Tiga tahun dekat USM, macam macam memori aku ada. Tak macam matrik, setahun je, tak banyak memori walaupun best jugak masa kat matrik tu.
Tiga tahun ni juga, banyak ragam manusia yang aku jumpa. Okaylah, banyak yang okay dari yang tak okay. Ada yang mementingkan kebersihan luaran dari dalaman, macam macam. Dua-dua penting sebenarnya, tapi jika nak cari modal, macam-macam boleh cakap. Ye lah, tak ada benda nak cakap kan, baik mengata orang, seronok juga.
Tiga tahun ni juga, sem lepas baru aku dapat pointer yang sedikit baik, ye lah, baik dengan aku yang tak seberapa rajin ni. Tapi kalau tanya orang yang dapat dean list setiap tahun, pointer macam aku ni mungkin sangat teruk.
Tiga tahun ini juga, aku akhirnya dapat apa yang aku idamkan iaitu kamera. Walaupun bakat seni itu kurang, tapi aku puas hati la juga dengan air tangan aku, walaupun sekadar menjadi desktop background laptop sendiri, cukuplah, tak perlu berbakul-bakul pujian dari orang.
Come to think of it, aku berada dalam zon selesa sebenarnya. Adakah itu istidraj, ujian tuhan untuk melihat aku lalai atau tidak, aku bangga diri atau tidak, aku bersyukur atau tidak. Jadi, aku harap aku tidak tenggelam dengan keseronokan duniawi *cewah wuhuhu*
Tapi, eh, hidup aku ttidak seindah itu, JPA masih belum masukkkkk!! Alahai, nak buat macam mana, nak marah, nak meraung pun tak guna, sapa suruh boros dulu, itu ini semua nak beli,sekarang, hah, padan muka.
Okay babai.
"Ada yang mementingkan kebersihan luaran dari dalaman"???
macam aku paham je maksud tersirat tu... hahaha
pait: mana ada, general statement kot
n.a.k a.k.a nur anisah kasim:apa yang anda paham, wuwuwuu
huhu nape nma ak disebut ni.. hehe ntah ak p0n x taw, tgk pait komen, ak pon ase nk smbung, wat x taw sudah ye ayt diatas.. ak salah paham je.. sori sgt2 mnyampuk~