One of my hobby is mengedit gambar, tak kira la dari tak poyo ke poyo, dari poyo ke lagi poyo, janji edit.Haha. Bukan ape, selepas penat study duk saje, godek2 a jap. Dan softwares tu ranging from photoshop, photoscape, ACDSee, adobe lightroom dan memacam, haha. Tapi kalo kamera 2 mp (kamera hp la kan), xya a nak harapkan hasil yang gempak gak,haha. Tapi bole je nak edit2, biasakan diri sebelum beli DSLR tak gitu.

Aku pun masih berfikir, berbaloi ke kalo beli DSLR, ye a, kalo benda tu seratus dua takpe kan, ni ribu riban. Dan kalo beli pun wat gantung kat bilik atau pakai time nak show off dpn kwn2 bek xya kan. Hahah. Jangan la nanti pakai DSLR, tapi malam2 duk makan megi watpe kan, haha. Tengok poket dan juga keutamaan =)

Tapi, memandangkan aku suka amik gambar(bukan amik gambar sendiri okay) dan edit, jadi aku rasa mungkin aku akan beli gak DSLR ni, cuma masa menentukan sama ada cepat atau lambat. Tak dapat sekarang, myb nanti kerja baru aku beli. Lagi pun, cukuplah dengan benda2 dtg dari laptop i.e fesbuk, blogger dan mcm2, tu pun dah cukup buat aku malas study kan, hoho. Okay lah,papai

p/s;aku sangat mengagumi Ustaz Azhar Idrus, di samping jd ustaz, dia juga photographer professional. Gambar yang dia amik memang superb habis, dan perkakas kamera dia bukan murah2, kalo nak tahu dia guna Nikon D3, yang rege RM16k ,dan Canon EOS 5D rege RM6k kalau tak silap aku,peh. Kalo nak usha gambar yang dia amik, pegi website www.digitalmukmin.com

BTW, ni yang aku edit sebelum dan selepas edit (klik tuk besaukan) ,memang newbie+noob habis, tapi dimaafkan la sebab guna kamera henpon, bukan guna DSLR lg, haha T.T


Percaya atau tidak, hidup ini merupakan mimpi.
Mimpi yang sungguh mendamaikan, mimpi di mana semua impian menjadi nyata, pintu keseronokan terbuka luas menyebabkan kita alpa dengan tujuan kita hidup sebenarnya.
Pemimpin dengan cara pemimpin, rakyat dengan cara rakyat.
Semuanya masing-masing berlumba-lumba memuaskan nafsu dan kehendak yang bukan, keperluan hidup.
Kaya mahu menjadi lebih kaya, sang miskin pula meronta-ronta ditelan arus kemodenan.
Semuanya bagai sudah diatur, dari bangkit tidur sehinggalah kembali tidur.
Menjalani rutin yang sama, mengejar dunia, yang tidak terkejar olehmu.
Usahlah memandang mereka yang berada di atas, namun pandanglah ke bawah.
Mengapa harus cemburu melihat kesenangan orang lain, walhal kesenangan itu belum menjanjikan kedamaian.
Si kaya, terus mengejar harta.
Rasuah, penipuan, ampuan, menjadi cara hidup.
Sebati dalam darah daging.
Tanpa mereka sedari, harta tak mampu membayar sebuah ketenangan.
Yang mungkin dimiliki oleh si miskin, di desa yang indah nan permai.
Desa yang bersih dari kekotoran jiwa.
Lihatlah, dari sudut yang berbeza.
Yang pasti,
Dunia tidak akan meninggalkan kita, namun hanya kita yang akan meninggalkannya.

