Ok, simple post ni, just nak bagi tahu bahawa Malaysia sekarang semakin tenat dari aspek masalah sosial. Memang buat dosa tu biasa sebagai manusia, tak ada orang akan bebas daripada dosa, yang penting bertaubat. Tapi buat dosa dan menyebarkan malah berbangga dengan dosanya satu masalah lain. Paling tak leh blah, budak 14 tahun ataupun tingkatan dua dah berani buat confession begini. Sape kita nak salahkan benda ni? Sistem pendidikan mungkin. Ntah la, nak cakap banyak pun tak guna, korang tengok je la link ni dan nilai sendiri.
http://*************.blogspot.com/2010/12/kesah-ape-aku-bukan-virgin.html
ni aku printscreen blog dia, kot2 dia delete ke, nanti cakap aku tipu lak kn kn..
PRINTSCREEN TELAH DIBUANG
Aku tak kutuk pon dalam komen blog dia, aku tau dah ramai yang tengah bagi tazkirah masa aku bukak tu, aku just berdoa dia akan insaf je, tu je.
p/s: tak yah la nak share link dia dalam fb, aku takut nanti non-muslim tengok, makin kotor nama Islam sebab minah sekor ni.
#Updated : macam yang aku cakap, bila dia delete post dia, maka aku akan delete post aku sebab aku taknak dapat dosa kering sebab minah ni dan sekarang dia dah delete post dia. Tapi xyah delete kot, aku just buang printscreen dan link blog dia, sebab aku assume dia dah sedar, dan malu dan mungkin bertaubat.
Semasa post ini diupdate, #AdindaEvans masih lagi jadi trend kat twitter, menduduki tangga no 2 di Malaysia dan terkeluar daripada trend worldwide semalam lagi.
Yang aku tengok kat twitter semua duk kutuk, keji, hina, sindir bagai walaupun aku tahu tu hanya nak dapat dosa ngumpat je, nak tegur, pegi tegur directly kat blog dia, bukan kat twitter, dia mungkin tak tahu pun.
Mungkin
budak adinda kaum kerabat dia dah malu gila babeng masa ni, tipu la kalau sanak saudara tak tahu, sampai Shahrizat kuar MHI cakap pasal benda ni, semuanya pasal otak pendek bajet kewl+otai post benda macam itu kat blog, haha, ye lah, pemikiran budak umur 14 macam mana sangat kan (jangan cakap aku mngaku aku matang lak, aku cakap ni general, secara adat budak umur 14 tak matang sangat), yes kalau bapak adik lecturer, polis, atau ustaz (tak mungkin) mesti malu gila, kalau keluar orang cakap, eh ini bukan yang femes tak de dara kat blog tu ke, eh anak encik ke? Haa kan. Serius macam menconteng
arang permanent marker ke muka parent sendiri.
Aku tahu, ramai remaja out there dah tak ada dara, seawal darjah enam pun ade kalau rajin terbaca dalam Metro atau Kosmo tapi orang tak boleh buat isu sebab tak ada subject, tak ada point dan orang tak boleh nak serang + kutuk bagai. Tapi bila dah ade orang mengaku, dah ada subject, apa lagi, terus hentam walaupun orang yang hentam tu pon sudah lama tak ada dara, well, hipokrit kan. Dan aku tak rasa sebab umur 14 tu orang kutuk dia, tapi orang kutuk sebab dia mengaku. Yes, even minah umur 22 pun kalau mengaku still jadi isu, sebab point dia di sini adalah 'mengaku'.
Yes, yang duk kalut-kalut sekarang ialah sebab MENGAKU, ini macam membenarkan kita buat dosa, asalkan tidak mengaku, ya itu pengajaran yang orang akan ambil dalam isu ini. Kenapa selepas timbul isu mengaku ini, baru semua orang ambil kisah, sampai menteri terpaksa keluar MHI, padahal kita semua tahu, masalah sosial yang extreme ini telah lama wujud di Malaysia. Yes, aku bersyukur kalau selepas isu mengaku ini, ada pihak buat siasatan, dan akhirnya tutup premis hiburan, kelab malam, kononnya lah, tapi aku rasa takkan tutup pun.
Dapatlah kita fahami, sikap masyarakat, goberment dan semua isi perut Malaysia mempunyai sikap 'sudah terhantuk baru terngadah'. Tengok je lah kes kemalangan bas sampai 10 orang mati tak silap aku dulu, baru kalut cakap bas dua tingkat haram la, itu ni la, tapi la ni tengokla, senyap je macam tak ade pape, bas stil laju lagi,nanti ada eksiden ramai mati lagi, baru kalut lagi.
So, back to the topic, semalam aku tengok komen dekat post adinda tu sampai 700 lebih, semua duk kutuk, cakap memalukan nama Melayu la, ape la. Guys, for your information, nama Melayu sudah lama tercemar, dengan kes minum arak, zina, meragut, buang bayi. Cakap pasal buang bayi,tadi, keluar berita campak anak baru lahir dari tingkat lima sampai pecah kepala dan putus tangan. Well, bagi aku, kerajaan masih lagi buntu untuk mengatasi buang bayi ini, juga masalah kedua yang mungkin dihadapi oleh adik adinda kalau boy dia tersilap langkah. masa tengah tuutt. Bagi aku senang je, tutup semua kelab malam, haramkan arak as well, dan letak seorang penguatkuasa agama secara kekal di setiap hotel murah dan mahal, so selain dapat jana peluang pekerjaan, dapatlah juga halang zina as well. Tapi kalau ada yang bodoh nak buat dalam ladang kelapa sawit juga, aku tak tahu lah.
In short, bagi aku isu adinda ini, just sebagai promoter je, untuk trigger kerajaan, masyarakat supaya take action untuk menangani masalah sosial secara menyeluruh, bukan hanya membidas adinda seorang sahaja, pastu seminggu dua isu dah basi, senyap macam tu je. Bukan aku nak back her up, tapi kalau kira, yang campak bayi tu lagi keji daripada budak ini, dah la berzina, bunuh bayi secara kejam lagi, tapi kita ye lah, kita lebih suka mengutuk sorang budak ini je daripada menyelesaikan masalah secara total, biasalah, manusia lebih sukakan GOSIP, MENGUTUK DAN MENGUMPAT orang, berbanding berbicara punca masalahnya dan penyelesaiannyakan???
Peh panjang gila gua membebel kali ni, dah macam karangan BM STPM aku tengok, ni #AdindaEvans punya keje ni!