First of all, sori aku ucapkan kepada pait, kerana lambat mempublishkan post ini. Sebelum exam lagi beliau mintak aku post pasal perbezaan lancer dengan evo, hari ini baru aku boleh publish, ye ah, bz kan. Tapi aku nak tegaskan kat sini,  perbezaan hanya dari segi luaran sahaja mampu aku nyatakan, untuk engine pe suma nanti gua kawin dengan pomen keta baru gua cite pasal engine, ye a gua bukan pomen taw pasal engine keta, hua3

Sebagai pembuka kata, gua cita pasal sejarah keta Lancer ni.
Mitsubishi Lancer ini adalah kategori kereta keluarga yang dibina oleh Mitsubishi Motors. Berbeza dengan kembarnya, Mitsubishi Lancer Evolution atau Lan-Evo, ia merupakan kategori kereta sukan (sportcar). Ia juga dikenali sebagai Colt Lancer, Dodge/Plymouth Colt, Chrysler Valiant Lancer, Chrysler Lancer, Eagle Summit, Hindustan Lancer, Soueast Lioncel, Mitsubishi Carisma, dan Mitsubishi Mirage di sesetengah negara. Dalam selang masa 1973 sehingga 2008, sebanyak 6 juta Lancer telah terjual, pheww.

Lancer mempunyai banyak generasi, dan setiap generasi mempunyai major facelift, bukan seperti lancer evolution yang juga mempunyai banyak generasi, namun setiap generasi hanya membabitkan modifikasi sederhana dari segi luaran atau minor facelift sehinggakan kawan aku cakap, tak ada perbezaan pun, well, hanya Johari mengenal  Maniam, hanya kakikereta mengenal kereta, haha =)


Generasi Pertama (1973-1976)
Juga dikenali sebagai Lancer A70, dengan variasi 1.2L, 1.4L dan 1.6L.

Generasi Kedua (1979-1988)
Mitsubishi Lancer EX,
aku rasa sapa duduk kampung-kampung mesti pernah tengok orang tua-tua pakai ye dak

Kemudian model ini telah diturbokan, menggunakan enjin 4g63, enjin yang juga digunakan untuk model Mitsubishi Galant dan Evo 1-4

Generasi ketiga (1982-1985) dan Generasi Keempat (1983-1988)
Mitsubishi Lancer Fiore
Okay, model ini model paling epik kerana ia merupakan model asal kepada so-called Proton Saga yang pertama kali dilancarkan di Malaysia sebagai kereta nasional pertama sebelum digantikan dengan Saga BLM dan yang terbaru Saga FL.
Disebabkan itu jugalah, para penggemar modifikasi yang low-budget mengubahsuai model Saga kepada model Lancer Fiore ini, memang lagi lawa bagi aku.


Generasi Kelima
Model ini mirip kepada model Mitsubishi galant VR4 yang serba femes di kaki kereta. Malangnya, Proton tak berkenan nak jadikan model ini sebagai model mereka. hua3

Generasi Keenam
Okay, yang paling dinanti oleh Si Pait, sebab bermula dari sini baru akan muncul perbezaan model Lancer dan juga Lancer Evo. Sebab? Sebabnya bermula dari model ini, maka muncullah segala serigala Evolution mahupun Evolution jadian. Ia juga menjadi kereta kedua dicelup oleh Proton daripada Mitsubshi sebagai Wira selepas Saga. Kini, Proton Wira digantikan dengan model Persona.
Bagaimana untuk mengenali Lancer atau Evo? Senang sahaja, kalau Evo terkenal dengan sport, maka Lancer mestilah bersifat neutral dan tiada kit badan yang keterlaluan, kerana ia lebih ke arah kereta keluarga.
lancer
Evolution 1
Sekarang anda sudah boleh bezakan perbezaan pada kedua-dua model ini kan terutamanya di bahagian bumber depan yang mempunyai lubang yang besar, penting untuk gaya dan juga menghilangkan haba panas dari enjin yang bekerja kuat.

Namun terdapat juga model Lancer coupe berpintu dua, dikenali sebagai Lancer GLXI, model yang disalin sebijik dan di'rebadged' sebagai Proton Putra. Aku agak terkejut kerana ada kawan-kawan aku tak mengetahui kewujudan Proton Putra, mungkin kerana kurang popular berbanding Wira. Err tu tak tanya Proton Juara lagi, aha =P
Lancer GLXI
Proton Putra
Generasi Ketujuh
Model asas kepada model Evo 4, 5 dan 6. Juga tidak mencuri minat Proton untuk menyalin atau rebadge model ini menjadi model mereka. Mungkin kerana memberi perhatian kepada model Wira yang ketika itu hangat seperti pisang goreng dekat tepi sekolah.

