Archive for July 2011

Trend yang sedang menular di sebelah Eropah iaitu Planking. Bagi sesiapa yang kurang mengetahui apa itu planking, sebenarnya ia merupakan satu perbuatan yang menuntut si pelaku supaya berbaring mengadap lantai dan berpura-pura menjadi papan. Lepas itu muat naik gambar di laman Facebook, kiranya nak menunjuk sapa lagi terer lah kononnya. Ia tak mengira tempa, dalam tandas, atas bumbung, tengah jalan semua boleh. Err agak bodos di situ.




Namun, namun, dan namun. Sebagai rakyat Malaysia aku bangga, kerana kebiasaannya kita akan tiru Omputih, tapi dalam hal ini, Omputih yang tiru kita. Yes, planking sudah lama wujud dalam jiwa kita dan mungkin sudah lapuk. Bukti? Tengok ini

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Yeah, sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya BANGGA!!!

p/s: ada satu lagi nama dia owling, rupanya buruk, seperti orang duduk di tandas mencangkung. Tak percaya cuba google.

Peh tajuk gua, dah macam slogan Akademi Fantasia pun ada. Tapi begitulah, tajuk kena sesuatu yang terawang-awangan, ibarat sang penunggu di celah-celahan kabus, nampak tapi samar-samar. Begitu juga halnya Misteri Nusantara, yang sentiasa menyelubung diri pengacara Zainal Ariffin Ismail dengan kabus, namun dia masih menasihati orang supaya jangan diselubngi misteri... Woi! Ape aku merepek nih. Hoop sori la, aku dah lama tak membebel kat blog sendiri, rindu blog i ketat-ketat. Weh dah-dah, sebelum aku melalut lebih panjang, apakata kita terus ke tajuk gua hari ini.

Sehari dua ni aku terbaca mengenai sebuah pusat penjagaan bayi terbiar, atau lebih dikenali sebagai OrphanCare yang menawarkan perkhidmatan Baby Hatch. Walaupun ia sudah agak lama, namun aku pasti, masih ramai yang tidak tahu tentangnya. OrphanCare aialah sebuah pertubuhan NGO yang diasaskan pada 2008, dengan kerjasama HRH Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom dan juga Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan. MOtif penubuhannya adalah untuk memberi perlindungan kepada anak-anak yatim dan juga kanak-kanak terbiar dengan motonya “Every child needs a family”.

Jadi, apa itu Baby Hatch? 

Secara ringkas, BH ini merupakan tempat untuk mereka meninggalkan anak mereka atau lebih lazim sebagai anak luar nikah. Niatnya cukup murni, untuk mengelakkan bayi-bayi yang baru lahir ini menjadi santapan anjing liar, digilis kereta, dan ditinggalkan di hadapan surau (masa ini baru dorang ingat surau).

Bagaimana ia berfungsi?

Untuk memudahkan pemahaman, ia berfungsi tak lebih daripada sebuah book drop di perpustakaan berfungsi. Anda hanya perlu membuka pintu kecil di bangunan yang menyediakan fasiliti itu, dan sejurus sahaja bayi itu diletakkan, maka berat bayi itu akan mengaktifkan sistem siren bagi mengejutkan penjaga mengenai kehadiran bayi, juga akan mengaktifkan sistem pendingin hawa bagi keselesaan bayi. Bilik seperti inkubator itu juga mempunyai sistem autolock selepas bayi diletakkan ditambah pula dengan kamera litar tertutup. Memang canggih habis la dia punya teknologi. Manakala identiti si pemberi tidak akan diketahui, melainkan dia ingin mengambil semula bayi tersebut, maka dia perlu berjumpa dengan penjaga itu kembali.




Setakat ini, OrphanCare telah menerima tiga bayi yang ditinggalkan di situ. Bayi pertama diterima disitu adalah pada tahun 2010, dengan ibu bapanya menyerahkan sendiri bayi tersebut setelah si gadis melahirkannya tanpa pengetahuan ibu bapa dan rakan-rakan.

Ini merupakan bayi pertama ditinggalkan di situ...Amat comel sekali, poor him :'(






Berikut merupakan pandangan  bijak pandai agama mengenai program Baby Hatch ini..

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria:
“Saya menyokong langkah Kementerian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Baby Hatch dalam isu ini kerana bayi berkenaan tidak berdosa.
“Dulu kita tidak bersetuju dengan idea seperti ini kerana takut menghantar mesej yang salah kepada orang ramai terutama remaja, tapi pada masa sekarang kita sangat perlukan tempat sebegini untuk bayi yang tidak berdosa,”
Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz:

“Kalau kita pandang dari segi satu sudut memang menggalakkan zina tapi kita tak boleh biarkan bayi yang dilahirkan dibuang dan meninggal begitu saja.
Malahan bayi berkenaan boleh diberikan kepada pasangan suami isteri yang mahukan anak dan Islam menganjurkannya,”
 Datuk Noh Gadut:
''Anak-anak kecil ini tidak berdosa dan wajib kita sediakan perlindungan kepada mereka, mana tahu mereka ini membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi pejuang negara pada masa depan.