Dunia, ibarat bayang-bayang, yang semakin dikejar semakin pantas.
Penyelesaiannya, berjalanlah.
Maka bayang-bayang akan turut berjalan bersamamu.
Begitulah, analogi dunia.
Semakin dikejar, semakin menjauh, akhirnya lelah yang kamu dapat.
Lihat saja, pengejar dunia.
Sibuk ke hulu dan ke hilir.
Mengumpul harta yang entah tujuannya.
Natijahnya, anak isteri, dan diri sendiri terabai.
Dari mencari sebekas bekalan.
Untuk menghadapi hari yang tidak terfikir.
Yang selama ini dianggap sebagai dongengan, omongan kosong.
Yang hanya meniti dari bibir ke bibir.
Itulah hari yang tiada kesudahan.
Yang mana bekalan dunia sudah tidak bererti.
Ferrari, Lamborghini?
Buang saja alat permainanmu itu dalam liang lahadmu.
Andai itu akan menggembirakanmu.
Namun, itulah ketika,
Saat bangkit dari tidur, mimpi yang sungguh indah, tak kurang mimpi yang menakutkan.
Nescaya, kamu akan merayu-rayu, meminta pulang.
Untuk mencari sesuap bekal.
Ketika itu, hanya perkataan celaka yang diperoleh.
Bangkitlah.
Sedarlah, wahai penulis tanpa tinta.
Bukan orang lain ia ditujukan,
Kalau tidak untuk menyedarkan diri sendiri.

Entri ni untuk memenuhi permintaan kawan aku, sori la lambat post sebab bz kot, ni pun br lepas kuiz,hahahahahampeh.

Nissan Skyline, antara kereta sport Nissan yang masih dikekalkan produksinya selain Nissan Fairlady Z. Nissan Silvia macam dah tak ade model baru je.
Ok, berdasarkan research aku selama setengah jam, aku mendapati bahawa generasi Skyline ini sudah wujud dalam industri automotif Jepun, dikeluarkan oleh pengeluar kereta Prince seawal tahun 1957 dengan model Prince Skyline, dan akhirnya pada tahun 1966, Prince telah diambilalih oleh Nissan Corp.

Ok, tu intro. Isinya, generasi Skyline yang paling femes sudah semestinya Nissan Skyline R34 yang muncul dalam cerita 2Fast 2 Furious kan lantas model Skyline mula meniti bibir peminat automotif negara.




Sebenarnya, model ini merupakan adik kepada abang-abangnya, bermula dari siri R30, R31 , R32, R33, model ini dan yang bongsu ialah Nissan GTR. Jom kita lalui salasiah keluarga mereka!

Nissan Skyline R30
Ok, ni model yang paling lame dan paling tak glemer (sebab huduh kot). Jarang aku tengok orang modified model ni, kira rare habis la kalo pakai nih!







Nissan Skyline R31
Ni pun huduh gak, dan rare gak,aha




Nissan Skyline R32
Model ini kire lawa da skit, dan ade la gak orang modi kete ni. Kire model ini pencetus kegemilangan Skyline a.




Nissan Skyline R33



Nissan Skyline R34
Semat kot natam nih!WOOT!


Dan muncullah so called Nissan GTR
Ramai orang panggil ni Nissan Skyline R35 la, ape la, padehal da tak guna dah R R ni, GTR terus, no more skyline okay, woot!
Ni la juga kete sukan (sport) termahal dalam sejarah kete jepun, rege nak same dengan BMW M3, gila babas. Kat Msia tak silap aku yang baru dalam 600K, xtahu la sekarang wape. Masih all wheel drive, dan jika model R34 guna enjin rb26dett, dia guna enjin VR38DETT, da 3.8 liter kan, peh!

SEMAT KOTT! Ok papai!

ektuali ni first time aku kene tag, aku pon xphm camne nak men tag2 ni,hahaha
Ni dia soklan dia jawapan dia, walaupon aku rase ade sebab aku ditag oleh beliau. agak licik di situ,haha

Apa yang penting dlm hidup korang?  -Nyawa kot, pastu laptop, henpon, wifi, moto, duit,huh

Benda terakhir yg korang beli guna duit korang? 
-Nasi kot, kat desa IK
 
Dimanakah tempat korang akan melangsungkan perkahwinan dan apakah temanya?
-Di rumah, tema dia retro

Adakah korang sedang bercinta sekarang?
-Yes, aku bercinta dengan buku, esaimen,lap repot bagai

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?  
-Rasenye sampai bulan 5 kot, pastu putus 4 bulan.

