Mari Cakak Kelate Part 2...

Posted by Azman - -

Seperti yang saya janjikan, tibalah kita ke segmen mari bercakak klelate part dua sebagai sambungan kepada part 1.
Tujuan entri kali ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai kata penguat dan juga kata adjektif yang biasa digunakan di kelate.

Buang Mangsa

Jadi tanpa membuang mangsa lagi, mari kita hayati pelajaran di bawah,peh =.=''

Kata penguat

  • gitu mo lalu = sampai begitu sekali
  • do'oh lalu = agak keterlaluan 
  • sengoti = betul-betul
  • sunggoh = serius!
  • tobat eh = serius!, tak tipu
  • dan banyak lagi yang aku tak terlintas pada masa ini...
 Contoh ayat : sengoti eh aku jupo Ferrari tadi, tobat eh
 Maksud ayat : betul, serius aku ternampak Ferrari tadi, tak tipu ah.


Kata penguat bagi sesuatu kata sifat

  • manis letin = amat manis
  • tawar ebe = amat tawar
  • masam purit = amat masam
  • masin perak = amat masin
  • ite legea = amat hitam
  • putih seppul = amat putih
  • merah merrea = amat merah
  • kuning nehe = amat kuning
  • busuk banga\kohong = amat busuk
  • kilat maca = amat berkilat
  • kemah keming = agak mantap
  • dan banyak lagi yang aku tak terlintas pada masa ini...
 Contoh ayat :  manis letin gulai hok mu wat ni....
 Maksud ayat : gulai yang awak buat ni sangat manis....

p/s : sebutannya mungkin agak pelik, seperti masin perak, bukan disebut seperti negeri perak, namun e disitu disebut seperti menyebut 'senang'. Dan banyak lagi sebutan-sebutan lain yang pelik dan susah disebut, jadi bantuan daripada mereka yang pure kelate diperlukan,hehe =_=''

Jadi setakat itu sahaja untuk kali ini, jumpa lagi di waktu dam tempat yang sama,woot!! gaga

4 Responses so far.

  1. mu wak kelas bahase kelato ko?
    bagus la mu ni..

    hehehehe!
    terel tak aku kecek klate?

  2. Azman says:

    ho la,pah ni wat ebook lak,jual leh kayo gak ni..haha
    mu meme terel kecek kelate

  3. Ibah says:

    cnth ayat....: kemah keming r demo.. =)

  4. Azman says:

    ha a,jo lo a tu,haha

USM Bloggerz