Tragedi Kebun Getah...

Posted by Azman - -

Hari itu, rabu, 11 April 2012, sekembalinya aku di kampung halaman, namun tanpa sempat aku merehatkan badan, aku diajak oleh emak, untuk ke kebun getah nun terbiar di Pasir Puteh, untuk mengukur tanah katanya.

Walaupun sedikit kepenatan kerana tidak mempunyai tidur yang cukup, namun aku gagahi jua. Lantas aku menyambar beg kameraku, manalah tahu, kalau-kalau terjumpa ray of light dalam kebun, cantik juga.

Dalam lingkungan pukul 10 pagi, kami sampai bersama dua orang juruukur dengan dua Pajero, satu abang aku punya, dan lagi satu, juruukur punya.

Tanpa membuang mangsa, aku terus buka beg kamera dan terus, SNAP SNAP dan SNAP. Tapi, dia punya binatang parasit, iaitu pacat, jangan ceritala beb. Macam gampang. Sampai sekarang pun dia punya kesan gigitan tak hilang lagi, dah lah gatal. Aku fikir, daripada derma darah dekat pacat, baik derma darah dekat b.e, dapat juga duit, wakakakka.

Lama selepas itu, kami keluar dari kebun getah itu disebabkan beberapa hal, meninggalkan juruukur melakukan tugasnya.

Sekembalinya kami ke tempat tersebut, kami mendapati Pajero milik juruukur tersebut sudah tiada. Agak menghairankan kerana tugas mengukur masih belum siap.

''Takkan sudah balik'', getus abang aku.

Rasa bersalah mula bertapa di hati, kerana meninggalkan juruukur tersebut tanpa memberitahu terlebih dahulu, mungkin mereka fikir kami sudah balik.

''MATI!!'' Jerit seorang pakcik berhampiran di situ.

Kami hairan, kejadah pakcik ni, tiba-tiba jerit mati, buat lawak apa.

''ADA ORANG MATI!'' Sambung pakcik tersebut.

''TU,  kawan yang bawak Pajero tu mati, ada kat bawah sana!'' Sambungnya lagi.

Sah, juruukur itulah yang dimaksudkannya. Tanpa membuang masa, kami bergegas ke tempat kejadian, dan melihat mayat terbujur kaku, biru pucat mukanya. Innalillah, sebak terasa di dada, baru sebentar tadi kami bersalaman, mendengar dia berbual dengan emak dan abang, kini dia sudah tiada. Allahuakbar, begitu cepat nyawanya diambil.

Tak lama selepas itu, anaknya datang selepas dihubungi, menangis ditempat kejadian sebelum ditenangkan oleh orang ramai, dan sejurus selepas itu, polis datang mengambil butiran peribadi arwah.

Disebabkan keadaan berbukit, aku dan seorang pakcik terpaksa naik ke atas van polis, untuk memegang stretcher mayat ketika mayat dihantar ke hospital, takut menggelungsor kata polis. Bermacam perasaan bermain di hati, terpaksa ditelan. Nasib menyebelahi aku ketika di pertengahan jalan, kami berselisih dengan kereta sanak saudara mangsa, dan mereka menawarkan diri untuk menggantikan aku memegang stretcher tersebut.

Di bawah merupakan gambar-gambar yang mempunyai cerita, cerita yang akan terus segar di mindaku...




Kembara 4x4

Ray of Light

Getah Origin


Tree

Tong

4 Responses so far.

  1. aNeEs says:

    pastu pajero dia g mna??

  2. Azman says:

    ada, kawan dia bawak balik...

  3. aNeEs says:

    x2.. mksud ak pas ang tgk pajero dia x da awai2 tu?? huhu arwah mninggal sbb ap? bkn kes bunuh kn..

  4. Azman says:

    oh, masa tgk xde tu sbnarnya dia pergi parking lagi jauh ke dalam, selepas dia pergi panggil orang kampung.
    meninggal sebab sakit jantung rasanya, wallahua'lam

USM Bloggerz