pesan kepada kami sembahyang rajin-rajin, dan doakan mak supaya dapat pergi Haji. Wah aku rase agak terharu masa tu, ye lah, kami kenal baru 3 hari tapi mak dah layan macam orang yang dah kenal lame, thx mak dan semua keluarga, semoga impian mak tercapai, amin =). Dan kami harap, ikatan ini tak terputus dan kekal buat selama-lamanya, amin.

Sekian, coretan yang tulus dari hati nurani gua, semoga kamu semua tacing membaca cerita gua, kalau ada permintaan, gua boleh buat dokumentari, huuuu

Lastly, credit to penasihat dan pengarah projek, Azim dengan Wong Zhy, all MT, all HOD, all ajk esp. ajk department grafik dan publisiti for your efforts =)))

p/s; budak2 kat sana suma comel2, tak leh blah ade sorang tu datang tempat teknikal, dan buat comel2, aku ape ag, ajak amik gambar dan tak semena-mena, berderu datang dari belakang nak amik gambar, oohh kamu suma memang shumelll ouhhh, har3
 

Ni gambar yang aku snap masa kat sana =)))











Ok, tajuk pon dah kontroversi kan, haha. Tapi first  of all, aku nak tegaskan, aku bukan nak membahan atau membaham atau memperli sesiapa, namun sekadar meluahkan kepelikan di hati, hua3.

Ye lah, biasa lah kita tengok kat blog, mesti ada gajet follower kan, sebab utama mestilah nak mudahkan orang follow kan, dan juga tunjuk sapa yang follow blog kita kan. Kebiasaanya, blog yang femes dan well establised mempunyai follower 2000 dan ke atas (berdasarkan pemerhatian aku) dan semestinya, blog aku termasuk sebagai blog tak femes tahap cipan la kan, tapi ada gua kesah?

Bagi aku, blog-blog informatif seperti blog serius, ohmedia network, tubelawak dan sebagainya mempunyai lebih banyak follower, kerana sasaran mereka ialah kepada mereka yang dahagakan informasi, menyebabkan follower mereka tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja dan menyumbang kepada jumlah follower yang banyak.

Namun adapun dengan blog peribadi, jarang aku lihat mereka mempunyai follower yang banyak, kire average 100 sehingga 1999, erm kira yang biasa ialah seratus dua gitu lah, tu pun dah kira baik bagi blog peribadi, ha3. Namun sekali lagi, terdapat pengecualian bagi blog peribadi, iaitu faktor-faktor yang menyebabkan orang tertarik untuk menjadi follower anda.
Faktor-faktornya ialah:

1) Anda seorang yang comel, cun dan pandai bergaya
- pasti ramai jejaka menjadi fan atau follower anda dan tidak terkecuali juga kaum hawa juga berlumba-lumba menjadikan anda idola dalam berfesyen.

2) Gaya penulisan yang mantap dan matang
- ramai blogger terkenal yang kebanyakannya menulis blog peribadi, mempunyai gaya penulisan yang mantap dan juga pandangan yang bernas. Mereka biasanya mempunyai pengikut yang tersendiri, juga menjadikan blogger-blogger itu tempat bertanya dan meluahkan masalah dek kematangan mereka.

3)  Anda tidak mempunyai dua ciri di atas, tetapi anda rajin
- Ya, rajin mempromoosikan blog anda. Tak kiralah rajin letakkan link bog kat ruangan komen di blog-blog yang femes, rajin follow orang atau merayu dan memaksa orang memfollow anda. Di sini, aku cukup tak suka dengan konsep i follow u, u follow i, bukan apa, nampak sangat tak ikhlas nak follow, lagi lagi kalau tak follow dia pastu, terus dia unfriend or unfollow kita, wah! Kamu follow sebab nak bagi nampak kamu femes ke? nak tunjuk ramai kawan ke? atau nak buktikan kamu tu bukan forever alone? Oh buat ape ko nak ramai follower, nak jana income? Memang kau kena femes gila-gila baru dapat jana income tahu, kalau tak, huuu.
Rajin tak salah asalkan bahan yang dikongsikan itu memberi manfaat kepada pembaca, mungkin ia salah satu cara nak promosikan blog informasi dan blog peribadi yang mantap.

Bagi aku lah, aku tak akan promosikan blog aku sekiranya aku rasa post atau entri aku tidak mencapai standard sebab aku tak suka orang baca nukilan sampah aku, biarlah nukilan aku berkualiti sikit kalau aku mahu orang baca entri aku, ha3, dan sebab itulah blog aku tidak selalu dishare, sebab aku rasa semua entri aku masih tak mencapai standard.

