Showing posts with label Info. Show all posts

Aku tak tahu, aku yang outdated ataupon korang yang terlebih update. Percakapan skemanya aku baru sahaja tahu ada website ala-ala FB kat Msia, dipanggil Mukabuku. Aku tak tahu adakah sudah tiada idea selain mencetak idea orang lain ataupun website ini sebagai dummy sahaja, aku pun tak pasti. Korang nak tahu, kembaralah lah sendiri,atau yang sudah menggunakan,boleh la berkongsi pengalaman, sebab aku pon belum try lagi. Nak join klik SINI

Baru tadi aku merungut pasal video pekerja KFC yang mmacam haram, rupa-rupanya sudah ade kenyataan rasmi daripada pihak KFC berhubung perkara ini.

Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.


Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.


Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.


KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.
Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.


Pengarah Urusan


KFC Holdings (Malaysia) Bhd

Walaupun begitu,luka mungkin boleh sembuh, tapi parutnya sukar dihilangkan, ceewah. Selepas ini aku mungkin akan berfikir dua kali untuk makan kepsi meksi ni.



Sumber

Shit, aku tak tahu apa taraf kebengapan dorang ini. Bekerja macam haram, agak-agak la nak buat lawak ke apa. Tu makanan la, ko wat sapu-sapu kat kaki buat apa, u fukken shit!. Sorry KFC, mungkin aku takkan makan dah pasni, pffffft!

Berikut adalah teks penuh Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan kumpulan BERSIH untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan menyerahkan memorandum kepada beta selaku Yang di-Pertuan Agong dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terbabit.
Namun, beta yakin kepemimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanaan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

Ada benarnya titah Agong ni, fikir-fikirkan lah =)

Sumber 

Android, salah satu nama yang mula menjalar di dunia telefon pintar dengan ringkas. Mungkin ramai yang pernah mendengar nama Android, tanpa mengetahui apakah sebenarnya android dan bagaimana ia berfungsi. Jadi, entri kali ini akan cuba memberikan anda serba sedikit maklumat mengenai Android dan mungkin membantu anda dalam memilih jenama telefon yang bakal dibeli kelak, al-maklum lah, sekarang cuti, lepas itu ramai pula kerja dan dapat gaji yang banyak kan, haha. Jadi bolehlah anda rabakkan poket anda dengan membeli gajet Android, WHOOPPP!!

Secara ringkasnya, Android ialah salah satu Operating System (OS) bagi kebanyakan telefon pintar yang membolehkan sesebuah telefon itu berfungsi, sama seperti iPhone yang menggunakan iOS, Blackberry menggunakan Research In Motion(RIM), Nokia setia dengan Symbian dan paling utama, Android yang tiada jenama khusus, sering digunakan untuk jenama Sony Ericsson Xperia, HTC, Samsung, LG dan sebagainya. Jelas Android bukanlah sebuah jenama telefon bimbit bagi mereka yang masih kabur mengenainya, whoooppp!!!

Android pada mulanya ialah sebuah syarikat kecil yang dimiliki oleh Andy Rubin and the gang, yang hanya membangunkan barangan lembut(software) bagi telefon bimbit secara tidak meluas. Namun, Google Inc. telah melihat potensi syarikat ini lalu mengambil alih pada Ogos 2005 dan langkah ini merupakan titik permulaan Google untuk menceburi bidang pertelefonan, lantas meninggalkan pesaingnya, Yahoo yang terkial-kial mencari arah tuju ibarat anak kehilangan ibu di pasar raya.

Kini, masa pantas berlalu dan seiring dengan itu, Android yang dahulunya tidak dipandang dan tidak dihiraukan, telah mencanak naik menjulang populariti mengatasi pencabar terdekat dalam bidang telefon pintar seperti iOS, RIM, Symbian, Windows Phone Mobile dan lain-lain. Hasilnya, Android kini menduduki tangga pertama OS yang paling banyak digunakan sehingga May 2011 mengikut kajian  Gartner.


Apa yang menarik mengenai Android ialah paparan antaramuka(interface) yang mesra pengguna dengan fungsi wijet di halaman skrin (home screen), notifikasi yang boleh dilihat bila-bila masa (tak silap aku, iOS 5 untuk iPhone 5 baru mengeluarkan fungsi ini) tak kurang juga lambakan aplikasi-aplikasi yang menarik dalam Android Market yang boleh diakses dengan mudah dan yang penting ia kebanyakannya PERCUMA. WHOPPPP!!! Thus no neeed to jailbreak your phone and void your warranty for that thing =))

Ketika ini, terdapat lebih 150 000 applikasi, game dan juga wijet terdapat di Android Market dan lebih 3 bilion aplikasi sudah dipasang(install) di telefon pintar di seluruh dunia. Terdapat komen mengatakan banyak aplikasi Android tidak praktikal dan tidak berguna, tidak seperti aplikasi iPhone. Bagi aku, masalah ini dapat diatasi dengan melihat dulu review-review pengguna sama ada aplikasi itu berguna atau tidak, malah terdapat rating berbentuk bintang untuk memastikan ianya berguna kepada pengguna.

