Ok, tajuk pon dah kontroversi kan, haha. Tapi first of all, aku nak tegaskan, aku bukan nak membahan atau membaham atau memperli sesiapa, namun sekadar meluahkan kepelikan di hati, hua3.
Ye lah, biasa lah kita tengok kat blog, mesti ada gajet follower kan, sebab utama mestilah nak mudahkan orang follow kan, dan juga tunjuk sapa yang follow blog kita kan. Kebiasaanya, blog yang femes dan well establised mempunyai follower 2000 dan ke atas (berdasarkan pemerhatian aku) dan semestinya, blog aku termasuk sebagai blog tak femes tahap cipan la kan, tapi ada gua kesah?
Bagi aku, blog-blog informatif seperti blog serius, ohmedia network, tubelawak dan sebagainya mempunyai lebih banyak follower, kerana sasaran mereka ialah kepada mereka yang dahagakan informasi, menyebabkan follower mereka tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja dan menyumbang kepada jumlah follower yang banyak.
Namun adapun dengan blog peribadi, jarang aku lihat mereka mempunyai follower yang banyak, kire average 100 sehingga 1999, erm kira yang biasa ialah seratus dua gitu lah, tu pun dah kira baik bagi blog peribadi, ha3. Namun sekali lagi, terdapat pengecualian bagi blog peribadi, iaitu faktor-faktor yang menyebabkan orang tertarik untuk menjadi follower anda.
Faktor-faktornya ialah:
1) Anda seorang yang comel, cun dan pandai bergaya
- pasti ramai jejaka menjadi fan atau follower anda dan tidak terkecuali juga kaum hawa juga berlumba-lumba menjadikan anda idola dalam berfesyen.
2) Gaya penulisan yang mantap dan matang
- ramai blogger terkenal yang kebanyakannya menulis blog peribadi, mempunyai gaya penulisan yang mantap dan juga pandangan yang bernas. Mereka biasanya mempunyai pengikut yang tersendiri, juga menjadikan blogger-blogger itu tempat bertanya dan meluahkan masalah dek kematangan mereka.
3) Anda tidak mempunyai dua ciri di atas, tetapi anda rajin
- Ya, rajin mempromoosikan blog anda. Tak kiralah rajin letakkan link bog kat ruangan komen di blog-blog yang femes, rajin follow orang atau merayu dan memaksa orang memfollow anda. Di sini, aku cukup tak suka dengan konsep i follow u, u follow i, bukan apa, nampak sangat tak ikhlas nak follow, lagi lagi kalau tak follow dia pastu, terus dia unfriend or unfollow kita, wah! Kamu follow sebab nak bagi nampak kamu femes ke? nak tunjuk ramai kawan ke? atau nak buktikan kamu tu bukan forever alone? Oh buat ape ko nak ramai follower, nak jana income? Memang kau kena femes gila-gila baru dapat jana income tahu, kalau tak, huuu.
Rajin tak salah asalkan bahan yang dikongsikan itu memberi manfaat kepada pembaca, mungkin ia salah satu cara nak promosikan blog informasi dan blog peribadi yang mantap.
Bagi aku lah, aku tak akan promosikan blog aku sekiranya aku rasa post atau entri aku tidak mencapai standard sebab aku tak suka orang baca nukilan sampah aku, biarlah nukilan aku berkualiti sikit kalau aku mahu orang baca entri aku, ha3, dan sebab itulah blog aku tidak selalu dishare, sebab aku rasa semua entri aku masih tak mencapai standard.
Namun, ini hanya boleh diaplikasikan untuk blog aku sahaja sebab blog aku hampeh, blog korang aku tahu semua gempak-gempak.
Suka aku katakan, cukuplah follower aku sekadar orang yang aku kenal, supaya aku lebih jujur menulis dan tidak hipokrit dalam menyatakan pandangan aku kan kan.
Akhir kata, pandangan ini adalah pandangan peribadi aku, tidak berkaitan dengan mana-mana pihak, sebarang perasaan tacing, terasa, tersentuh hati nurani adalah dilarang kerana ini merupakan pandangan aku, bukannya nak mengutuk sesapa, okeh adios.
tang 'i follow you. you follow i' memang sumpah aku benci.
bukan apa, kalau tak ikhlas nak follow, jangan follow.
follow pun, pastu tak pernah baca, buat apa kan.
followers tak penting, yang penting kepuasan berblogging.
blogging tak semestinya untuk femes en en en :)
yup, tu a kan, bio la, lain orang lain blog, hua3