Namun, ini hanya boleh diaplikasikan untuk blog aku sahaja sebab blog aku hampeh, blog korang aku tahu semua gempak-gempak.

Suka aku katakan, cukuplah follower aku sekadar orang yang aku kenal, supaya aku lebih jujur menulis dan tidak hipokrit dalam menyatakan pandangan aku kan kan.

Akhir kata, pandangan ini adalah pandangan peribadi aku, tidak berkaitan dengan mana-mana pihak, sebarang perasaan tacing, terasa, tersentuh hati nurani adalah dilarang kerana ini merupakan pandangan aku, bukannya nak mengutuk sesapa,  okeh adios.

Baru baru ini aku tergerak nak edit gambar guna Adobe Lightroom, saje boring boring bajet takde keje nak buat. Dan bagi aku agak best juga la, sebab selama ini aku edit lighting gambar guna Photoshop je, tapi baru aku tahu guna Lightroom lagi best.

Err bagi sape sape tak tahu Adobe lightroom tu ape, dia sebenarnya untuk edit gambar secara pro lah kononnya, specifically untuk photographer. Memang suma function dia ade @ sama dengan Photoshop, tapi bagi aku dia lebih user friendly, tapi just untuk edit lighting je la, jangan expect nak design logo ke hape guna Lightroom memang takleh la. Sebab function dia untuk image treatment atau finishing.

Dan dia tak semestinya kena gambar DSLR baru leh pakai lightroom ni, pengguna kamera kompak seperti Olympus, Samsung pun leh sebab kamera kompak pon ada yang berbelas-belas megapixel kan sekarang, ok lah tu. Cuma tu lah, sebelum edit, pastikan sumber asal dia tu besar resolution dia, kalau sekadar amik ngn kamera henpon, aku takut hasilnya tak memuaskan.

ni aku tunjuk perbezaan gambar yang aku edit sebelum dan selepas guna Lightroom, haha.
*klik gambar untuk lebih jelas


Sebelum treatment
Selepas treatment


By the way, gambar ni aku amik masa aku pg kuching tahun lepas, view from belakang library Kuching, haha

p/s: kalau nak tengok gambar edit aku yang len yang xseberapa, klik je Gallery kat atas tu, haha =.=''.


Kahwin, satu perkataan yang agak taboo untuk dipertuturkan oleh pelajar. Yelah, belajar pun tak habis lagi dah nak pikir kawin kawin, wat da fort?

Web yang guna domain sendiri, biasanya perlu membeli dan membayar domain secara tahunan. Memang stailo guna domain sendiri, lagi-lagi ko boleh guna wordpress, customize gila-gila ko punya web tapi bagi aku, ia masih belum cukup untuk menambat hatiku. Sebabnya?

Kena bayar setiap tahun
Emm ni yang malas. Aku tak kisah bayar tu,average RM30-40 je pun, tapi bab tiap tahun tu yang leceh. Macam ubat dia ada single daily dosing, multiple daily dosing dan yang lebih baik ialah single daily dosing lah, sebab patient akan lebih comply\patuh, tak payah pening2 pk makan banyak kali. Gitu gak web, kalo bayar sekali seumur hidup, mesti aku comply.

I'm not full time blogger
Yes, aku bukan penulis blog sepenuh masa. Blog pun update 4 taun sekali watpe gak. Jadi aku rasa amat tak berbaloi menghabiskan duit untuk benda yang tak guna sangat kan?

Blog aku takde advertisement
Memang dari awal aku tak buh ads, sebab utama aku tau traffic blog aku bukan tinggi pun, jadi buat ape buh ads kan, buat slow loading page je kan? hahaha. Jadi ape kaitan ads+traffic+wordpress? Okay, orang biasa letak ads dengan harapan kalau traffic tinggi, income tinggi dan at least dapat lah cover rege renew domain tu kan. Hahaha

Jadi kesimpulannya, pada masa terdekat, aku tak akan guna domain sendiri tapi tak tahu la kot nanti keje, fulus da masyuk, teringin nak pakai wordpress, kot2 la pada mase tu follower aku da banyak macam blog Fatin Liyana, kahkahkha

Heboh sehari dua ni pasal result SPM. Memang suma duduk post pasal SPM je kan. Ada yang cemerlang, ada yang hampeh. Normal la tu, kalau cemerlang mesti hepi, kalau hampeh pun hepi gak, sebab dapat kawin awal, haha!



