Valentine's Day vs Maulidur Rasul

Posted by Azman - -



Assalamualaikum,salam 1 Malaysia.peh da macam berita TV1 da, Sebonaie,xde benda pon nak post,saje nak penuhkan entri bagi nampak cam akitf skit,bahahaa.

Seperti yang kita tahu,hari ini(14 feb 2011) merupakan hari Valentine's Day yang mana sejarahnya memang tidak asing bagi kita dan macam-macam versi juga kita dengar. Yang peliknya,ade sesetengah blog ni macam nak pertahankan Valentine's Day ni, ade yang cakap ia just sekadar hari sahaja, macam hari AIDS sedunia dan sebagainya, jadi kenapa nak kecoh-kecoh. Pemikiran sebegini sebenarnya bahaya pada pandangan saya sebab ia macam menghalalkan hari tersebut  untuk disambut dan apatah lagi jika ia diterima oleh remaja-remaja kita.

Okeh,ia memang same, hari AIDS pun mat saleh yang buat, Valentine's Day(VD) pun same, tapi ape implikasi kita menyamakan kedua-dua hari ini. Hari AIDS xpe la,ia just nak menyedarkan tentang bahaya AIDS,  namun bagaimana pula dengan VD ni, yang kita tahu ianya hari berkasih-sayang bagi pasangan kekasih umumnya (jarang saya dengar yang da kawin sambut benda ni).

Ya, kita tahu tanpa  VD pon maksiat jalan je,hotel dan motel murah penuh je, tapi perlukah kita memburukkan lagi keadaan. Tengok saje statistik kat akhbar pasal kes-kes cekup pada hari-hari tertentu macam ni. Lebih banyak dari hari biase kot.

Jadi, ape masalahnya VD ni? Contoh mudah, ade satu pasangan kapel ni, yang xpernah buat ape-ape, dan bila tibanya VD si jantan bertanya,'yang,kita nak buat ape ye sempena VD ni?'' Si perempuan cakap ikut yang la. Si jantan berkata lagi,''ape kata yang derma dara yang kat abang malam ni,baru abang percaya kat cinta yang''peh.

Jadi kita nampak di sini yang VD boleh initiate benda2 macam ni. Cukup-cukup la dengan malam tahun baru, malam merdeka yang terkenal dengan malam menyemai benih di sawah. Hasilnya? Em tuai saja dalam parit, tong sampah, tandas, dan yang baik sikit masjid 9 bulan kemudian. Tak percaya? tengok saja 9 bulan dari sekarang.

Tapi rasenye pengetahuan masyarakat tentang hukum menyambut VD ni pun da semakin tinggi, namun bagi mereka terutamanya budak-budak sekolah yang baru nak kenal dunia(budak U dan kolej pun ramai je), mereka tidak peduli tentang sangat tentang hukum hakam ni. Nanti da boroi baru nak gelabah sana sini,ceit.

Jadi begitulah gelagat remaja kita zaman ini, terlalu lalai dengan hiburan dunia dan pemimpin sepatutnya peka keadaan ini jika pemimpin itu benar-benar pemimpin yang amar makruf nahi munkar. Bagusla, mereka banyak memberikan initiatif bagi mengatasi masalah ini,seperti bukak Baby Hatch la, pendidikan seksual kat dudak darjah satu la, tapi percayalah,jika kita tak kembali kepada asas islam, semua itu macam sia-sia saja. Langkah mudah,tutup saje premis pusat hiburan di ibu-ibu kota. Kalo tak nak pun,kurangkan pun da memadai, bukannya nak lanjutkan tempoh perniagaan.  Usah lah memberi alasan bahawa pusat hiburan itu dibuka untuk pelancong sahaja, kononnya  nak tingkatkan industri pelancongan. Eh pelancong datang ke sini bukan untuk teguk ayak kencing tu a, kat negara depa pun da banyak alah tu, nak buat mandi pon boleh(amboih,cakap kedah jap) Yang paling aku ralat, ade member aku, ex sekolah menengah dulu, posing pegang arak, pe cer, mengucap je aku tengok bhai. Mungkin kawan aku ni salah seorang pelancong di mata mereka. Dunia nak kiamat tol a.

Pape pun,selamat menyambut Maulidur Rasul okeh walaupun bidaah sebab nabi tak sambut pun, tapi apa salahnya kita sambut dengan mengingati Baginda, jadi ia akan jadi bidaah hasanah. Okie adios =)

USM Bloggerz