5 Sebab Blogger Perempuan Lebih Ramai Dari Blogger Lelaki

Posted by Azman - -



Okay, aku tak pasti, ini fakta atau auta. Tapi aku cukup-cukup pasti begitulah hakikatnya, dunia ini kini didominasi oleh perempuan, dalam segenap aspek. Aku tak pasti kenapa, adakah sebab lelaki banyak mati katak masa merempit? Tak jugak, sebab rempit ni jantan Malaysia je buat hobi, tengok negara lain takde pon. Teori aku ialah kekurangan genY dalam gamet-gamet manusia untuk membentuk kromosom XY (lelaki), jadi lebih banyak lah kromosom XX(perempuan) yang dihasilkan dari setiap persenyawaan. Mungkin disebabkan mutasi, atau kesan pemakanan, bahan kimia etc. It does make sense rite? Huahuahuaua

Okeh, yang pasti blog juga didominasi oleh perempuan. Bukti yang paling jelas, bilang follower anda, tengok ramai laki ke popuan, haha.

Namun kenapa ya, ramai popuan buat blog ye? Adakah ia adalah keperluan kaun hawa? And then how about me? Adakah aku atau blogger lelaki lain boleh dilabel sebagai bapuk?pondan? hanya kerana blog dikuasai oleh popuan?!! Tidak

Dapat aku simpulkan, kenapa blogging cukup dekat di hati popuan, ibarat makan nasi tak basuh tangan kalau tak berblog ni.

1) Meluahkan Perasaan
Ye lah, tak kiralah gembira ke, sedih ke, cuak ke, semua nak luah kan, biasalah popuan kan, aish, nasib baik comel. Tapi lelaki lak? Jarang kot lelaki nak luahkan perasaan dari hati ke hati, sebab? Seebab gua laki gua taw a, kat awek pon malas nak luah apatah lagi kat blog, tak macho kata Pak Mat yang jual goreng pisang tepi sekolah. Tapi gua? ade gak jarang-jarang, tu pun tak sampai 10 minit terus delete post tu, haha!

2) Kekal Updated
Haa yang ni biasanya bagi kaki fesyen. Ade je nak update or nak bagi tutorial cara-cara nak pakai shawl lah, handbag terkini lah, heels lah dan pe benda aksesori wanita yang gua sendiri tak tahu. Jadi dengan menfollow mereka yang trendy atau bijak berfesyen, maka besarlah harapan supaya mereka juga kelihatan hebat berfesyen seperti idola mereka, biasalah kan =))

3) Banyak Masa
Ye lah, banyak masa. Kalau laki suka lepak-lepak dengan member-member kedai kopi sampai 3 pagi, popuan boleh nak lepak gitu? Tak de kan, jadi masa yang lebih tu popuan boleh isi dengan berblogging. Boleh je popuan nak isi masa dengan menjahit baju, tapi bapak ayu kalau ada budak-budak popuan sekarang eager nak menjahit sebagai hobi masa lapang.


4) Menyerang Individu Tertentu
Ini lebih kurang dengan point no 1, tapi lebih spesifik. Ye lah, mula-mula tak puas hati, pastu nak kutuk depan-depan takut, last-last kutuk or sindir-sindir dalam blog. Haha, bukan semua, segelintir kerana gua penah jumpa pesen ini. Mak aih, mulut punya laser duk kutuk orang, last-last orang kutuk dia balik, sampai terus delete  blog minah tu, haha kesian jugak, yang tak leh blah, aku pun join sekali kutuk minah tu, err bukan kutuk, kritikan membina, =P.


5) Bebas
Ye, sebab  yang bebas dan pelbagai. Ko nak tahu, tanya la popuan, gua bukan popuan tahu kenapa dorang rajin bukak blog, tanye lah sendirik ye dop, kuang3..

Oklah, gua nak tido, ngantuk. Kepada popuans out there, jangan terasa dengan entri gua, gua main serkap jarang je ni, hua3. BTW, ini untuk general dan tidak spesifik,segala persamaan adalah disengajakan tidak disengajakan , no offence lah okeh =)

5 Responses so far.

  1. yusenze says:

    Kebanyakan blogger perempuan lebih cenderung memilih saluran terbitan peribadi sebab pengisiannya sangat mudah dengan susunan ayat2 yang santai. Bagi golongan lelaki pula kebanyakannya lebih peka terhadap permainan kata kunci atau SEO dengan memilih niche tertentu.

  2. Pha Is says:

    utk point ke-3, "Boleh je popuan nak isi masa dengan menjahit baju, tapi bapak ayu kalau ada budak-budak popuan sekarang eager nak menjahit sebagai hobi masa lapang"

    cuba tengok ni :

    http://nuritucahaya-anees.blogspot.com/2011/05/h0bi-bwu-di-musim-cuti-panjang.html

    so, ko nak kata si anisah ni ayu giler ah? hahahaha

  3. Azman says:

    yusenze: ye a,ramai laki buat blog pk nak buat duit je, seo, alexa pe benda lagi, nasib aku tak cmtu =)

    pait: err ok aku setuju, haha

  4. sebab perempuan gila femes
    kahkahkah! ;p

    takde lah
    bagi aku sebab perempuan kan kuat membebel
    jadi dengan menulis blog, dapat lepas gian membebel
    kekekeke!

  5. Azman says:

    ok agak betul, tp tak semua gak kuat bebel,ade yang jenis pendam, last2 KABOOMMM!! HAHA!!

USM Bloggerz