Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Seperti yang saya janjikan, tibalah kita ke segmen mari bercakak klelate part dua sebagai sambungan kepada part 1.
Tujuan entri kali ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai kata penguat dan juga kata adjektif yang biasa digunakan di kelate.

Buang Mangsa

Jadi tanpa membuang mangsa lagi, mari kita hayati pelajaran di bawah,peh =.=''

Kata penguat

  • gitu mo lalu = sampai begitu sekali
  • do'oh lalu = agak keterlaluan 
  • sengoti = betul-betul
  • sunggoh = serius!
  • tobat eh = serius!, tak tipu
  • dan banyak lagi yang aku tak terlintas pada masa ini...
 Contoh ayat : sengoti eh aku jupo Ferrari tadi, tobat eh
 Maksud ayat : betul, serius aku ternampak Ferrari tadi, tak tipu ah.


Kata penguat bagi sesuatu kata sifat

  • manis letin = amat manis
  • tawar ebe = amat tawar
  • masam purit = amat masam
  • masin perak = amat masin
  • ite legea = amat hitam
  • putih seppul = amat putih
  • merah merrea = amat merah
  • kuning nehe = amat kuning
  • busuk banga\kohong = amat busuk
  • kilat maca = amat berkilat
  • kemah keming = agak mantap
  • dan banyak lagi yang aku tak terlintas pada masa ini...
 Contoh ayat :  manis letin gulai hok mu wat ni....
 Maksud ayat : gulai yang awak buat ni sangat manis....

p/s : sebutannya mungkin agak pelik, seperti masin perak, bukan disebut seperti negeri perak, namun e disitu disebut seperti menyebut 'senang'. Dan banyak lagi sebutan-sebutan lain yang pelik dan susah disebut, jadi bantuan daripada mereka yang pure kelate diperlukan,hehe =_=''

Jadi setakat itu sahaja untuk kali ini, jumpa lagi di waktu dam tempat yang sama,woot!! gaga


Okey, kali ini aku nak post tajuk yang agak santai, xmo berat2 iaitu mari bercakak kelate. Jadi bagi mereka yang nak belajar benda baru @ gf/bf masing2 orang kelantan dan bakal mendapat mak mertua kelantan, jadi ape salahnya kita belajar benda baru ye,hahaha. Lagipun kalo ade orang kutuk korang dalam bahasa kelate, korang leh paham sikit sebanyak kan,gagaga. Jadi sebagai permulaan aku just bagi maksud perkataan asas saje okaieh?haah

Definisi

Kelantan dengan Siam ibarat budu dengan nasi, tak boleh dipisahkan bagi sesetengah orang(aku tak la suka sangat dan tak la xsuka sangat, tengah2 gitu ).
Nape aku cakap gitu? Sebab bahasa kedua-dua tempat ini hampir sama cuma yang berbeza hanyalah nada sahaja.
Namun ia hanya tertakluk kepada siam  bahagian Takbai, Yala, Pattani dan kawasan selatan Thai yang lain je, kawasan lain memang bahasa pure Thailand a, aku pon xpaham.

Bahasa mudah

Jadi bahasa mudahnya, senang sahaja untuk menguasai bahasa kelate ni, dan ramai yang dah tahu, cuma gantikan akhiran an kepada e, contoh mudah ikan jadi ike, makan jadi make. Berbeza dengan terengganu yang senonim dengan akhiran ang, contohnya ikang, makang dang sebagainya. Ia juga sering dipendekkan seperti 'selepas ini' ------> pah ni, 'nak pergi'-----> nok gi dan banyak lagi.

Namun

Untuk memahaminya agak mudah, namun untuk menguasainya sedikit susah. Hal ini kerana terdapat banyak kata adjektif dan juga kata penguat yang juga perlu dikuasai selain vocab. Tu tak termasuk bahasa inggeris dikelantankan. Tapi tidak mengapa, sama-sama kita kuasai nanti (peh ayat aku)

Perkataan Asas

  • kawe\ambo = saya
  • demo = awak
  • sek mu\puak mu = korang
  • tok nye = moyang
  • ayoh = ayah
  • mok\mek = mak
  • abe = abang
  • kak = kakak
  • mok daro = mak saudara
  • pok daro = bapa saudara
  • pupu = sepupu
  • tok tuo = mertua
  • worih = waris
  • gu\saim = kawan
  • gewe = gf\bf
Jadi setakat itu sahaja tutorial berkacak, eh bercakak kelate aka berkecek kelate, nak belajar lagi tunggu episod seterusnya,peh

p/s : xde such word bercakak kelate, yang ade hanyalah berkecek, kalo ganu mungkin. peace!

Okeh first of all, post kali ni adalah tutorial bagaimana nak tukar favicon bagi mereka yang berminat. Bagi yang tak tahu apa itu favicon, ia adalah logo dekat tab dekat atas yang kalau blogger biasanya initial B. Ok sila lihat gambar di bawah untuk lebih jelas.