Yang menarik mengenai versi-versi Android ialah sistem penamaannya, yang disusun mengikut alfabet, bermula dari:
- v1.5 (Cupcake)
- v1.6 (Donut)
- v 2.1 (Eclair)
- v2.2 (Frozen Yogurt/Froyo)
- v2.3 (Gingerbread)
- v3.0 (Honeycomb) [untuk tablet]

Sedap kan nama versi-versi Android mereka. Setiap versi dioptimasikan untuk peningkatan fungsi yang lebih baik, kelajuan memproses data. Yang terbaru akan dilancarkan ialah Ice Cream Sandwich, yang mengikut ura-ura akan menggabungkan fungsi tablet dan telefon pintar (v2.3 + v.3.0) hasilnya sama ada v2.4 ataupun v3.1.

Terdapat juga pembangun OS  secara custom, iaitu menukar ROM asli kepada ROM buatan sendiri yang dibangunkan oleh developer bebas. Ini kerana, terdapat telefon Android yang updatenya telah dihentikan. Contohnya, Sony Xperia X8 hanya menyokong versi 2.1 sahaja, namun mereka memasang sendiri ROM yang diubahsuai, yang dipanggil CUSTOM ROM ke dalam android mereka, dan membolehkan mereka menggunakan versi 2.2 atau 2.3 yang lebih laju. Namun keburukan berbuat demikian ialah ia boleh merosakkan telefon anda, dan risiko mendapat bug(kerosakan fungsi) pada Android itu.Namun, jika anda menukar versi Android secara custom dan mengalami kerosakan, ia masih boleh ditukar ke versi asal seperti sebelum diubahsuai. Maklumat mengenai custom rom boleh didapati dalam laman web forum XDA.

Sebagai pengguna Android, aku mempunyai game dan aplikasi pilihan untuk OS Android ini.

Game-game terbaik:

1) Angry Birds Rio

2) Pumpkin vs Monster

3) Yoo Ninja

4) Parking Break

5) Farm Frenzy

6) Bubble Blast

Aplikasi-aplikasi Terbaik:

1) Handcent SMS

2) Quick Office

3)  AppSaver

4) Papago

5) Winamp

6) ADW Launcher

7) Advance Task Killer

8) Mobo Player

9) Photo Vault

10) Medscape

Game dan aplikasi di atas boleh didapati secara percuma  di Anroid Market. Caranya? Hanya Log in guna akaun Gmail anda sahaja.

Perkembangan pesat mengenai gajet Android menyebabkan amat mustahil untuk mengikuti semua gajet yang terbaru, namun terdapat beberapa gajet Android yang berkenan di hati.

Gajet Android Pilihan Hati 2011:

1) Sony Ericsson Xperia Neo






2) Sony Ericsson Xperia Play




3) Samsung Galaxy S2


Jadi, itu sahaja review aku mengenai Android. Memandangkan aku bukan pengguna iPhone, Windows Mobile, Symbian, atau RIM(Blackberry) jadi aku tidak dapat membuat perbandingan yang adil. Namun entri ini bukan berbentuk brand war, tapi lebih menjurus kepada penekanan terhadap Android, so buat pilihan yang bijak yoooo sebelum membeli. Bak kata pepatah, menang membeli sengkek time pakai!! Whoppp!!!

References:

1) Amanz
2) Wikipedia



Okay, aku tak pasti, ini fakta atau auta. Tapi aku cukup-cukup pasti begitulah hakikatnya, dunia ini kini didominasi oleh perempuan, dalam segenap aspek. Aku tak pasti kenapa, adakah sebab lelaki banyak mati katak masa merempit? Tak jugak, sebab rempit ni jantan Malaysia je buat hobi, tengok negara lain takde pon. Teori aku ialah kekurangan genY dalam gamet-gamet manusia untuk membentuk kromosom XY (lelaki), jadi lebih banyak lah kromosom XX(perempuan) yang dihasilkan dari setiap persenyawaan. Mungkin disebabkan mutasi, atau kesan pemakanan, bahan kimia etc. It does make sense rite? Huahuahuaua

Okeh, yang pasti blog juga didominasi oleh perempuan. Bukti yang paling jelas, bilang follower anda, tengok ramai laki ke popuan, haha.

