Salam, hello gugurlzs shomeyl dan boboyzs kiutz semua *uwekkk*

Sudah lama aku tak membebel dalam blog EA ni, bukan hapa, tapi sebab malas menaip. Yelah, taip punya panjang  tapi bukan ada orang baca pun, boboi sedeyh larrr *uwekkk*

Semenjak dua menjak ni, aku tengok benda yang paling popular selain buang bayi ialah kes simbah asid. Dah macam rutin bulanan pun ada, ade je nak simbah sana sini. Si isteri tak bagi ehem-ehem kat suami pun simbah asid, dengki pun simbah asid, tak bayar hutang pun simbah asid, yang tak ada motif (hobi barangkali) pun ada, kesian budak baru balik mengaji tuh. Yang paling sadis, ada satu kes ni, dah la pecah masuk rumah, pastu perkosa, lepas tu simbah asid lak, gila trauma kot perempuan tu, memang kesian gila a, agak-agak la nak buat jahat pun, err, kalau aku ada kuasa jatuhkan hukuman kat penjenayah gila tu, nak aje aku bagi sula pastu simbah asid secara berjemaah sama dia, baru dia tahu kan!

Lately, aku tengok, pisau, parang, sabit dah tak jadi senjata pilihan dah, outdated mungkin. Yang depa pilih, CUKA GETAH, pasaipa aku pun tak tahu habaq hang. Mungkin yang ada belajar ilmu bela diri macam silat ke *ter'promote lah pulak*, mereka mungkin diajar cara-cara counter senjata tajam macam itu, namun jika senjatanya cuka getah, macam mana nak counter? Tahan dengan tangan dan tutup muka? Lari? Ok mungkinlah kan, tapi macam mana dengan kes yang kita tak jangka, datang je terus simbah, uhhh mintak jauh bhai!

Aku sendiri sudah berasa tidak aman di negara sendiri. Pernah sekali aku tunggu mak aku dalam kereta, dengan tingkap terbuka, tetiba teringat tentang pasal cuka getah ni, terus aku tutup tingkap, cuak bhai!

So macam mana nak atasi? Bagi aku penjualan cuka getah secara terbuka mungkin salah satu faktor. Frankly speaking, aku tak tahu proses pembuatan getah dan kenapa ia harus dicairkan oleh peladang itu sendiri. Bukankah ia lebih selamat jika ia dicairkan menggunakan cuka getah di kilang dengan seliaan yang rapi, lantas menghalang penjualan cuka getah secara berleluasa. Mungkin, jika cara ini boleh dipraktikkan, maka trend simbah menyimbah ini mungkin dapat dibendung.

Mungkin gegurlz dan boboyzs bertanya, kenapa nak kecoh sangat pasal ni, alah cuka getah je pun. Ok tak kecoh, tapi kalau benda ni jadi kat mak bapak korang, adik beradik korang, atau KORANG sendiri, haa baru tahu nak hargai muka comel hensem yang tuhan dah bagi kat korang tu ye, hukhuk.







Nauzubillahimin zalik...

Ok ni boring, oktengkyubabai..


Salam, ekceli aku tak tahu nak cakap ape sebab korang boleh nilai sendiri. Tapi benda ni aku tengok makin lama dah macam trend lah pulak. Apa point dia pakai tudung aku pun tak tahu * sigh



Aku rasa budak tadika pun tahu takrif menutup aurat agaknya..

p/s1: Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan Golok.
p/s2: Tak timbul isu mengaibkan sesiapa sebab tak nampak muka, sekian.

From Formspring's question

K-pop? Ok lah, ia dipenuhi dgn mamat2 muka jambu, tp a bit cool, xmcm Msia punya k-pop,muka mcm puaka xya a buat2 jambu, burrr @.@ eh komen aku kasar sgt ke, hehe

Yes, genius WIN!!!

p/s: sape yang tak tahu ape itu planking, klik SINI

Aku pasti, ramai orang Malaysia yang biasanya tidak ambil kisah pasal kereta, tak akan menyedari kewujudan kereta ini. Well, saya tak salahkan anda pun.

