Champions League 2011: Jangan Bersedih Peminat Mengyu...

Posted by Azman - -

google image


Sepertimana  korang dah tahu, Barcelona muncul juara liga Eropah pada tahun 2011 dengan kemenangan 3-1 terhadap pasukan Red Devil atau Mengyu(Man U) lantas mengulangi detik gembira kemenangan 2-0 juga terhadap Mengyu, juga dalam aksi final liga Juara-juara di Rome pada 2009.

Dalam aksi semalam, dapat aku simpulkan Barca mendominasi permainan dengan penguasaan bola 63% berbanding Mengyu cuma 37%. Pada awal sepak mula, Mengyu bermula garang dengan penguasaan bola namun pada minit 10 ke atas, Mengyu mula mengikut rentak Barca sehinggalah sampai minit ke-27 apabila Pedro meledakkan gol pertama walaupun dibalas Rooney 7 minit kemudian. Namun, ibarat sudah jatuh tertimpa baldi cat, Mengyu terus dihumban nasib malang apabila Barca mendapat gol kedua melalui Messi yang dikawal longgar dan juga melalui David Villa tidak lama selepas itu. Peh dah macam Hasbullah Awang gua ulas.

Dengan kemenangan ini, Barca telah layak dinobatkan kelab terbaik dunia, mengatasi mana-mana kelab di dunia pada masa ini dengan mutu permainan dan skil pemain yang tinggi terutamanya Messi yang ditabalkan Man of the Match semalam. Ternyata Ferguson yang dicanang-canang mempunyai strategi menghadapi corak permainan Barca, juga buntu malah menggeletar dengan muka kemerahan pada akhir permainan. Strateginya untuk bermain hantaran tinggi dan juga serangan balas secara mengejut ternyata gagal untuk mengatasi corak permainan hantaran pendek Barca. Pada pendapat aku, Mengyu sepatutnya mengunci barisan tengah, seperti jurulatih Real Madrid, Maurinho lakukan dalam separuh akhir liga juara-juara, dengan meletakkan Pepe, iaitu pemain pertahanan di bahagian tengah, dan mampu bertahan sehinggalah Pepe dibuang padang lantas Barca mendapat dua gol dalam masa kurang 20 minit. Namun dalam perlawanan semalam, Messi dibiarkan bebas tanpa kawalan ketat, memburukkan lagi keadaan. Bagi aku, inilah perbezaan antara skill+teamwork berbanding skil+teamwork+critical thinking+ability+agility yang ditunjukkan oleh pemain Barca. Ye lah, bermain corak short pass dengan pantas memerlukan critical thinking yang mantap, untuk membuat keputusan pada masa yang amat pendek dan itulah kelebihan mereka.

Aku sebenarnya kurang meminati Barca disebabkan kerap berlakon untuk mendapat simpati pengadil, namun untuk melihat Mengyu kalah, for sure lah aku akan sokong Barca. FYI, aku memang tak suka gila-gila Mengyu, atas beberapa faktor:
  1. Tak suka Ferguson yang kononnya kalau kalah, pengadil yang mula-mula dia salahkan, come on lah weh.
  2. Tak suka pemain Mengyu. Pernah seorang player Mengyu memperlekehkan lawannya dengan mengatakan permainan lawannya itu(Arsenal) main tak ubah seperti sedang training,  huh punyalah bongkak ye.
  3. Fan Mengyu yang fanatik gila-gila macam tak leh terima kekalahan pasukan super feveret dia itu. Memang Mengyu jarang kalah, dan bila jarang kalah, mulalah fans Mengyu kutuk kelab lain, haha bila Mengyu dah kalah, baru tahu KLCC tu tinggi ke rendah. Tapi ini tak semua la, ada segelintir ja =)
  4. Abang dan anak sedara gua minat Mengyu, jadi bila Mengyu kalah, hepi lah gua boleh tengok dorang frust, hahahaha
  5. Masa gua mula-mula main PES 2009 dulu, aku tak pernah menang lawan Mengyu, hape lagi, hangin lah gua satu badan. Tapi sekarang gua main PES dah boleh menang la kalau Mengyu tu, haha.
Jadi setakat ini saja ulasan gua pasal bola, aku bukan kaki bola sangat pon, main bola pun jarang jarang, tapi bila ada match besar-besar macam ini, aku ambil tahu juga lah.
To wrap it up, sori gua cakap kalau ade fan Mengyu yang terasa ke, sebab ini pendapat peribadi gua je, tak suka boleh tekan butang pangkah merah kat sebelah kanan tu, haha orait, no offence then =))

2 Responses so far.

  1. Pha Is says:

    aq boleh baca je la... x paham pon apa yg ko ulas tu.. hahahaha

  2. Azman says:

    haha, saje je nak bg budak Man U panas, hahah

USM Bloggerz