Namun kenapa ya, ramai popuan buat blog ye? Adakah ia adalah keperluan kaun hawa? And then how about me? Adakah aku atau blogger lelaki lain boleh dilabel sebagai bapuk?pondan? hanya kerana blog dikuasai oleh popuan?!! Tidak

Dapat aku simpulkan, kenapa blogging cukup dekat di hati popuan, ibarat makan nasi tak basuh tangan kalau tak berblog ni.

1) Meluahkan Perasaan
Ye lah, tak kiralah gembira ke, sedih ke, cuak ke, semua nak luah kan, biasalah popuan kan, aish, nasib baik comel. Tapi lelaki lak? Jarang kot lelaki nak luahkan perasaan dari hati ke hati, sebab? Seebab gua laki gua taw a, kat awek pon malas nak luah apatah lagi kat blog, tak macho kata Pak Mat yang jual goreng pisang tepi sekolah. Tapi gua? ade gak jarang-jarang, tu pun tak sampai 10 minit terus delete post tu, haha!

2) Kekal Updated
Haa yang ni biasanya bagi kaki fesyen. Ade je nak update or nak bagi tutorial cara-cara nak pakai shawl lah, handbag terkini lah, heels lah dan pe benda aksesori wanita yang gua sendiri tak tahu. Jadi dengan menfollow mereka yang trendy atau bijak berfesyen, maka besarlah harapan supaya mereka juga kelihatan hebat berfesyen seperti idola mereka, biasalah kan =))

3) Banyak Masa
Ye lah, banyak masa. Kalau laki suka lepak-lepak dengan member-member kedai kopi sampai 3 pagi, popuan boleh nak lepak gitu? Tak de kan, jadi masa yang lebih tu popuan boleh isi dengan berblogging. Boleh je popuan nak isi masa dengan menjahit baju, tapi bapak ayu kalau ada budak-budak popuan sekarang eager nak menjahit sebagai hobi masa lapang.


4) Menyerang Individu Tertentu
Ini lebih kurang dengan point no 1, tapi lebih spesifik. Ye lah, mula-mula tak puas hati, pastu nak kutuk depan-depan takut, last-last kutuk or sindir-sindir dalam blog. Haha, bukan semua, segelintir kerana gua penah jumpa pesen ini. Mak aih, mulut punya laser duk kutuk orang, last-last orang kutuk dia balik, sampai terus delete  blog minah tu, haha kesian jugak, yang tak leh blah, aku pun join sekali kutuk minah tu, err bukan kutuk, kritikan membina, =P.


5) Bebas
Ye, sebab  yang bebas dan pelbagai. Ko nak tahu, tanya la popuan, gua bukan popuan tahu kenapa dorang rajin bukak blog, tanye lah sendirik ye dop, kuang3..

Oklah, gua nak tido, ngantuk. Kepada popuans out there, jangan terasa dengan entri gua, gua main serkap jarang je ni, hua3. BTW, ini untuk general dan tidak spesifik,segala persamaan adalah disengajakan tidak disengajakan , no offence lah okeh =)

K-Pop, sape tak penah dengar kan. Sebut saja Super Junior, 2P.M, SS501, dan pe kejadah lagi band-band jambu daripada Korea ni. Namun entri ini bukan untuk mengutuk sape-sape yang minat K-POP, tapi untuk menyeru kamu semua, sokonglah industri muzik tempatan. Kalau Korea ada K-POP, kenapa Malaysia tiada M-POP? Quite fishy right? Tak cukup hensem ke rakyat Malaysia? Tak cukup jambu ke rakyat Malaysia?

Namun, maruah Malaysia dapat diselamatkan dengan kehadiran band tempatan iaitu 24:7, fully empowered by anak watan yang hensem, tough, kiut serta jambu plus gothic yang macam haram. Seraya menjadi pelopor kepada genre muzik M-POP dalam Malaysia, aku yakin serta percaya mereka mampu menjadi idola dan pujaan rakyat Malaysia dan juga sekalian umat manusia.

Dengan ini aku mempersembahkan......











keh3,da macam black metal gua tengok





 err tak pengsan ke bau keti tu, kah3
Coooolelllll, pink siap tuh, dengan love lagi, kah3
Kah3, jadi nasihat aku kepada peminat K-POP, minat lah jugak M-POP ni. Please do support our local music. Dorang sudah berkerut dahi-dahi buat comel, buat love, pakai pink depan korang, agar korang menyokong industri tempatan, jadi mengapa masih menyokong K-POP, apa KURANGNYA mereka ini? haa ce jawab ce jawab, kah3

p/s: entri ini bersifat sarcasm, pujian dan galakan adalah palsu semata-mata, dan jangan anggap penulis gay sebab 'support' mereka ini, k babai.