Novel/buku/majalah terakhir dibeli? 
-Majalah KERETA

Namakan orang-orang yg korang nak dalam hidup korang? 
-Parent,kawan2,aweks,anaks

Adakah korang penah basuh baju sendiri  
- Yup, gua jujur ni jujai.

Dimanakah tempat-tempat yg korang betul-betul nak pergi? 
-Syurga..T.T

5 Lagu yang paling korang suka dan selalu dgr?  
-Not alone by linkin park
-Burning in the skies by linkin park
-You and i by secondhand serenade
-Something more by secondhand serenade
-Please dont go by mike posner

5 Blogger yg korang tag?
-pait
-syakira
-azwa
-Raihan
-Izzah

ok aku malas nak btaw kat wall korang, jadi kalo korang bace, taw la korang da kena tag,eh esok ade kuiz,mampuih la noe,babai

 

Siyes,aku punya basic kereta sangat sedikit. Mungkin sebab tak memiliki kete lagi. Tapi tak de la sampai xcam , xle beza antara Proton Inspira dan Mitsubishi Lancer GT. Kali ini aku nak menunjukkan perbezaan fizikal antara subaru version 1 sampai version 9 dan juga mitsubishi Evolution 1 sampai 9. Secara peribadi, aku meminati kedua-dua jenama tersebut, tetapi bagi aku Subaru atau Scooby lebih menarik minat aku kerana nampak rare, tidak seperti Evo yang memang berlambak atas jalan.

Mungkin kerana kurangnya pomen yang mahir pasal subaru, berbanding evo, menyebabkan tak ramai yang memilihnya menjadi bini kedua. Tak kurang juga bunyi yang bising dari enjin Boxer menyebabkan subaru kurang digemari (tapi siyes aku suka kot bunyi dia,macam kete jantan jer...)

Meh kita usha pe yang bezanya model dorang ni.

Evo 1-3
Sebijik cam wira model ni, memang wira base daripada model ini pun. Tapi yang paling stail, radikal dan glemer evo 3 la.

Evo 1





Evo 2





Evo 3

 
Perhatikan perbezaan pada spoiler


Evo 4-6
Proton tak ade yang base daripada model ni. Dengan bentuk yang agak ber'muscle', kete ni memang hensem.

Evo 4








Evo 5





Evo 6





Evo 7-9 .Ok, ni model yang paling aku suka, terutama model evo 9, memang hensem + tampan. Uish kalo tayang depan awek sambil bunyi turbo (kepish kepish), gila hensem.

Evo 7








Evo 8




Evo 9








Hensem kan? Meh usha scooby lak.

Scooby version 1-6
Actually, no significant different pasal outlook versi 1-6 ni, sebab tak silap aku, dia just upgrade parts and namakan ia versi lain. (kalo ade otai yang baca sila betulkan). Tak seperti evo yang setiap evolusi ada perbezaan yang nyata. Bandingkan versi 1 dan 6 di bawah,

Version 1





Version 6


Version 7-9.
Ok version tersebut sudah ada kelainan, dan semestinya yang paling hensem version 9.Haha

Version 7




Version 8




Dan yang paling hensem, Version 9








Ok selesai suda. Padan muka korang kena tunggu loading gambo kete yang belambak,aha ada aku kesah. Bagi aku, kereta itu seni dan hanya orang yang tahu menghargainya akan hargai ia,peh apee benda ntah aku cakap. Maybe len kali aku post pasal sejarah jenama ini lak. Korang tak suka pun tak pe, ade aku kesah? Hahaha!


Tanggal

Tanggal 21 Februari 2011, merupakan hari mengundi di USM Induk. Ia merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh para calon dan dinanti dengan penuh debaran, bersama secebis harapan untuk menang.

