Sedar tak sedar, dah dua tahun aku menghabiskan masa di USM, well, bunyi je dua tahun, tapi aku rasa macam ilmu yang aku ada terlampau sedikit, jadi next two years will be crucial la kan orang panggil. Kena lah setadi betul betul, paham aplikasi dia, walaupun untuk dapat dekan itu jauh sekali, namun tak mustahil dengan kuasa tuhan, ngehehe. Ye lah, tak nak lah nanti grad, pastu kerja tapi nak buat tu tak tahu, buat ni tak tahu. Well, tak tahu dengan tak pandai 2 benda yang berbeza. Pandai mungkin perlukan teori, iaitu ilmu dan juga praktikal. Kalu belajar saja tapi praktikal tak ada, still tak pandai. Tapi tak tahu merupakan sesuatu yang absolutely zero, dan kena start belajar both, teori dan praktikal, err apa aku membebel nih, benda simple logik gitu pon nak cakap kan, well sukati aku lah blog aku, bbueek!
Tapi so far, aku bersyukur aku masih lagi mampu melangkah, walaupun aku tahu belajar bukan satu benda yang senang walaupun banyak benda menanti masa tahun 3, tahun 4 dan juga kerja.
Hidup semakin sukar, bertambah bebanan tapi tu lah yang menjadi pelangi hidup kita. Kalau aku imbas la, masa sekolah rendah dulu, bukan best sangat pun. Paling gila, aku hampir dicampak cikgu aku, dari tingkat tiga, darjah tiga. Masa tu, cikgu aku, Sir Jamalus tak silap aku, pegang kolar baju aku, dan acah aku macam nak baling kat bawah, sebab? Sebabnya masa dia mengajar aku tengok kat luar.
Zaman sekolah menengah pun, bukan best sangat, takda benda yang menarik pun, kecuali dapat awek je *ehem dapat awek je la yang best pon*. Tapi bila kita pikir balik, kenang balik, all those memories will become the sweet memories to remember, dan aku percaya, kesusahan di kala pengajian 3 4 tahun di universiti pun, akan menjadi kenangan, ya, walau sepahit mana pun benda yang kita lalui, cewah dah macam karangan sastera pulop.
Jadi, apa yang aku nak stresskan kat sini, dua tahun merupakan tempoh yang singkat. Andai bisa, rakamlah setiap moment *beli lah dslr sapa yang mampu, aku tak mampu TT.TT* dan aku percaya, nanti kerja dan dicampak jauh jauh, kita akan tercari-cari gambar kenangan semasa di uni *ini bukan iklan kamera ya*
Peh panjang juga kali ini, by the way, entri ni aku tulis hari jumaat 9/9/2011 lagi, tapi aku skedul supaya ia dipublish pada hari senin, hahaha stailo jugak dashboard blogger yang baru ni. Ok adios y'olls.. xoxo lol!
Post a Comment