*sumber gambar adalah daripada laman beautifulnara



Peh tajuk je enggeris, isi dalam bahasa malaysia, ye ah, gua tak pandai bercakap(speaking), bau budu, what? you dont know what the budu is? What the hell-volhard zelinski, keh3. Err gua tak mencarut wokey, tu kimia punye nama reaction, maklumlah terbawak-bawak dengan exam. Err 'terbawa-bawa' tu takleh guna gak dalam ayat, cikgu b.m gua cakap, keh3 maklumlah gua baru amik bm gak sem ni.

Okay, direct selling to the point, err. Okaylah, aku  nak kongsi pengetahuan lah sikit yer, bukan ape pon, sebab ni salah satu ilmu yang aku dapat daripada subjek pharmacoinformatics FAR251/2.
Ini merupakan gambaran kasar untuk membentuk website atau blog yang baik, supaya korang tidak dipandang hina nanti. Ok ini isinya:

1) Authority
- maksudnya blog korang boleh dihubungi webmaster atau pembuat blog atau tuan punya blog. Macam korang letak about me, atau letak gambo kat banner pon dah cukup. Takdelah ade blog tapi tak tahu sape punya ye dop? Lagi2 kalau blog tu tujuan dia buat kutuk2 orang, lagi best. Dan di sini anda kena bertanggungjawab sepenuhnya terhadap blog anda, tahu.

2) Objectivity
- Maksudnya blog korang ada objecktif, ade tujuan. Takdelah post kat blog macam post kat fb, contohnya 'aku boring ari ini.' 'aku lapar', buang karan orang baca je. Maksud lain mungkin merujuk kepada genre atau niche blog korang, sama ade peribadi, informatif dan lain-lain.

3) Authenticity
-Keaslian isi blog kau. Maksudnya takde plagiarism dan apekejadah rism2 lagi.

4)Reliability
- Err camne ek, mungkin ape yang korang tulis tu boleh diharap kot. Maksudnya idea atau isi korang sebagai pelajar universiti misalnya tidaklah setaraf dengan isi budak sekolah, gamaknya.

5)Timeliness
- Maksud dia, bukan blog korang ade wijet masa atau tarikh, tapi merujuk kepada ke'update'an isi kandungan blog korang. Contohnya orang duk kecoh pasal emel 1malaysia, tapi korang duk cite pasal Malaysia menang Piala Suzuki lagi, nampak?

6) Relevance
- Isi korang tu relevan dengan kehendak semasa dan juga pembaca. Maksudnya ketepatan isi korang tu, contohnya korang duduk kat Malaysia, tapi duk bising pasal masalah pengangkutan dekat Indonesia, buat kejadah hape kan?

7) Efficacy
- Keberkesanan blog korang dalam menyampaikan tujuan dan objektif, mungkin boleh dibantu dengan penggunaan wijet yang berguna, seperti chatbox ke hape benda ke, gitu lah lebih kurang.

Err begitulah lebih kurang, aku tulis ape yang aku paham dan ingat je ni, jadi kalau ade salah silap tu maafkan gua okeh.
BTW, gua pon tak tahu blog gua bagus ke tak, memenuhi syarat2 tersebut ke tak, tapi gua pedulik hape, ade gua kesah? kah3
ok gua nak semayang, pastu men game, babai.


Biasa kita dengar, mafia dikaitkan dengan membunuh, ,merompak, menculik dan sebagainya.

Dewasa ini, terdapat banyak bahasa asing yang acap kali digunakan di alam maya, sebut saja, LOL, ROFL,LMAO dan macam macam lagi sampai aku sendiri pun tak tahu ape kejadahnya itu semua.

''Mengikut kajian aku selama tiga purnama, dan juga menggunakan program janaan komputer seperti SPSS, aku dengan tipunya mengisytiharkan blogging lebih berbahaya daripada facebooking''

Dahulu, Facebook telah memberikan kesan kepada umat manusia, tak kira makcik sampailah budak umur 5 tahun dah ada FB, ape tujuan golongan ini buat akaun FB pun aku tak pasti. Walaupun jauh sudut hati aku, FB lebih praktikal untuk mereka yang bergelar pelajar universiti, namun kita tak mampu mengekang gelombang teknologi dalam kalangan mereka yang bawah umur dan lebih umur. Kalau suh Si Mark tu tutup FB, aku rasa ada je yang meracau, sawan dan terpeliot urat saraf sebab tak tahu nak buat ape xde FB, hahaha. Padahal 3 4 tahun dulu, takde FB ok ja pun aku rasa, huh! Eh panjang bebenor aku merepek ni, post ni bukan pasal FB lah!

