Sinetron oh sinetron..

Posted by Azman - -

Filem Indonesia, memang sesuatu yang biasa kita lihat dalam kehidupan masyarakat kita. Lihat sahaja mak,kakak, adik, err bapak pun, semuanya sanggup ternganga depan TV seawal jam 2.30 petang untuk menonton filem Indon ini. Hah, ape bende dah tu, megatron, err ke sinetron ke pe benda ntah, aku pun tak tahu sangat. Yelah, aku layan stok Imam Muda je, keh keh keh.

Kali terakhir aku mengikuti secara harfiah dan maknawiyyah filem Indon adalah pada tahun 2007 tak silap aku. Cerita pulak Bawang Putih Bawang Merah. Memang aku tak pernah miss lah cerita tuh. Cakap lah, Oma Bertha, Pak Toin, Benji, Alya, Ferdi, semua tuh aku admire habis. Tak lupa juga Peri-peri,lol.

Namun apa yang aku kecewa, aku tak dapat menonton ending cerita itu, atas sebab yang tak dapat di elakkan. Tetapi dari apa yang aku tahu, cerita itu berakhir dengan semuanya adalah mimpi belaka. Ptfff!!! Nasib baik aku tak tengok last dia, kalo tak, mau aku tetak TV dengan parang, haha.

Selepas itu, aku masih tidak serik, aku mengikuti siri drama Dara Manisku pulak, lakonan Alya Si Bawang Putih dan juga Si Galang, hero Indon yang hensemg. Aku terjerat dengan cerita ini kerana heroin dia cun dan hero dia hensem, kalo tak aku tak minat tengok, tapi nasib baik cerita dia kelakar juga, boleh tahan lah.

Selepas eh, dualepas itu, aku dah tak follow dah cerita Indon. Bagi aku, cerita Indon mempunyai tema dan plot yang hampir sama. Berbekalkan pengalaman zaman muda-muda itulah, aku dapat perhatikan terdapat beberapa perkara dalam cerita Indon seperti:

1) Hero dan heroin dia mesti hensem dan cun

Ini agak berlawanan dengan fakta sebenar. Bukan aku nak memperlekehkan orang Indon, tapi jika dilihat secara majoriti, mereka bukanlah sebegitu rupa. Mereka mempunyai rupa paras yang agak tipikal, sehingga kita dapat mengecam warga indon di celahan orang melayu, this is fact. Jadi yang hensem,cun,kiut miut tu bukanlah yang asli, mereka adalah indon celup, hasil penyatuaan gamet belanda dan indon.

2) Setting tempat yang melampau-lampau

Sinonim bagi cerita indon, latar belakang mesti bandar, rumah besar-besar (hero/heroin), kereta mewah padahal mereka terkenal dengan kepadatan penduduk yang tinggi. Memang ada yang kaya-raya, namun kebanyakannya kurang berada. Kalau adapun scene rumah buruk, itu hanyalah rumah pembantu rumah, dan pencuci tandas.

3) Lagu temanya biasanya meletup

Siyes, aku pun tak paham kenapa. Memang lagu tu sedap ataupun kita memang duk layang feeling sampai lagu pun jadi minat sama. Bukti terbaru, lagu aisheteru, cite Melody (ejaan tak sure, sebab gua tak follow cita ni okayh)

4) Tema yang sama

Biasalah, mula-mula jumpa heroin yang cun, pastu ade masalah, pastu ex-gf dia jeles, sekali dengan mak nenek dia masuk campur lepas tu dan bla bla bla sampailah hero dengan heroin bahagia bersama balik, huk aloh lapuk ni boh!!

5)Teknik kamera yang sama

Biasa kalau korang perasan, teknik kamera cite indon memang sama, terutamanya ketika scene terkejut, maka kamera akan di zoomkan kepada muka pelakon sambil buat muka kekwat, diiringi dengan dentuman muzik yang bajet-bajet mencemaskan, huk aloh, lapuk jugak tuh boh!



Cuma yang aku respek pasal cerita indon ialah, pelakon watak jahat dia mampu membuatkan kita naik darah, sampai ada penonton yang akan cakap 'jahat ngat natang nih,cian dia hok comel tuh'. Manakala watak heroin pula sangat baik, mak tiri bakar dengan petrol pun tak cakap hape, sampai kita kata 'bakper la awok baik sangat, xyah la wat sampai gitu seme'...

Jadi, bagi aku, tak payah lah kita nak follow sangat cerita Indon nih, duduk main putar plot sama je, agak buang karan di situ, nak kelainan sikit pun tukar pelakon, tu je la, baik layan Iman Muda ye dop? Haha. Tapi pilihan di tangan anda, jadi terpulang kepada anda, peace no war =))

2 Responses so far.

  1. Pha Is says:

    betol2.. aq paling meluat bab zoom muka, mulut terlopong, muzik cemas, and the most important part is, SLOW MOTION... sangat LAPOK dek hujan...

  2. Azman says:

    haha, da takde modal kateko

USM Bloggerz