Lancer
Evo 4
Memang aku minat habis model ini. Nampak gagah ibarat kuda judi yang menang setiap minggu. Harga pun masih mahal, around 60K untuk model tahun lama dan untuk model evo 6, tahun 99-01, ada yang mencecah 100K, bayangkan anda membayar 100K untuk kereta berusia lebih 10 tahun sedangkan anda mampu mendapatkan Kia Forte, Toyota Vios, Honda City baru dengan harga kurang daripada itu!

Generasi kelapan
Generasi yang dikenali sebagai Lancer Cedia di Jepun, merupakan asas kepada model Evo 7,8 dan 9.Perbezaan yang ketara ialah wide body(perhatikan atas fender tayar depan dan belakang) pada model Evo dan ciri ini tiada pada model Lancer. Faktor ini mungkin menyebabkan tidak ramai orang menyalin model Lancer ini kepada model Evo, disebabkan ketidakpadanan bodykit, lampu etc. Perbezaan lain ialah pada bumper dan juga lampu dan semestinya enjin.

Lancer Cedia
Lancer
Evo 7

Dan ini model evo juga, atau pon dikenali Wajalution, sejenis Evo jadian di Malaysia, hua3

I'm sorryy bak kata Amir Rajo Lawok....

Generasi Kesembilan
Model Lancer yang terbaru setakat ini, dan juga salinan untuk model Evo 10. Dikenali sebagai Lancer EX di Malaysia.
Macam biasa the biggest difference mestilah badan Evo yang lebih lebar, dan juga penutup tangki Evo yang berbentuk segiempat berbanding bulat pada Lancer.  Juga berbeza pada gril dan bumper, dan juga Evo 10 mempunyai sirip angin di lengkuk fender tayar hadapan. Anda pasti mampu mengesan kesemua perbezaan yang dinyatakan di atas sekiranya anda berhati cerah. Tak nampak juga? Makan kuih pelita, =)))

Lancer EX
Evo 10

NAMUN, jika ingin menukar Lancer anda kepada Evo yang agak asli, ini proses yang harus anda lakukan.


Dan juga keluarga terbaru Lancer, memperkenalkan.....






















PROTON INSPIRA!!! KUANG3

Well, tu sajalah entri aku kali ini, jika otai-otai terbaca post ini, ampun dan maap jika tersalah info kerana entri ini ditulis dari newbie kepada newbie, hahaha

P/S: peh 2 hari gua siapkan entri ini, memang terbaik dan hensem lah gua rasa lepas siapkan entri ini, punyalah lama, hahaha TT.TT

Salam, breaking news yang paling gempak kat Malaysia sekarang mesti a pasal tanah runtuh kat di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat tu kan, angka kematian terbaru semasa post ini ditulis ialah sebanyak 16 orang daripada 25 orang kesemuanya.  Jom la sedekahkan al-fatihah kepada mangsa-mangsa terbabit semoga dicucuri rahmat.

Mungkin ada yang terfikir, kenapa mereka yang tak berayah atau beribu yang mendapat ujian, kenapa bukan disko yang runtuh, kenapa bukan kelab gay yang runtuh, kenapa, kenapa?? Ironinya kejadian ini terjadi semasa mereka berlatih nasyid, ya nasyid. Bukannya berkaraoke untuk berlatih masuk audition Akademi Fantasia 10, malah bukan terkinja-kinja kat disko sambil menogok arak ataupon duduk menyondol kat parti-parti gay. Well, bagi aku senang je, Allah sentiasa menguji mereka yang beriman untuk mengetahui sama ada mereka betul-betul beriman ke tak. Jadi mereka yang pekena maksiat 24jam tak kena pape? Ya itulah istidraj, kesenangan atau keseronokan yang diberikan kepada mereka yang kufur supaya semakin menjauhi Allah, nauzubillahi min zalik.

Akhir kata, aku doakan mereka yang terkorban agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman, yang terselamat pula harap banyakkan bersabar, segala yang berlaku ada hikmahnya.


