Lelaki dan Playboy ...........

Posted by Azman - -



Playboy, juga dipanggil player bagi sesetengah demografi, bukanlah merujuk kepada jenama Playboy berkepala Arnab kerana jelas sekali arnab tidak memiliki sifat-sifat playboy lantas apabila diterjemah secara harfiah ke dalam bahasa melayu, maksudnya ialah 'budak main'. Setelah membuat pengenalan yang merapu, aku hari ini nak bercerita mengenai gejala playboy dalam kalangan lelaki.

Lelaki dikaitkan dengan playboy hanya terjadi pabila beliau sering bertukar-tukar pasangan secara berkala,konsisten dan juga kerap. Namun, hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh beberapa kemungkinan iaitu:

  1. Pengaruh rakan sebaya.
  2. Mengisi masa lapang.
  3. Kurang didikan moral.
  4. Kurang jati diri.
  5. Pernah dikecewakan oleh ramai wanita lantas beliau berazam, sebelum dirinya dikecewakan, lebih baik dia terlebih dahulu mengecewakan orang lain.
  6. Hendak menunjuk-nunjuk kepada rakan sahaya bahawa beliau mempunyai 'market' yang tinggi dan mampu mendapatkan mana-mana wanita dengan mudah.
  7. Naluri kegatalan yang wujud secara semula jadi dalam dirinya, menyebabkan beliau mudah jatuh cinta terhadap mana-mana gadis montok berdahi licin.
  8. Beliau masih mencari cinta sejati kerna merasakan wanita yang dimiliki sekarang tak mampu membahagiakannya (huek, tak bersyukur nih!!) 
  9. Kesedaran yang tinggi mengenai kepentingan bahawa semua wanita harus menikmati cinta walaupun palsu.
Namun, kerjaya sebagai seorang player ataupun playboyer memerlukan beberapa kriteria dan komitmen yang tinggi memastikan dirinya tidak mudah kantoi dan sentiasa dipandang sebagai jejaka tipikal yang dahagakan kasih sayang yang suci dari seorang wanita. Antara kriteria-kriterianyanya ialah:

  1. Handsome, comel, kiut - miut, tampan, segak, kacak, kemas dan perkataan yang sekapal dengannya.
  2. Super peramah terhadap wanita terutamanya yang berdahi licin.
  3. Bermulut manis dan pandai mengayat. Sifat ini sangat penting sehingga mampu membatalkan syarat no#1 apabila dapat kita lihat mat rempit yang muka macam puaka mendapat awek yang cun melecun di belakang 125ZR ataupun RXZnya.
Bagaimana anda mahu mengesan boy atau pakwe anda seorang playboy? Di sini terdapat beberapa tanda-tanda yang menunjukkan beliau selaku pakwe anda seorang playboy:

  1. Sering berdalih apabila mahu membuat spotcheck terhadap telefon bimbit beliau.
  2. Melayan anda acuh tak acuh.
  3. Anda hanya dilayan bila masa beliau bosan, jika tidak jangan harap.
  4. Sering memanggil anda dengan nama perempuan lain dalam mesej, namun pabila ditanya, beliau mengatakan tersilap taip.
  5. Sering tertukar hari jadi anda dengan awek-aweknya yang lain.
  6. Tidak berkongsi password FB dengan anda, atas alasan privacy padahal nak menyembunyikan segala rahsia di dalamnya.
  7. Terdengar cakap-cakap di belakang anda mengatakan pakwe anda curang, namun pabila ditanya, hanya 1001 dalih yang diberikan.
  8. Anda pernah terserempak beliau bersama wanita lain, namun pabila disoal, beliau mengatakan itu hanyalah adik angkat beliau.
  9. Melenting apabila berbicara soal kahwin.
  10. Yang terakhir, anda ditinggalkan dengan alasan mahu tumpukan pelajaran, namun sejurus selepas itu, anda melihat beliau berkepit dengan minah cun mana ntah.
Penyelesaiannya,tinggalkan manusia begini jika, jika dan jika anda sudah memberikan beliau peluang kedua namun beliau masih lagi mensia-siakannya.

Sekian nasihat aku sebagai seorang yang bukan playboy kepada wanitas out there, supaya berhati-hati dengan sang buaya, sebelum anda diratah hidup-hidup.

6 Responses so far.

  1. dulu encik boyfie Tia pernah curang .. 2x ! sakit hati jangan katalah . dah tu pulak rupanya encik boyfie ni pasang kami 3 orang . grr ~

    tapi sekarang dia dah sedar mana kaca dan mana permata ;)

  2. Azman says:

    peh sedih gle cm2, yg penting bg dia peluang terakhir dulu, kalo xda perubahan, kick him out from ur life =)

  3. Anonymous says:

    bab playboy xtau sgt..but i hv a friend.a kind of playgirl..myb btol 3kriteria u listed..but she seem enjoy being a playgirl..bila tny nape..she hv no reason 4 that..huuu~

  4. Azman says:

    oh ye ke, myb dia stil in searching for a man that can make her stop from doing that,=)

  5. Pha Is says:

    mcm ader pengalaman jew... hehehe

  6. Azman says:

    hua3, gua baik bro, hahahaha =.=''

USM Bloggerz