Kereta yang dinamakan Accord CL7 ini sememangnya susah dijumpai merayap di jalan raya Malaysia, mungkin atas dua sebab.
1) Ia sebuah kereta hanya untuk pasaran Eropah dan juga Jepun sahaja, dan ia tidak memasuki pasaran Malaysia.
2) Jikalau ada yang diimport pun, mungkin tak ramai berminat memilikinya dengan tanda harga sekitar RM 150K. Maksud aku, mungkin ada yang berminat memilikinya, namun untuk sebuah kereta second hand, dan juga tahun yang agak lama, aku rasa banyak lagi kereta lain akan menjadi pilihan.

Walaupun begitu, ia masih lagi menjadi sebuah kereta idaman aku, atas faktor rarity, bentuk yang menawan dan juga ia mempunyai darah Type-R (Euro -R bukan sebuah kereta prestasi seperti Type-R, ia dibina untuk keselesaan, dan juga kelajuan yang memadai)

















p/s: jangan ingat kereta ini Honda City

Sumber gambar: google + forum

Trend yang sedang menular di sebelah Eropah iaitu Planking. Bagi sesiapa yang kurang mengetahui apa itu planking, sebenarnya ia merupakan satu perbuatan yang menuntut si pelaku supaya berbaring mengadap lantai dan berpura-pura menjadi papan. Lepas itu muat naik gambar di laman Facebook, kiranya nak menunjuk sapa lagi terer lah kononnya. Ia tak mengira tempa, dalam tandas, atas bumbung, tengah jalan semua boleh. Err agak bodos di situ.




Namun, namun, dan namun. Sebagai rakyat Malaysia aku bangga, kerana kebiasaannya kita akan tiru Omputih, tapi dalam hal ini, Omputih yang tiru kita. Yes, planking sudah lama wujud dalam jiwa kita dan mungkin sudah lapuk. Bukti? Tengok ini

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Yeah, sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya BANGGA!!!

p/s: ada satu lagi nama dia owling, rupanya buruk, seperti orang duduk di tandas mencangkung. Tak percaya cuba google.

Peh tajuk gua, dah macam slogan Akademi Fantasia pun ada. Tapi begitulah, tajuk kena sesuatu yang terawang-awangan, ibarat sang penunggu di celah-celahan kabus, nampak tapi samar-samar. Begitu juga halnya Misteri Nusantara, yang sentiasa menyelubung diri pengacara Zainal Ariffin Ismail dengan kabus, namun dia masih menasihati orang supaya jangan diselubngi misteri... Woi! Ape aku merepek nih. Hoop sori la, aku dah lama tak membebel kat blog sendiri, rindu blog i ketat-ketat. Weh dah-dah, sebelum aku melalut lebih panjang, apakata kita terus ke tajuk gua hari ini.

Sehari dua ni aku terbaca mengenai sebuah pusat penjagaan bayi terbiar, atau lebih dikenali sebagai OrphanCare yang menawarkan perkhidmatan Baby Hatch. Walaupun ia sudah agak lama, namun aku pasti, masih ramai yang tidak tahu tentangnya. OrphanCare aialah sebuah pertubuhan NGO yang diasaskan pada 2008, dengan kerjasama HRH Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom dan juga Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan. MOtif penubuhannya adalah untuk memberi perlindungan kepada anak-anak yatim dan juga kanak-kanak terbiar dengan motonya “Every child needs a family”.

Jadi, apa itu Baby Hatch? 

Secara ringkas, BH ini merupakan tempat untuk mereka meninggalkan anak mereka atau lebih lazim sebagai anak luar nikah. Niatnya cukup murni, untuk mengelakkan bayi-bayi yang baru lahir ini menjadi santapan anjing liar, digilis kereta, dan ditinggalkan di hadapan surau (masa ini baru dorang ingat surau).

Bagaimana ia berfungsi?

Untuk memudahkan pemahaman, ia berfungsi tak lebih daripada sebuah book drop di perpustakaan berfungsi. Anda hanya perlu membuka pintu kecil di bangunan yang menyediakan fasiliti itu, dan sejurus sahaja bayi itu diletakkan, maka berat bayi itu akan mengaktifkan sistem siren bagi mengejutkan penjaga mengenai kehadiran bayi, juga akan mengaktifkan sistem pendingin hawa bagi keselesaan bayi. Bilik seperti inkubator itu juga mempunyai sistem autolock selepas bayi diletakkan ditambah pula dengan kamera litar tertutup. Memang canggih habis la dia punya teknologi. Manakala identiti si pemberi tidak akan diketahui, melainkan dia ingin mengambil semula bayi tersebut, maka dia perlu berjumpa dengan penjaga itu kembali.