Memang

Memang, hari tersebut jugalah yang dinanti-nanti oleh pelajar. Bukan teruja mahu mengundi ataupun apa, tapi kerana lega kerana ia merupakan satu pengakhiran kepada gangguan yang diterima saban malam, dengan deruan ekzos motor dan juga hon-hon bersama-sama pekikan dan lolongan supaya menyokong parti masing-masing. Ini bukan sahaja menggangu mental, malah fizikal pelajar -pelajar apabila terpaksa berdepan semangat pilihan raya yang ditonjolkan oleh calon-calon.

Bakar

Ya, bakar, bukan merujuk kepada dialog hantu Kak Limah, ''kita bakor, kita bakor'' tapi membakar bendera dan juga banner pihak lawan seperti yang dilaporkan. Bagi penulis, mereka yang berkelakuan demikian tak ubah seperti kanak-kanak yang berebut gula-gula, sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai niat di hati. Bak kata pepatah, matlamat menghalalkan cara. Namun, adakah gula-gula yang mereka rebut itu?

Tidak

Bukan, tidak. Bukan gula-gula yang berharga sepuluh sen, namun amanah yang mereka rebut untuk pikul itu. Amanah, satu perkara yang mungkin dipandang ringan namun hakikatnya, ia adalah satu perkara yang paling berat di dunia ini. Kerana itulah anda akan disoal selepas kehidupan dunia nanti mengenai amanah yang kita pikul dan tahukah bahawa pemimpin yang tidak amanah, yang tidak memimpin rakyat ke jalan yang lurus adalah mereka yang paling awal dihumban ke dalam api neraka dan menjadi uunggun api di situ. Tapi, sedarkah mereka yang berlumba-lumba mendapatkan pangkat dan darjat dengan cara kotor itu akan beratnya amanah itu dan kesan-kesannya. Atau sekadar untuk mendapat kemasyuran dan gah sahaja?

Namun

Namun, mahu atau tidak, kita tak boleh lari dari amanah. Amanah itu bukan hanya apabila anda menjawat jawatan YDP, sekretariat. apatah lagi hanya bergelar bendahari sahaja tetapi apabila anda beagama Islam, anda sudah mempunyai amanah daripada Tuhan supaya memelihara kesuciannya dari semua aspek. Akan tetapi, bagi mereka yang sudah terpikul amanah daripada Allah dan juga daripada orang ramai, laksanakan amanah itu dengan baik. Ditujukan kepada saya dan juga orang lain.

Tin Kosong

Akhir kata, janganlah jadi seperti tin kosong, apabila diketuk bunyinya kuat tetapi isinya kosong, dan janganlah juga seperti tin yang penuh, banyak isinya tapi pabila diketuk tidak berbunyi menunjukkan anda hanya tahu bebuat kerja, tapi kerja yang dilakukan hanya bermanfaat untuk diri sendiri sahaja. Tetapi jadilah seperti tin yang separuh penuh, ada isi tapi pabila diketuk juga berbunyi.  Renung-renunngkanlah.


p/s : bapak skema post ni,aha. Just nak cari mood selepas study, esok quiz,aha wish me luck =)

Seperti yang saya janjikan, tibalah kita ke segmen mari bercakak klelate part dua sebagai sambungan kepada part 1.
Tujuan entri kali ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai kata penguat dan juga kata adjektif yang biasa digunakan di kelate.

Buang Mangsa

Jadi tanpa membuang mangsa lagi, mari kita hayati pelajaran di bawah,peh =.=''

Kata penguat

  • gitu mo lalu = sampai begitu sekali
  • do'oh lalu = agak keterlaluan 
  • sengoti = betul-betul
  • sunggoh = serius!
  • tobat eh = serius!, tak tipu
  • dan banyak lagi yang aku tak terlintas pada masa ini...
 Contoh ayat : sengoti eh aku jupo Ferrari tadi, tobat eh
 Maksud ayat : betul, serius aku ternampak Ferrari tadi, tak tipu ah.


