Salam, wah lama gila gua tak update blog, tak tahu lah nape malas sangat padahal kat USM rajin lak update, maybe kat rumah gua tenet ciput kot, pastu macam2 nak buat.
Ok entri ni aku nak cerita pasal Projek Jalinan Komuniti(PJK) atau ringkasnya baktisiswa anjuran Pusat Pengajian Sains Farmasi. PJK ini merupakan program keluarga angkat, di samping pelbagai aktiviti seperti health screening, sukaneka dan memacam benda yang best tak larat gua nak cite. Gua terlibat pon secara tak langsung sebenarnya, sebab gua dah diberi tugas sebagai ketua department grafik, dokumentasi, publisiti dan multimedia dan bersama co-partner Zatil Aqmar mengemudi kapal bersama anak-anak buah yang lain. Program ini diadakan di Kg. Setar, Yan Kedah pada 12-15 Mei 2011.
Jadi diringkaskan cerita, sampailah hari yang dijanjikan, yang menyaksikan acara pembahagian keluarga angkat kepada peserta. Seorang demi seorang dipanggil bertemu ibu dan bapa angkat, peh jantungku berdetak lebih kuat, ye lah, aku terbayang-bayang, macam mana lah agaknya parent aku nanti. Akhirnya namaku dipanggil untuk bertemu parent aku, dan aku berjumpa mak angkat aku. Sepatutnya ayah yang hadir, tapi mak datang sebagai wakil. Maka baliklah aku ke rumah bersama abang aku, Mohd Ridhuan Abd Raani, haha.
Di rumah, ayah sudah menunggu di atas bench, lalu aku dan wan (ridhuan) menyapa dengan senyuman ke telinga dan beramah mesra dengan ayah. Banyak benda yang dibualkan, dari bilangan adik beradik sampailah jenis darah apa (ni gua tambah2 je).
Petang itu, aku 'terpaksa' mengedarkan flyers rumah ke rumah, ye a, da keje aku publisiti kan. Mulanya aku terfikir, macam mana la penerimaan orang2 kampung terhadap program seumpama ini, entah - entah kami akan dihalau dengan penyapu kan, aha. Namun, sampai je kat rumah pertama, mereka cukup ramah dan murah senyuman dan jangkaan kami meleset apabila kebanyakan rumah yang kami lawati memberikan respon yang same, oh aku terfikir, kampung aku boleh layan strangers macam ini ke? Selesai saja mengedarkan flyers, aku dan wan mengambil kesempatan menyenap gambar dengan kamera
Malam itu, kami perasan, banyak NYAMUK, aiyakk!! Dalam ati aku redha je a, ala 3 malam je, dan malam tu aku kena keluar pergi rehearsal dan balik pukul 12 tengah malam, damn, kesiannya ayah kena tunggu aku dan masuk je kat dalam, famili aku sudah setup kelambu kat luar, Wan sudah tak sedarkan diri kat dalam, huks aku terasa macam menyusahkan famili lah pulak, err newey thanks.
Keesokannya, mak sudah menyiapkan sarapan seawal 5 pagi, sebab kami ada kuliah subuh pagi tu, mak cakap takut lapar nanti, err thanks lagi mak. Dan masa terus berlalu dengan penuh aktiviti yang padat, menyebabkan kami tak sempat keluar bersiar-siar ke kawasan peranginan sekitar Yan, ouh what a waste.
Kesesokan harinya, kami bertekad mahu pergi program lewat sikit, sebab mahu ke kawasan air terjun Perigi dan melihat Pantai Murni, mak kata, kalau tak curi masa, memang tak sempat nak kenal Yan lah, emm betul juga, getus hatiku. Menurut abang, Yan kaya dengan kawasan menarik, seperti Gunung Jerai, Titi Hayun, Air terjun Puteri Mandi dan memacam lagi tempat yang aku tak ingat. Tengah hari itu, selesai saja aktiviti gotong royong, semua peserta diberikan peluang mandi di air terjun berdekatan, yaeay sonok. Aku pon ape lagi, terus aja join sekali. Yang bestnya, air terjun tu ada slider untuk gelongsor dari atas macam Bukit Merah Waterpark dan Tambun, dan lagi best bila Dekan School Pharmacy pon join mandi, gelak2 dengan budak2 ni sekali, macam mandi dengan member2 je, salute sama Prof Dr Syed Azhar sebab sangat sporting. Dr Zuraidah, lecturer kami pon tengok dari tepi je, haha.
Hari terus berlalu, sampailah hari terakhir kami di sana, kami sempat pusing satu sawah atau padang masa tu, abang nak bawa pergi titi hayun, tapi aku sakit perut masa tu, jadi aku refuse untuk pergi jauh2, haha. Masa untuk farewell paling sedih, masa tu kami menyerahkan mak frame dan keluarga dan sedikit hadiah yang telah disediakan untuk setiap keluarga, mak cakap tak ade benda nak bagi, kami pon memang tak kisah, tak expect dapat pape pon, sebab dapat stay kat kampung tu pon dah cukup baik, jadi tu lah hadiah bagi kami. Tak lama selepas itu, mak datang, bagi kami hadiah berupa sejadah. Menurutnya, sejadah itu nenek yang beli kat Mekah, siap ada tulis nama nenek lagi kat belakang, kira macam precious gila la. Seraya itu mak pesan kepada kami sembahyang rajin-rajin, dan doakan mak supaya dapat pergi Haji. Wah aku rase agak terharu masa tu, ye lah, kami kenal baru 3 hari tapi mak dah layan macam orang yang dah kenal lame, thx mak dan semua keluarga, semoga impian mak tercapai, amin =). Dan kami harap, ikatan ini tak terputus dan kekal buat selama-lamanya, amin.
Sekian, coretan yang tulus dari hati nurani gua, semoga kamu semua tacing membaca cerita gua, kalau ada permintaan, gua boleh buat dokumentari, huuuu
Lastly, credit to penasihat dan pengarah projek, Azim dengan Wong Zhy, all MT, all HOD, all ajk esp. ajk department grafik dan publisiti for your efforts =)))
p/s; budak2 kat sana suma comel2, tak leh blah ade sorang tu datang tempat teknikal, dan buat comel2, aku ape ag, ajak amik gambar dan tak semena-mena, berderu datang dari belakang nak amik gambar, oohh kamu suma memang shumelll ouhhh, har3
Ni gambar yang aku snap masa kat sana =)))
pic kmu dgn adik2 jap lg saya upload..hohoho
hua3, xpe3 =p
sma2... nnti mai lg n0h kedah.. 0rg kedah mmg peramah n c0mei2... =)
ha a kn, ha3
Dekat mana ni awak..awak usm ker?