Salam, wah lama gila gua tak update blog, tak tahu lah nape malas sangat padahal kat USM rajin lak update, maybe kat rumah gua tenet ciput kot, pastu macam2 nak buat.

Ok entri ni aku nak cerita pasal Projek Jalinan Komuniti(PJK) atau ringkasnya baktisiswa anjuran Pusat Pengajian Sains Farmasi. PJK ini merupakan program keluarga angkat, di samping pelbagai aktiviti seperti health screening, sukaneka dan memacam benda yang best tak larat gua nak cite. Gua terlibat pon secara tak langsung sebenarnya, sebab gua dah diberi tugas sebagai ketua department grafik, dokumentasi, publisiti dan multimedia dan bersama co-partner Zatil Aqmar mengemudi kapal bersama anak-anak buah yang lain. Program ini diadakan di Kg. Setar, Yan Kedah pada 12-15 Mei 2011.

Jadi diringkaskan cerita, sampailah hari yang dijanjikan, yang menyaksikan acara pembahagian keluarga angkat kepada peserta. Seorang demi seorang dipanggil bertemu ibu dan bapa angkat, peh jantungku berdetak lebih kuat, ye lah, aku terbayang-bayang, macam mana lah agaknya parent aku nanti. Akhirnya namaku dipanggil untuk bertemu parent aku, dan aku berjumpa mak angkat aku. Sepatutnya ayah yang hadir, tapi mak datang sebagai wakil. Maka baliklah aku ke rumah bersama abang aku, Mohd Ridhuan Abd Raani, haha.

Di rumah, ayah sudah menunggu di atas bench, lalu aku dan wan (ridhuan)  menyapa dengan senyuman ke telinga dan beramah mesra dengan ayah. Banyak benda yang dibualkan, dari bilangan adik beradik sampailah jenis darah apa (ni gua tambah2 je).


Petang itu, aku 'terpaksa' mengedarkan flyers rumah ke rumah, ye a, da keje aku publisiti kan. Mulanya aku terfikir, macam mana la penerimaan orang2 kampung terhadap program seumpama ini, entah - entah kami akan dihalau dengan penyapu kan, aha. Namun, sampai je kat rumah pertama, mereka cukup ramah dan murah senyuman dan jangkaan kami meleset apabila kebanyakan rumah yang kami lawati memberikan respon yang same, oh aku terfikir, kampung aku boleh layan strangers macam ini ke? Selesai saja mengedarkan flyers, aku dan wan mengambil kesempatan menyenap gambar dengan kamera DSLR kompak 10 mp, dan menikmati keindahan alam. Aku tengok ramai peserta ambil kesempatan untuk keluar bersiar-siar petang itu.

Malam itu, kami perasan, banyak NYAMUK, aiyakk!! Dalam ati aku redha je a, ala 3 malam je, dan malam tu aku kena keluar pergi rehearsal dan balik pukul 12 tengah malam, damn, kesiannya ayah kena tunggu aku dan masuk je kat dalam, famili aku sudah setup kelambu kat luar,  Wan sudah tak sedarkan diri kat dalam, huks aku terasa macam menyusahkan famili lah pulak, err newey thanks.

Keesokannya, mak sudah menyiapkan sarapan seawal 5 pagi, sebab kami ada kuliah subuh pagi tu, mak cakap takut lapar nanti, err thanks lagi mak. Dan masa terus berlalu dengan penuh aktiviti yang padat, menyebabkan kami tak sempat keluar bersiar-siar ke kawasan peranginan sekitar Yan, ouh what a waste.

Kesesokan harinya, kami bertekad mahu pergi program lewat sikit, sebab mahu ke kawasan air terjun Perigi dan melihat Pantai Murni, mak kata, kalau tak curi masa, memang tak sempat nak kenal Yan lah, emm betul juga, getus hatiku. Menurut abang, Yan kaya dengan kawasan menarik, seperti  Gunung Jerai, Titi Hayun, Air terjun Puteri Mandi dan memacam lagi tempat yang aku tak ingat. Tengah hari itu, selesai saja aktiviti gotong royong, semua peserta diberikan peluang mandi di air terjun berdekatan, yaeay sonok. Aku pon ape lagi, terus aja join sekali. Yang bestnya, air terjun tu ada slider untuk gelongsor dari atas macam Bukit Merah Waterpark dan Tambun, dan lagi best bila Dekan School Pharmacy pon join mandi, gelak2 dengan budak2 ni sekali, macam mandi dengan member2 je, salute sama Prof Dr Syed Azhar sebab sangat sporting. Dr Zuraidah, lecturer kami pon tengok dari tepi je, haha.

