Showing posts with label Zzzz Lain-lain. Show all posts

Salam guys, hari ini, saat ini, tepat pukul 12 malam pada hari isnin, bermakna aku telah menjadi third year student secara official. Emm aku rasa, kebanyakan kawan sebaya dengan aku juga sama, mungkin yang ambil program ijazah tiga tahun, kini sudah bergelar final year student dah, peh nanti abis degree boleh kawin, best laaa, untung laaa....

Sedar tak sedar, dah dua tahun aku menghabiskan masa di USM, well, bunyi je dua tahun, tapi aku rasa macam ilmu yang aku ada terlampau sedikit, jadi next two years will be crucial la kan orang panggil. Kena lah setadi betul betul, paham aplikasi dia, walaupun untuk dapat dekan itu jauh sekali, namun tak mustahil dengan kuasa tuhan, ngehehe. Ye lah, tak nak lah nanti grad, pastu kerja tapi nak buat tu tak tahu, buat ni tak tahu. Well, tak tahu dengan tak pandai 2 benda yang berbeza. Pandai mungkin perlukan teori, iaitu ilmu dan juga praktikal. Kalu belajar saja tapi praktikal tak ada, still tak pandai. Tapi tak tahu merupakan sesuatu yang absolutely zero, dan kena start belajar both, teori dan praktikal, err apa aku membebel nih, benda simple logik gitu pon nak cakap kan, well sukati aku lah blog aku, bbueek!

Tapi so far, aku bersyukur aku masih lagi mampu melangkah, walaupun aku tahu belajar bukan satu benda yang senang walaupun banyak benda menanti masa tahun 3, tahun 4 dan juga kerja.

Hidup semakin sukar, bertambah bebanan tapi tu lah yang menjadi pelangi hidup kita. Kalau aku imbas la, masa sekolah rendah dulu, bukan best sangat pun. Paling gila, aku hampir dicampak cikgu aku, dari tingkat tiga, darjah tiga. Masa tu, cikgu aku, Sir Jamalus tak silap aku, pegang kolar baju aku, dan acah aku macam nak baling kat bawah, sebab? Sebabnya masa dia mengajar aku tengok kat luar.

Zaman sekolah menengah pun, bukan best sangat, takda benda yang menarik pun, kecuali dapat awek je *ehem dapat awek je la yang best pon*. Tapi bila kita pikir balik, kenang balik, all those memories will become the sweet memories to remember, dan aku percaya, kesusahan di kala pengajian 3 4 tahun di universiti pun, akan menjadi kenangan, ya, walau sepahit mana pun benda yang kita lalui, cewah dah macam karangan sastera pulop.



Jadi, apa yang aku nak stresskan kat sini, dua tahun merupakan tempoh yang singkat. Andai bisa, rakamlah setiap moment *beli lah dslr sapa yang mampu, aku tak mampu TT.TT* dan aku percaya, nanti kerja dan dicampak jauh jauh, kita akan tercari-cari gambar kenangan semasa di uni *ini bukan iklan kamera ya*

Peh panjang juga kali ini, by the way, entri ni aku tulis hari jumaat 9/9/2011 lagi, tapi aku skedul supaya ia dipublish pada hari senin, hahaha stailo jugak dashboard blogger yang baru ni. Ok adios y'olls.. xoxo lol!

Okay, dalam sehari dua ni, aku dapat ilham yang mengarut untuk bukak satu blog. Jadi tanpa buang mangsa, korang klik lah kat SINI kalau nak tengok, dan kalau sudi jadi follower blog yang tak seberapa tuh, HAHAHAHA =)

Here's a smartphone for you newbies!

Are you someone who is new to smartphone? Want to try a simple smartphone but one which is full of personality? With Samsung GALAXY mini at RM 599, you now can stay connected with your friends through Facebook and Twitter anywhere conveniently! You can also read emails, access Google Maps, listen to music and take pictures where ever you go. Galaxy Mini operates on Android 2.2 (Froyo) which It is probably one of the most affordable smartphones around!






Jadi sila klik SINI  Hua3






First of all, aku telah melanggar ikrar yang aku buat sebelum exam, iaitu tak nak post pape sebelum exam habis, tapi apakan daya, stress kot. Nape stress pon aku tak paham, padahal jadual tak pack sangat, study week pon lame, tapi aku rasa nak tuuttttt je kali ni, uhh mungkin sebab benda yang kena baca banyak gile, yosh retarded jap pale. Ni pon ade organic chemistry ii minggu depan, paper paling killer budak budak ni cakap, haaa sabar je lah.

Kadang-kadang aku terfikir, betul ke cara pelajar universiti belajar sebenarnya. Malam nak exam, pulun gila-gila, sebelum tu rilek, lepak-lepak je. Ni aku cakap pengalaman diri aku ja, kalau korang aku tahu, mesti belajar secara berterusan start dari buka sem kan? Haha. Biasa la kita dengar ada yang tak tidur la, tak turun makan la, yang teruk lagi pergi memerut kat tandas pon bawa notes, haha(ni aku tambah-tambah je).

