Archive for June 2012

Aku tahu fesyen sekarang pelik-pelik. Lagi-lagi perempuan. Laki steady je.

Dulu yuna lah, tajima lah. Ok ikutlah, aku tak kisah lagi, ni sampai pakai cekak rambut atas dahi ape cer?

Kalau korang dah cantik, tak perlu push beyond the limit sangat. Pakai simple, bedak sikit-sikit, then senyum semanis mungkin, mungkin akan nampak manis.

Tak perlu lah pakai cekak rambut bagai atas dahi.... =.=


Haha, okay, call me outdated, ada aku kisah?

p/s:  lagipun benda aksesori macam ni dah dikira tabarruj, mengikut UAI, kalau pakai tudung saja xpe, sebab nak tutup aurat. So kalau pakai tudung pastu cantik xpe, tu bukan tabarruj. Tapi bila lepas pakai tudung tambah plak benda2 yang tak perlu, untuk menarik perhatian orang, so it is tabarruj. Correct me if im wrong.

p/s 2: lagipun korang tak rasa sakit ke benda tu tercekik dekat dahi korang, lepas bukak tudung, mesti tinggal jalur merah atas dahi. Haha ish ish ish, punya la desperate nak cantik ye :P

Adoi laparnya...

Tak ada, aku just nak cerita, pasal satu group Facebook ni, group DSLR Malaysia - 1 Hari 1 FOTO.

Untuk pengetahuan korang, group ni agak popular, dan ramai otai atau pro-pro yang join. Kalau tak silap aku, sebanyak 11 ribu member yang join group ni. Dan karya yang dikongsi pula memang berkualiti dan kreatif. Memang kalau aku boring, memang aku layan je gambar-gambar kat situ, memang cun semuanya.

Group ni macam perkongsian gambar, dan semua orang boleh menghantar satu gambar sahaja dalam satu hari, kadang-kadang perlu mengikut tema yang diberikan. Dan admin group itu akan menilai gambar yang terbaik dan mengikut tema yang diberikan( jika ada tema).

Nak dijadikan cerita, tema pada hari itu ialah tema warna merah. Dan aku pun sesaja mencuba nasib. Bukan niat nak menang, cuma nak tahu pandangan atau kritikan daripada mereka yang biasa menilai gambar, apa yang silap, apa yang tak kena. Nak belajar daripada kesilapan.

Jadi aku pun berkongsi gambar seperti dibawah ini.



 Nak dijadikan cerita lagi, gambar aku terpilih sebagai gambar pilihan, di samping gambar-gambar lain. Alhamdulillah. At least, kalau gambar aku ni mampu memberikan 'joy' kepada sapa yang melihat, itu pun sudah cukup baik. Lagipun, bak kata Ustaz Azhar Idrus, kita juga boleh berdakwah melalui gambar, misalnya gambar kita itu dapat menyebabkan orang lain mengagumi keindahan ciptaan Ilahi, kita juga dapat pahala. Cuma gambar aku tak ada sampai tahap itu, newbie dan noobie je lagi.

Ni printscreen dari group tersebut.



Untuk pengetahuan korang juga, ni gambar kedua gambar aku terpilih dalam group ni. Alhamdulillah. Jadi bukan aku nak cakap aku hebat, aku newbie sangat je, kamera pakai tak sampai setahun, cuma bila karya yang kita kongsi itu dapat memberikan 'joy' kepada yang melihatnya, itu sudah cukup bagus bagi aku. Dan bagi aku, itulah peringkat yang semua yang meminati fotografi mahukan, supaya gambar kita itu dapat bercerita, dan mungkin dapat meredakan tension atau stress or whatnot.

Tapi tak semua macam aku cakap itu, tak semua menghargai nilai satu gambar. Let say aku share dekat Facebook satu gambar Dome Nikong yang bagi aku lawa, emotional, dan ada cerita, tak semua orang akan cakap uish lawanya gambar ni, dramatiknya. Tapi most of the time, gambar yang ramai orang like ialah gambar talent atau model seksi duduk berposing, what the f...man?

Eh sudah sudah, kan aku cakap lapar ni, duk membebel lagi, dah nak makan ni,lain kali pulak. babai.

So, out of ten, aku seorang saja tak kahwin lagi! (gila gangster intro, tak ada tomakninah langsung)

Baru bulan 12 tahun lepas kakak aku kahwin, sekarang abang aku pula yang kahwin. Sebenarnya, perkahwinan abang aku ni kind of surprise jugak lah. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba cakap nak kahwin.

Tapi tak kisah lah kan, benda baik elok dicepat-cepatkan. Jadi, dipendekkan cerita, maka berkahwinlah mereka berdua. Kebetulan pula mereka kahwin ketika aku study week, so balik pun kejap sahaja. Tak puas!

Berbeza dengan perkahwinan abang kakak aku yang lain, yang mana ketika itu, aku hanya sebagai budak angkat lauk sahaja. Namun kali ini, aku mendapat request daripada abang aku aka pengantin baru, supaya aku menjadi jurugambar, atau photographer, atau poyographer ketika majlis tersebut. Kalau fotografer tak rasmi aku tak kisah sangat, ni sebagai jurugambar rasmi. Aiseh.

Kelengkapan bukan tak ada, ada, tapi sekadar mencukupi saja lah. Boleh lah setakat nak cover basic tuh. Kamera, lens, flash, semua ada. Satu saja yang kurang, iaitu keyakinan. Wahahaha. Yelah, mau tak menjadi gambar tu, mati gua.

So, berbekalkan ilmu yang tak seberapa, aku gagahi jua demi memenuhi permintaan abang aku. Jadi, dipendekkan lagi cerita, maka berakhirlah majlis perkahwinan dengan jayanya. Aku pula mendapat pengalaman baru sebagai poyografer kahwin. Gosh.

Jadi, sebagai kesimpulannya, aku seorang saja tak kahwin lagi. Ikutkan hati memang nak kahwin sekarang juga, tapi bila difikirkan, aku belum bersedia dari segi zahir mahupun batin untuk menjadi suami orang. Wohaaaa!!

Jadi di sini sedikit gambar perkahwinan abang aku, memang sikit, tak sempat nak edit semua. Bizi exam katekan. Watermark pun tak sempat bubuh. K babai.

Err kalau tak sharp, silalah pergi ke page Flickr aku, untuk paparan HD kunun-kununnya. 









USM Bloggerz