“Yang bersalah adalah ibu bapa anak kecil itu. Masyarakat harus bersama mencegah penyakit sosial ini termasuk melaksanakan undang-undang cegah zina yang ketat,”

Pada pendapat aku pula, sistem ini dibentuk dengan tujuan yang murni, untuk menyelamatkan nyawa bayi-bayi yang tidak berdosa. Memang, jika dinilai dari sudut negatif, ia memberi tanggapan seolah-olah kita menggalakkan dan membenarkan penzinaan itu berlaku, namun sedarkah kita, tanpa pusat sebegini pun, zina terus berlaku sepanjang masa, bayi-bayi pula terus dibuang merata-rata umpama sampah sarap. Memang, mencegah lebih baik daripada mengubati, dan umtuk mencegah, kita perlu mekanisma yang mantap dan berkesan serta sokongan daripada segenap masyarakat. Namun apa salahnya ketika kita sedang membina mekanisma untuk mencegah itu, kita juga mengambil inisiatif untuk membela bayi-bayi yang tak berdosa ini dengan adanya pusat-pusat sebegini. Setidak-tidaknya, sebanyak tiga nyawa yang tidak berdosa telah dapat diselamatkan dari gonggongan anjing liar.

Bagi aku, pusat-pusat sebegini harus diperbanyakkan dengan syarat:

1) Pasangan-pasangan yang telah meninggalkan bayinya mestilah dipantau secara berterusan dengan bimbingan agama dan sebagainya

2) Mekanisma pencegahan penzinaan yang baik, tak guna banyak Baby Hatch jika orang yang berzina pun lagi banyak

3) Kanak-kanak muslim hanya diberikan kepada ibu bapa angkat muslim, untuk menjaga agamanya (well aku tak tahu macam mana prosedur dia, sama ada seperti di atas atau vice versa)

Lastly aku rasa budak-budak sekarang patut kena hantar melawat pusat-pusat mcam ni, bagi dorang tahu betapa kesiannya kat budak yang bakal dorang hasilkan tu duduk tanpa ibu bapa.




























P/s: Semua skrip adalah rekaan semata-mata dan kesemua gambar ialah kandid dan disusun semula mengikut kesesuaian jalan cerita

p/s2: sebenarnya kami semua pemain boling separa mahir plus separa tak mahir, segala strike adalah nasib semata-mata =p

Seminggu aku offline internet, sebab harus berkunjung ke Negeri Sembilan dan juga Selangor. Bukan boleh dikategorikan sebagai percutian,ia lebih kepada perjalanan sebenarnya. Namun, dalam perjalanan itu, aku, anak sedara gua dan juga abang gua sempat singgah ke tempat-tempat yang bukannya ohsem sangat pun, tapi ohsem la jika dibandingkan duduk melangut depan laptop main fesbuk 24 jam ye dop.

Tak nak lah sembang gampang,baik gua share gambor je ye dop.

Location: Tanjung Malim,Perak









Azmi,aku dan angah


Kredit gambar: encik azmi

Aku tak tahu, aku yang outdated ataupon korang yang terlebih update. Percakapan skemanya aku baru sahaja tahu ada website ala-ala FB kat Msia, dipanggil Mukabuku. Aku tak tahu adakah sudah tiada idea selain mencetak idea orang lain ataupun website ini sebagai dummy sahaja, aku pun tak pasti. Korang nak tahu, kembaralah lah sendiri,atau yang sudah menggunakan,boleh la berkongsi pengalaman, sebab aku pon belum try lagi. Nak join klik SINI



Jikalau Fesbuk itu sudah wujud sejak dari aku mula-mula lahir, mungkin ini status yang aku akan post dalam Fesbuk:

Masa baru  dilahirkan:
Mana mak bidan ni, penat dah aku tunggu ='(

Masa 1 tahun:
Mak,nak susu, nak susu.. alaa, tak nak susu botol, nak susu cap gantung...

Masa 3 tahun:
Peh, hari ini hari pertama aku tak pakai pampers

Masa 5 tahun:
Bajet otai la budak sebelah aku ni, padahal ABC pon tak ingat lagi

Masa umur 12 tahun:
Hari ini aku ingat nak study math la, dapat 5A UPSR  nanti dapat nek pentas, glemer bhai

Masa umur 16 tahun:
Uish comel gak minah baru masuk tuu, esok add fesbuk la,kot-kot melekat,ngee =)

Masa umur 19 tahun:
Hari pertama kat uni, target mesti study macam hantu

Masa umur 24:
Wahh sudah grad,esok boleh kawin lah.ngeng =p

Masa umur 30:
adoi keje overtime lak,dah la nak ambil anak lagi, hmmmph

Masa umur 39:
Peh gaji naik dah hari ni. Esok boleh pegi Naza Bikes, angkut Honda CBR 1000 sebijik =)

Masa umur 48:
Comel jugak nurse baru masuk tu. Buat no. 2 chantek jugak. Opss miang keladi lah pulak=p

Masa umur 55:
Esok dah pencen, rindunya kat member sekerja sumer, terutamanya kat nurse-nurse sini, ops tergatal lagi.*sambil kena tarik telinga dengan bini

Masa umur 60:
Alah tomeinye cucu atuk ni, mmuah mmuah ngeng


Jadi, begitulah agaknya timeline status gua kat fesbuk sepanjang hayat. Walauppun begitu, ia hanyalah imaginasi sahaja, tidak berkaitan dengan yang hidup atau yang mati, ngeng.

USM Bloggerz