Fotografi, mempunyai banyak cabang atau pecahan seperti sport/wildlife, street candid/still life, potret, landscape, wedding/job, macrophotography dan banyak lagi. Namun begitu, berposing depan cermin tandas beramai-ramai dengan buat mulut itik, tak termasuk dalam mana-mana cabang fotografi.

Fotografi = DSLR ? Nope! Fotografi bukan bermaksud sehebat mana peralatan yang kita miliki. Cuma kita terlalu stereotaip, jika usung kamera besar-besar itu maksudnya hendak berfotografi, dan tukang usung itu ialah fotografer. Sebenarnya, fotografi atau photography, bermaksud melukis cahaya, kerana dalam bahasa Greek, photos bermaksud cahaya, graphien pula bermaksud melukis. Jadi, hatta menggunakan kamera henfon sekalipun, maka individu tersebut secara harfiahnya ialah photographer. Ya, pelukis cahaya, cuma kadang kala limitation pada sesetengah alatan, menyebabkan ia memerlukan peralatan yang lebih baik daripada kamera henfon untuk menghasilkan hasil yang memuaskan, mungkin kamera kompak atau DSLR, terpulang.

Namun, itu hanya intro. Apa yang aku nak bebelkan di sini ialah berhubung satu cabang fotografi, iaitu makrofotografi. Kadang-kadang kita terkeliru, makro ke, mikro? Mikro bermaksud kecil, namun makro bermaksud besar. Namun akhirnya, kita mengambil gambar kecil (mikro) dan menjadikan ia nampak besar (makro), jadi term tersebut boleh digunakan interchangeably. Mikro biasanya digunakan oleh lens Nikon, contohnya AF-S VR Micro-Nikkor 105mm f/2.8G IF-ED lens manakala makro digunakan oleh pengeluar lain seperti Canon dan juga secara meluas. Terdapat term lain iaitu close up. Semua makro ialah close-up namun bukan semua close up ialah makro. Keliru? Begini, jika ada satu gambar seekor pepatung dalam satu frame, maka itu ialah close-up. Namun, makro hanya bila ia menunjukkan detail pada muka atau mata pepatung itu.

close-up (google image)

makro (google image)

Untuk mendapatkan gambar makro, jelas, anda perlu menggunakan lens dedicated untuk makro yang mempunyai magnification ratio 1:1 atau lebih. Jika berhajat memilikinya, bersedialah untuk hangus paling kurang RM1.5K, ya, paling kurang. Duit yang besar, untuk sesuatu yang kecil.
Antara lens makro yang popular ialah:
1. Tamron SP90 f/2.8
2. Nikkor Micro 105mm f/2.8
3. Canon EF 100mm f/2.8 macro
4. Sigma 150mm Macro
5. Canon MPE-65 (lens makro yang paling legend, magnification ratio 5:1 )

Untuk close-up atau pseudo makro, terdapat banyak pilihan dan kebanyakannya bersifat budget-wise, sesuai untuk mereka yang  sekadar menjadikan ia sebagai aktiviti sampingan dan juga kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia makro.
Antara pilihan yang ada ialah:
1.Raynox filter
2. Reverse ring
3. Close-up filter
4. Extension tube
5. Bellow (jarang orang guna)

Namun begitu, hasil close up boleh bertukar menjadi makro, dengan CROP. Namun crop akan menyebabkan timbulnya noise atau bintik-bintik halus pada gambar.


Mungkin ramai yang menyangka, mengambil gambar makhluk halus atau makro ini senang, sesenang air di kali, eh tu tenang. Ia bukan seperti mengambil gambar potret, yang hanya fokus dan snap. Bukan. Ia mempunyai sejuta cabaran, ok tipu. Beberapa cabaran.
Antaranya:
1. Fokus.
Cabaran terbesar kerana disebabkan depth of field atau kedalaman ruang yang sempit, menyebabkan sering hilang fokus kepada subjek. Kadang-kadang fokus ekor, kadang-kadang fokus badan, bulu dan macam-macam. Dalam dunia makro, detail pada MATA selalunya menentukan sama ada gambar tersebut berjaya atau tidak. Dalam sepuluh shoot, dapat 2 atau 3 gambar yang elok pun dikira cukup baik.

2. Tak duduk diam.
Ya, binatang bukan macam orang, boleh suruh duduk diam, suruh posing dan sebagainya. Alih-alih, dah terbang, ceit.

