Turning point for Malaysia?

Posted by Azman - -

Sekarang sibuk orang duduk cakap pasal BERSIH, tak kurang juga siap buat profile badge dekat gambar fesbuk tanda sokongan. Ya aku tahu, ada yang bersetuju, ada yang tak bersetuju, mengikut perspektif pemikiran masing-masing.

Frankly speaking, aku bukan pro mana-mana parti di Malaysia. Aku lihat, dan aku nilai. Yang di atas tidak semestinya betul, yang membagkang juga tidak semestinya betul.

Bagi aku, bersih ini sangat berisiko tinggi untuk mencetuskan kekacauan di negara kita. Memang orang claim mahu buat perhimpunan aman, tapi bagaimana bila tercetus provokasi dari kedua-dua pihak bertentangan. Mampukah kedua-dua belah penyokong menahan diri apabila dicabar, dikutuk, diprovokasi yang akhirnya mungkin mencetuskan  pergaduhan dan kecederaan. Mungkin ada bagi alasan, kami nak secara aman. Ya, tu mungkin anda seorang, tapi baki beribu-ribu lagi,boleh ke anda pastikan mempunyai pendirian macam itu. Tak payah tengok jauh, tengok je masa lawan bola kat stadium, dalam ramai-ramai orang yang tak mahu baling mercun, mesti ade juga seorang dua yang baling, walaupun diingatkan berkali-kali sebelum perlawanan. Begitu juga masa perhimpunan yang ada kedua-dua penyokong berlainan parti, a little sparks may trigger chaos.

Itu belum kira kalau ade pihak ketiga yang mahu menyebabkan chaos di negara kita. Bila-bila masa sahaja musuh negara boleh mengarahkan ejen mereka menyusup dalam perhimpunan dan mencetuskan huru-hara. Negara yang huru-hara sangat berisiko untuk memberi lesen kepada polis dunia untuk datang sebagai penyelamat dan mengawal serta mentadbir negara kita.

Jadi, walaupun ada perkara berbangkit mengenai transparency masa election, perkara itu masih boleh diselesaikan menerusi meja bulat tanpa menggadaikan atau meletakkan negara dalam risiko. Masih ade banyak jalan penyelesaian yang boleh difikirkan oleh pakar-pakar politik negara bagi win-win situation.

Aku bukannya nak berfikir negatiif mengenai bersih, tapi bagi aku, perkara-perkara di atas juga dipandang serius dan take into account. Bagi aku juga, perhimpunan ini bersifat risks outweigh benefits dan sesungguhnya aku tak mahu negara kita menjadi seperti Thailand.

Sekali lagi, gua mintak maaf jika pandangan gua menyebabkan ada yang tidak puas hati, ini hannya pendapat gua yang tidak matang, peace,

USM Bloggerz