Ok, ini pasal blog, yes, berblogging. Aku jujurnya tak sedar macam mana aku boleh terjebak dalam arena perblogan. Mungkin aku sekadar buat untuk suka suka sebab dulu, aku rasa blog memang tak sesuai untuk jiwa aku. Ye lah, aku tak pandai menulis, tak pandai menyusun kata, pendek kata tak pandai menanam tebu di bibir keyboard orang kata, hakhaks.

Persoalannya, blog boleh buat kita ketagih ke? Bagi aku, tepuk keyboard tengok jumlah post la kan. Kalau jumlah post yang ditulis melebihi jumlah lecture note yang dah study dalam seminggu, err kira ketagih lah kan, haha! Lagi lagi malam sebelum kuiz pun duk tulis entry lagi, macam aku sekarang ni, lagi lah hampeh!

Sejak aku ada blog, aku dah kurang merapu kat FB, biar je lah mereka yang nak perhatian saja merapu kat FB, yang penting aku ada blog yang aku leh merapu dan aku tak perlukan perhatian dan simpati orang baca blog aku. Post kat blog tak seperti post kat FB, pastu duk tunggu orang like atau komen. Kat blog tak kisah pun ada orang baca ke, ada orang like ke, yang penting aku dapat luahkan perasaan, tol dok?

Tapi, kita boleh terdedah kepada ketagihan berblogging sekiranya kita terdedah terlalu lama kepadanya. Dan aku akan senaraikan beberapa sebab ketagihan blog lebih bahaya daripada ketagihan FB.

1) Masa yang lebih untuk satu entri atau post
Berdasarkan pengalaman,  purata masa yang perlu diluangkan untuk menghasilkan satu entri,  adalah 15 minit sehingga 1 jam bergantung kepada isi. Bagi bahan yang lebih komplikated, maka lebih banyak masa diperlukan. Namun, bagi FB, sangat sedikit masa diperlukan, mungkin 2 minit maksimum. Jadi nampak? Kebocoran masa berlaku secara berleluasa.

2) Masa yang lebih untuk mendesign
Design ni takde lah hari-hari, tapi bila nak tukar template, cukup leceh. Abis suma gajet ilang dan kena retrieve satu-satu, lame beb. Walaupun ada tutorial kat tenet untuk bekap gajet, tapi cam susah jek. Tapi  fesbuuk. korang xde dah nak design2, memang tu je design yang ade dan kalau ada yang tukar background fb pun, itu hanya memberatkan loading page dan jarang orang buat. Jadi nampak, FB menjimatkan masa.

3) Masa untuk blogwalking
Blogwalking ni memang time consuming, lagi-lagi kalau ada blog best-best selalu update. Nak baca post masa blogwalking ni bukan kejap, lama. Tu kalau jalan2 1 blog, kalau 10 blog? hahaha. Tapi, kalau FB, jap je kan, post pun pendek-pendek. Agak-agak boring, tutup a, malam-malam baru bukak balik kan? Jadi nampak sekali lagi, kebocoran masa yang berlaku dengan berblogging? Hahahhaa

Jadi tu je lah kajian aku mengenai masa yang aku luangkan kat blog pada sem ini, memang melalaikan. Hmm. Akhir kata, tepuk keyboard tanya hati, sama ada FB, BLOGGER atau STUDY, kahkahkah!!

P/s: sila baca tengah malam dan tutup lampu ya=)




Baru-baru ini, aku terbaca artikel pasal pengebumian beberapa etnik atau bangsa yang agak tak masuk akal. Macam tak logik macam mana dorang leh terima adat itu kan. Tapi nak buat macam mana kan, dah jadi adat nenek moyang, tak nak ikut takut dipandang serong oleh masyarakat lak kan, hurm. Ok jom kita jengok pe yang aku nak cerita ni.

1) Etnik Murut Tagol

Etnik Murut Tagol yang tinggal di tening sungai Tagol, Pensiangan 150 KM dari Keningau, Sabah ini terkenal dengan keunikan sistem menguruskan mayat, iaitu dengan cara memerap. Ya, perap. Mayat biasanya diletakkan dalam satu tempayan yang dipanggil 'bangkalan' dalam keadaan lulut rapat ke muka atau bertinggung. Biasanya mayat diletakkkan sejurus selepas kematian bagi memudahkan proses kemasukan ke dalam bangkalan. Bangkalan akan dibawa ke rumah mayat atau dipanggil 'sirap'.