3. Pencahayaan.
Lagi, kulit binatang bukan macam kulit manusia. Kulit binatang biasanya berkilat, dan memantulkan cahaya, menyebabkan cahaya menjadi kasar dan tidak sekata. Flash diffuser sering digunakan, biasanya buatan sendiri.
Dah nama D.I.Y, bekas megi pun bole jadi diffuser, haha (google image)
Tu tak kira nyamuk datang macam tentera Abraham lagi, pendek kata, memang penuh cabaran lah. Namun, cabaran itulah sebenarnya keseronokan dalam bermakro ni sebenarnya, dan hanya pemakro tegar sahaja mampu mengharungi semua cabaran tersebut, ye lah, pergi redah hutan rimba semata-mata nak ambil gambar labah-labah pun apadahal, minat punya pasal la kan, tapi aku tak sampai tahap itu lagi.

Sebelum aku tutup bebelan kali ini, aku lampirkan beberapa gambar pseudo-makro yang berjaya aku tangkap,  dengan menggunakan Raynox filter.

1.

Fly

2.
DSC_1975

3.
DSC_1984

4.
DSC_1934

5.
DSC_1943

6.
DSC_1589

7.
Jumperz

8.
DSC_1949

Semua gambar mempunyai cerita tersendiri, yang hanya aku tahu jalan ceritanya, :)

Minat M.U, Chelsea, Barcelona, Arsenal, Man City. Okay minat okay. Tapi aku tak paham kenapa kita boleh minat sesuatu yang bukan part of our life. Macam minat pasukan yang terer, tak pe. Tapi kalau pasukan yang selalu kena ayam, main hampeh, manager bongkak, kita minat itu berasakan apa? Kita bukan duduk dekat North London nak minat Arsenal gila-gila, kita bukan duduk dekat Liverpool nak minat Liverpool gila-gila. Em itu contoh sahaja.

Aku bukan apa, cuma pelik dengan peminat EPL ni, pasukan yang kita minat itu, kenapa? Ada apa dengan hidup kita? Atau masa kita kecik-kecik, dorang pernah bagi beg sekolah ke, apa ke, tapi rasa macam tak ada. Apakah, basis kepada keminatan, keghairahan kita, terhadap pasukan-pasukan tersebut. Itu yang selalu bermain difikiran aku.

Minat team Kelate, okay aku boleh terima, sebab memang duduk kelate, tapi kalau minat team yang tak de kaitan dengan mereka pulak, macam mana?

Okay, minat pemain. Tapi jika pemain itu berpindah, kita dah tak minat ke? Tak jugak.

Okay minat performance, tapi jika performance tu semakin kureng, kita minat juga kan?

Okay minat segala-galanya pasal pasukan tersebut. But why????? Sampai sanggup kutuk-mengutuk, cerca mencerca, menangis jika pasukan feveret kalah. Yes again, but why? What is your basis of those interests????

Sungguhpun aku tak faham, dengan manusia.

Suka apa? Suka hati?
Bukan. Maksud aku, suka kepada si dia.
Kita boleh cakap, aku suka sangat kat dia.
Tapi atas sebab apa.
Comel, hensem, badan mantap, sasa.
Itu biasa kita dengar.
Betul.
Suka dan cinta itu sesuatu perkara yang berbeda.
Namun.
Suka juga boleh membawa kepada cinta.
Bak kata aku.
Tak suka maka tak cinta.
Namun.
Setakat mana kita suka.
Setakat mana kita cinta.
Orang yang kita suka.
Belum tentu orang yang kita cinta.
Namun.
Orang yang kita cinta.
Ialah.
Orang yang kita suka.
Apakah.
Asas kepada suka.
Ataupun.
Hanya suka-suka.
Jangan.
Pernah tertukar.
Antara.
Suka juga cinta.
Kerana.
Cinta.
Tak mungkin tumbuh.
Tanpa dibajai.
Perasaan suka.
Cinta.
Tanpa suka.
Ibarat.
Hidup.
Tanpa matlamat.


Karya ini adalah nukilan daripada jiwa penulis tatkala diruntun perasaan keseorangan, di kala sang rembulan, dilitupi, awan yang memeluk rapat.
Err ekceli gua boring. Sori. Tapi karya gua kalau dapat publish kat KOMSAS form 4 okay jugak.

FUCK THE POLICE ye?
Nanti mak kau kena ragut, adik kena rogol, ko nak cakap apa lak kat polis, 'HELP ME PLISS'  keww?

Heh?

Aku tak respek pemimpin kau.
Aku tak respek cikgu kau.

Tetapi, balas api dengan api.

