Pewaris Generasi Guru Terakhir.

Posted by Azman - -

Hai, ape kabre semua, harap sihat-sihat belake. Yang buncit kuatkan bersenam, yang kurus macam aku dah ok, ideal =p. Almaklumlah, sekarang cuti sem, 4 bulan pulak tuh. Aku harap bila jumpa nanti, takdelah sampai aku tak cam, dan takdelah sampai sudah beranak-pinak kan, ek ala, 4 bulan je pun.

Dah lama aku tak post entri baru, mungkin agak sibuk dengan kehidupan dan masalah. Kesibukan utama aku adalah untuk menukarkan oksigen kepada karbon dioksida dan menghembuskannya keluar. Tak paham? Maksudnya lepak lah,buek.

Err sebenarnya takde ape nak diceritakan, takde isu kan. Nak cakap pasal pehimpunan BERSIH kan, tak pasal-pasal aku masuk ISA, aku  nak graduate dan kawin dulu wei.

Cumanya hari ini abang aku baru lapor diri sebagai pendidik, atau guru. Melengkapkan hierarki keluarga guru dalam  salasilah keluarga aku. Sudahlah ayahku juga guru, diikuti oleh abang sulung, kakak dan seterusnya. Untuk pengetahuan korang, adik-beradik aku, 6 daripadanya ialah guru, itu tak kira abang dengan kakak ipar, dan juga anak sedara sekali.  Dan yang abang atas aku juga guru, kiranya guru terakhir dalam adik-beradik aku. Nasib baik aku ditakdirkan bukan untuk jadi guru. Bukan memandang rendah profesyen guru, namun aku juga inginkan kelainan dalam keluarga. Tambah pula aku tak pandai mengajar orang, memang hampeh.



Bagi aku,  kerja apapun tak apa, asalkan halal. Namun kehalalan itu bukan seratus peratus bergantung kepada jenis kerja. Ye memang antara kerja polis dengan kerja mencuri, kerja polis lagi halal. Namun di sebalik kehalalan ketoyyiban ia pun, masih boleh bertukar menjadi haram. Contoh mudah pabila polis itu ambil rasuah, jual maklumat negara dan sebagainya. Haram juga kerjanya walaupun kerja bapak polisi.

Tapi ada juga yang terbalik kuang, seperti mencuri duit orang, pastu bagi kat orang miskin, ala-ala robin hood. Jadi macam halal kan? Kerja baik ape, tolong orang miskin. Yes, memang baik niat tu, cuma cara melaksanakan itu yang salah. Begitu juga dengan si penggodam yang menggodam laman web kerajaan baru-baru ini. Godam dengan alasan membantu menyampaikan bantahan orang awam kepada kerajaan. Yes, niat tu baik, tapi pelaksanaan itu yang salah. Itupun aku tengok ramai orang awam yang sokong si penggodams ini.

Dan akhir sekali, aku harap jika aku dizinkan oleh-Nya untuk menjadi ahli farmasi 2 tahun lagi aku berharap aku dapat melaksanakan tugas dengan baik, dan dijauhkan dari berbuat perkara yang merosakkan masyarakat. By the way, aku tak sabar nak keje sebenarnya. Jeles tengok orang dah keje, boleh beli kete dengan duit sendiri, pastu kawin, err yang kawin tu tak tahulah, mungkin nak cari orang yang betul-betul memahami aku, dan juga aku boleh fahami dia, sebab aku tak nak nanti kawin gaduh memanjang je, macam haram, awak tak hepi, saya pun tak hepi. Eh terjiwang plops =p.

Oklah, selamat bercuti lagi peeps =)

2 Responses so far.

  1. pergh!
    family kau ramai cikgu ke?
    aku nak jadi cikgu gak, tapi interview hari tu tak pass pula

    anyway, entry kau penuh perkataan kahwin
    dah sampai seru ke?
    kekekekeke :p

  2. Azman says:

    agak ramai a, eh mana ade penuh pasal kawin pon, =p

    ps:bkn smpai seru, tp sampai aisheteru mcm lagu indon tu

USM Bloggerz