Kata penguat bagi sesuatu kata sifat

  • manis letin = amat manis
  • tawar ebe = amat tawar
  • masam purit = amat masam
  • masin perak = amat masin
  • ite legea = amat hitam
  • putih seppul = amat putih
  • merah merrea = amat merah
  • kuning nehe = amat kuning
  • busuk banga\kohong = amat busuk
  • kilat maca = amat berkilat
  • kemah keming = agak mantap
  • dan banyak lagi yang aku tak terlintas pada masa ini...
 Contoh ayat :  manis letin gulai hok mu wat ni....
 Maksud ayat : gulai yang awak buat ni sangat manis....

p/s : sebutannya mungkin agak pelik, seperti masin perak, bukan disebut seperti negeri perak, namun e disitu disebut seperti menyebut 'senang'. Dan banyak lagi sebutan-sebutan lain yang pelik dan susah disebut, jadi bantuan daripada mereka yang pure kelate diperlukan,hehe =_=''

Jadi setakat itu sahaja untuk kali ini, jumpa lagi di waktu dam tempat yang sama,woot!! gaga


Okey, kali ini aku nak post tajuk yang agak santai, xmo berat2 iaitu mari bercakak kelate. Jadi bagi mereka yang nak belajar benda baru @ gf/bf masing2 orang kelantan dan bakal mendapat mak mertua kelantan, jadi ape salahnya kita belajar benda baru ye,hahaha. Lagipun kalo ade orang kutuk korang dalam bahasa kelate, korang leh paham sikit sebanyak kan,gagaga. Jadi sebagai permulaan aku just bagi maksud perkataan asas saje okaieh?haah

Definisi

Kelantan dengan Siam ibarat budu dengan nasi, tak boleh dipisahkan bagi sesetengah orang(aku tak la suka sangat dan tak la xsuka sangat, tengah2 gitu ).
Nape aku cakap gitu? Sebab bahasa kedua-dua tempat ini hampir sama cuma yang berbeza hanyalah nada sahaja.
Namun ia hanya tertakluk kepada siam  bahagian Takbai, Yala, Pattani dan kawasan selatan Thai yang lain je, kawasan lain memang bahasa pure Thailand a, aku pon xpaham.

Bahasa mudah

Jadi bahasa mudahnya, senang sahaja untuk menguasai bahasa kelate ni, dan ramai yang dah tahu, cuma gantikan akhiran an kepada e, contoh mudah ikan jadi ike, makan jadi make. Berbeza dengan terengganu yang senonim dengan akhiran ang, contohnya ikang, makang dang sebagainya. Ia juga sering dipendekkan seperti 'selepas ini' ------> pah ni, 'nak pergi'-----> nok gi dan banyak lagi.

Namun

Untuk memahaminya agak mudah, namun untuk menguasainya sedikit susah. Hal ini kerana terdapat banyak kata adjektif dan juga kata penguat yang juga perlu dikuasai selain vocab. Tu tak termasuk bahasa inggeris dikelantankan. Tapi tidak mengapa, sama-sama kita kuasai nanti (peh ayat aku)

Perkataan Asas

  • kawe\ambo = saya
  • demo = awak
  • sek mu\puak mu = korang
  • tok nye = moyang
  • ayoh = ayah
  • mok\mek = mak
  • abe = abang
  • kak = kakak
  • mok daro = mak saudara
  • pok daro = bapa saudara
  • pupu = sepupu
  • tok tuo = mertua
  • worih = waris
  • gu\saim = kawan
  • gewe = gf\bf
Jadi setakat itu sahaja tutorial berkacak, eh bercakak kelate aka berkecek kelate, nak belajar lagi tunggu episod seterusnya,peh

p/s : xde such word bercakak kelate, yang ade hanyalah berkecek, kalo ganu mungkin. peace!

Entri kali ni just gambar, yang spesel aku letak dalam blog ni menunjukkan peringkat penubesaran aku bersama EnfaGrow...


Pepandai la cari mane aku,peh...........



Assalamualaikum,salam 1 Malaysia.peh da macam berita TV1 da, Sebonaie,xde benda pon nak post,saje nak penuhkan entri bagi nampak cam akitf skit,bahahaa.

