Ada Apa Dengan Android?

Posted by Azman - -

Android, salah satu nama yang mula menjalar di dunia telefon pintar dengan ringkas. Mungkin ramai yang pernah mendengar nama Android, tanpa mengetahui apakah sebenarnya android dan bagaimana ia berfungsi. Jadi, entri kali ini akan cuba memberikan anda serba sedikit maklumat mengenai Android dan mungkin membantu anda dalam memilih jenama telefon yang bakal dibeli kelak, al-maklum lah, sekarang cuti, lepas itu ramai pula kerja dan dapat gaji yang banyak kan, haha. Jadi bolehlah anda rabakkan poket anda dengan membeli gajet Android, WHOOPPP!!

Secara ringkasnya, Android ialah salah satu Operating System (OS) bagi kebanyakan telefon pintar yang membolehkan sesebuah telefon itu berfungsi, sama seperti iPhone yang menggunakan iOS, Blackberry menggunakan Research In Motion(RIM), Nokia setia dengan Symbian dan paling utama, Android yang tiada jenama khusus, sering digunakan untuk jenama Sony Ericsson Xperia, HTC, Samsung, LG dan sebagainya. Jelas Android bukanlah sebuah jenama telefon bimbit bagi mereka yang masih kabur mengenainya, whoooppp!!!

Android pada mulanya ialah sebuah syarikat kecil yang dimiliki oleh Andy Rubin and the gang, yang hanya membangunkan barangan lembut(software) bagi telefon bimbit secara tidak meluas. Namun, Google Inc. telah melihat potensi syarikat ini lalu mengambil alih pada Ogos 2005 dan langkah ini merupakan titik permulaan Google untuk menceburi bidang pertelefonan, lantas meninggalkan pesaingnya, Yahoo yang terkial-kial mencari arah tuju ibarat anak kehilangan ibu di pasar raya.

Kini, masa pantas berlalu dan seiring dengan itu, Android yang dahulunya tidak dipandang dan tidak dihiraukan, telah mencanak naik menjulang populariti mengatasi pencabar terdekat dalam bidang telefon pintar seperti iOS, RIM, Symbian, Windows Phone Mobile dan lain-lain. Hasilnya, Android kini menduduki tangga pertama OS yang paling banyak digunakan sehingga May 2011 mengikut kajian  Gartner.


Apa yang menarik mengenai Android ialah paparan antaramuka(interface) yang mesra pengguna dengan fungsi wijet di halaman skrin (home screen), notifikasi yang boleh dilihat bila-bila masa (tak silap aku, iOS 5 untuk iPhone 5 baru mengeluarkan fungsi ini) tak kurang juga lambakan aplikasi-aplikasi yang menarik dalam Android Market yang boleh diakses dengan mudah dan yang penting ia kebanyakannya PERCUMA. WHOPPPP!!! Thus no neeed to jailbreak your phone and void your warranty for that thing =))

Ketika ini, terdapat lebih 150 000 applikasi, game dan juga wijet terdapat di Android Market dan lebih 3 bilion aplikasi sudah dipasang(install) di telefon pintar di seluruh dunia. Terdapat komen mengatakan banyak aplikasi Android tidak praktikal dan tidak berguna, tidak seperti aplikasi iPhone. Bagi aku, masalah ini dapat diatasi dengan melihat dulu review-review pengguna sama ada aplikasi itu berguna atau tidak, malah terdapat rating berbentuk bintang untuk memastikan ianya berguna kepada pengguna.

Yang menarik mengenai versi-versi Android ialah sistem penamaannya, yang disusun mengikut alfabet, bermula dari:
- v1.5 (Cupcake)
- v1.6 (Donut)
- v 2.1 (Eclair)
- v2.2 (Frozen Yogurt/Froyo)
- v2.3 (Gingerbread)
- v3.0 (Honeycomb) [untuk tablet]

Sedap kan nama versi-versi Android mereka. Setiap versi dioptimasikan untuk peningkatan fungsi yang lebih baik, kelajuan memproses data. Yang terbaru akan dilancarkan ialah Ice Cream Sandwich, yang mengikut ura-ura akan menggabungkan fungsi tablet dan telefon pintar (v2.3 + v.3.0) hasilnya sama ada v2.4 ataupun v3.1.

Terdapat juga pembangun OS  secara custom, iaitu menukar ROM asli kepada ROM buatan sendiri yang dibangunkan oleh developer bebas. Ini kerana, terdapat telefon Android yang updatenya telah dihentikan. Contohnya, Sony Xperia X8 hanya menyokong versi 2.1 sahaja, namun mereka memasang sendiri ROM yang diubahsuai, yang dipanggil CUSTOM ROM ke dalam android mereka, dan membolehkan mereka menggunakan versi 2.2 atau 2.3 yang lebih laju. Namun keburukan berbuat demikian ialah ia boleh merosakkan telefon anda, dan risiko mendapat bug(kerosakan fungsi) pada Android itu.Namun, jika anda menukar versi Android secara custom dan mengalami kerosakan, ia masih boleh ditukar ke versi asal seperti sebelum diubahsuai. Maklumat mengenai custom rom boleh didapati dalam laman web forum XDA.

Sebagai pengguna Android, aku mempunyai game dan aplikasi pilihan untuk OS Android ini.

Game-game terbaik:

1) Angry Birds Rio

2) Pumpkin vs Monster

3) Yoo Ninja

4) Parking Break

5) Farm Frenzy

6) Bubble Blast

Aplikasi-aplikasi Terbaik:

1) Handcent SMS

2) Quick Office

3)  AppSaver

4) Papago

5) Winamp

6) ADW Launcher

7) Advance Task Killer

8) Mobo Player

9) Photo Vault

10) Medscape

Game dan aplikasi di atas boleh didapati secara percuma  di Anroid Market. Caranya? Hanya Log in guna akaun Gmail anda sahaja.

Perkembangan pesat mengenai gajet Android menyebabkan amat mustahil untuk mengikuti semua gajet yang terbaru, namun terdapat beberapa gajet Android yang berkenan di hati.

Gajet Android Pilihan Hati 2011:

1) Sony Ericsson Xperia Neo






2) Sony Ericsson Xperia Play




3) Samsung Galaxy S2


Jadi, itu sahaja review aku mengenai Android. Memandangkan aku bukan pengguna iPhone, Windows Mobile, Symbian, atau RIM(Blackberry) jadi aku tidak dapat membuat perbandingan yang adil. Namun entri ini bukan berbentuk brand war, tapi lebih menjurus kepada penekanan terhadap Android, so buat pilihan yang bijak yoooo sebelum membeli. Bak kata pepatah, menang membeli sengkek time pakai!! Whoppp!!!

References:

1) Amanz
2) Wikipedia

4 Responses so far.

  1. Pha Is says:

    huh... mntang2 dah beli phone baru... hehehe... x pe.. so far, aq masih lagi puas hati ngan cyber-shot aq... hehehehe

  2. Azman says:

    cyber shot pon ok je, tp try a tukar android kalu bekenan, pakai yg 2.3, gerenti puas ati, aku pakai 2.1 pon ok la, so-so =)

  3. Anonymous says:

    Skang sy gne x8,klu upgrade jd 2.3,jd problem x???

  4. Azman says:

    Risiko untuk mendapat problem tetap ada, jika anda berminat menaiktaraf, pastikan ROM tersebut adalah yang paling terkini dan mempunyai bug yang minimum.

USM Bloggerz