Engkau jahat, engkau teruk.
Aku nak ludah engkau.
Aku nak tampar engkau.
Aku kutuk kau, kecam kau.

Bukankah itu tak mengubah apa-apa.
Tidak adakah cara aman.
Sebelum menjadi laksamana.
Laksamana YOUTUBE, laksamana FACEBOOK.
Itu tidak mengubah apa-apa.
Selain dari menambah KEBENCIAN.
Yang mana akan dibalas dengan, DENDAM.
Ego, semakin meninggi.
Pintu kemaafan, entah dimana kuncinya.
Mungkin terjatuh.
Di dalam lubuk.
Lubuk KEBENCIAN...

Kalau PMS tu hal orang popuan, PMR pulak hal budak-budak sekolah.

Gua teringat.
Time gua amik result PMR dulu.
Punya lah cuak.
Pastu postpone pulak, hampas betul.
Tup tup rupanya tak postpone.
Jadi petang itu gua dan kawan-kawan gua pergi sekolah.
Lepas itu, punyalah terkejut gua.
Bila gua ta.......

(bersambung pada tahun hadapan)

p/s: PMR senang je rasanya. Semua objektif ape cer, tembak sudayyyyy. Ekekekekeke.

Betoi ka? Yang aku paham, dia mahal sebab dia punya proses pembuatan yang rumit, dan memerlukan precision yang tinggi. Bukan macam alat eletronik lain, lagi banyak buat lagi murah kos, sebab pembuatan yang pemilihan kaca yang terpilih. Tu baru kamera biasa, bukan kira Leica, Hasselblad, Mamiya pe benda lagi ntah yang sebijik tak silap aku 20K dolar.  Cer tengok macam mana dia buat lens Leica nih.


Memang betul, overpriced. Mahal macam gampang. Baik guna kamera henpon, dah ade yang berbelas megapixel jugak, pastu boleh wat kol orang lagik, meseg sayang-sayang pun boleh, ye tak?

Tapi, pikir punya pikir, kenapa ada yang beli Merc BMW Jaguar bagai, kenapa bukan Honda, Toyota, Nissan? Sebabnya jenama itu menawarkan sesuatu yang jenama lain tak boleh buat, atau susah nak buat, dari segi keselesaan etc.


Tapi betolla, main natang ni memang mahal. Bagi aku, bukan sebab mahal body, tapi mahal dia punya aksesori.

Yelah, let say beli:
Body D7000 + kitlens = RM 4K,
Pastu dengar member cakap kilens, better super kilens macam Tamron 17-50 f2.8, beli lak
Tamron 17-50 f2.8 = +- RM1200

Pastu dengar nak main lanskap sedap ultra wide angle, beli lak Tokina
Tokina 11-16 = RM 2000

Owh nak main potret lak, beli lak prime lens
Nikkor 35mm f1.4 : RM2000

Eh nak main skodeng lak,
Nikkor 70-200 f2.8 = RM 5000

Emm makro lah pulak,
Nikkor 105mm micro AF-S = RM2500

Speedlite lagi,
SB800 = RM 1000

ND Filter, CPL Filter sana sini
Hoya + B+W = RM 1000

Tripod lagi,
Manfrotto = RM 500

Drybox beg etc =RM1000


Tup tap pung pang pung pang dah 15K habis, padahal body 3K je. Tu tak main fullframe lagi. Bagi aku, untuk elakkan daripada termakan racun = terbeli semua, kita setkan nak minat ke arah mana.

Macam aku, makrografi, so nanti mungkin beli equipment untuk makro je, tu pun mau abis tiga pat riban gak, dan kalau tengok orang duk layan bokeh 70-200 f2.8 pejam je la mata tu kan.

So, in short, aku tak setuju macam gambar di atas, kita bukan memiliki overpriced camera, tapi overpriced hobby. Ohhh sh***t, macam mana aku boleh terjebak niiii....Facepalmmm k study bai.

Jadi, moralnya jangan jadi DSLRFags.

Bulan doblas bulan banjir, bulan wedding dan bulan Ombak Rindu. Err Dan juga bulan besday gua. Walaupun terpaksa mengharungi perkahwinan dalam hujan, namun terpaksa ku gagahi. Dan ini adalah gambar penyibuk perkahwinan, dan gambar pengantin xdak pon (sebab ada pro photographer masa itu, jadi aku terpaksa sorok kamera gua, segan...)






Najlah

Azra

Lutfi


Ibad




Some of anak-anak sedara gua, miss all of them, hahak

USM Bloggerz