Hari terus berlalu, sampailah hari terakhir kami di sana, kami sempat pusing satu sawah atau padang masa tu, abang nak bawa pergi titi hayun, tapi aku sakit perut masa tu, jadi aku refuse untuk pergi jauh2, haha. Masa untuk farewell paling sedih, masa tu kami menyerahkan mak frame dan keluarga dan sedikit hadiah yang telah disediakan untuk setiap keluarga, mak cakap tak ade benda nak bagi, kami pon memang tak kisah, tak expect dapat pape pon, sebab dapat stay kat kampung tu pon dah cukup baik, jadi tu lah hadiah bagi kami. Tak lama selepas itu, mak datang, bagi kami hadiah berupa sejadah. Menurutnya, sejadah itu nenek yang beli kat Mekah, siap ada tulis nama nenek lagi kat belakang, kira macam precious gila la. Seraya itu mak pesan kepada kami sembahyang rajin-rajin, dan doakan mak supaya dapat pergi Haji. Wah aku rase agak terharu masa tu, ye lah, kami kenal baru 3 hari tapi mak dah layan macam orang yang dah kenal lame, thx mak dan semua keluarga, semoga impian mak tercapai, amin =). Dan kami harap, ikatan ini tak terputus dan kekal buat selama-lamanya, amin.

Sekian, coretan yang tulus dari hati nurani gua, semoga kamu semua tacing membaca cerita gua, kalau ada permintaan, gua boleh buat dokumentari, huuuu

Lastly, credit to penasihat dan pengarah projek, Azim dengan Wong Zhy, all MT, all HOD, all ajk esp. ajk department grafik dan publisiti for your efforts =)))

p/s; budak2 kat sana suma comel2, tak leh blah ade sorang tu datang tempat teknikal, dan buat comel2, aku ape ag, ajak amik gambar dan tak semena-mena, berderu datang dari belakang nak amik gambar, oohh kamu suma memang shumelll ouhhh, har3
 

Ni gambar yang aku snap masa kat sana =)))











Ok, tajuk pon dah kontroversi kan, haha. Tapi first  of all, aku nak tegaskan, aku bukan nak membahan atau membaham atau memperli sesiapa, namun sekadar meluahkan kepelikan di hati, hua3.

Ye lah, biasa lah kita tengok kat blog, mesti ada gajet follower kan, sebab utama mestilah nak mudahkan orang follow kan, dan juga tunjuk sapa yang follow blog kita kan. Kebiasaanya, blog yang femes dan well establised mempunyai follower 2000 dan ke atas (berdasarkan pemerhatian aku) dan semestinya, blog aku termasuk sebagai blog tak femes tahap cipan la kan, tapi ada gua kesah?

Bagi aku, blog-blog informatif seperti blog serius, ohmedia network, tubelawak dan sebagainya mempunyai lebih banyak follower, kerana sasaran mereka ialah kepada mereka yang dahagakan informasi, menyebabkan follower mereka tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja dan menyumbang kepada jumlah follower yang banyak.

Namun adapun dengan blog peribadi, jarang aku lihat mereka mempunyai follower yang banyak, kire average 100 sehingga 1999, erm kira yang biasa ialah seratus dua gitu lah, tu pun dah kira baik bagi blog peribadi, ha3. Namun sekali lagi, terdapat pengecualian bagi blog peribadi, iaitu faktor-faktor yang menyebabkan orang tertarik untuk menjadi follower anda.
Faktor-faktornya ialah:

1) Anda seorang yang comel, cun dan pandai bergaya
- pasti ramai jejaka menjadi fan atau follower anda dan tidak terkecuali juga kaum hawa juga berlumba-lumba menjadikan anda idola dalam berfesyen.

2) Gaya penulisan yang mantap dan matang
- ramai blogger terkenal yang kebanyakannya menulis blog peribadi, mempunyai gaya penulisan yang mantap dan juga pandangan yang bernas. Mereka biasanya mempunyai pengikut yang tersendiri, juga menjadikan blogger-blogger itu tempat bertanya dan meluahkan masalah dek kematangan mereka.

