25 Benda Yang Boring Pasal Aku

Posted by Azman - -

  First and foremost, trimas lah kat cik cinthe(syakira) sebab sudi tag gua, kah kah kah...
Eerr soalannya berbaur dan berbau begini:
"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random things, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 peoples to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If i tag you, it's because i want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated. "



Err sebenarnya aku pun tak tahu sangat pasal diri aku ni, ape yang bestnye ntah, hakhak tapi aku masih menghargai diri aku seadanya, wooot!
Okay ni 25 benda pasal aku yep.
  1. Kecik kecik dulu suka gigit kuku, tapi benti selepas abang aku sound, nape tak gigit kuku kaki skali, sungguh hampeh beliau.
  2. Kecik kecik dulu penah ade kete kontrol, gua beli guna duit raya. Tapi bila boring sumbat mercun kat dalam, dan BOOOM!! Hancur gitu je... 
  3. Minat kaler hitam, nampak macam penjahat yang duduk dalam kegelapan.
  4. Suka benda yang cantik.
  5. Suka benda yang comel.
  6. Suka kucing.
  7. Suka benda seni.
  8. Tak pandai melukis.
  9. Suka edit gambar.
  10. Tak suka susahkan orang lain.
  11. Susah marah, tapi bila marah, boom! macam macam benda keluar.
  12. Terlalu ingin menjaga hati orang sampai kadang kadang hati aku yang terluka.
  13. Saya tidak peramah.
  14. Suka tengok gambar yang menarik, dan suka tengok keindahan alam.
  15. Anak last.
  16. Ramai kata muka gua garang, hah padan muka.
  17. Ramai jugak kata aku sombong, tapi biarlah, ada aku kesah? Kah kah kah.
  18. Aku sukar membuat keputusan, biasa nya aku pikir sedalam-dalamnya sebelum pape, tu kelemahan aku yang paling ketara.
  19. Aku suka kereta, kereta itu seni.
  20. Aku agak tak setia, tapi aku berusaha untuk setia.
  21. Aku bukan playboy, tak suka permainkan perasaan orang, dan orang permainkan perasaan aku.
  22. Rambut aku mudah gugur, mungkin aku akan botak, petanda nak jadi prof kot.
  23. Minat superbike, admire Kawasaki Z1000, Yamaha R1 a lot.
  24. Aku tak pandai buat lawak, tak pandai pujuk orang, tak pandai ambil hati orang.
  25. Aku tak pandai berterus terang, biasa aku pendam, tapi aku tunjukkan yang aku tak suka ape dia buat melalui perbuatan. 
  26. Aku, ehh dah abis, peh tak cukup lah 25, len kali buat lah 40 ke, 100 ke, kah kah kah.
Okay, sekarang aku nak tag semua follower aku yang tak kena tag lagi, hakhak ta pelu mention name kan, sebab follower aku pon sikit ja, ye a blogger tak femes katakan, sob sob, kah kah ada aku kesah, k babai.

16 Responses so far.

  1. kirenye aku ni ditag kew tak?haha!

  2. Azman says:

    ye lah, eh tp ko mcm xde dlm follower aku jek, ko follow private eh? haha

  3. haha.kantoi la pulak kan. >.<

  4. Anonymous says:

    no 24 tu dh merangkumi 3 ciri hehe ^^

  5. Azman says:

    ye lah, nt lebih lak, hehe pandai2 a,keh3

  6. kura kura terbalik says:

    no 12 tu normal la,hidup ni memerlukan pengorbanan. kadang2 hati orang terluka kerana kita,kita sendiri pun tatau kan hehe.anda mesti seorang pemalu :P. neway, nice writing ^^

  7. Azman says:

    yup tp xperlu sampai kita yang terkorban, kdg2 kena jaga hati sendiri juga,
    err mmg sy pemalu*blushing2*
    err neway, thx for ur compliment =)

  8. kura kura terbalik says:

    agree. awak x terkorban pun,siap boleh tulis blog lagi hihi ;P. A sacrifice is best refuted by accepting it. cheers ^^

  9. Azman says:

    haha, nice one =p

  10. rina says:

    wow!!saya di tag x??ekekeke..
    tp nak wat ulasan skit....saya mmg nampak anda dlm ke sume pe y awak telah katakan....=)

  11. Azman says:

    rina: haha, anda telah ditag secara rasmi, haha.
    err mmg a, xkn aku nak tipu pasal aku,keh3 =)

  12. Anonymous says:

    i like all about you..hehee

  13. anees says:

    0oo byk yg sma cam ak.. haha ad 0wg tag ak, smpai skunk x wat2... huhu

  14. Ibah says:

    no 22 tu kne g yun nam hair kot..=p

  15. Azman says:

    anees: ye ek same , ngeee~
    ibah: nak guna tapi xda sponsor ='(

USM Bloggerz