Nasib Baik

Posted by Azman - -

Adoi laparnya...

Tak ada, aku just nak cerita, pasal satu group Facebook ni, group DSLR Malaysia - 1 Hari 1 FOTO.

Untuk pengetahuan korang, group ni agak popular, dan ramai otai atau pro-pro yang join. Kalau tak silap aku, sebanyak 11 ribu member yang join group ni. Dan karya yang dikongsi pula memang berkualiti dan kreatif. Memang kalau aku boring, memang aku layan je gambar-gambar kat situ, memang cun semuanya.

Group ni macam perkongsian gambar, dan semua orang boleh menghantar satu gambar sahaja dalam satu hari, kadang-kadang perlu mengikut tema yang diberikan. Dan admin group itu akan menilai gambar yang terbaik dan mengikut tema yang diberikan( jika ada tema).

Nak dijadikan cerita, tema pada hari itu ialah tema warna merah. Dan aku pun sesaja mencuba nasib. Bukan niat nak menang, cuma nak tahu pandangan atau kritikan daripada mereka yang biasa menilai gambar, apa yang silap, apa yang tak kena. Nak belajar daripada kesilapan.

Jadi aku pun berkongsi gambar seperti dibawah ini.



 Nak dijadikan cerita lagi, gambar aku terpilih sebagai gambar pilihan, di samping gambar-gambar lain. Alhamdulillah. At least, kalau gambar aku ni mampu memberikan 'joy' kepada sapa yang melihat, itu pun sudah cukup baik. Lagipun, bak kata Ustaz Azhar Idrus, kita juga boleh berdakwah melalui gambar, misalnya gambar kita itu dapat menyebabkan orang lain mengagumi keindahan ciptaan Ilahi, kita juga dapat pahala. Cuma gambar aku tak ada sampai tahap itu, newbie dan noobie je lagi.

Ni printscreen dari group tersebut.



Untuk pengetahuan korang juga, ni gambar kedua gambar aku terpilih dalam group ni. Alhamdulillah. Jadi bukan aku nak cakap aku hebat, aku newbie sangat je, kamera pakai tak sampai setahun, cuma bila karya yang kita kongsi itu dapat memberikan 'joy' kepada yang melihatnya, itu sudah cukup bagus bagi aku. Dan bagi aku, itulah peringkat yang semua yang meminati fotografi mahukan, supaya gambar kita itu dapat bercerita, dan mungkin dapat meredakan tension atau stress or whatnot.

Tapi tak semua macam aku cakap itu, tak semua menghargai nilai satu gambar. Let say aku share dekat Facebook satu gambar Dome Nikong yang bagi aku lawa, emotional, dan ada cerita, tak semua orang akan cakap uish lawanya gambar ni, dramatiknya. Tapi most of the time, gambar yang ramai orang like ialah gambar talent atau model seksi duduk berposing, what the f...man?

Eh sudah sudah, kan aku cakap lapar ni, duk membebel lagi, dah nak makan ni,lain kali pulak. babai.

4 Responses so far.

  1. Pha Is says:

    huntong laa... hahaha

  2. Azman says:

    ape yang huntong tah, haha

  3. izsy says:

    like seriously. gambar yang aku ambil dan share kat instagram yang aku rasa awesome gileee mesti tak ramai orang like.

    tapi sebab aku share sebab nak bagi diri sendiri happy, so takde laa kesah mana.

    smart juga gambar volvo ni :)

  4. Azman says:

    haha. gambar cantik tak semestinya kena ramai orang like, ramai orang cakap cantik, asal kita suka gambar kita, tu sudah cukup baik. huhu :D

USM Bloggerz