Mungkin ada yang terfikir, kenapa mereka yang tak berayah atau beribu yang mendapat ujian, kenapa bukan disko yang runtuh, kenapa bukan kelab gay yang runtuh, kenapa, kenapa?? Ironinya kejadian ini terjadi semasa mereka berlatih nasyid, ya nasyid. Bukannya berkaraoke untuk berlatih masuk audition Akademi Fantasia 10, malah bukan terkinja-kinja kat disko sambil menogok arak ataupon duduk menyondol kat parti-parti gay. Well, bagi aku senang je, Allah sentiasa menguji mereka yang beriman untuk mengetahui sama ada mereka betul-betul beriman ke tak. Jadi mereka yang pekena maksiat 24jam tak kena pape? Ya itulah istidraj, kesenangan atau keseronokan yang diberikan kepada mereka yang kufur supaya semakin menjauhi Allah, nauzubillahi min zalik.
Akhir kata, aku doakan mereka yang terkorban agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman, yang terselamat pula harap banyakkan bersabar, segala yang berlaku ada hikmahnya.
Post a Comment