Undilah Saya.

Posted by Azman - -


Tanggal

Tanggal 21 Februari 2011, merupakan hari mengundi di USM Induk. Ia merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh para calon dan dinanti dengan penuh debaran, bersama secebis harapan untuk menang.

Memang

Memang, hari tersebut jugalah yang dinanti-nanti oleh pelajar. Bukan teruja mahu mengundi ataupun apa, tapi kerana lega kerana ia merupakan satu pengakhiran kepada gangguan yang diterima saban malam, dengan deruan ekzos motor dan juga hon-hon bersama-sama pekikan dan lolongan supaya menyokong parti masing-masing. Ini bukan sahaja menggangu mental, malah fizikal pelajar -pelajar apabila terpaksa berdepan semangat pilihan raya yang ditonjolkan oleh calon-calon.

Bakar

Ya, bakar, bukan merujuk kepada dialog hantu Kak Limah, ''kita bakor, kita bakor'' tapi membakar bendera dan juga banner pihak lawan seperti yang dilaporkan. Bagi penulis, mereka yang berkelakuan demikian tak ubah seperti kanak-kanak yang berebut gula-gula, sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai niat di hati. Bak kata pepatah, matlamat menghalalkan cara. Namun, adakah gula-gula yang mereka rebut itu?

Tidak

Bukan, tidak. Bukan gula-gula yang berharga sepuluh sen, namun amanah yang mereka rebut untuk pikul itu. Amanah, satu perkara yang mungkin dipandang ringan namun hakikatnya, ia adalah satu perkara yang paling berat di dunia ini. Kerana itulah anda akan disoal selepas kehidupan dunia nanti mengenai amanah yang kita pikul dan tahukah bahawa pemimpin yang tidak amanah, yang tidak memimpin rakyat ke jalan yang lurus adalah mereka yang paling awal dihumban ke dalam api neraka dan menjadi uunggun api di situ. Tapi, sedarkah mereka yang berlumba-lumba mendapatkan pangkat dan darjat dengan cara kotor itu akan beratnya amanah itu dan kesan-kesannya. Atau sekadar untuk mendapat kemasyuran dan gah sahaja?

Namun

Namun, mahu atau tidak, kita tak boleh lari dari amanah. Amanah itu bukan hanya apabila anda menjawat jawatan YDP, sekretariat. apatah lagi hanya bergelar bendahari sahaja tetapi apabila anda beagama Islam, anda sudah mempunyai amanah daripada Tuhan supaya memelihara kesuciannya dari semua aspek. Akan tetapi, bagi mereka yang sudah terpikul amanah daripada Allah dan juga daripada orang ramai, laksanakan amanah itu dengan baik. Ditujukan kepada saya dan juga orang lain.

Tin Kosong

Akhir kata, janganlah jadi seperti tin kosong, apabila diketuk bunyinya kuat tetapi isinya kosong, dan janganlah juga seperti tin yang penuh, banyak isinya tapi pabila diketuk tidak berbunyi menunjukkan anda hanya tahu bebuat kerja, tapi kerja yang dilakukan hanya bermanfaat untuk diri sendiri sahaja. Tetapi jadilah seperti tin yang separuh penuh, ada isi tapi pabila diketuk juga berbunyi.  Renung-renunngkanlah.


p/s : bapak skema post ni,aha. Just nak cari mood selepas study, esok quiz,aha wish me luck =)

4 Responses so far.

  1. Pha Is says:

    siap ader "header" untuk setiap point lagi...!!!! hahaha... tobat skema...

  2. Azman says:

    hehe,tu ah pasai.kakakah

  3. Aqmar says:

    azman...
    org vote pangkah ah... bukan rait...
    :P

  4. Azman says:

    pangkah tu kalo tak suka, jadi kalo suka rait a,ehe~

USM Bloggerz