Dahulunya, akaun TommyCaira juga dibuat atas sebab yang sama. Namun lama-kelamaan, aku seakan obses dekat Twitter. Semua nak cakap, lapar, sakit perut, marah, geram, kiranya semua emosi aku ada dalam Twitter.
Sampai lah aku terfikir, apa yang aku buat ni, kegilaan apakah ini? Semua benda tak betul, semua benda nak merungut, sampailah aku terfikir untuk deactivate akaun, dan terus deactivate.
Nak dijadikan cerita, tak lama selepas itu, beg aku hilang. Entah macam mana, tercicir atau dicuri orang aku pun tak tahu, sedar-sedar masa nak pergi kuliah keseokan harinya. Kalau kira, panas juga la hati, sebab terpaksa beli beg baru dikala JPA bermain tarik tali. Namun, 2 hari selepas itu, aku terjumpa beg aku kembali, di tempat yang tidak disangka dan tersimpan dengan baik.
Selepas kejadian itu, aku terfikir, kalaulah aku masih menggunakan Twitter, mungkin dah berjuta rungutan dan sumpah seranah aku tweet, dan mungkinkah juga kehilangan itu untuk mengajar aku supaya bersabar dalam hidup dan tidak mudah merungut e.g dalam twitter atau dalam real life, kerana masih ada berjuta insan yang lebih teruk daripada kita, namun lebih tabah daripada kita.
Dalam Islam pun aku tak rasa merungut itu sesuatu yang baik, seoah - olah kita mempertikaikan takdir dan qada'-qadar. Pada hemat aku, lagi banyak kita merungut, lagi kurang kita bersyukur dengan apa yang ada.
Jadi, berdasarkan pengalaman aku sebagai newbie dalam bidang pengtwitteran, aku lebih banyak gunakan untuk
- merungut
- merungut
- merungut
- bercakap kosong
- meluahkan perasaan
Namun, apa yang dapat aku perhatikan, selepas deactivate twitter, aku lebih mempunyai masa untuk diri aku. Maksud aku, aku mempunyai banyak masa untuk
p/s: Bukan semua yang guna twitter tu macam aku, dan entri ini hanya merujuk kepada pengalaman aku sahaja, sekian, harap Mak Long.
sampai 2 entry dalam 1 hari ni... hahaha...
I dont always posting in blog, but when i do, i post twice, kueng3