Ada Apa Dengan Makrofotografi

Posted by Azman - -

Fotografi, mempunyai banyak cabang atau pecahan seperti sport/wildlife, street candid/still life, potret, landscape, wedding/job, macrophotography dan banyak lagi. Namun begitu, berposing depan cermin tandas beramai-ramai dengan buat mulut itik, tak termasuk dalam mana-mana cabang fotografi.

Fotografi = DSLR ? Nope! Fotografi bukan bermaksud sehebat mana peralatan yang kita miliki. Cuma kita terlalu stereotaip, jika usung kamera besar-besar itu maksudnya hendak berfotografi, dan tukang usung itu ialah fotografer. Sebenarnya, fotografi atau photography, bermaksud melukis cahaya, kerana dalam bahasa Greek, photos bermaksud cahaya, graphien pula bermaksud melukis. Jadi, hatta menggunakan kamera henfon sekalipun, maka individu tersebut secara harfiahnya ialah photographer. Ya, pelukis cahaya, cuma kadang kala limitation pada sesetengah alatan, menyebabkan ia memerlukan peralatan yang lebih baik daripada kamera henfon untuk menghasilkan hasil yang memuaskan, mungkin kamera kompak atau DSLR, terpulang.

Namun, itu hanya intro. Apa yang aku nak bebelkan di sini ialah berhubung satu cabang fotografi, iaitu makrofotografi. Kadang-kadang kita terkeliru, makro ke, mikro? Mikro bermaksud kecil, namun makro bermaksud besar. Namun akhirnya, kita mengambil gambar kecil (mikro) dan menjadikan ia nampak besar (makro), jadi term tersebut boleh digunakan interchangeably. Mikro biasanya digunakan oleh lens Nikon, contohnya AF-S VR Micro-Nikkor 105mm f/2.8G IF-ED lens manakala makro digunakan oleh pengeluar lain seperti Canon dan juga secara meluas. Terdapat term lain iaitu close up. Semua makro ialah close-up namun bukan semua close up ialah makro. Keliru? Begini, jika ada satu gambar seekor pepatung dalam satu frame, maka itu ialah close-up. Namun, makro hanya bila ia menunjukkan detail pada muka atau mata pepatung itu.

close-up (google image)

makro (google image)

Untuk mendapatkan gambar makro, jelas, anda perlu menggunakan lens dedicated untuk makro yang mempunyai magnification ratio 1:1 atau lebih. Jika berhajat memilikinya, bersedialah untuk hangus paling kurang RM1.5K, ya, paling kurang. Duit yang besar, untuk sesuatu yang kecil.
Antara lens makro yang popular ialah:
1. Tamron SP90 f/2.8
2. Nikkor Micro 105mm f/2.8
3. Canon EF 100mm f/2.8 macro
4. Sigma 150mm Macro
5. Canon MPE-65 (lens makro yang paling legend, magnification ratio 5:1 )

Untuk close-up atau pseudo makro, terdapat banyak pilihan dan kebanyakannya bersifat budget-wise, sesuai untuk mereka yang  sekadar menjadikan ia sebagai aktiviti sampingan dan juga kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia makro.
Antara pilihan yang ada ialah:
1.Raynox filter
2. Reverse ring
3. Close-up filter
4. Extension tube
5. Bellow (jarang orang guna)

Namun begitu, hasil close up boleh bertukar menjadi makro, dengan CROP. Namun crop akan menyebabkan timbulnya noise atau bintik-bintik halus pada gambar.


Mungkin ramai yang menyangka, mengambil gambar makhluk halus atau makro ini senang, sesenang air di kali, eh tu tenang. Ia bukan seperti mengambil gambar potret, yang hanya fokus dan snap. Bukan. Ia mempunyai sejuta cabaran, ok tipu. Beberapa cabaran.
Antaranya:
1. Fokus.
Cabaran terbesar kerana disebabkan depth of field atau kedalaman ruang yang sempit, menyebabkan sering hilang fokus kepada subjek. Kadang-kadang fokus ekor, kadang-kadang fokus badan, bulu dan macam-macam. Dalam dunia makro, detail pada MATA selalunya menentukan sama ada gambar tersebut berjaya atau tidak. Dalam sepuluh shoot, dapat 2 atau 3 gambar yang elok pun dikira cukup baik.

2. Tak duduk diam.
Ya, binatang bukan macam orang, boleh suruh duduk diam, suruh posing dan sebagainya. Alih-alih, dah terbang, ceit.

3. Pencahayaan.
Lagi, kulit binatang bukan macam kulit manusia. Kulit binatang biasanya berkilat, dan memantulkan cahaya, menyebabkan cahaya menjadi kasar dan tidak sekata. Flash diffuser sering digunakan, biasanya buatan sendiri.
Dah nama D.I.Y, bekas megi pun bole jadi diffuser, haha (google image)
Tu tak kira nyamuk datang macam tentera Abraham lagi, pendek kata, memang penuh cabaran lah. Namun, cabaran itulah sebenarnya keseronokan dalam bermakro ni sebenarnya, dan hanya pemakro tegar sahaja mampu mengharungi semua cabaran tersebut, ye lah, pergi redah hutan rimba semata-mata nak ambil gambar labah-labah pun apadahal, minat punya pasal la kan, tapi aku tak sampai tahap itu lagi.

Sebelum aku tutup bebelan kali ini, aku lampirkan beberapa gambar pseudo-makro yang berjaya aku tangkap,  dengan menggunakan Raynox filter.

1.

Fly

2.
DSC_1975

3.
DSC_1984

4.
DSC_1934

5.
DSC_1943

6.
DSC_1589

7.
Jumperz

8.
DSC_1949

Semua gambar mempunyai cerita tersendiri, yang hanya aku tahu jalan ceritanya, :)

4 Responses so far.

  1. pha is says:

    gambar last tu macam kucing ko je...

  2. Amr Hrz says:

    woi ajaq aku haha..pabenda makro2 ni -baq-

  3. Azman says:

    nak belajaq meh bilik aku, dengan bawak piza sebagai pengerasnya, wohoho

USM Bloggerz