Boring
Tapi siyes, result SPM sekarang dah boring. Kalau dulu kita selalu dengar ada yang dapat 20 A, 21 A, tapi sekarang? Paling tinggi pun 12A kot, tu pun tambah bahasa arab ape semua. Bagi aku sebab utama dorang hadkan pengambilan subjek ni adalah untuk bagi adil budak2 SBP atau MRSM sebab subjek dorang limit 10 subjek je kan. Tapi memang a, bagi aku perlu juga buat seragam, sebab buat apa kau amik banyak-banyak tapi suma subjek overlap. Contohnya dah amik biologi, pastu pergi tambah sains lak, sah sah dapat skor sains tu kan?

Cuba bayangkan situasi ini, ada sorang pelajar ambil 20 subjek, dapat 15 A, tapi lagi 5 dapat C, dan yang dapat C semua subjek bio, fizik, add math, kimia, math mode. Jadi nampak tak, ketirisan standard di situ.Bunyi hebat, tapi yang penting semua hampeh. BTW, itu hanya contoh sahaja tapi tak mustahil berlaku kan?

Cuma kontranya sistem ini adalah persaingan. Ye lah, dah semua amik 10 subjek, pastu 10 000 dapat 10A, boleh kita bayangkan kerumitan proses penyaringan kelak? Tak mustahil ada yang tak dapat tempat disebabkan perbezaan 1 markah sahaja. Huh!

Aku
Aku dulu tak lah hebat, biasa biasa je, tapi takde lah teruk sangat. Hurmmmm

Jenis-jenis Pelajar
Setakat ini, aku dapat simpulkan terdapat 5 jenis pelajar.

  1. Genius dan rajin
  2. Genius dan malas
  3. Tak genius tapi rajin
  4. Tak genius dan tak rajin
  5. Tak genius, tak rajin tapi berjaya
- Okay, yang paling beruntung ialah golongan 1. Biasanya golongan ini amat berjaya, dekan je kerja. Ambil la kos ape pun, mesti perform punya.
 
- Golongan kedua pula amat rugi, kerana tak menggunakan kecerdikan yang ada sebaiknya. Mereka lebih gemar lepak, main game tapi orang bagi soalan, dapat jawab. Ada kawan aku, bernama X, belajar sekali dengan aku masa matrik. Genius tak yah cakap la, tapi sayang dia tak berusaha bersungguh-sungguh dan akhirnya kena repeat. Ini membuktikan jika anda genius pun, tak semestinya anda tak perlu berusaha kan? Sebab macam mana nak dapat ilmu tu kalau tak berusaha untuk study kan.

- Golongan ketiga, merupakan golongan dominan. Kebanyakan mereka yang berjaya sekarang bukan genius gila-gila, cuma mereka rajin kan. Mungkin mereka memerlukan usaha 10X ganda lebih daripada usaha mereka yang genius, tapi akhirnya mereka dapat surpass orang yang genius juga. Dan aku pun berharap, aku termasuk dalam golongan ini, kerana aku tidak genius.

- Golongan keempat, juga dominan. Golongan ini hanya tunggu masa untuk meyesal sahaja. Mungkin masa belajar, tak nampak sangat kesannya, tapi bila sudah kerja baru terasa kesannya. Kawan balik kampung dengan Evo, tapi kita yang kerja tukang rumah pakai Honda kapcai je. Mungkin mereka lambat sedar akan implikasi MALAS BELAJAR kepada taraf hidup mereka.

- Golongan kelima. Bagi aku mereka mempunyai kebolehan yang belum tercungkil. Mungkin keputusan akademik tidak cemerlang, dan mereka tidak rajin, result biasa-biasa orang kata dan mungkin gagal. Tapi bila sudah ke dewasa, bakat mereka terserlah, mungkin dalam bidang rekaan, lukisan dan sebagainya dan akhirnya berjaya. Ini kerana mereka mempunyai bakat yang tak dapat dicungkil melalui peperiksaan.

Kesimpulannya, mungkin aku lebih cenderung mengatakan bahawa pelajaran adalah segalanya. Mungkin ada yang berkata, alah ada je yang fail SPM tapi berjaya. Yes, ada, tapi cuba bilang berapa kerat dan kes itu ialah kes terpencil. Mereka itulah yang aku maksudkan sebagai golongan kelima, Yang berjaya tanpa pelajaran yang tinggi.

p/s: tahniah kepada anak sedara gua, dapat 9A, okay lah tu, Ayah Man nak bagi hadiah pun xdak duit, hakhak!

