Selamat Pengantin Baru

Posted by Azman - -

So, out of ten, aku seorang saja tak kahwin lagi! (gila gangster intro, tak ada tomakninah langsung)

Baru bulan 12 tahun lepas kakak aku kahwin, sekarang abang aku pula yang kahwin. Sebenarnya, perkahwinan abang aku ni kind of surprise jugak lah. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba cakap nak kahwin.

Tapi tak kisah lah kan, benda baik elok dicepat-cepatkan. Jadi, dipendekkan cerita, maka berkahwinlah mereka berdua. Kebetulan pula mereka kahwin ketika aku study week, so balik pun kejap sahaja. Tak puas!

Berbeza dengan perkahwinan abang kakak aku yang lain, yang mana ketika itu, aku hanya sebagai budak angkat lauk sahaja. Namun kali ini, aku mendapat request daripada abang aku aka pengantin baru, supaya aku menjadi jurugambar, atau photographer, atau poyographer ketika majlis tersebut. Kalau fotografer tak rasmi aku tak kisah sangat, ni sebagai jurugambar rasmi. Aiseh.

Kelengkapan bukan tak ada, ada, tapi sekadar mencukupi saja lah. Boleh lah setakat nak cover basic tuh. Kamera, lens, flash, semua ada. Satu saja yang kurang, iaitu keyakinan. Wahahaha. Yelah, mau tak menjadi gambar tu, mati gua.

So, berbekalkan ilmu yang tak seberapa, aku gagahi jua demi memenuhi permintaan abang aku. Jadi, dipendekkan lagi cerita, maka berakhirlah majlis perkahwinan dengan jayanya. Aku pula mendapat pengalaman baru sebagai poyografer kahwin. Gosh.

Jadi, sebagai kesimpulannya, aku seorang saja tak kahwin lagi. Ikutkan hati memang nak kahwin sekarang juga, tapi bila difikirkan, aku belum bersedia dari segi zahir mahupun batin untuk menjadi suami orang. Wohaaaa!!

Jadi di sini sedikit gambar perkahwinan abang aku, memang sikit, tak sempat nak edit semua. Bizi exam katekan. Watermark pun tak sempat bubuh. K babai.

Err kalau tak sharp, silalah pergi ke page Flickr aku, untuk paparan HD kunun-kununnya. 









4 Responses so far.

  1. pha is says:

    HD kunun-kununnyer la.. hahaha...
    wei, aku kawen nnti aku chop siap2 ko jadi poyografer boleh? hahaha

  2. Azman says:

    xbley janji la, nanti keje bizi, nak jadi poyografer kena banyak komitmen. HAHAHAH

  3. Mon Ashmy says:

    bab keyakinan tu aku setuju..cuak gila bila org soh amik gmbr majlis rasmi ni..

  4. Azman says:

    tu lah, yang penting kena minimize error. Kalo x, memang hampeh la, haha

USM Bloggerz