Namun, kos untuk menurunkan mayat dari rumah ke sirap memerlukan kos yang tinggi, lantas menyebabkan mereka yang kurang berkemampuan menyimpan mayat di dalam rumah sehingga duit mencukupi untuk menurunkan mayat tersebut.

Bayangkan ketika itu, ahli keluarga terpaksa tidur dan makan dengan mayat di rumah. Peh, lagi seram dari cite Hantu Kak Limah beb. Lagi lama kumpul duit, lagi lamalah mayat berada di rumah mereka. Ada ketika mereka terdengar tulang temulang yang sudah mereput jatuh ke lantai, dan yang paling kuat ialah ketika tengkorak kepala jatuh ke lantai, uii seram kott. Jika dan hanya jika duit sudah mencukupi, maka barulah mayat tersebut diturunkan.

Tapi sekarang amalan tersebut sudah tidak diamalkan kerana kebanyakan mereka telah memeluk agama lain (sebelum ini mengamalkan paganism).
Bangkalan
Diolah daripada bmdua bharian

2) Tower of Silence

Tower of Silence atau Dakhma merupakan tempat pelupusan mayat oleh pengamal ajaran zoroastrians.
Mengapa saya guna perkataan lupus? Ya, lupus sebab mayat itu akan dikeringkan atau dibiarkan dimakan oleh burung-burung pemakan bangkai, biasanya burung hering.Namun, apabila kadar kematian ialah tinggi, maka mayat tidak sempat dilupuskan kerana kekurangan burung hering sehingga memaksa penduduk memelihara sendiri burung tersebut. FYI, TIADA ORANG PELIHARA BURUNG HERING KAT DUNIA INI TAHU, dah lah huduh, makan bangkai lak, ish tak sanggup lah.



Mayat dijemur di atas dakhma yang mempunyai struktur bulat, dan dibiarkan begitu sahaja sehingga yang tinggal hanya tulang. Tulang tersebut akan dimasukkan ke dalam lubang di tengah-tengah dakhma tersebut.
Dakhma


Mengikut kepercayaan pengamal ajaran ini, mereka percaya mayat mempunyai roh jahat, dan tidak boleh disentuh kerana ditakuti membawa penyakit, peh. Sekarang saya tidak tahu sama ada upacara ini masih diteruskan atau tidak, mungkin sudah tiada, huks pelis a, bertamadun la sikit okay. FYI, amalan ini diamalkan di Iran, India dan mane ntah lagi.

3) Sky Burial

Okay, ini lebih kurang sama dengan konsep di atas, cuma ia diamalkan di atas puncak bukit. Yang menariknya, mayat diletakkan diatas bukit, dan bergantung sepenuhnya kepada burung hering. Maksudnya mereka akan tunggu burung hering makan sehingga tinggal tulang, dan tulang tersebut dikisar, dan dimasukkan ke dalam air susu untuk diberikan kepada binatang ternakan.







Alasan mereka tidak menanam mayat tersebit ialah kerana di puncak gunung, tanah di situ keras dan kekurangan bahan api sekiranya mahu dibakar.

Bagi saya, amalan ini sungguh kejam. Bayangkan seseorang yang kita sayang seperti ibu bapa, adik beradik, awek, diberi makan kepada burung. Sangat menyedihkan dan tak bertamadun. Seolah-olah taraf manusia tidak lebih daripada makanan haiwan sedangkan kita adalah khalifah di muka bumi ini. Sebab itu jugalah Allah mengutuskan rasul-rasulnya, tidak lain untuk mentamadunkan mereka yang tidak bertamadun dan tahu tanggungjawab sebagai hambaNya.

Uish aku pun dah loya ni, buwekkk...haha
Sekali lagi saya ucapkan syabas kepada mereka yang berjaya baca sampai abis post ini, dan juga mereka yang baca tengah malam sorang-sorang tutup lampu. haha

Mcam yang korang tahu, baru-baru ini Jepun telah dilanda gempa bumi berskala 8.9 Richter, dan masa aku buat entri ni, sebanyak 1200 orang da terkorban dan jumlah ini mungkin akan meningkat. Dan aku agak bersedih la pasal berita ini, but yet still have some people making fun of this, wat de hal.

