Tahun lepas, aku ada mengeluarkan artikel mengenai macrography. Ketika itu, aku baru sahaja berjinak-jinak dengan makro. Dalam proses mengenal hati budi katakan. Selepas itu, aku rasakan makro ini agak menyeronokkan. Sebab kita dapat melihat apa yang orang lain selalu lihat, tetapi menggunakan perspektif yang berbeza.
Aku bermula dengan makro ini dari bawah. Bermula dengan menggunakan reverse ring, menggunakan teknik menterbalikkan lens. Teknik ini agak leceh walaupun hasilnya tidaklah mengecewakan. Padan dengan kosnya yang murah. Selepas itu, aku beralih kepada Raynox, lebih mahal sedikit berbanding reverse ring, namun lebih senang, dan image quality (IQ) pun aku rasakan lebih baik berbanding reverse ring. Namun kali ini, aku menggunakan true macro lens, iaitu lensa yang mempunyai kadar pembesaran sebanyak 1:1, iaitu lensa Tamron SP90 AF DI II f/2.8. Lensa ini mempunyai populariti yang tinggi dalam kalangan peminat makro, kerana lens ini merupakan batu loncatan untuk mereka terlibat secara serius dalam dunia makro.
Review aku mengenai lensa ini ialah senang untuk dipakai, terutamanya bagi mereka yang mempunyai sedikit asas dalam makro. Focal length yang jauh sebanyak 90mm memberikan kelebihan untuk tidak memerlukan kita berada terlalu dekat dengan subjek, dan image quality berserta color dan contrast pun cantik. Overall aku bagi rating 8/10.
Namun bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak bermakro, aku sarankan untuk mencuba alternatif lain yang lebih murah terlebih dahulu, seperti reverse ring, raynox, extension tube, close up filter dan sebagainya. Bukan apa, takut beli SP90 mahal-mahal, tapi rupanya tak tahan bermakro, alasan susah nak fokus, banyak nyamuk, sakit pinggang bla bla bla. Jadi, eloklah cuba sebatikan diri dengan alatan murah dan ringkas dahulu, dan lagipun, banyak je gambar superb diambil oleh otai menggunakan ET, Raynox, reverse ring etc. Tak perlu mahal-mahal pun gambar superb, cuma kelebihan alatan mahal ialah ia sudah di specilized dah, maka menyenangkan kerja, itu sahaja.
Jadi, sesi bermakro menggunakan lens SP90 ternyata memuaskan hati aku. Hal ini kerana aku terjumpa subjek yang boleh dikatakan 'rare' atau 'collector item' dalam kalangan pemakro, iaitu Robber Fly dan juga Longhorn Beetle. Serius habaq hang, nak jumpa dua ekor natang ni kemain susah. Tak tahu lah kalau tempat aku je yang takde spesis ni, tapi memang betul susah. Dalilnya, selepas aku jumpa, keesokan harinya, aku pergi cari lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi, tapi sudah tidak dapat dijumpai. Ya aku tahu, ada segelintir peminat makro yang sanggup tangkap Longhorn Beetle, letak dalam tupperware, dan keluarkan ia setiap kali nak shoot. Konon senang nak shoot, namun bagi aku, ianya satu tindakan yang tidak beretika. Yup, kesian natang itu duk kurung dia, kalau tak mati ok lagi, kalau mati? Takkan sebab kita nak ambil gambar cantik, sanggup seksa dia, sekat kebebasan dia.
Sorry to say la, bagi aku, mereka yang macam ini bukan pemakro sejati, cuma tak lebih sebagai orang yang dahagakan pujian di Facebook, Flickr dan sebagainya. Padahal keseronokan bermakro ialah ketika sesi hunting, iaitu mencari subjek dalam persekitaran semulajadi, bukan persekitaran yang disimulasikan dan dalam keadaan menyekat kebebasan binatang.
Namun, passion aku juga ada limit nya. Iaitu apabila tiada subjek baru, dan ada projek baru (perlukan duit TT.TT) . Jadi aku mengambil keputusan untuk menjual SP90 aku. Nak kira sayang, memang sayang, namun hidup perlu diteruskan wuhuu. Namun aku agak berpuas hati kerana dapat shoot subjek-subjek idaman dalam masa yang singkat. Rugi jual balik? Nope, malah ada lah untung sedikit, rezeki katakan.
Mungkin nanti kerja, aku akan beli lagi macro lens, mungkin nak cuba Nikkor 105mm f/2.8 Micro pulak, sebab wishlist aku belum complete lagi, seperti nak shoot
1) cicak tokek/ gecko
2) katak pisang yang duduk dalam air yang macam comel tu (bukan katak puru/kodok okay)
3) lebah duk terbang nak hisap madu bunga
BTW, ni la natang yang aku cakapkan tadi, mungkin ada yang dah tengok dalam fesbuk, tapi tak ape, kot-kot ada yang blur lagi ke whuhuu...
Robber Fly |
Robber fly with fly |
Longhorn Beetle |
Ni pulak Tamron SP90 yang aku duk pung pang pung pang tu...
Babai jangan ponteng puasa adios.
pergh.. tetiba je buat ayat skema ni.. hahaha
mana ada skema ha ha ha