Instagram

Posted by Azman - -





La nie semua duk pakat pakai henpon mahal, semua kayo, den jugak yang pakai henpon murah.

Biasalah, iPhone dengan Android ni, yang best nye dekat application je. Banyak.

Tapi, dalam banyak-banyak tu, ape yang paling ramai duk pakai, share dekat Fesbuk ialah Instagram.

Ya, Instagram.

Instagram is a free photo sharing program launched in October 2010 that allows users to take a photo, apply a digital filter to it, and then share it on a variety of social networking services, including Instagram's own.A distinctive feature confines photos to a square shape, similar to Kodak Instamatic and Polaroid images, in contrast to the 4:3 aspect ratio typically used by mobile device cameras.
 Instagram ni unik, sebab kita boleh buat komuniti kita sendiri. Tapi yang best Instagram ni, kita boleh apply filter sendiri. Kira tak payah ada Adobe Photoshop, Adobe Lightroom pun boleh pakai.Effect vignette, sephia, semua ada. Tak payah susah-susah belajar photoshop lightroom bagai.

Tapi, biasalah, mesti ada pros dan cons jugak kan Instagram ni.

Pros:
  1. Menggalakkan mereka meminati fotografi. Manalah tahu, kot-kot terbit minat untuk belajar mendalam dan bergiat serius.
  2. Boleh belajar kompo.
  3. Senang letak efek.
  4. Boleh bersosial.

Cons:
  1. Malas belajar editing. Jadi, ilmu tak berkembang sebab tak belajar benda baru. Tapi bagi yang tak serius, suka-suka, it's okay.
  2. Pencemaran gambar. Yelah, buat muka duckface letak dalam instagram ape benda. Lagi satu, kalau popuan, depa suka amik gambar kasut, duduk keliling pastu ambil  gambar kasut. I mean, err, but why?
  3. Semua gambar main letak filter, efek sephia apa semua. Sesetengah ok la efek tu, tapi bila semua, err... Efek atau tone bagi aku, just untuk highlight mood gambar tu saja, ni sampai makan nasi pun letak efek sephia ? Err ok fine, ada aku kisah.

Aku bukan anti Instagram, sila jangan salah paham. Aku pun cakap, ada pros dan cons kan. Kalau kira, aku sendiri pun nak instal, tapi apakan daya, henpon cap hayam. Dan pro fotografer pun pakai instagram, sebagai contoh, Dome Nikong, lawa je gambarnya.

So, gunakan teknologi dengan sepatutnya, dan kalau dah rasa terer pakai instagram, boleh lah cuba pakai yang lebih advance, kamera kompak, kamera hybrid etc. Dan cuba pula edit sendiri. Dari situ, kita akan dapat lebih kepuasan, berbanding menggunakan preset yang ada. Cuba jadi lain dari yang lain.

Btw, ni contoh gambar kasut yang aku maksudkan, hehe. Kalau satu tak pe, ni ramai pulak, kat mana-mana pun, probability untuk dorang posing begini sangat tinggi. Sebab apa tu kena tanya popuan laa, ehehe. Tapi kalau ada yang baca ni suka buat begitu, jangan terasa pulak, jangan tacing pulak, ini sekadar gurauan sahaja. Ekekekeke



6 Responses so far.

  1. pha is says:

    gambar kasut tu sbb diorg tgh main polis entry la tuh.. tengah bahagi kumpulan, sapa polis dan sapa pencuri... hahaha

  2. Azman says:

    ish xkot, dorang nak banding, kasut sapa lagi bersih, err...

  3. sekarang semua dah maju.. nak edit pape pun senang :)

  4. Azman says:

    hoho, betul. If pilih cara senang, senanglah. If pilih susah sikit,mcm photoshop lightroom bagai, susah lah sikit. Tapi lebih kepuasan, wahahaha

  5. emm untuk orang malas belajar edit susah2 macam aku kira okay laa.. sebab2 takmo beli DSLR: berat, mahal, dan mak aku tak kasi -.-"

    tapi kat samsung aku pun penuh photo editing apps. kira okay laa. dapat gak edit2 gambo bagai.

    alaa, pilihan terakhir kat tangan sendiri, ye dop. asalkan puas hati, sudah. huhu

  6. Azman says:

    haha, betul3 :)

USM Bloggerz