Pada saat ini, seharusnya aku buat esaimen pharmacoinfo, tapi aku mencuri tulang dengan berblogging, memang hampeh.

Bukan ape, amik mood jap, kalo lepak atas katil mesti tertido kan, uhum.
Aku rasa masih tak terlambat lagi aku post pasal Ujian Sijil Rendah Silat Cekak baru-baru ini. Memang pada mulanya aku pikirkan kebizian minggu ini, jadi aku rasa aku mungkin tak ambik ujian tu. Tapi pikir punya pikir, masuk la jugak, sebab kalo duk kat bilik pun ngadap laptop je jugak.

Susah ke? Bagi aku banyak faktor sebelum aku boleh cakap susah ke senang. Antaranya dapat tester yang jenis camne, kalo tester yang nakal, susah a kena buah pelik-pelik jap lagi. Pastu bergantung kepada emosi individu, cuak ke, gabra ke, tu jugak mempengaruhi sama ada boleh buat ke tak. Ye a, kalo dah cuak tahap gaban, yang senang pun jadi susah kan.
Aku? Err bagi aku okay la, lulus tu mungkin kot, sebab takde kena ulang pun, cuma nak dapat kepujian tu susah a kan.

Banyak versi yang aku dengar sebelum ini pasal ujian ini, ada yang cakap patah-patah la, kena tetak muka la (sebab ada ujian menangkis senjata) , kalo lebam tu biasa la. Tapi nasib baik, hari tu aku kena siku kat bibir je, tu pun sebab lambat bagi respon, tapi sikit je, xsakit sangat pun, hahaha.
Jadi mengapa silat?  Bagi aku sebab ni warisan melayu, nape cari warisan bangsa lain, dan bukan aku nak kondem orang yang amik seni bela diri bangsa lain, sebab aku bercakap dari konteks aku, kenapa aku ambik silat.

Dan bagi aku okay la Silat Cekak ni, dia punya prinsip tu kita boleh guna dalam kehidupan seharian, kalo nak  tahu ape kena join ah, hahaha.

Yang paling penting, silat mengajar aku menjadi berani dan yakin. Jujur aku katakan, kat sekolah aku tak pernah gaduh, kira play safe la, haha. Tapi sekarang kalau ada orang nak serang aku ke, nak tikam ke, mungkin aku sekurang kurangnya aku tak lari macam Husin lari jumpa Hantu Kak Limah. Tapi Silat Cekak tak ajar kita bergaduh, ia hanya ajar kita mempertahankan diri je.

Sem depan akan masuk level 300, level geng demo la biasanya. Aku berminat nak join, tapi mungkin masa 3rd year aku bizi gila, jadi aku mungkin amik, mungkin tak, haha. Ye lah, aku bukan pandai urus masa, sebab tu kena berbini cepat-cepat, biar terurus skit, haha gurau jek.

BTW, siyes aku cakap, kalau masa anak aku dah besau, mungkin aku akan hantar belajar Silat Cekak, tapi kalo da pandai nanti, jangan ajak lawan ngn abah lak, nanti abah pulas telinga, ahaha coooomelllll kan, peh.

K lah, tu je kot, gambo pon xamik nak buh pon, ok papai.

One of my hobby is mengedit gambar, tak kira la dari tak poyo ke poyo, dari poyo ke lagi poyo, janji edit.Haha. Bukan ape, selepas penat study duk saje, godek2 a jap. Dan softwares tu ranging from photoshop, photoscape, ACDSee, adobe lightroom dan memacam, haha. Tapi kalo kamera 2 mp (kamera hp la kan), xya a nak harapkan hasil yang gempak gak,haha. Tapi bole je nak edit2, biasakan diri sebelum beli DSLR tak gitu.