Setakat ini, OrphanCare telah menerima tiga bayi yang ditinggalkan di situ. Bayi pertama diterima disitu adalah pada tahun 2010, dengan ibu bapanya menyerahkan sendiri bayi tersebut setelah si gadis melahirkannya tanpa pengetahuan ibu bapa dan rakan-rakan.

Ini merupakan bayi pertama ditinggalkan di situ...Amat comel sekali, poor him :'(






Berikut merupakan pandangan  bijak pandai agama mengenai program Baby Hatch ini..

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria:
“Saya menyokong langkah Kementerian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Baby Hatch dalam isu ini kerana bayi berkenaan tidak berdosa.
“Dulu kita tidak bersetuju dengan idea seperti ini kerana takut menghantar mesej yang salah kepada orang ramai terutama remaja, tapi pada masa sekarang kita sangat perlukan tempat sebegini untuk bayi yang tidak berdosa,”
Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz:

“Kalau kita pandang dari segi satu sudut memang menggalakkan zina tapi kita tak boleh biarkan bayi yang dilahirkan dibuang dan meninggal begitu saja.
Malahan bayi berkenaan boleh diberikan kepada pasangan suami isteri yang mahukan anak dan Islam menganjurkannya,”
 Datuk Noh Gadut:
''Anak-anak kecil ini tidak berdosa dan wajib kita sediakan perlindungan kepada mereka, mana tahu mereka ini membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi pejuang negara pada masa depan.

“Yang bersalah adalah ibu bapa anak kecil itu. Masyarakat harus bersama mencegah penyakit sosial ini termasuk melaksanakan undang-undang cegah zina yang ketat,”

Pada pendapat aku pula, sistem ini dibentuk dengan tujuan yang murni, untuk menyelamatkan nyawa bayi-bayi yang tidak berdosa. Memang, jika dinilai dari sudut negatif, ia memberi tanggapan seolah-olah kita menggalakkan dan membenarkan penzinaan itu berlaku, namun sedarkah kita, tanpa pusat sebegini pun, zina terus berlaku sepanjang masa, bayi-bayi pula terus dibuang merata-rata umpama sampah sarap. Memang, mencegah lebih baik daripada mengubati, dan umtuk mencegah, kita perlu mekanisma yang mantap dan berkesan serta sokongan daripada segenap masyarakat. Namun apa salahnya ketika kita sedang membina mekanisma untuk mencegah itu, kita juga mengambil inisiatif untuk membela bayi-bayi yang tak berdosa ini dengan adanya pusat-pusat sebegini. Setidak-tidaknya, sebanyak tiga nyawa yang tidak berdosa telah dapat diselamatkan dari gonggongan anjing liar.

Bagi aku, pusat-pusat sebegini harus diperbanyakkan dengan syarat:

1) Pasangan-pasangan yang telah meninggalkan bayinya mestilah dipantau secara berterusan dengan bimbingan agama dan sebagainya

2) Mekanisma pencegahan penzinaan yang baik, tak guna banyak Baby Hatch jika orang yang berzina pun lagi banyak

3) Kanak-kanak muslim hanya diberikan kepada ibu bapa angkat muslim, untuk menjaga agamanya (well aku tak tahu macam mana prosedur dia, sama ada seperti di atas atau vice versa)

Lastly aku rasa budak-budak sekarang patut kena hantar melawat pusat-pusat mcam ni, bagi dorang tahu betapa kesiannya kat budak yang bakal dorang hasilkan tu duduk tanpa ibu bapa.




























P/s: Semua skrip adalah rekaan semata-mata dan kesemua gambar ialah kandid dan disusun semula mengikut kesesuaian jalan cerita

p/s2: sebenarnya kami semua pemain boling separa mahir plus separa tak mahir, segala strike adalah nasib semata-mata =p

USM Bloggerz