Mafia Jepun Yang Baik Hati dan Beretika...

Posted by Azman - -


Biasa kita dengar, mafia dikaitkan dengan membunuh, ,merompak, menculik dan sebagainya.

Perwatakan mereka di Malaysia biasanya muka mintak kaki,mulut longkang, perut buncit dan macam macam persepsi negatif mengenai mereka ini ini.
Jarang kita dengar mereka berbuat baik kepada manusia dan juga alam sekitar kamu tahu.

Namun, kisah yang sebaliknya berlaku di Jepun  yang mana menyeksikan mereka membantu mangsa tsunami baru-baru ini. Keadaan ini sangat bertentangan dengan logik akal dan hukum karma kerana kejadian seumpama itu jarang kita lihat.

Menurut sumber berita yang sahih, pergerakan mafia Jepun pantas bertindak memberikan bantuan. Beberapa jam selepas pukulan ombak pertama, mereka membekalkan bertan-tan bahan makanan dan keperluan asas  kepada mangsa-mangsa terbabit.

Pergerakan Inagawa-kai paling aktif bergerak mungkin kerana jajahan mereka paling teruk terjejas. Mereka menghantar 50 tan bekalan pada tengah malam sehingga awal pagi bagi mengelakkan aktiviti mereka dikesan. Mereka berusaha untuk mengelakkan daripada identiti mereka diketahui umum, bagi mengelakkan bekalan mereka tidak diterima orang ramai. Paling hebat, mereka berani menghantar bekalan ke kawasan yang mengalami pencemaran radiasi yang tinggi, tanpa memakai sebarang perlindungan atau mengambil 'potassium iodide'. Lihat betapa bersungguhnya usaha mereka.

Sumber mengatakan bahawa mereka menggunakan wang yang diperas daripada penduduk tempatan selama ini melalui kegiatan penipuan, ugutan dan pemerasan akhirnya digunakan untuk membantu mangsa mangsa terbabit.

Lebih menarik, terdapat perjanjian dengan pihak polis supaya mereka saling bantu membantu dalam menyelamatkan mangsa. Ini bermakna, pihak polis tidak akan menahan ahli kumpulan mafia terbabit ketika mereka dalam misi menghulurkan bantuan walaupun mereka sebelum ini amat dikehendaki oleh polis. Seorang ahli kumpulan mafia terbabit memberitahu,

''There are no yakuza or katagi (ordinary citizens) or gaijin (foreigners) in Japan right now. We are all Japanese. We all need to help each other.”

Jelas mereka lebih mengutamakan misi mereka dapat disempurnakan berbanding mendapatkan publisiti daripda pihak luar dan ini membuktikan mereka masih mempunyai nilai-nilai kemanusian meskipun melakukan kerja yang dianggap kotor.

Namun, hal sedemikian sudah tidak asing bagi mafia Jepun, ketika gempabumi Kyobe, Yamaguchi-gumi telah bekerja keras menyalurkan bahan-bahan keperluan penduduk yang telah terjejas sehingga keadaan pulih sepenuhnya. Malah ketika Barack Obama melawat Jepun pada tahun lepas, pihak polis telah menghubungi ketua mafia Jepun bagi memastikan mereka berkelakuan baik.

Dapat kita bayangkan betapa rakyat Jepun waima mereka yang dianggap samseng sekalipun mempunyai etika dan mempunyai nilai-nilai kemanusian yang tinggi. Mungkin mereka mengambil iktibar daripada peristiwa demi peristiwa yang berlaku di negara mereka menyebabkan mereka matang dan melahirkan generasi yang bertaraf dunia, walaupun pergerakan mafia sekalipun.

Namun, Malaysia? Tidak ke mana, usah tunggu gempa bumi, tak ada gempa bumi pun tidak bersatu. Masing masing memperjuangkan kepentingan peribadi. Usahkan mereka yang jahat, yang baik pun bercakaran sesama sendiri. Pada hemah saya, jika bencana alam berlaku di negara ini, bukan samseng sahaja buat onar, yang baik pun mungkin meunjukkan perangai yang memalukan.

Sebabnya?
Pertamanya  kita berada di zon selesa, sebab tiada bencana alam apa semua kan. Dan kalau ada bencana alam pun masing-masing menuding jari, memberikan alasan itu ini, mungkin alasan kurang green technology juga boleh dipakai nanti.

Kedua, kita tidak belajar daripada sejarah. Ya, dapat A+++ dalam sejarah pun tidak membantu, kerana kita tidak pandang ke belakang. Tengok saja peristiwa Memali dulu, kenapa punca ia berlaku? Tapi kini masih ada yang meniupkan semangat perkauman, tidak kira sama ada kaum A, B atau C, semua sama sahaja kalau tidak menghayati sejarah.

Ketiganya aku tak paham, kenapa entri ni sangat skema, ???? Pfffttttthhh dabdiu ti efff!!

Citation: thedailybeast

5 Responses so far.

  1. pha is says:

    amboi... laju post entry baru.. hahaha

  2. rina says:

    hhahaha...i like!!!=)

  3. Muhammad says:

    mafia ke yakuza ?

USM Bloggerz