Fotografi, boleh menjadi satu bidang yang agak lumayan, dan mampu menjadi sumber pendapatan jika kena caranya. Aku ada seorang kenalan, yang cari makan dengan fotografi, mempunyai peralatan kamera bernilai RM 20,000 untuk mengambil gambar perkahwinan, dan juga seorang jurugambar yang mengenakan cas RM6000 untuk satu pakej fotografi untuk perkahwinan.
Namun, yang aku kesalkan ialah, etika ketika berfotografi. Yelah, kalau ambil gambar pengantin ni, macam macam jenis ada, ada yang baju ketat, free hair, baju nipis, macam-macam pesen. Posing pulak tak nak biasa-biasa, ada terguling-guling, ada panjat pokok, ada yang psomg dalam air la, pastu share photo dalam facebook, terbaik, orang ramai pun tengok dengan suka hatinya. Dan yang duduk tertunggeng-tunggeng mengambil gambar nikah ni pun, turut ada saham juga, saham dosa. Rasanya berlambak ustaz-ustaz di dalam internet mahupun di luar sana, menyatakan hukum mengambil gambar sedemikian. Nak cakap tak tahu, salah sendiri la kan, sibuk sangat kejar duniawi, ekekekeke.
Nak bergambar untuk kahwin tak salah, asalkan pakaian okay, posing pulak tak melampau sangat. Nak tergolek-golek sangat, boleh, tapi pastikan jurugambar itu daripada mahram kita, contohnya.
Aku bukan apa, cuma sedikit ralat. Ralat dengan bakat dan juga skill yang ada, digunakan untuk mengambil gambar-gambar sedemikian. Apa salahnya kita buat syarat kepada pelanggan, jika mahukan khidmat kita, wajib berpakaian tutup aurat dan tidak berposing berlebih-lebihan. Mungkin rugi la sedikit sebab pelanggan tak suka, tapi apa salahnya rugi sedikit asalkan rezeki itu halal, ye dop?
Lagi satu, kemunculan trend baru, trend semua mahu jadi model, model wannabe atau model fesbuk. Model ini biasanya dirujuk sebagai talent, atau bakat dalam bahasa melayunya, bakat celah mana aku pun tak tahu, tayang muka dan bodi je lebih. Macam-macam pesen, ada yang rasa muka photogenic, free hair terus, ada yang konon-konon stail muslimah, dengan shawl-shawl pe kejadah semua. Yang bajet model pro tu tok sah cakap la, pakaian main orang bagi je, ketat sana sini, pastu buat muka kelat, bajet photogenic habis. Yang bajet muslimah pulak, dengan bajunya terang benderang, bibir merah menyala, mekap 1 inci, xde hal, muslimah punya pasal, padahal tabarruj. Pastu buat fan page buat blog, lepas femes tayang muka ni, berduyun-duyun orang like gambar, lawat blog, secara automatik dapat buat duit juga, femes lagi, silap-silap haribulan, keluar surat kabar, femes you.
Trend macam ini yang aku ralat sebenarnya, semacam ia adalah perangkap samar dalam fotografi. Yang terperangkap, orang islam juga. Berfotografi itu baik, asalkan tidak tersasar dari landasan yang betul. Suka aku melihat prinsip Ustaz Azhar Idrus dalam berfotografi, apabila ada orang bertanya, kenapa selalu upload gambar-gambar pokok, bangunan, dia menjawab'' dah daripada tengok gambar-gambar perempuan, baik kita tengok keindahan alam, dapat juga mentauhidkan diri kepada Allah''.
Namun, aku yakin, kesedaran itu kian tersebar. Baru-baru ini aku berkunjung ke satu forum fotografi, dan salah satu threadnya ialah mengenai outing sambil berbincang mengenai batas-batas berfotografi dalam Islam, yang aku rasa sangat baik, dan wajar diteruskan.
Aku cuma insan yang kerdil dalam fotografi, cuma aku terasa ralat apabila fotografi itu seakan disalah gunakan, dengan mengikut hawa nafsu yang tidak ada kesudahan. Apa yang kita dapat dengan gambar-gambar sedemikian, kepuasan orang puji gambar awek duduk libas rambut di pantai itu cantik? femes bila dapat jadi model fesbuk dan blog?
Apa yang pasti, banyak lagi keindahan yang tuhan ciptakan di alam ini, selain dari kecantikan lenggok badan seorang yang bergelar wanita.
Ok bai, aku nak makan.
terbaik... antara sebab yg aku penah dengar bila org mula berjinak-jinak dalm mmbeli kamera mahal : "boleh buat duit"... hehehe
haha, mmg betol boleh buat duit, tp asalkan melalui cara yang x melampaui batas, hoho
oke, 100% agreed with ur opinion..
bukan nak kata saya nie terlalu baik, sampai nak cakap benda nie dosa or salah di sisi agama..
tapi, kita sendiri boleh pikir, apa actually benefit yang dapat from amek gambar konon2 "talent" tuh..?
thts not the point nak cakap saya jeles ke ape.. defntely not! -.-
ye, saya tahu saya x cukop cantek nak jadi macam tuh..plus, saya juga xnak pon jadi macam tuh..
frankly i said, benda tu macam sia2..
lagha.. dosa lagi ade lahh..
sexy2.. sampai nak terkeluar sana sini.. then photoG pun captured gmbr..
dua2 share dosa.. tu x masuk lagi orang ramai yang tengok kat fb lagi kan..?
think twice!
reason shot pict mcm nie just naK sharp kan skill as photographer..? banyak lagi gambar yang boley amek kan..??? =.=
as u wrote.. mcm ustaz azhar cakap..
dah daripada tengok gambar-gambar perempuan, baik kita tengok keindahan alam, dapat juga mentauhidkan diri kepada Allah''. cuba pikir, memang betul pon apa yang dia cakap..
tenkiu sebab sependapat dengan saya, tapi ye la, orang susah kita nak tegur kan, lagi2 bila benda tu sudah sebati dengan kita, jadi periuk nasi kita, kan. Namun dengan ada kesedaran, tak mustahil untuk berubah sebenarnya...