3)  Anda tidak mempunyai dua ciri di atas, tetapi anda rajin
- Ya, rajin mempromoosikan blog anda. Tak kiralah rajin letakkan link bog kat ruangan komen di blog-blog yang femes, rajin follow orang atau merayu dan memaksa orang memfollow anda. Di sini, aku cukup tak suka dengan konsep i follow u, u follow i, bukan apa, nampak sangat tak ikhlas nak follow, lagi lagi kalau tak follow dia pastu, terus dia unfriend or unfollow kita, wah! Kamu follow sebab nak bagi nampak kamu femes ke? nak tunjuk ramai kawan ke? atau nak buktikan kamu tu bukan forever alone? Oh buat ape ko nak ramai follower, nak jana income? Memang kau kena femes gila-gila baru dapat jana income tahu, kalau tak, huuu.
Rajin tak salah asalkan bahan yang dikongsikan itu memberi manfaat kepada pembaca, mungkin ia salah satu cara nak promosikan blog informasi dan blog peribadi yang mantap.

Bagi aku lah, aku tak akan promosikan blog aku sekiranya aku rasa post atau entri aku tidak mencapai standard sebab aku tak suka orang baca nukilan sampah aku, biarlah nukilan aku berkualiti sikit kalau aku mahu orang baca entri aku, ha3, dan sebab itulah blog aku tidak selalu dishare, sebab aku rasa semua entri aku masih tak mencapai standard.

Namun, ini hanya boleh diaplikasikan untuk blog aku sahaja sebab blog aku hampeh, blog korang aku tahu semua gempak-gempak.

Suka aku katakan, cukuplah follower aku sekadar orang yang aku kenal, supaya aku lebih jujur menulis dan tidak hipokrit dalam menyatakan pandangan aku kan kan.

Akhir kata, pandangan ini adalah pandangan peribadi aku, tidak berkaitan dengan mana-mana pihak, sebarang perasaan tacing, terasa, tersentuh hati nurani adalah dilarang kerana ini merupakan pandangan aku, bukannya nak mengutuk sesapa,  okeh adios.

K-Pop, sape tak penah dengar kan. Sebut saja Super Junior, 2P.M, SS501, dan pe kejadah lagi band-band jambu daripada Korea ni. Namun entri ini bukan untuk mengutuk sape-sape yang minat K-POP, tapi untuk menyeru kamu semua, sokonglah industri muzik tempatan. Kalau Korea ada K-POP, kenapa Malaysia tiada M-POP? Quite fishy right? Tak cukup hensem ke rakyat Malaysia? Tak cukup jambu ke rakyat Malaysia?

Namun, maruah Malaysia dapat diselamatkan dengan kehadiran band tempatan iaitu 24:7, fully empowered by anak watan yang hensem, tough, kiut serta jambu plus gothic yang macam haram. Seraya menjadi pelopor kepada genre muzik M-POP dalam Malaysia, aku yakin serta percaya mereka mampu menjadi idola dan pujaan rakyat Malaysia dan juga sekalian umat manusia.

Dengan ini aku mempersembahkan......











keh3,da macam black metal gua tengok





 err tak pengsan ke bau keti tu, kah3
Coooolelllll, pink siap tuh, dengan love lagi, kah3
Kah3, jadi nasihat aku kepada peminat K-POP, minat lah jugak M-POP ni. Please do support our local music. Dorang sudah berkerut dahi-dahi buat comel, buat love, pakai pink depan korang, agar korang menyokong industri tempatan, jadi mengapa masih menyokong K-POP, apa KURANGNYA mereka ini? haa ce jawab ce jawab, kah3

p/s: entri ini bersifat sarcasm, pujian dan galakan adalah palsu semata-mata, dan jangan anggap penulis gay sebab 'support' mereka ini, k babai.

*sumber gambar adalah daripada laman beautifulnara



Peh tajuk je enggeris, isi dalam bahasa malaysia, ye ah, gua tak pandai bercakap(speaking), bau budu, what? you dont know what the budu is? What the hell-volhard zelinski, keh3. Err gua tak mencarut wokey, tu kimia punye nama reaction, maklumlah terbawak-bawak dengan exam. Err 'terbawa-bawa' tu takleh guna gak dalam ayat, cikgu b.m gua cakap, keh3 maklumlah gua baru amik bm gak sem ni.