Persoalannya, betul ke begitu cara kita belajar? Aku punya lecturer pernah cakap, 'korang hanya pandai dalam memuntahkan je' Ye la, baca malam nak exam, pastu muntahkan suma yang ada dalam otak, tapi lepas exam, sumamya hilang bak debu di atas batu di tepi pantai. Istilah saintifiknya ialah GIGO, iaitu garbage in garbage out.

Itulah sikap tipikal kita kan, tak payah buat survey, memang suma macam tu. Tapi aku tak bermaksud nak cakap yang pelajar U ni malas, tak. Maksud aku, mungkin ada sebab di sebalik semua ini. Kalau tanya aku, aku akan cakap banyak lab report, esaimen kena buat, jadi bila study week je free, sebab tu tak sempat study awal. Tapi kalau korang tanya aku lagi, kalau tak ada repot esaimen bagai, study ke? maka dengan bangga aku jawab tak, kah kah kah. Tanya lagi, abis tu kau buat ape? Aku jawab, err FB, twitter, blogger, wayang, men game, tido, balik umah, kah kah kah.

Bagi aku, mungkin gejala GIGO ini dapat diatasi. Cadangan aku kalau aku menteri pendidikan? Err buat je masa cuti tu bagi notes siap siap, nanti start je sem baru, terus ada exam pasal subjek tu, pemberat pulak bagi la 5% daripada overall markah ke, ok la. Jadi, pelajar akan ambik masa untuk study walaupon masa cuti, dan mungkin masa tu tak paham sangat, tapi bila lecture betol, pelajar akan mudah faham, faham? Jadi tak de lah lepas exam, terus tak ingat pape sebab kita bukan hafal sebelum exam, cuma refresh apa yang dah faham je, kan kan kan.

Tapi ini pendapat tak bernas daripada budakbawah umur ja, bukan daripada pengarah pendidikan, jangan nak kondem gua lak pasni, kahkahkah, k lah p study, babai

Percaya atau tidak, hidup ini merupakan mimpi.
Mimpi yang sungguh mendamaikan, mimpi di mana semua impian menjadi nyata, pintu keseronokan terbuka luas menyebabkan kita alpa dengan tujuan kita hidup sebenarnya.
Pemimpin dengan cara pemimpin, rakyat dengan cara rakyat.
Semuanya masing-masing berlumba-lumba memuaskan nafsu dan kehendak yang bukan, keperluan hidup.
Kaya mahu menjadi lebih kaya, sang miskin pula meronta-ronta ditelan arus kemodenan.
Semuanya bagai sudah diatur, dari bangkit tidur sehinggalah kembali tidur.
Menjalani rutin yang sama, mengejar dunia, yang tidak terkejar olehmu.
Usahlah memandang mereka yang berada di atas, namun pandanglah ke bawah.
Mengapa harus cemburu melihat kesenangan orang lain, walhal kesenangan itu belum menjanjikan kedamaian.
Si kaya, terus mengejar harta.
Rasuah, penipuan, ampuan, menjadi cara hidup.
Sebati dalam darah daging.
Tanpa mereka sedari, harta tak mampu membayar sebuah ketenangan.
Yang mungkin dimiliki oleh si miskin, di desa yang indah nan permai.
Desa yang bersih dari kekotoran jiwa.
Lihatlah, dari sudut yang berbeza.
Yang pasti,
Dunia tidak akan meninggalkan kita, namun hanya kita yang akan meninggalkannya.

Dunia, ibarat bayang-bayang, yang semakin dikejar semakin pantas.
Penyelesaiannya, berjalanlah.
Maka bayang-bayang akan turut berjalan bersamamu.
Begitulah, analogi dunia.
Semakin dikejar, semakin menjauh, akhirnya lelah yang kamu dapat.
Lihat saja, pengejar dunia.
Sibuk ke hulu dan ke hilir.
Mengumpul harta yang entah tujuannya.
Natijahnya, anak isteri, dan diri sendiri terabai.
Dari mencari sebekas bekalan.
Untuk menghadapi hari yang tidak terfikir.
Yang selama ini dianggap sebagai dongengan, omongan kosong.
Yang hanya meniti dari bibir ke bibir.
Itulah hari yang tiada kesudahan.
Yang mana bekalan dunia sudah tidak bererti.
Ferrari, Lamborghini?
Buang saja alat permainanmu itu dalam liang lahadmu.
Andai itu akan menggembirakanmu.
Namun, itulah ketika,
Saat bangkit dari tidur, mimpi yang sungguh indah, tak kurang mimpi yang menakutkan.
Nescaya, kamu akan merayu-rayu, meminta pulang.
Untuk mencari sesuap bekal.
Ketika itu, hanya perkataan celaka yang diperoleh.
Bangkitlah.
Sedarlah, wahai penulis tanpa tinta.
Bukan orang lain ia ditujukan,
Kalau tidak untuk menyedarkan diri sendiri.

USM Bloggerz