Walaupun Jepun penah menjajah negara kita, tapi aku tetap bersimpati. Memang most of them bukan muslim, tapi at least mereka manusia, dan kita perlu berasa simpati, atas nasib mereka. Sama seperti non muslim yang sepatutnya bersimpati kepada rakyat Palestin, mereka sepatutnya tidak harus melihat atas perspektif agama semata-mata, tapi atas dasar kemanusiaan, dan aku tahu, banyak non-muslim dah sedar akan perkara ini. Bagus a kan.

Sini aku letakkan sedikit gambar yang aku curi daripada fesbuk ape ntah, hahaha. Dan gambar-gambar ini sedikit sebanyak mengingatkan aku pasal cerita 2012. Bukan aku nak percaya, tapi aku rasa mungkin ada perkara yang disembunyikan oleh pihak tertentu e.g NASA ke hape. Teori aku, mereka tahu banyak bencana alam akan menyusul cuma tak tahu tarikh sebenar, dan sebab tu tak leh didedahkan, takut efek periuk nasi masing-masing. Tapi sekadar TEORI okay, haha.

Di sini aku berharap anime One Piece tetap dapat diteruskan dan kereta-kereta seperti Evo, Subaru tetap dikeluarkan, dan harapnya tak terjejas pun. haha. Tapi important thing is mereka selamat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa terutamanya pelajar Malaysia di sana. =) Peace
credit to GML Photography for the great pictures


Black Eyed Peas - Someday

Someday I'm gonna get it right, my life
Someday I'm gonna figure it out, maybe tonight
Coz I know I'ma get it right
And I know I'ma get it right
Someday, ooh ho hohoho
One day, ooh ho hohoho

[will.i.am]
I'm 'bout to get it, 'bout to get-get-get it
Can't do with little coz I'm big-big Willie
I'm 'bout to do it just like Bill Gates did it
Coz I was born, I was born to kill it
Gimme more dollars, gi-gimme more dollars
I need it bigger, I'm too big for smaller
I keep on walking like I'm blue color
I'm 'bout to get it, baby, inshaAllah

CHORUS

Breathe...
Just breathe...
Now breathe...
Drop it

[appl.de.ap]
I came here from the Phillipines


In the plane with some big big dreams
I left everything I knew behind me
Like my mom and my family
People tell me that I ain't gonna make it
I got a fingure aimed at all of them hatesr
In a minute you're gon' catch the vapors
Coz in a minute I'ma get my paper

CHORUS

[Taboo]
Someday you're wondering
if you're really gonna make it (oh yeah)
And sometimes you wanna know
is there anyone to save you (oh yeah)
I know you've been down before
like underneath the ground (under the ground)
Still got a little chance
to turn it all around (turn it around)
Soon your time will come
so, give it all you got (give it all you got)
Don't stop believing
so, give it all you got (give it all you got-got-got-got-got-got....)

[ From: http://www.metrolyrics.com/someday-lyrics-black-eyed-peas.html ]

 Salam,ade ape sebenarnye dengan lirik ni. Sekali imbas macam okeh je tapi bila tengok n dengar betol2, ade satu part yang Will.I.Am ckp InshaAllah. Sebenarnya aku tak mahu ulas lanjut pasal lagu ni sebab aku pun kurang faham maksud lagu die, macam ade sesuatu yang tersirat yang cube disampaikan. Video die pon aku tak tengok lagi,maybe kalu tengok video die akan lebih paham ape yang die nak sampaikan. Memang kita sume taw kalo artis barat nak glemor, mesti cam kena ikut acuan mastermind dorang malah ade yang mengatakan mereka perlu menandatangani kontrak dengan Freemason@Illuminati or whatever they called it, Wallahua'lam.

Memang pada bawah lirik tu, ade caption mengatakan InshaAllah merupakan 'God willing' dalam bahasa arab--> english tapi seperti yang kita sedia maklum perkataan itu sangat taboo dalam masyarakat kita. Tengok saja isu yang tak lama dulu yang penggunaan kalimah ini oleh pihak2 tertentu sehinggalah dipolitikkan oleh pihak tertentu( ye a kalo hukum Allah cakap outdated la,hape la,tak ke menghina Islam tu, tapi bila timbul isu ini,mereka cuba jadi hero, aku betol xpaham). Myb niat dorang betol  tapi kenapa pilih sesetengah isu baru nak jadi hero, tapi isu yang lain wat tak taw je...

Memang penggunaan kalimah tu biasa kita dengar di kalangan orang Arab walaupon mereka bukan beragama Islam. Tetapi bila kalimah tu dituturkan oleh mereka yang agak asing menggunakannya tambah2 pula penyanyi yang sering mendendangkan ucapan2 yang lagha, maka tidak pelik jika kita berasa ragu2 apa niat dan motif disebaliknya. 