Seperti yang kita tahu,hari ini(14 feb 2011) merupakan hari Valentine's Day yang mana sejarahnya memang tidak asing bagi kita dan macam-macam versi juga kita dengar. Yang peliknya,ade sesetengah blog ni macam nak pertahankan Valentine's Day ni, ade yang cakap ia just sekadar hari sahaja, macam hari AIDS sedunia dan sebagainya, jadi kenapa nak kecoh-kecoh. Pemikiran sebegini sebenarnya bahaya pada pandangan saya sebab ia macam menghalalkan hari tersebut  untuk disambut dan apatah lagi jika ia diterima oleh remaja-remaja kita.

Okeh,ia memang same, hari AIDS pun mat saleh yang buat, Valentine's Day(VD) pun same, tapi ape implikasi kita menyamakan kedua-dua hari ini. Hari AIDS xpe la,ia just nak menyedarkan tentang bahaya AIDS,  namun bagaimana pula dengan VD ni, yang kita tahu ianya hari berkasih-sayang bagi pasangan kekasih umumnya (jarang saya dengar yang da kawin sambut benda ni).

Ya, kita tahu tanpa  VD pon maksiat jalan je,hotel dan motel murah penuh je, tapi perlukah kita memburukkan lagi keadaan. Tengok saje statistik kat akhbar pasal kes-kes cekup pada hari-hari tertentu macam ni. Lebih banyak dari hari biase kot.

Jadi, ape masalahnya VD ni? Contoh mudah, ade satu pasangan kapel ni, yang xpernah buat ape-ape, dan bila tibanya VD si jantan bertanya,'yang,kita nak buat ape ye sempena VD ni?'' Si perempuan cakap ikut yang la. Si jantan berkata lagi,''ape kata yang derma dara yang kat abang malam ni,baru abang percaya kat cinta yang''peh.

Jadi kita nampak di sini yang VD boleh initiate benda2 macam ni. Cukup-cukup la dengan malam tahun baru, malam merdeka yang terkenal dengan malam menyemai benih di sawah. Hasilnya? Em tuai saja dalam parit, tong sampah, tandas, dan yang baik sikit masjid 9 bulan kemudian. Tak percaya? tengok saja 9 bulan dari sekarang.

Tapi rasenye pengetahuan masyarakat tentang hukum menyambut VD ni pun da semakin tinggi, namun bagi mereka terutamanya budak-budak sekolah yang baru nak kenal dunia(budak U dan kolej pun ramai je), mereka tidak peduli tentang sangat tentang hukum hakam ni. Nanti da boroi baru nak gelabah sana sini,ceit.

Jadi begitulah gelagat remaja kita zaman ini, terlalu lalai dengan hiburan dunia dan pemimpin sepatutnya peka keadaan ini jika pemimpin itu benar-benar pemimpin yang amar makruf nahi munkar. Bagusla, mereka banyak memberikan initiatif bagi mengatasi masalah ini,seperti bukak Baby Hatch la, pendidikan seksual kat dudak darjah satu la, tapi percayalah,jika kita tak kembali kepada asas islam, semua itu macam sia-sia saja. Langkah mudah,tutup saje premis pusat hiburan di ibu-ibu kota. Kalo tak nak pun,kurangkan pun da memadai, bukannya nak lanjutkan tempoh perniagaan.  Usah lah memberi alasan bahawa pusat hiburan itu dibuka untuk pelancong sahaja, kononnya  nak tingkatkan industri pelancongan. Eh pelancong datang ke sini bukan untuk teguk ayak kencing tu a, kat negara depa pun da banyak alah tu, nak buat mandi pon boleh(amboih,cakap kedah jap) Yang paling aku ralat, ade member aku, ex sekolah menengah dulu, posing pegang arak, pe cer, mengucap je aku tengok bhai. Mungkin kawan aku ni salah seorang pelancong di mata mereka. Dunia nak kiamat tol a.

Pape pun,selamat menyambut Maulidur Rasul okeh walaupun bidaah sebab nabi tak sambut pun, tapi apa salahnya kita sambut dengan mengingati Baginda, jadi ia akan jadi bidaah hasanah. Okie adios =)

USM Bloggerz