Persoalannya, susah ke? Personally ia agak tricky sebab memerlukan beberapa proses. Tapi saya akan ringkaskan seboleh yang mungkin.

  1. Pilih satu gambar@logo kemudian resize gambar tersebut menjadi 20x20 pixel @16x16 pixel menggunakan software yang anda suka, suggestion saya ialah Adobe Photoshop. Di sini anda bebas bereksperimentasi dengan logo anda sama ada ingin buang background logo atau apa sahaja. Basic Photoshop sangat penting di sini. 
  2. Jika anda telah membuang background logo tersebut, maka gambar, gambar mestilah di save dalam bentuk PNG. Jika tidak, format jpeg sudah memadai.
  3. Selepas simpan logo tersebut,anda harus register dan upload logo tersebut di image sharing website seperti http://photobucket.com
  4. Selepas anda upload logo tersebut, dapatkan direct link nya seperti gambar di bawah
  5. Cari </title>  (ctrl + f) dalam design>edit html>click expand widget template dan letakkan kod di bawah selepas </title> tersebut.
<link href='http://URLDIRECT LINK.png' rel='shortcut icon' type='image/vnd.microsoft.icon'/> 
 *sila gantikan text pink itu dengan url direct link anda. save template. Done

P/s: tutorial ini adalah untuk kawan aku yang tanya macam mana nak tukar ikon blogger tersebut dan juga kepada mereka yang berminat. Tq kerana membaca entri ini. Babai =)




Salam, ok macam tajuk post di atas, dengan ini bawah payung USM, marilah kita bersama-sama bertukar-tukar kenalan melalui USM bloggerz punye website, ye lah, manalah tahu kot-kot terjumpa blog jiran sebelah bilik kan,hahaha. Actually aku tengah facebookwalking(sama cam blogwalking kan), terjumpa la page USM bloggerz (facebook)

Secara tak sengaja aku dapat tahu cara nak pasang widget USM bloggerz tu yang selama ini aku tak tahu camne,hahah(outdated tol kan). Dekat button widget tu,korang leh klik dan dia akan redirect kepada page USM bloggerz punye  page facebook dan di page tersebut korang leh bertukar-tukar kenalan blogger daripada USM dan sebagainya.

Jadi macam yang korang nampak kat sebelah kanan blog aku ni,ade badge USM Bloggerz kan, cuma yang berlainannye adelah design yang aku edit daripada tuan empunya nya, Mr Darklight. Mintak share ye encik cahayagelap,hehe. Jadi di sini aku tunjukkan perbezaan yang asal dan yang aku edit.
Yang aku edit

Original




Yang aku edit



Original
Jadi bagaimana nak pasang widget ini? Ok ikut langkah di bawah.



Go to your dashboard > Layout>Edit HTML. You are advised to save your template as a back up if the things get messed up later..
Please tick the 'expand widget template' at the box. At the Edit Template section, Find this tag </body>  [yang ni aku da betolkan] (Klik ctrl F dan search kalau nak senang)----------->dan copy salah satu code di bawah:


[widget versi yang aku edit(yang gambar baru)]
<div style="bottom: 10px; right: 10px; position: fixed;">
<a href="http://www.facebook.com/pages/USM-Bloggerz/311141067842">
<img style="border:0;" src="http://i1128.photobucket.com/albums/m491/azman9021/logo3.png" alt="USM Bloggerz"></img></a></div>

ATAU

[widget versi original ]

 <div style="bottom: 10px; right: 10px; position: fixed;">
<a href="http://www.facebook.com/pages/USM-Bloggerz/311141067842">
<img style="border:0;" src="http://img534.imageshack.us/img534/2/usmbloggerz.png" alt="USM Bloggerz"></img></a></div>


Dan paste code tersebut sebelum </body> save template anda dan selesai.
Di sini anda bebas untuk memilih mana-mana widget sama ada yang original ataupun yang sudah diedit kerana tujuannya mahu menghubungkan sesama blogger USM (apabila anda klik button tersebut) dan pada masa yang sama mencantikkan blog anda. Ok thanks coz baca entri ini. Moga bermanfaat okey. Hahaha ok credit to Mr Darklight ya.=)


p/s: jika menghadapi sebarang kesulitan, sila komen di bawah,tq

Salam,entri kali ni pendek je,just nk menyeru kepada bloggerz sume,save our earth, go green go. Bagaimana,haha,ok tgk blog ni,kalo lame xsentuh,means xgerak mouse@keyboard,die akan tukar jadi mode power saving.Kire energy consumption untuk laptop semasa bukak laptop wat tgk blog kurang la skit kan. One may ask, eleh jap je pon buka blog,berape byk je la yang die save. Ok xde,mmg a skit, tp bayangkan kita save skrg,dan cube kire untuk mase 10 taun,peh banyak tuu bhai,aha

Caranya? Ok klik pada link ni, pastu ikut je tutorial kat situ,senang je.Kalo xjadi komen yer.Tq =)

USM Bloggerz