Status Fesbuk Aku Sepanjang Hayat...

Posted by Azman - -



Jikalau Fesbuk itu sudah wujud sejak dari aku mula-mula lahir, mungkin ini status yang aku akan post dalam Fesbuk:

Masa baru  dilahirkan:
Mana mak bidan ni, penat dah aku tunggu ='(

Masa 1 tahun:
Mak,nak susu, nak susu.. alaa, tak nak susu botol, nak susu cap gantung...

Masa 3 tahun:
Peh, hari ini hari pertama aku tak pakai pampers

Masa 5 tahun:
Bajet otai la budak sebelah aku ni, padahal ABC pon tak ingat lagi

Masa umur 12 tahun:
Hari ini aku ingat nak study math la, dapat 5A UPSR  nanti dapat nek pentas, glemer bhai

Masa umur 16 tahun:
Uish comel gak minah baru masuk tuu, esok add fesbuk la,kot-kot melekat,ngee =)

Masa umur 19 tahun:
Hari pertama kat uni, target mesti study macam hantu

Masa umur 24:
Wahh sudah grad,esok boleh kawin lah.ngeng =p

Masa umur 30:
adoi keje overtime lak,dah la nak ambil anak lagi, hmmmph

Masa umur 39:
Peh gaji naik dah hari ni. Esok boleh pegi Naza Bikes, angkut Honda CBR 1000 sebijik =)

Masa umur 48:
Comel jugak nurse baru masuk tu. Buat no. 2 chantek jugak. Opss miang keladi lah pulak=p

Masa umur 55:
Esok dah pencen, rindunya kat member sekerja sumer, terutamanya kat nurse-nurse sini, ops tergatal lagi.*sambil kena tarik telinga dengan bini

Masa umur 60:
Alah tomeinye cucu atuk ni, mmuah mmuah ngeng


Jadi, begitulah agaknya timeline status gua kat fesbuk sepanjang hayat. Walauppun begitu, ia hanyalah imaginasi sahaja, tidak berkaitan dengan yang hidup atau yang mati, ngeng.

USM Bloggerz