Aku pun masih berfikir, berbaloi ke kalo beli DSLR, ye a, kalo benda tu seratus dua takpe kan, ni ribu riban. Dan kalo beli pun wat gantung kat bilik atau pakai time nak show off dpn kwn2 bek xya kan. Hahah. Jangan la nanti pakai DSLR, tapi malam2 duk makan megi watpe kan, haha. Tengok poket dan juga keutamaan =)

Tapi, memandangkan aku suka amik gambar(bukan amik gambar sendiri okay) dan edit, jadi aku rasa mungkin aku akan beli gak DSLR ni, cuma masa menentukan sama ada cepat atau lambat. Tak dapat sekarang, myb nanti kerja baru aku beli. Lagi pun, cukuplah dengan benda2 dtg dari laptop i.e fesbuk, blogger dan mcm2, tu pun dah cukup buat aku malas study kan, hoho. Okay lah,papai

p/s;aku sangat mengagumi Ustaz Azhar Idrus, di samping jd ustaz, dia juga photographer professional. Gambar yang dia amik memang superb habis, dan perkakas kamera dia bukan murah2, kalo nak tahu dia guna Nikon D3, yang rege RM16k ,dan Canon EOS 5D rege RM6k kalau tak silap aku,peh. Kalo nak usha gambar yang dia amik, pegi website www.digitalmukmin.com

BTW, ni yang aku edit sebelum dan selepas edit (klik tuk besaukan) ,memang newbie+noob habis, tapi dimaafkan la sebab guna kamera henpon, bukan guna DSLR lg, haha T.T



Tanggal

Tanggal 21 Februari 2011, merupakan hari mengundi di USM Induk. Ia merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh para calon dan dinanti dengan penuh debaran, bersama secebis harapan untuk menang.

Memang

Memang, hari tersebut jugalah yang dinanti-nanti oleh pelajar. Bukan teruja mahu mengundi ataupun apa, tapi kerana lega kerana ia merupakan satu pengakhiran kepada gangguan yang diterima saban malam, dengan deruan ekzos motor dan juga hon-hon bersama-sama pekikan dan lolongan supaya menyokong parti masing-masing. Ini bukan sahaja menggangu mental, malah fizikal pelajar -pelajar apabila terpaksa berdepan semangat pilihan raya yang ditonjolkan oleh calon-calon.

Bakar

Ya, bakar, bukan merujuk kepada dialog hantu Kak Limah, ''kita bakor, kita bakor'' tapi membakar bendera dan juga banner pihak lawan seperti yang dilaporkan. Bagi penulis, mereka yang berkelakuan demikian tak ubah seperti kanak-kanak yang berebut gula-gula, sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai niat di hati. Bak kata pepatah, matlamat menghalalkan cara. Namun, adakah gula-gula yang mereka rebut itu?

Tidak

Bukan, tidak. Bukan gula-gula yang berharga sepuluh sen, namun amanah yang mereka rebut untuk pikul itu. Amanah, satu perkara yang mungkin dipandang ringan namun hakikatnya, ia adalah satu perkara yang paling berat di dunia ini. Kerana itulah anda akan disoal selepas kehidupan dunia nanti mengenai amanah yang kita pikul dan tahukah bahawa pemimpin yang tidak amanah, yang tidak memimpin rakyat ke jalan yang lurus adalah mereka yang paling awal dihumban ke dalam api neraka dan menjadi uunggun api di situ. Tapi, sedarkah mereka yang berlumba-lumba mendapatkan pangkat dan darjat dengan cara kotor itu akan beratnya amanah itu dan kesan-kesannya. Atau sekadar untuk mendapat kemasyuran dan gah sahaja?

Namun

Namun, mahu atau tidak, kita tak boleh lari dari amanah. Amanah itu bukan hanya apabila anda menjawat jawatan YDP, sekretariat. apatah lagi hanya bergelar bendahari sahaja tetapi apabila anda beagama Islam, anda sudah mempunyai amanah daripada Tuhan supaya memelihara kesuciannya dari semua aspek. Akan tetapi, bagi mereka yang sudah terpikul amanah daripada Allah dan juga daripada orang ramai, laksanakan amanah itu dengan baik. Ditujukan kepada saya dan juga orang lain.

Tin Kosong

Akhir kata, janganlah jadi seperti tin kosong, apabila diketuk bunyinya kuat tetapi isinya kosong, dan janganlah juga seperti tin yang penuh, banyak isinya tapi pabila diketuk tidak berbunyi menunjukkan anda hanya tahu bebuat kerja, tapi kerja yang dilakukan hanya bermanfaat untuk diri sendiri sahaja. Tetapi jadilah seperti tin yang separuh penuh, ada isi tapi pabila diketuk juga berbunyi.  Renung-renunngkanlah.


p/s : bapak skema post ni,aha. Just nak cari mood selepas study, esok quiz,aha wish me luck =)

USM Bloggerz