Okay, direct selling to the point, err. Okaylah, aku  nak kongsi pengetahuan lah sikit yer, bukan ape pon, sebab ni salah satu ilmu yang aku dapat daripada subjek pharmacoinformatics FAR251/2.
Ini merupakan gambaran kasar untuk membentuk website atau blog yang baik, supaya korang tidak dipandang hina nanti. Ok ini isinya:

1) Authority
- maksudnya blog korang boleh dihubungi webmaster atau pembuat blog atau tuan punya blog. Macam korang letak about me, atau letak gambo kat banner pon dah cukup. Takdelah ade blog tapi tak tahu sape punya ye dop? Lagi2 kalau blog tu tujuan dia buat kutuk2 orang, lagi best. Dan di sini anda kena bertanggungjawab sepenuhnya terhadap blog anda, tahu.

2) Objectivity
- Maksudnya blog korang ada objecktif, ade tujuan. Takdelah post kat blog macam post kat fb, contohnya 'aku boring ari ini.' 'aku lapar', buang karan orang baca je. Maksud lain mungkin merujuk kepada genre atau niche blog korang, sama ade peribadi, informatif dan lain-lain.

3) Authenticity
-Keaslian isi blog kau. Maksudnya takde plagiarism dan apekejadah rism2 lagi.

4)Reliability
- Err camne ek, mungkin ape yang korang tulis tu boleh diharap kot. Maksudnya idea atau isi korang sebagai pelajar universiti misalnya tidaklah setaraf dengan isi budak sekolah, gamaknya.

5)Timeliness
- Maksud dia, bukan blog korang ade wijet masa atau tarikh, tapi merujuk kepada ke'update'an isi kandungan blog korang. Contohnya orang duk kecoh pasal emel 1malaysia, tapi korang duk cite pasal Malaysia menang Piala Suzuki lagi, nampak?

6) Relevance
- Isi korang tu relevan dengan kehendak semasa dan juga pembaca. Maksudnya ketepatan isi korang tu, contohnya korang duduk kat Malaysia, tapi duk bising pasal masalah pengangkutan dekat Indonesia, buat kejadah hape kan?

7) Efficacy
- Keberkesanan blog korang dalam menyampaikan tujuan dan objektif, mungkin boleh dibantu dengan penggunaan wijet yang berguna, seperti chatbox ke hape benda ke, gitu lah lebih kurang.

Err begitulah lebih kurang, aku tulis ape yang aku paham dan ingat je ni, jadi kalau ade salah silap tu maafkan gua okeh.
BTW, gua pon tak tahu blog gua bagus ke tak, memenuhi syarat2 tersebut ke tak, tapi gua pedulik hape, ade gua kesah? kah3
ok gua nak semayang, pastu men game, babai.






First of all, aku telah melanggar ikrar yang aku buat sebelum exam, iaitu tak nak post pape sebelum exam habis, tapi apakan daya, stress kot. Nape stress pon aku tak paham, padahal jadual tak pack sangat, study week pon lame, tapi aku rasa nak tuuttttt je kali ni, uhh mungkin sebab benda yang kena baca banyak gile, yosh retarded jap pale. Ni pon ade organic chemistry ii minggu depan, paper paling killer budak budak ni cakap, haaa sabar je lah.

Kadang-kadang aku terfikir, betul ke cara pelajar universiti belajar sebenarnya. Malam nak exam, pulun gila-gila, sebelum tu rilek, lepak-lepak je. Ni aku cakap pengalaman diri aku ja, kalau korang aku tahu, mesti belajar secara berterusan start dari buka sem kan? Haha. Biasa la kita dengar ada yang tak tidur la, tak turun makan la, yang teruk lagi pergi memerut kat tandas pon bawa notes, haha(ni aku tambah-tambah je).

Persoalannya, betul ke begitu cara kita belajar? Aku punya lecturer pernah cakap, 'korang hanya pandai dalam memuntahkan je' Ye la, baca malam nak exam, pastu muntahkan suma yang ada dalam otak, tapi lepas exam, sumamya hilang bak debu di atas batu di tepi pantai. Istilah saintifiknya ialah GIGO, iaitu garbage in garbage out.

Itulah sikap tipikal kita kan, tak payah buat survey, memang suma macam tu. Tapi aku tak bermaksud nak cakap yang pelajar U ni malas, tak. Maksud aku, mungkin ada sebab di sebalik semua ini. Kalau tanya aku, aku akan cakap banyak lab report, esaimen kena buat, jadi bila study week je free, sebab tu tak sempat study awal. Tapi kalau korang tanya aku lagi, kalau tak ada repot esaimen bagai, study ke? maka dengan bangga aku jawab tak, kah kah kah. Tanya lagi, abis tu kau buat ape? Aku jawab, err FB, twitter, blogger, wayang, men game, tido, balik umah, kah kah kah.