Aku bukan hendak memberikan kesimpulan disini, cuma kita janganlah cepat melatah. Mungkin band tersebut sudah dapat hidayah tapi tak dapat meluahkan secara direct, mane kita taw kan. Jadi kalo ade sesape yang terbaca post ni, rujuklah mereka yang lebih mengetahui tentang hukum penggunaan dan sebagainya.Nilaikan dengan dalil dan akal,bukan dengan nafsu. Betulkan saya jika terdapat kesilapan dalam entri ini.Wallahualam.

*Sebagai tambahan disini, saya letak petikan daripada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat(sila lihat hujah beliau sebagai pandangan dari seorang ulama, bukan ahli politik dan saya bukan nak berpolitik di entri ini)

''Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, penggunaan kalimah Allah oleh agama lain pada masa kini tidak boleh dibenarkan sama sekali kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Nik Abdul Aziz berkata, bagaimanapun dari segi hukum, Islam membenarkan agama ‘samawi’ (agama dari langit) seperti Kristian, Nasrani dan Yahudi menggunakan kalimah tersebut.

“Sebenarnya dari segi hukum, penggunaan kalimah Allah pada pengamal agama ‘samawi’ memang boleh. Dalam al-Quran terlalu banyak yang sebut tetapi dibimbangkan dan takut disalah guna. Jadi lebih baik kita berhenti dari membenarkan agama lain guna perkataan Allah. Dari sebab tu dalam fikah ada sebut kita boleh sekat orang bukan Islam guna perkataan Allah walaupun benda tu harus.

“Penggunaan kalimah Allah pada masa sekarang oleh golongan bukan Islam tidak boleh kerana dikhuatiri disalah gunakan oleh pihak tertentu,” 

Ok selamat menilai=)

1) Auto music yang auto play
 
Bukan ape, kdg2 yang bukak blog ni bukan mereka yang ade kat hostel yang internet laju xingat.Kadang2, dorg online guna broadband je,lg2 yang line ciput.Mmg hampeh la.Kot2 tgah loading xabes dorang da tutup blog kite pe cer. Kalo nk pkai gak pon,kalo bleh ade butang pause k.Lagi 1,mungkin lagu tu kita je minat, orang lain tak, ya a,rambut same itam,ati len2(ade kaitan ke) aha

2) Gajet2 yang melimpah ruah ke ladang gandum
   
Sebab die same cam lagu gak,menyelowkan loading page.Jadi kurang2kan la,aha(saya pon tengah nak kurangkan wijet,tp xtaw nk buang yang mana,aha)

3) Penipuan semata2
   
Ni pon satu,tajuk entri len, isi nye len.Tajuk je hot, isinya hampeh. ye a nak tinggikan grafik, eh trafik.Banyak lg cara nak tinggikan trafik dan pastinya bukan melalui penipuan.

4) Post yang panjang tapi xde read more
  
Kadang2 ade blog yang entrinya panjang sangat,dan xde read more,hasilnya blog akan jadi sepanjang 4 kilometer. Jadi agak melecehkan reader pilih post yang nak dibaca. Walaupun dah ade arkib untuk post yang telah dipost, tetap xsama dengan tengok sendiri post tersebut. Ok kalo xtahu camne nak buat,sila bagitau kat ruangan komen,nt sy bg link=)

5) Plagiat a.k.a pengopian
 
Lagi satu,padahal agak penting. Mungkin tujuan nak share2,suka2 atau mungkin juga nak tinggikan trafik. Jadi copy paste la senang kan. Maksud saya bukan xbole,tp kalo xboleh nak ulas dengan ayat sendiri(myb fakta susah nak olah), seboleh2nya bagi la link kredit kat owner karya tersebut. Ye a,cube bayangkan kite baca stu post ni, dan cakap wah bagusla idea/point die ni, tapi tup tup bila search kat google,ade web len yang ayatnye 99% same,mesti bengang ye tak. Kalo benda 2 da banyak tersebar dan xtaw dah sanad die(aha), myb dimaafkan la ye.

Last skali,ni sekadar pemerhatian,olahan dan juga pendapat saja, sesuai dengan tema blog ni 'Sekadar Pendapat Bukan Cemuhan'. Saya pun newbie gak dalam arena perblogan ni, mungkin saya juga silap,jadi betol2kan lah.Tiada yang sempurna kecuali-Nya.=)

Olahan dan modifikasi penulis bersumberkan  website hellofareast.

USM Bloggerz