Bagi aku, mungkin gejala GIGO ini dapat diatasi. Cadangan aku kalau aku menteri pendidikan? Err buat je masa cuti tu bagi notes siap siap, nanti start je sem baru, terus ada exam pasal subjek tu, pemberat pulak bagi la 5% daripada overall markah ke, ok la. Jadi, pelajar akan ambik masa untuk study walaupon masa cuti, dan mungkin masa tu tak paham sangat, tapi bila lecture betol, pelajar akan mudah faham, faham? Jadi tak de lah lepas exam, terus tak ingat pape sebab kita bukan hafal sebelum exam, cuma refresh apa yang dah faham je, kan kan kan.

Tapi ini pendapat tak bernas daripada budakbawah umur ja, bukan daripada pengarah pendidikan, jangan nak kondem gua lak pasni, kahkahkah, k lah p study, babai


Biasa kita dengar, mafia dikaitkan dengan membunuh, ,merompak, menculik dan sebagainya.

  First and foremost, trimas lah kat cik cinthe(syakira) sebab sudi tag gua, kah kah kah...
Eerr soalannya berbaur dan berbau begini:
"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random things, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 peoples to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If i tag you, it's because i want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated. "



Err sebenarnya aku pun tak tahu sangat pasal diri aku ni, ape yang bestnye ntah, hakhak tapi aku masih menghargai diri aku seadanya, wooot!
Okay ni 25 benda pasal aku yep.
  1. Kecik kecik dulu suka gigit kuku, tapi benti selepas abang aku sound, nape tak gigit kuku kaki skali, sungguh hampeh beliau.
  2. Kecik kecik dulu penah ade kete kontrol, gua beli guna duit raya. Tapi bila boring sumbat mercun kat dalam, dan BOOOM!! Hancur gitu je... 
  3. Minat kaler hitam, nampak macam penjahat yang duduk dalam kegelapan.
  4. Suka benda yang cantik.
  5. Suka benda yang comel.
  6. Suka kucing.
  7. Suka benda seni.
  8. Tak pandai melukis.
  9. Suka edit gambar.
  10. Tak suka susahkan orang lain.
  11. Susah marah, tapi bila marah, boom! macam macam benda keluar.
  12. Terlalu ingin menjaga hati orang sampai kadang kadang hati aku yang terluka.
  13. Saya tidak peramah.
  14. Suka tengok gambar yang menarik, dan suka tengok keindahan alam.
  15. Anak last.
  16. Ramai kata muka gua garang, hah padan muka.
  17. Ramai jugak kata aku sombong, tapi biarlah, ada aku kesah? Kah kah kah.
  18. Aku sukar membuat keputusan, biasa nya aku pikir sedalam-dalamnya sebelum pape, tu kelemahan aku yang paling ketara.
  19. Aku suka kereta, kereta itu seni.
  20. Aku agak tak setia, tapi aku berusaha untuk setia.
  21. Aku bukan playboy, tak suka permainkan perasaan orang, dan orang permainkan perasaan aku.
  22. Rambut aku mudah gugur, mungkin aku akan botak, petanda nak jadi prof kot.
  23. Minat superbike, admire Kawasaki Z1000, Yamaha R1 a lot.
  24. Aku tak pandai buat lawak, tak pandai pujuk orang, tak pandai ambil hati orang.
  25. Aku tak pandai berterus terang, biasa aku pendam, tapi aku tunjukkan yang aku tak suka ape dia buat melalui perbuatan. 
  26. Aku, ehh dah abis, peh tak cukup lah 25, len kali buat lah 40 ke, 100 ke, kah kah kah.
Okay, sekarang aku nak tag semua follower aku yang tak kena tag lagi, hakhak ta pelu mention name kan, sebab follower aku pon sikit ja, ye a blogger tak femes katakan, sob sob, kah kah ada aku kesah, k babai.

Dewasa ini, terdapat banyak bahasa asing yang acap kali digunakan di alam maya, sebut saja, LOL, ROFL,LMAO dan macam macam lagi sampai aku sendiri pun tak tahu ape kejadahnya itu semua.

USM Bloggerz